BERTEMU BUKU DENGAN RUAS

Assalamualaikum kepada pembaca tegar FS dan tidak lupa juga buat admin, terima kasih sebab keluarkan cerita aku yang lepas,yang bertajuk DIEKORI PONTIANAK hari tu.Kalau kisah yang ni keluar juga,terima kasih lagi sakali ku ucapkan buat admin. Lagi sekali juga kuperkenalkan diri, namaku Nana, salam perkenalan buat semua.

Pada kisah yang lepas ada aku ceritakan serba sedikit kisah perjalanan bapaku, dia pernah belajar pondok dan juga ilmu persilatan. Mungkin sebab ada kena-mengena dengan perjalanan ceritaku kali ini. Bukan tak nak bercerita tentang diri sendiri tetapi kali ini aku teringin hendak berkongsi kisah bapaku. Kisah zaman kanak-kanaknya tentang perjumpaan tidak sengaja dia dengan hantu lilin sebab rasanya belum ada lagi yang kongsi tentang kisah hantu jenis ni. Kisah pertemuan dia dengan seorang tua yang suka menyantau orang dan kisah yang sukar hendak dijelaskan, misteri atau lawak.

Nanti kalau pembaca semua sudah baca, boleh buat keputusan samaada kisah ketiga tu lawak atau misteri ya. Sebelum itu, aku nak tukar kata ganti nama dahulu, dari bapaku kepada “ABAH”. Lebih senang dan mudah hendak faham,ok….

KISAH SATU…..

Mari kita imbas kisah silam……,
Dalam pertengahan tahun 60an, ketika itu abah kanak-kanak lagi. Dia memang terkenal dengan sifat nakalnya,s ebut sahaja Jai, kiranya satu kampung mengenalinya. Orang kata anak nombor dua ni nakal,betulkah? Ya, abah anak nombor 2 dan dia mempunyai abang, Ajim(pak long). Pada satu malam, ketika pulang dari kenduri keluarga terdekat tetapi hanya berjalan kaki sahaja, melalui lorong-lorong denai dan dikiri kanan ditumbuhi semak samun meninggi keparas peha orang dewasa. Arwah atuk, Pak Long dan abah berjalan pulang dikepekatan malam itu. Hanya bertemankan cahaya bulan. Opahku tidak ikut, hanya setia menanti anak-anak dan suami dirumah sahaja.

Cubalah pembaca bayangkan era 60an dulu,mana ada lampu jalan,hanya disimbahi cahaya bulan sahaja,itupun kalau hari tidak hujan.Ketika ketiga-tiga beranak itu berjalan meredah kepekatan malam, tiba-tiba mata abah tertacap satu cahaya berhampiran parit disebelah kiri,lalu sempat dia bertanya kepada arwah atuk yang sudah berjalan kedepan”Pak,cahaya apa tu?” Atuk menoleh kearah yang ditunjuk,”Oh..itu cina cari katak tu.” Abah terpinga-pinga menggaru kepala yang tidak gatal. Diintainya disebalik celahan lalang yang merimbun. Mana ada cina cari katak getus hatinya. Hatinya mula bermonolog. Bapak ni saje nak tipu.

Kemudian bahunya dicuit Pak Long “Jai…kau ambik batang pelepah kat tepi tu, biar kita sesah benda tu, itukan hantu LILIN..!” Abah pun terus meluru mencari batang pelepah sambil ditemani pak long.”. Korang buat apa tu! “Atuk menyergah anak-anaknya dari belakang. “Bapak balik dulu, kitorang nak sesah hantu tu!” balas abah. Ketika atuk berjalan pulang dengan bahagianya, si anak-anak mula berlari riang mengejar hantu lilin itu sambil melibas-libas hantu lilin. Jelas abah hantu lilin ni seperti api lilin yang dipasang cuma dia tidak ada batang lilin sahaja.

Kalau ditiup angin, ia tetap statik menegak tanpa ada liuk lentuk sekalipun. Abah dan Pak Long cuba mengejar si hantu lilin, ke kiri kekanan sililin itu terapung-apung kemudian hilang dikegelapan malam. Termengah-mengahlah kedua beradik itu kerana tidak dapat menangkap sililin. Kemudian si hantu lilin terapung betul-betul dibelakang Pak Long nampak sahaja mangsa (hantu lilin), laju abah berlari menuju si hantu lilin sambil tangannya melibas-libas batang pelepah. Sempat juga Pak Long mengelak, libasan halilintar pelepah dari abah, kalau tidak, memang merahlah muka Pak Long terkena libasan tu. Alamatnya bukan hantu yang dikejar tapi dua beradik itu yang yang jadi hantu pada malam itu sebab memukul sesama sendiri.

