BILIK KULIAH 4

Assalamualaikum warga FS. Nama aku Sya. Aku pelajar sem 2. Aku nak cerita pasal suatu kisah ketika aku belajar di sebuah Kolej. Kisah ini bermula sejak aku dapat tawaran masuk ke kolej. Tetapi aku berulang je ke kolej disebabkan kolej aku tidak menyediakan asrama.

Hari first , aku dan kawan aku si Izza ni datang awal untuk pendaftaran pelajar. Situasi di kolej itu memang sunyi.Mungkin kolej itu terletak di kawasan pedalaman. Kawasan sekitar kolej pun kelihatan suram. Dan situasi sebegitu berjaya menaikkan bulu roma aku apabila Izza menanyakan aku 1 soalan . “Sya, hang rasa tak apa yang aku rasa? Dah la sunyi , nampak suram pulak tu” . Memandangkan hari itu hari cuti. Aku buat tak endah saja soalan Izza tu. Selepas seminggu orientasi, Aku dan Izza berkenalan dengan kawan-kawan yang sama kos dgn aku. Kos kami tak ramai, semua perempuan.Dan aku rapat dengan mereka. Aku lalui hari-hari biasa aku mengikut jadual kelas aku.

Pada suatu hari , Bilik kuliah 1 ada pensyarah sedang guna. So, ustaz suruh kami belajar di Bilik Kuliah 4. Kami panggil Ustaz kat pensyarah kami tu.Bilik Kuliah 4 ni tingkat 3. Masa ustaz tengah mengajar tu, mata aku rasa berat sangat. Seumur hidup, aku tak pernah rasa mengantuk macam tu time kelas. Kalau ada tu, aku still boleh tahan. Tiba-tiba, pintu kelas terhempas. Berkali-kali pulak tu. Kali pertama kami buat tak endah saja, masa tu semua orang ingatkan angin. Tapi bila dah banyak kali pintu tu duk buka tutup , buka tutup , macam orang sedang main. Semua orang dah rasa lain macam. Masa pintu tu buka tutup, Ustaz tu tengok je sambil senyum. Pastu dia cakap “haish”. Aku syak ustaz tu boleh nampak sesuatu yang tak semua orang boleh nampak. Dan situasi masa pensyarah tengah mengajar tu memang pelik. Nak salahkan angin. Angin datang kejap ja, itu pun tak sekuat mana. Aku ingat aku sorang ja yang rasa pelik . Rupanya kawan2 aku yang lain pun rasa apa yang aku rasa.

Lepas kejadian tu, kami dengar banyak cerita pasal Bilik Kuliah 4 tu. Senior aku cakap kalau nak lalu Bilik Kuliah 4 tu jangan lalu sorang-sorang. Takut jadi apa-apa katanya. Kami semua pun pelik lah ada cerita apa sebenarnya dengan bilik kuliah 4 tu. Senior-senior pun buka cerita. Salah seorang dari senior tu, kami panggil kak Era . Kak Era cakap dulu dia dengan geng dia pernah kena. Masa tu Kak Era kelas kat Bilik Kuliah 4 jugak. Bila Kak Era dengan geng-geng dia naik atas (bilik kuliah 4 tu) takdak pun pensyarah, so Kak era dengan geng dia pun pergi cari pensyarah tu lagi. Berkali-kali naik tangga, turun tangga. Last-last , Kak Era dengan geng dia jumpa pensyarah tu kat tangga, pensyarah tu cakap “hampa pi mana? Pukul berapa dah ni tak masuk kelas? Saya tunggu punya lama kat kelas”. Kak Era dengan geng dia memang terkedu tak terkata lah. Kak Era pun cakap pada pensyarahnya,  ” kami semua naik atas tadi, encik takdak pun dalam atas?” Lepas Kak Era penat bercerita naik tangga turun tangga kat pensyarah tu. Pensyarah tu ambil keputusan untuk buat kelas kat bawah je.

Naik sem 2 , Bilik Kuliah 4 dijadikan tempat permainan pimpong dengan lengkap segala peralatan pingpong di situ. Hari tu kami (aku dan kawan-kawan) mengajak ustaz bermain pingpong (sebab kami malas belajar). Kami dan ustaz sama-sama naik ke Bilik Kuliah 4. Semasa kami menyediakan peralatan dan menyusun meja pingpong. Aku perasan yang tangan ustaz yang tengah pasang jaring untuk sempadan antara pemain tu TERKETAR-KETAR. Aku pelik. Ingatkan aku sorang ja yang perasan. Tiba-tiba si Izza ni cuit aku “hang tengok tu tangan ustaz ketaq” aku pun “haa aku tau, aku nampak” hampir semua kawan-kawan aku perasan yang tangan ustaz time tu terketar-ketar. Nak kata ada penyakit parkison, sebelum ni kami tak pernah nampak pun tangan ustaz terketar-ketar smpai macam tu sekali. Lepas habis pasang tu, ustaz suruh kami main dan minta izin dari kami untuk turun ke surau .

Pada mulanya , aku ni jenis tak mudah percaya cerita daripada senior mahupun rakan-rakan. Sampai lah tiba suatu hari. Aku masuk tandas yang BERSEBELAHAN Bilik Kuliah 4. Tandas tu memang kotor sangat. Dengan air melimpah ke lantai. Dengan sampah sarap tersumbat dalam lubang tandas, dengan rokok nya, air minuman lah dan tandas tu pulak takdak cermin. Disebabkan aku tidak mampu lagi menahan daripada membuang air kecil, dari sejam lalu berada di dalam kelas tingkat yang sama dengan tingkat Bilik Kuliah 4. Aku terus meluru masuk ke dalam tandas melepaskan hajat aku. Aku pilih tandas yang tak tersumbat tapi still kotor . Setelah selesai hajat aku, aku terus keluar. Belum sempat kaki aku melangkah keluar dari pintu tandas itu. Tiba-tiba aku terdengar orang perempuan menjerit halus di telinga kiri ku . Selepas di telinga kiri benda tu menyeringai pulak di sebelah kanan ku. Meremang bulu roma aku masa tu. Kaki aku kejang, rasa berat nk melangkah. Mata aku terpejam rapat dek kerana terlalu takut. Aku tak tahu nk buat apa waktu tu. Nak jerit suara tak terkeluar. Setelah aku baca ayat-ayat al-quran dalam hati barulah rasa ringan dan aku terus membuka langkah seribu tanpa berpaling ke belakang.

Selepas kejadian itu berlaku pada diri ku. Aku mengambil langkah berdiam diri sahaja. Bukan apa takut kecoh pulak nanti. So, sekarang aku dah tahu punca sebenar misteri di Bilik Kuliah 4 . Sebab tandas tu terlalu kotor. Pengajarannya, nak masuk tandas lihat dulu persekitarannya jangan main terjah saja macam aku.

PERSOALANNYA .. Kenapa daripada dulu mak cik dan pak cik cleaner x cuci tandas tu???

Sekian.

 

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.4]

5 thoughts on “BILIK KULIAH 4”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.