Beting Beras Basah

Beting Beras Basah

Hai, salam perkenalan dari aku. Aku kenalkan diri aku sebagai POCO. Aku umur 27 tahun. Cubaan pertama aku untuk kongsi real story apa yang aku dan family aku alami. Banyak perkara mistik yang aku dah lalui. Sejujurnya aku tak penah nampak mahkluk-makhluk halus ni. Hanya sekadar pengalaman kakak ipar dan sepupu aku dirasuk apabila berada di rumah atuk aku. Ok, untuk cubaan pertama ini aku nak cerita pasal kisah beting beras basah. Sebab kes ni sangat-sangat menarik bagi aku. Siapa yang tak tahu pasal beting beras basah ni boleh la google ye. tambah ilmu sikit. Haha. Ok, macam ni, seumur hidup aku dan adik-adik aku, kami tak pernah sekali pun pergi ke beting beras basah yang terletak di bagan datoh walaupun tiap-tiap tahun pergi beraya di sana. Lain pulak yang terjadi pada tahun 2015, hari raya kedua kami macam nak sangat pergi beting beras basah, sebab tahun tu kan ada pertabalan sultan perak yang baru. So, semangat nak melawat tu membuak-buaklah. Lebih kurang pukul tiga petanga hari raya kedua tu kami sampai ke beting beras basah, memang rasa teruja gilalah. Semacam je aura tu dapat aku rasa.

Sebelum naik ke titi jeti tu, abang aku ada berpesan, jangan seronok sangat dekat sini. Jangan ambil apa2 barang dekat sini. Ok, abang aku ni dia pandai berubat cara Islam. Dia belajar cara berubat semata-mata sebab family je. Yalah, sebab kak ipar aku ni selalu je kena rasuk. sampai tak tahu nak buat apa dan tak tahu dah nak berubat dekat mana. Sampai satu tahap, dia rasa dia kena belajar untuk tolong kak ipar aku. Yang pandai berubat ni abang aku yang nombor dua, ya. Abang sulung aku ni la mengadakan kak ipar aku. Yang si sulung ni jarang ikut kami berjalan beraya. Kak ipar aku yang selalu ikut. Ok, sambung balik ya? Masa melawat beting beras basah, hanya aku, ummi, angah (abg aku no. 2), adik perempuan aku dua orang dan adik lelaki aku dua orang. So, lepas angah pesan dekat kami, kami pun ok je dan teruslah berjalan-jalan dekat jeti tu. Tempatnya biasa-biasa je, tapi auranya memang terasalah. Tak lama pun dekat situ, kami pun baliklah ke rumah tok aku di teluk intan.

Sampai rumah tok aku dalam pukul enam petang macam tu lah. Kami sampai je rumah tok, aku tengok abang aku yang sulung dengan family dia dah ada dekat rumah tok aku. Diorang tak ikut kami berjalan. Sepupu aku pun ada. So, rehat-rehat sajalah petang tu. Satu benda yang aku perasan bila kami sampai rumah tok aku tu, aku tengok kak ipar aku tak bercakap sepatah pun. Dia diam je. Aku pun tak fikir apalah. Yalah, mungkin dia penat kot.

Tengah rehat tu, aku nampak kak ipar aku pergi dapur. Selang 15 minit macam tu aku pun ke dapur, tengok kak ipar aku dah sudah makan dan pergi ke ruang tamu depan. Aku pun makanlah apa patut. Lapar kot. Hanis je makan, aku ke ruang tamu untuk lepak-lepak dengan family aku. Dok sedap tengah lepak-lepak tu, tiba-tiba kak ipar aku pengsan. Aku dah agak dah sebab apa. Sebab banyak kali terjadi dah. Kami yang handle pun dah rasa biasa. Relax je handle. Cuma kali ni agak beruntung sebab angah aku ada sekali. Angah aku pun mulalah lafazkan bacaan-bacaan surah al-Quran yang dia belajar. Habis je baca, angah aku cuba untuk bercakap dengan kak ipar aku. Macam-macam angah tanya, tapi tidak berjawab. Kak ipar aku hanya merenung tajam muka angah. Aku tahu dah yang renung angah tu bukan kak ipar aku, tapi benda tu.