Belum lagi kena libasan tahap dewa dari atuk sekiranya dia dapat tahu dua anaknya sudah tidak serupa orang pada malam itu, almaklumlah…Atuk aku garang orangnya dan sungguh baik hati orangnya. Sebenarnya arwah atuk tahu akan hantu tersebut tapi disebabkan tidak mahu menakutkan anak-anaknya kerana itulah dia berbohong mengatakan ada cina tangkap katak tapi lain pula yang jadi. Tapi pada malam itu memang abah dan pak long kehampaan sebab hantu lilin tu hilang terus sebab mungkin terperanjat tengok abah dan Pak Long lebih hantu dari dia. Budak zaman dulu nakalnya tak sama dengan budak zaman sekarang ikut arus kemodenan kata abah. Jadi aku rasa mungkin si lilin sudah terpadam terus kerana…sililin sudah BERTEMU BUKU DENGAN RUAS nya.

KISAH DUA…

Dalam era70an pula, abah pun meningkat remaja menjadi rebutan ramai gadis-gadis kampung (pandai-pandai aku je) tapi abah tetap buat macam biasa merendah diri. Sudah tentulah menjadi idaman setiap gadis, keluar dari sekolah pondok terus belajar ilmu persilatan. Bukan seorang dua guru silat tapi tujuh guru abah belajar silat. Mandi minyak sudah tentu sekali dengan bertapa diperigi buta dengan syarat setiap helai rambut tidak boleh tegak keatas. Jadi bermakna abah terpaksa turun keperigi buta sehingga kedasarnya hanya sendirian. Walau apapun bunyi dan halangan jangan buka mata dan jangan gentar,itu syarat guru silatnyalah. Pernah tengok cerita P.Ramlee, PENDEKAR BUJANG LAPUK, si Ajis duduk dalam perigi lebih kurang begitulah.

Pernah juga dia bertapa dikubur orang m**i kena b***h,dekat kawasan kubur tu memang dia kena gangguan yang dahsyat jugalah.Ada langsuir duduk dipokok bunga cempaka,sambil menyanyi lagu dondang sayang,tapi hanya bunyi hmmmm saja,siap mengibas-ngibas kain seakan menggoyang-goyangkan kakinya. Sambil menyanyi tu sempatlah dia menyisir rambutnya,masyaAllah…kata abah bila dengar bunyi dia menyisir rambut tu… Kasar sungguh. Bunyinya seakan orang memberus karpet. Tapi disebabkan dia ingin mencukupkan syarat dan meninggikan tahap level ilmu persilatannya,maka….Segalanya harus diharunginya dengan penuh kejantanan walaupun gangguan itu membolehkan dia terkucil secara tidak sengaja dan yang paling bagus secara percuma,kehkeh.

Anak muda zaman dulu apalah yang boleh dilakukan mana ada internet, facebook dan seangkatan dengannya. Itupun mengikut kawan-kawan. Pembaca mungkin terfikir orang sekolah pondok tapi belajar silat,boleh pergi bertapa pula. Mungkin boleh lari akidah,tapi itulah…,zaman muda remaja,fikiran jadi tidak menentu,apa yang dilihat semua ingin dicuba.Sekarang abah dah berubah,sudah tidak macam dulu lagi.Lagi satu,dulu abah aku ada ilmu kebal,diparangkan ke atau dipisaukan ke,insyaAllah tidak ada luka,mahupun d***h yang keluar.

Sebab itulah abah aku pernah jadi”mata gelap”polis dulu.Tetapi ilmu kebal tu,sudah lama ditinggalkan,apa yang dipantangkan,semuanya dilanggar sebab niat nak buang ilmu tu. Itupun atas nasihat arwah atuk,sampai bila nak berdamping dengan jin. Tetapi bukan kisah kebal atau mata gelap polis yang ingin aku ceritakan tapi kisah pertemuan dia dengan seorang tua di sebuah daerah dinegeri Perak.

