Berubat

Berubat

Assalamualaikum semua. Semalam selepas membaca confess ‘Aku Ketakutan’ buatkan akak nak kongsi jugak kisah yang terjadi dalam keluarga akak 2 tahun lepas. Tapi akak nak beritahu yang akak ni bukan student UIAM?? Tumpang baca je confession adik2 student ni sebab macam2 benda boleh belajar dari page ni. Kisah keluarga akak ni nak katakan perbuatan khianat orang pun bolehlah. Tapi bercampur jugak dengan lintasan dan benda menyinggah.

2 tahun lepas arwah abang akak meninggal dunia akibat serangan jantung di rumah. Selesai semua pengkebumian akak dan keluarga putuskan untuk temankan emak dan keluarga arwah di rumah sehingga hujung minggu. Malam pertama tanpa arwah.

Mata semua orang memang xboleh lelap. Mungkin kerana kelelahan selepas kenduri tahlil dan mungkin juga terlalu penat kerana tidak tidur melebihi 24jam. Akak yang da keletihan sangat2 memilih untuk tidur di hadapan kabinet tv bersama anak2. Baru je nak terlelap tiba2 akak tersentak bila terdengar suara abang memanggil dengan singkatan nama akak, betul2 di telinga. Tercelik mata akak time tu. Jangan tak tahu. Jam masa tu tepat pukul 1.30 pagi. Jelas. Terang. Dan akak belum betul2 lelap! Allahu.. Apa pulak ni..

Nak bangun takut. Jadinya akak tarik selimut tutup muka. Baca apa yang patut dan akhirnya tertidur dalam peluh. Akak memilih untuk tak ceritakan pada sesiapa sebab mungkin perasaan akak je. Mgkn juga akak teringat2 kat dia sebab dia satu2nya abang yang akak ada. Tapi, 2 bulan kemudian ………

Mak akak sering call tanya bila nak tidur di rumahnya. Mula2 akak xlayan sangat. Ye la.. Anak sekolah macamana asyik nak balik ke rumah mak meneman. Lagipun mak bukan seorang kat rumah tu. Tapi bila da kerap sangat kena call dan ditanya akak pun amik keputusan pergi ke rumah mak. Masa tu memang bengang sangat bila tanya kenapa asyik suruh datang dan jawapan mak saja. Nak meramaikan orang dalam rumah. Apa daaa. Nak ramaikan orang ajak la jiran2 sekali tido kat rumah tu. Mak diam je. Pastu baru kak ipar bukak cerita.

Ada jelmaan along dalam rumah. Bisik kak ipar. Terduduk akak time tu. Terus jantung dupdap dupdap. Jelmaan macamana? Soal akak balik. Dengar bunyi bersin persis dia, dengar almari dibuka dan ditutup tengah malam. Dengar bunyi orang naik tangga ke loteng. Dengar bunyi pintu bilik dihempas. Bila dibiarkan tidak dilayan gangguan makin teruk. Hempas2 pintu makin kuat.

Buka tutup almari makin kerap. Malah sesekali terdengar deheman ala2 arwah. Akak terdiam masa tu. Berapa lama da jadi ? 2 minggu kata mak. Sepanjang 2 minggu kak ipar tak brani tidur dalam bilik. Sentiasa terasa ada orang di sebelah. Dan kalau tengah salin baju atau duduk dalam bilik sentiasa rasa ada oranng memerhati. Jadinya semua org tidur di hall rumah. Itupun tidur2 ayam sebab gangguan akan datang setiap lepas pkl 11 malam.

Dan yang paling menakutkan bila jiran depan rumah terdengar suara arwah marah2 anak perempuannya pada pukul 2pm!!! Boleh dengar sampi ke rumahnya yang jarak dalam 12kaki jauhnya. Tersentak jiran tu. Jelas. Terang lagi nyata. Siang kot. Baru lepas solat zuhur.

Malam tu akak tido di rumah mak, memberanikan diri. Wasap pd kawan dan cerita semua. Dia suruh download rukyah. So sepanjangg malam pasang rukyah. Alhamdulillah. Malam tu tak de gangguan cuma akak je la tak dapat tido sebab henpon sebelah telinga.. Huhuhuhuhu…..

Esok tu kami cari orang yang bole pulihkan rumah. Bila tanya kawan akak dia suruh panggil sorang abang tu yang meniaga di pasar. Katanya abang tu bole ubatkan. Tak lama lepas abang tu datang terus minta izin round dalam rumah. Dari bilik ke bilik..

Sampai ke hall semula. Ada belas2 ekor ni… Hah???? Belas???? Terkejut semua orang time tu. Ekor lak tu. Apa kebenda nya pulak. Abang tu kata nanti malam dia datang. Dia minta sediakan garam kasar sepaket. Malam tu dia datang semula pulihkan rumah. Tabur garam semerata rumah dan baru la terbukak cerita tentang ‘benda’ ni tadi.