Lebih setengah jam jugaklah bertanya dan tak berjawab tu. Memang degil benda tu. aku ingat benda tu bisu. Fed up jugaklah tunggu dia nak jawab tu. Tiba-tibaw adik perempuan aku tanya, kau siapa? Datang dari mana? Nak apa? Terus kak ipar aku toleh ke arah adik aku, renung lagi sekali. Tak sampai tiga minit, adik aku ulang balik soalan dia tadi dengan nada marah. Terus benda tu jawab, “aku ikut kau. Kau yang panggil aku tadi dekat jeti (beting beras basah). Aku dayang istana!”

Terkejut kami dengar jawapan dia. Tak sangka kami bawak balik dayang istana. Angah suruh dia balik ke jeti semula, dia melawan kata tak nak balik. Angah mulakan bacaan dia. Dayang tu mula meraung-raung. Degil jugaklah, tak nak keluar dari badan kak ipar aku. Senja dah masa tu. Dekat luar pulak angin agak kuat. Aku hanya lihat je sebab dayang tu tak mengganas pun. Aku berdiri depan pintu utama, tu yang aku tahu angin agak kuat.

Dayang tu tetap degil tak nak balik. Angah aku cakap dekat kami semua, dah tak ada cara lain yang dia tahu melainkan panggil ketua dayang ni datang ambil dayang. Kami kata buat apa yang patut. Angah mulakan bacaan dia lagi. Tengah angah baca ayat al-Quran tu, dayang tu menjerit, “ketua aku datangggg!”

Angin dekat luar ni betul-betul makin kuat. Langit pun nampak gelap tiba-tiba. Sekali bedentum petir panah betul-betul dekat depan pintu, area laman rumah. Melompat aku tekejut dan berlari ke belakang sikit. Terus kak ipar aku terbaring. Cuaca pun berubah serta-merta. Terus elok. Tak ada angin yang kuat macam tadi. Angah terus baca doa dan cakap, “alhamdulillah sebab dah selasai.”

Kak ipar aku pun terus sedar dalam keadaan terpinga-pinga. Aku pun tanya angah, apa yang jadi? Angah cerita, yang petir tadi tu, panglima istana jin di beting beras basah. Panglima tu marah dekat dayang tu. Angah kata, confirm dayang tu kena lanyak sebab kacau orang. Angah pun ceritalah, masa dekat beting beras basah tu, dia nampak istana besar dekat situ. Memang istana jin ada dekat situ, katanya. Sebab tu dia pesan, jangan seronok sangat. Sepupu aku pun ceritalah yang dia nampak ada seorang perempuan tua, tapi cantik sangat-sangat, pakai baju ala-ala dayang istana. Dia berdiri belakang kak ipar aku masa kak ipar aku tengah makan dekat dapur tu. Sepupu aku diam sajalah. Tak bagitahu siapa-siapa sebab dia ingat benda tu singgah macam tu je. Tak sangka pulak dia jadi macam ni.

So, apa-apa pun kami semua legalah yang benda ni selesai. Walaupun agak lama nak selesaikan dan agak nasib baik sebab panglima istana tu marah dekat dayang dan bukan dekat kami. Kalau marah dekat kami, tak tahulah apa jadi. Huhuhu. Sampai sekarang aku masih ingat lagi bunyi dan cahaya petir tu. Betul-betul real petir tu panah depan mata aku. Maaflah kalau cerita tak menarik dan tak seram. Nama pun cubaan kali pertama, kan? Hehe. Harap admin Fiksyen Shasha dan pembaca dapat terima cerita aku. Terima kasih sekali lagi.

Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

pocoyo

panggil saya poco, umur 27 tahun. cuba nak berkongsi cerita yang saya lalui.

rate (4 / 21)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

46 Comments on "Beting Beras Basah"

avatar
InspNrlaa
rate :
     

Woww best. X pernah dgr citer psl ni. Sis bg 5 star

Aurora
rate :
     

Owh beting beras basah ne nama tempat eh.. baru 1st dengar ne

trackback

[…] post Beting Beras Basah appeared first on Fiksyen […]

Kak Yulie

Kay dik…
Akk rase puas hati sgt sbb dayang kena marah kaco org…

Tapi…
Yg akk x pueh hati tu, sape yg seru die…???
Ape yg org tu dh buat sampaikan dayang tu rase diseru…????

Kay…jawab taauuu…
Kang akk panggil panglima soh marah ko citer x clear…
Haaa….

Aurora

Ye lh kan kak yulie..
Yg part ne (adik aku ulang balik soalan dia tadi dengan nada marah. Terus benda tu jawab, “aku ikut kau. Kau yang panggil aku tadi dekat jeti “)
Sebenarnya adik die ke macamne ni?

Azri

oky citer ni best….
Pernah pi skli time tu ada event…mmg terasa aura yang ****……so niat kami baik just nk follow the event regulation only….so nothing happen….tapi terasa taksub dgn keindahan alam…mmg tempat cun…

Scully
rate :
     

??, jadi sapa yang seru dayang tu ?

Lazada Zalora Kohada
rate :
     

Cerita is so nais…Tapi nak komen sket je ttg penggunaan Kata Nama Khas spt nama tempat, sebaiknya ditaip dgn huruf besar utk elak kekeliruan.

Ratu ... lain dri yg lain.. I liked\'s ???
Ratu ... lain dri yg lain.. I liked\'s ???
rate :
     

Men aria

Ratu
rate :
     

Lain dri yg lain… I like’ss????

Airish Alnisa
rate :
     

BEST!

Teruskan berkarya!

Darkaz
rate :
     
Kampung aku kat bagan datoh (pasang api). Baru 3 kali pegi beting beras basah tu tapi kat darat jela. Aku tanye ler ayah betul ke idok cerita hg ni. Ayah aku kabo memang ada 7 dayang dan istana kat sana. Kalau pegi situ niat la benda yang bebaik. Jangan merepek dan buat bende bebukan. Alang2 tu aku nak share sikit apa yg ayah aku cerita semalam. Ada satu kisah ni, org india (buruh). Masa dia dok sibuk susun2 batu (yg sekarang ni dah jadi jambatan) dia terjumpa serpihan emas. Dia pon happy la tak kan sedih pulak ye dok. Esok nya dia cerita dekat org kampung. Ate apa lagi mula la misi mencari ’emas’ tu. Memang tak la jumpa ’emas’ tu. Ayah aku kata walaupun dia india tapi hati dia bersih, niat dia baik. Sebab itulah dia dapat sikit habuan. Ada satu lagi kisah yang agak complicated. Tapi apa yang aku faham, menurut ayah aku ada sorang mak cik, Yong (bukan nama sebenar) dari kampung tersebut terjumpa dayang istana kat beting beras basah tu. Pada masa tu mak cik Yong tak tahu pon yang perempuan… Read more »
Aleen

kita kg sama . ahahaha

Darkaz

Emm curious ni.. Btw kite sebaya~ jom kenai2 nak? hahax

Aleen
rate :
     

kg aku dekat bagan datoh (kg pasang api) . 24tahun aku ulang alik balek kg . tapi tak perna lagi jejak kaki kat sana . pernah lah jugak time raya nak pergi . tapi bila dengar cerita dari sepupu sepapat makcik pakcik terus tak jadi . kekadang ada jugak bukak google baca kisah neh .. kalau hati tak bersih memang tak boleh masuk .

pelurupuitis

👍

wpDiscuz