Ceritanya begini…,sudah dua bulan abah tamat ilmu persilatannya kemudian abah dijemput mengikut sepupunya Kasim untuk mengambil upah menebas rumput disatu kebun seorang makcik disebuah daerah dinegeri Perak. Upahnya bolehlah dibahagi dua. Maka bertolaklah abah dengan sepupunya dari Sabak Bernam ke daerah Ni(rahsialah yee). Bukan jauh pun kalau naik motosikal antara Sabak Bernam dengan daerah Ni. Bertolak pukul 7pagi sampai pukul 8.30 pagi, difikiran mereka sempat lagi nak bersarapan. Apa-apa pun tuntutan tekak dan perut perlu dipenuhi terlebih dahulu, barulah tuntutan kerja,betul tak.

Singgahlah keduanya disatu kedai kopi ni dihujung kampung terbabit. Abah dan sepupunya duduk disatu sudut tepi dinding sebab ramai juga pelanggan dikedai kopi tu walaupun ruangan didalamnya nampak sempit. Abah mula memandang sekeliling perasaan pelik mula terbit dihatinya kenapa semua yang minum kat sini minum air botol bodoh(air oren,sarsi tu lah),

Kenapa tidak ada seorang pun yang minum kopi. Satu cawan kopi pun tidak ada. Iyalahkan sudah namanya kedai kopi mestilah ada kopi. Kenapa tak letak nama kedainya kedai air botol oren ke,sarsi ke.Sepupu abah pun sudah mula perasan tapi cuma diam sahaja. Kemudian datang seorang pakcik untuk ambil pesanan, sepupu abah tak berani nak minta kopi hanya minta sarsi sahaja,cuma abah sahaja yang minta kopi. “Pakcik bagi saya KOPI O KOWW…”Terbeliak pakcik order tu,termasuklah orang-orang tua yang minum disitu.

Masing-masing menoleh ke abah. Sampai sahaja air kopi yang dipesan,p egang sahaja cawan tu tiba-tiba pecah bahagian bawah cawan tersebut maka tumpahlah air kopi itu kebawah memenuhi meja makan. Abah sudah mengesyaki sesuatu,ada seseorang berhampiran sedang menghantar santau kepadanya. Abah mula pejamkan mata dan diam seketika,kemudian dia menyuruh pakcik order buat lagi satu cawan kopi untuknya.Pakcik order mula hairan dan bertanya kepada abah,”Nak…kamu minum air oren jelah,takut pulak apa-apa jadi pada kamu kang.”Abah senyum,”Takpe pakcik,buat sahaja…jangan takut.”Kemudian berlalulah pakcik order itu pergi membuat kopi seperti yang dipesan oleh abah.

Sampai sahaja kopi yang dipesan,abah pun bangun dan dalam keadaan bertenang dia pergi kearah seorang lelaki tua yang duduk berseorangan disatu meja dibawah pokok berhampiran kedai kopi tersebut. Maka dihulurkan secangkir cawan kepada lelaki tua itu.”Nah ini pakcik punya kopi,minumlah…saya belanja.”Orang tua itu memandang tepat kewajah abah,seperti menahan perasaan marah.”Takpelah,aku punya air pun ada…” Abah balas kembali. “Minum sajalah,saya belanja,kenapa?Takut ke!?”Hati abah sudah membahang,cuba untuk bersabar. Iyalah cuba pembaca bayangkan,dia datang nak bersarapan sebab ada kerja yang menanti,tiba-tiba dapat habuan yang tidak disangka. Bukannya dia kenal pun orang tua tu,dengan tiba-tiba boleh hendak menyantau orang yang tidak bersalah.

Silap hari bulan,boleh tumbang bila terkena. Hanya yang pernah kena sahaja tahu azab menanggung santau tu macam mana,minta dijauhkanlah. Tiba-tiba nampak ada kekenduran diwajahnya, jelas ada kegusaran dihatinya, lantas dia segera bangun bersalaman dengan abah dan meminta maaf, kemungkinan terasa diri kalah berseteru untuk hari itu.”Saya minta maaflah,mungkin salah orang…” Hanya itu jawapan yang diberi dan orang tua itu berlalu pergi. Abah terdiam dan menggelengkan kepala, bukan tidak berpuas hati tetapi lebih kepada tidak sangka atau lebih tepat rasa seperti tidak percaya. Bagaimana orang tua yang tinggi ilmunya,berasa dirinya”salah orang,” tapi siapa sasarannya?