Malam tu Abg J datang pulihkan rumah. Dapat tangkap beberapa ekor jugaklah. Dan paling best apa yg dia cakap tu memang benda yang sebelum2 ni kitaorang tau wujud dalam rumah tu. Dia tanya pernah tak arwah berubat kat mana2? Berurut ke. So kak ipar cakap memang dia selalu berurut. Merata2. Sebab dia ada penyakit angin dalam badan.

Jadi bila xselesa je dia mesti cari tukg urut. Dan dia jugak pernah beberapa kali berubat smpi ke gunung jerai sana mandi air terjun tepat pukul 12 tengah malam sebab ada orang hantar barang kat dia. Abg J cakap tiap benda yang kita berubat ni kalau ada mandi2 limau ke bunga ke sebenarnya org tu sedang letak benda dalam badan kita. Tu sebab dalam badan arwah abang ada berbelas ekor termasuk yang dihantar oleh orang lain jugak.Termasuk dlm bdn kak ipar. Masa ‘bersama’ benda tu masuk sekali… Erkkkk… Kak ipar da la preggy time tu. So we are decided to clean kak ipar akak tu jugak. Tapi kan…. Belum sempat proses buang semua tu dan pulihkan rumah utk kali ke 2 …………….

Bunyi dentuman pintu makin kuat. Orang berdehem, bersin dan sesekali helaan nafas orang terdengar dalam rumah. Nak2 selepas pukul 11 malam. Mak dan kak ipar da xberani solat isya lewat. Tahajud pn xbrani nak buat. Kelibat orang sesekali ternampak bila kat dapur sorang2 waktu malam. Kesudahannya disebabkan xlarat nak layan, satu malam tu sedang rumah jiran buat kenduri, kami panggil abang J datang semula. Kali ni dia bawa assistant dia 2 orang untuk bantu.

Memula xde apa. Sebab kitorang cuma nak dia pulihkan balance2 yang dia xsempat buat masa memula tu. Dr 1 bilik ke 1 bilik dia pergi. Puas berlari. Suami akak yang dok teman dorg pun hadap sama. Dengan bau busuk dalam bilik utama yang arwah abang tido. Tiba2………. Kak ipar kena sampuk!!!! Meracau2… Allahu….

Abang J dengan assistantnya pegang dia atas katil. Berpeluh2 dia meronta. Imagine org mengandung 5 bulan meronta. Sesi komunikasi pun berlangsung. Abang J tanya siapa dia. Kenapa dia ada dalam badan kak ipar. Dia kata dia nak tumpang je. Ada org hantar. Tengok pada keadaan kak ipar yang seakan tak nak beralah assistant abg J yang merupakan kawan sy suruh buka rukyah.

Elok sy buka rukyah mata kak ipar melilau. Seram sejuk tengok dia. Masih dipegang oleh abg J dan assistantnya.. Agaknya berkat rukyah akak ipar kembali waras. Selepas puas hati dengan jawapan2 yang diberi oleh kak ipar untuk pastikan itu benar2 dia, abang J lepaskan kak ipar. Masa tu kak ipar cakap dia nak muntah. Dan abang J pun cakap nak mandikan dia untuk buang yang ada dalam badan dia tu. Elok je masuk dalam bilik air, kak ipar muntah macam2!!!

Kami dok makan kandar malam tu nasi dengan lauk ayam tapi yang klua dari perut dia maggi. Dan segala macam junk food lain yg xtercapai akal bila tahun dia makan. Banyaknya sebaldi besar. Masa tu macam pelik. Muntah maggi dan smpi sebaldi tak beragak2. Mana datagnya semua tu. Sampi longlai kak ipar masa tu. 45 min dia muntah non stop. Baunya toksah cakap la… Pekung!

Pas dia da lega tu abg J mandikan dia (akak ada sekali, xbukak baju pn. Untuk baca doa je pastu akak yang mandikan dia. Jgn fikir macam2 ek). Masa ni la tanya dia. Bila dia ada makan maggi. Dia kata lama sudah xmakan. Last pun sebelum arwah abang meninggal. Berbulan la jugak. Akak malas nak layan akak selesaikan dia tukar baju semua trus bawa semula ke hall depan.

Masa ni sangat mencabar. Ingatkan da selesailah selepas da keluar segala isi perut kak ipar tu. Rukyah masih terpasang. Tetiba anak akak nak susu. Akak da ketar lutut nak ke dapur. Time ni jugak la kak ipar tetiba longlai pitam. Tapi disebabkan anak nak susu jugak akak gagah la melangkah nk ke dapur semula. Dan… Azan berkemundang dalam rukyah. Suara ustaz termizi ali yang lunak2 tu rupanya menarik perhatian ‘kak ipar’. Terus dia segar dan jerit kuat

“BUNYI APA TU????????”

Melompat akak kat pintu nak masuk ke hall tengah rumah. Bukan terkejut dengan soalan tu tapi terkejut sebab suara kak ipar tu bukan suara dia. Suara tu garau. Suara lelaki!!!! Berlari la akak kat suami akak yang sma2 terpegun. Sebab kami xpernah hadap benda ni seumur hidup. Real lak tu. Depan mata.