Sebelum keluar dari kedai kopi tersebut memandangkan mood bersarapan pun sudah kelaut, sempat abah selidiki dan menemuramah beberapa orang kampung yang minum dikedai kopi itu.Menurut mereka, orang tua tu memang pantang nampak orang luar.Nampak sahaja ada orang luar singgah minum, mulalah dia nak uji kepoweran dia dalam ilmu santau menyantau ni dan sasarannya sudah tentulah orang luar.Kebetulan hari sebelumnya ada sepasang suami isteri datang minum dikedai itu,nasib mereka tidak baik,sisuami terkena santauan orang tua tu.Sedang minum kopi,tersembur d***h pekat dari mulut sisuami, kasihan sungguh…orang yang tidak bersalah menjadi sasaran.Dan kebetulan abah dan sepupunya minum dikedai tersebut pada pagi itu, memang BERTEMU BUKU DENGAN RUAS lah…

KISAH TIGA….

Kisah ni baru lagi,dalam hujung tahun 2012. Dalam kisah ni aku pun ada sama,juga sebagai saksi.Harap pembaca semua ingat lagi,siAzmi sepupu aku yang pontianak terpaut dibahunya bukan dihatinya..hahaha. Masa dihari persandingan Azmi dengan gadis pilihannya,Raudhah. Ia berlaku di majlis persandingan mereka iaitu dirumah pengantin perempuan. Ketika kami(pihak pengantin lelaki) hampir sampai,dalam pukul 12 tengah hari ,kami cari tempat parkir dahulu. Adalah dalam 7 buah kereta mengikut rombongan pengantin lelaki, kalau lebih ramai lagi meriah sikitkan.

Selesai sahaja kami parkir kereta elok-elok,hendak melangkah saja kejalan,terperanjat kami semua.Pembaca semua tahu tak apa yang membuatkan kami terperanjat?Seluar dalam perempuan dan baju dalam bertaburan atas jalan,kiranya sepanjang jalan sampai ke khemah pengantin.Lagipun rumah siRaudhah jenis taman perumahan.Bertaburan atas jalan satu hal,sekali…boleh pula seluar dalam dengan pelbagai pilihan dan warna serta saiz tersangkut elok dan cantik je diatas pokok,lebih kurang 10 helailah juga, mengalahkkan lampu raya.

Aku dan keluarga tak tahu nak buat riaksi yang bagaimana,nak gelak ke atau nak terkejut ke.Tapi dalam hati aku, saat itu dua-dua perasaan ada,aku cuba gelak kuat-kuat dalam hati,cuba bayangkan,hahaha. Walau bagaimana pun kami sekeluarga tetap disambut meriah oleh keluarga pengantin perempuan,walaupun nampak dari riak wajah mereka menahan malu.Atas bumbung khemah pun ada,abah menggeleng kepala. Seperti tahu ada angkara orang cuba hendak sabotaj atau ingin memalukan pihak pengantin perempuan.

Tiba-tiba sewaktu kami ingin lihat pasangan mempelai bersanding,boleh pula hari yang cerah…,bertukar mendung, menandakan hari nak hujan.Tetapi ibubapa Raudhah pasrah dan berserah sahaja,hujan pun-hujanlah.Lagipun macam-macam dugaan yang mereka hadapi,pakaian dalam perempuan bertaburanlah,nasi yang orang catering hantar mentahlah.Tapi kata mereka,mereka sudah kutip pakaian dalam yang bersepah diatas jalan tu.Bagaimana boleh ada semula,cuma yang tersangkut dipokok dan khemah tu,mereka tidak dapat nak ambil sebab tinggi,mana yang termampu sahaja mereka lakukan disebabkan menguruskan kenduri tersebut.

Berbalik kepada hari mendung dan ingin hujan secara tiba-tiba,abah terpaksa menolong keluarga Raudhah secara drastik.Terpaksalah mengeluarkan ilmu menahan hujan, jadi sepanjang tempuh bersanding, makan nasi minyak,makan beradap.., abah terpaksa menahan diri dari makan(itu syaratnya kata abah) dan adalah bacaan tertentu yang dibaca,walaupun keinginan untuk makan nasi minyak tu membuak-buak.Tetapi jangan risau sewaktu pulang,tuan rumah sudah bekalkan nasi minyak dan segala lauk pauk pengantin kepada kami,bolehlah aku melantak versi kedua secara berjemaah dirumah bersama keluarga.