Baru nak tutup rukyah tu kawan akak xbagi. Biarkan je. Kata dia. Dia panas tu dengar azan. Azan dalam rukyah tu 3 kali pulak tu. Kak ipar da gelisah. Meronta2 kuat waktu abg J dan assistantnya pegang. Assistant dia minta telur sebiji. Untuk apa pun xtahu. Assistantnya duduk dihujung kaki. Sesekali nampak mcm sedg bersilat. Menepis2. Nak tergelak pn ada. Tapi sebab takut melebihi segalanya akak diam je la. Dalam setengah jam macam tu kak ipar diam. Nafas dia laju turun naik.. Abg J basahkan muka dia dengan air yang da dibacakan. Nampak dia da waras. Bila ditanya beberapa soalan kak ipar dapat jawab dengan tepat. Alhamdulillah…

Telur tadi assistant abang J minta izin untuk bakar. Tin susu digunakan untuk bakar telur tu atas dapur stove. Sedang proses dibuat 1 dapur bau busuk yang teramat sangat. Busuk tu datang dari telur yang dimasak tadi. Tapi keadaan telur tu sikit pn xjejas dari segi warna kulit mahupn texturenya. Telur tu kemudiannya dibungkus dalam kertas utk dibuang di tempat lain.

Akak sempat tny pd kak ipar apa yg berlaku masa dia xsedar tu. Dia cakap masa dia dengar azan tu sayup2 je awal2 tu dia ada kat 1 tmpt gelap. Dia lari sana sini nak cari jalan balik tapi xjumpa. Lama dia pusing kat tempat tu tapi macam ada benda halang dia dari kluar. Bila tanya pada abang J pulak abang J kata kak ipar dibawa jauh ke dalam hutan.

Sebelah kanannya makhluk berwarna putih. Kirinya pula makhluk berwarna hitam. Masing2 menarik2 kak ipar untuk dibawa lari. Masa tu la abang J dan assistantnya bersilat untuk lepaskan kak ipar dari pegangan makhluk2 ni. Sampi berpeluh2 lencun baju.

Lepas dari tu rumah tenang. Xde gangguan smpilah sebulan lamanya gangguan datang semula. Situasi yang sama. Malah kali ni kelibat lebih jelas kelihatan. Tapi cuma dari pinggang ke bawah. Last2 kak ipar panggil team darul syifa datang buat solat hajat dan baca yasin kat rumah. Selepas tu baru la rumah tu ok. Walaupun ada lagi gangguan tapi sikit2 je la.

Cuma nak kasi ingat kalau boleh nak berubat apa jenis penyakit batin ni pun cari lah ustaz ke atau tempat yg diyakini bukan berubat cara pakai khadam ke pakai jin ke sebab kita tak tahu apa yg org tu cuba buat pd kita. Macam arwah abang ni memang ada orang hantar untuk pisahkan dia dengan kak ipar dan ada jugak yang orang ‘simpan’ kat dia.

 

Kak Not

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “Berubat”

  1. huh bru ckp ngn cik abg nk g brurut…bdn hbis bise2..pdhl bru 23…trse berat je bdn ni, nmpk gyenye telan ubat je ar jwbnye…2/3 bln bru ni, tok ade bg thu rumah die ad pnggu, xthu r spe punye brg or spe y mghntar, sy mmg xpcye bb tok trllu prcye 100% bnde ni smp die trbwak2, asal sakit je ade bnde halus…tp tbe2 pksdre brsuare, ad 1 mlm 2 pksdre bgun nk g buang air kecik…sblm nk g ke blik air kne lalu blik stor dlu (xde pntu) dlm blik stor 2 untuk smpn brg2 dapo y jarang guna, n peti ais…mse pksdre lalu dpn blik stor 2 tbe2 die tgk peti ais 2 trbke sndri…tp sy agp mgkin ad org bke peti ais xttup kms, tbe ar mse sy n suami balik kg, sbb dh lme xblik…sy tdo dlm blik mksdre mmndangkn tuan blik balik umh mkmrtua…sy mnx tlg suami g ambik chger dlm kete, jd tgl ar sy dlm blik sorg2, tbe2 trse tgan sy dsntuh oleh ssuatu trse sejuk je mcm angin..tp kt tgn je..lps 2 bru trse blu roma sy mremang…mgkin ad btlnye ckp dorg.lps dr 2 sy xblik2 dh umh tok, time sume brkmpul ramai kt umh tok bru sy balik. huh mujo xnmpk pape.

    Reply
  2. Aduuiiii nayo betoi ni…
    G berubat ghupenyer lg nambah penyakit yer…
    Jadinye pasni klu ade sesi mandi bunga mandi limau bagai tu x usahler diikotkan…
    Bahaya dan meragukan ekkk…

    Reply
    • Gamaknyer yg sllu mak andam jenis soh mandi bunga nk bg berseri tu ntah2 disurohnye belaan die bertenggek depan muke ni nk bg nampak stunning gituuuu…
      Takoootttt…

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.