Itupun disebabkan makan ditempat orang,mestilah buat gaya makan ala-ala perempuan melayu terakhir abad ke20,haha.Dalam kegelapan langit yang tidak sabar nak curahkan deraian air matanya(hujan),tiba-tiba dengan izin Allah sedikit demi sedikit langit menjadi cerah. Alhamdullillah….Allah sudah izinkan cerah,yang baik datang dariNya,yang tidak baik datang dari kita,kata abah.Jelas abah lagi,yang membuat dan memperdajalkan mereka bukan orang lain,jiran sebelah rumah mereka juga.Itupun disebabkan orang yang membuat itu sendiri yang beritahu pada abah secara rahsia,sebelum kami berangkat pulang.

Abah sendiri pun tidak tahu,macam mana si jiran ini boleh tahu abahlah orang yang cuba patahkan serangan deraian hujan air mata langitnya yang dituju khas buat keluarga Raudhah.Katanya…,dia sudah lama sakit hati dengan ibubapa Raudhah,dendam sudah lama bercambah,cuma belum mengeluarkan hasil sahaja.Jadi sasarannya dihari perkahwinan Raudhahlah,dan dia juga mengupah beberapa orang budak untuk mencampakkan seberapa banyak pakaian dalam perempuan,tujuannya untuk mengaibkan keluarga Raudhah.

Nasi minyak mentah pun,hasil kerja tangan dia juga. Hai…terlalu berterus terang betul, semua nak dikhabarkan,macam abah aku ni tempat mengadu dia.Abah cuma mampu berkata, “Bersabarlah,susah kita nak puaskan hati setiap orang,awak buat dekat keluarga Raudhah,keluarga saya pun terkena tempias sekali,lagipun saya tak berniat nak berseteru dengan awak,saya cuma nak meringankan sedikit beban keluarga pengantin,itu sahaja.Urusan awak dengan mereka saya taknak masuk campur.”Lebih kurang begitulah ayat abah,lembut dan tenang berbicara.Ujar jiran itu lagi,dia terpaksa mengalah,malas nak teruskan lagi,dia sudah penat.Tapi bila terfikirkan balik..,’malas nak teruskan lagi ke’ atau sudah BERTEMU BUKU DENGAN RUAS..
Itulah sebahagian kisah…Kalau nak diikutkan banyak pengalaman abah bertemu dengan hantu dari kecik,remaja,dewasa sampailah sudah berumahtangga.Pelbagai ujian Allah,abah sudah tempuh.Paling sedih kehilangan dua anak tersayang, keduanya meninggal dalam perut ketika kandungan emak menjangkau lapan bulan,cuma lain tahun sahaja, kedua-duanya lelaki.Terpaksalah emak melahirkan anak lelakinya yang sudah tidak bernyawa selang dua tahun berturut-turut,kalau tidak sudah tentu aku mempunyai dua orang abang sekarang.Tidak berapa lama kemudian,emak mengandung lagi.Risau dihati emak tak dapat nak diungkap dengan kata-kata,takut pisang berbuah dua kali.Kandungan kali ini emak jaga sebaik-baiknya,sehingga abah bernazar nak puasa sebanyak tiga hari berturut-turut dan berniat nak membuang ilmu kebal yang sudah sebati dalam dirinya.Dan…dengan izin Allah, maka…,lahirlah seorang puteri comel(jangan muntah hijau tau),iaitu AKU….

Setakat ini sahaja penceritaan aku untuk tatapan kalian membaca,maaf kalau ada penulisan ku yang kalian tidak faham atau tidak lawak.Sampai seru aku akan sambung lagi(ececehceh,macam hantar karangan bm kat cikgu kelas pulak).Sekian…

Aku insan biasa,
NANA

NANA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

13 thoughts on “BERTEMU BUKU DENGAN RUAS”

  1. Hmm.. Saye akn jalankan siasatn tentang jiran yang berdendam tu. By the way,maaf saye termuntah hijau juga lepas terbaca part terakhir tu. Xdpt tahan

    Reply
  2. best la weeeeiiiii…,,cer cite lagi…cite la lagi….oh nanananana….terbaik lah….cuma aku was,2 tang lahir bayi comel tu je…..compiuslampu aku di buatnya…papepun cite dia tetap terbaik….,

    Reply
  3. Waah. Cite ni antara yang paling best dan mampu membuat sy rajin utk komen 🙂
    Sambunglah lagi kalau2 ada lagu cite lain. Time kasih

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.