Assalamualaikum. Ini kisah aku sendiri. Aku gelarkan diri aku ‘T’. Kisah ni terjadi waktu aku belajar kat salah sebuah IPTA kat Borneo tahun 2007. Waktu tu aku pelajar diploma semester 1. Umur aku masa tu 18 tahun dan itulah kali pertama aku duduk berjauhan dari keluarga yang menetap di semenanjung. Sebelum aku mulakan cerita aku, aku nak mintak maaf awal-awal sebab cerita ni agak panjang. Ni pengalaman aku sendiri, jadi terpulang lah pada korang kalau nak percaya ke tak pasal kisah disebalik pengalaman yang aku alami sendiri ni.
Kisahnya macam ni. Waktu aku belajar kat IPTA tu dulu, ada 3 kolej kediaman yang ada kat situ. Senang cerita aku namakan kolej-kolej ni kolej I, kolej G, dan kolej U. Walaupun aku pelajar July intake (first intake), aku daftar masuk IPTA tu lambat sikit sebab aku dapat surat tawaran lepas minggu orientasi. Disebabkan aku sampai lambat, aku tak boleh nak daftar ke kolej G, kolej yang lebih baru dan cantik kalau dibandingkan dengan kolej I yang lama sebab menurut pegawai pendaftar tu, kolej G dah penuh. Nak taknak, aku terpaksa daftar ke kolej I sebab itu je kolej yang masih ada kekosongan. Kolej U tu kolej lelaki, kau jangan tanya kenapa aku tak daftar situ pulak. Haha.
Waktu aku mula-mula duduk kat kolej tu, aku rasa gembira jugak lah sebab aku dah terlepas dari minggu orientasi, minggu yang cukup terkenal dengan peristiwa-peristiwa ‘ragging’ atau dalam Bahasa Melayunya buli. Mungkin zaman sekarang dah takde kes-kes ‘ragging’ ni. Maklumlah, semuanya di hujung jari. Hari ni kau ragging, esok kau masuk penjara sebab video kau dah viral kat Facebook, Twitter, mahupun kat WhatsApp group sebab makcik kau kaki share video. Hahaha.
Berbalik kepada cerita aku, aku dengar dari kawan sekolej yang kolej kediaman kitorang tu tak skema sangat macam kolej G yang selalu buat aktiviti kolej dan paksa-paksa junior untuk jadi peserta. Maka, hati aku pun bertambahlah girangnya. Lepas sebulan duduk kolej tu, memang terbukti kata-kata kawan aku tu, aku ingat dia menipu sebab nak sedapkan hati aku yang kecewa tak dapat duduk kolej cantik. Kolej I ni memang sangat jarang buat aktiviti kolej. Kalau kolej G, malam-malam pun selalu buat aktiviti kolej. Aktviti kolej I ni tersangatlah jarang, sampai aku terfikir, “Pemalasnya jawatankuasa kolej aku ni. Aku suka”. Hahaha.
Tapi, makin lama aku duduk kolej tu, makin aku rasa ada yang tak kena. Mula-mula sekali sebab kolej aku jarang buat aktiviti, apatah lagi aktiviti belah malam. Dah kenapa jarang buat aktiviti kolej belah malam kan? Sepatutnya time tu lah pelajar selalu free sikit. Lepas tu, aku selalu dengar cerita dari senior yang kolej tu ada kisah seram. Kisah seram ni agak tipikal lah sebab kita macam pernah dengar versi ni kat banyak asrama sekolah dan kolej-kolej kediaman seantero Malaysia. Kisahnya ialah kolej I tu keras sebab ada pelajar pernah bunuh diri kat salah sebuah bilik dalam kolej tu. Tipikal kan? Jadi bila aku dengar cerita macam tu, aku pun sekadar menjuih bibir dan angguk-angguk tanda aku faham tapi belum tentu aku nak percaya lah.
Masa bulan pertama aku duduk kat kolej tu, aku dapat bilik yang betul-betul berhadapan dengan pintu masuk blok tu. Ini salah satu sebab lagi kenapa aku suka duduk situ sebab senang sangat aku nak keluar masuk blok, tambahan pulak aku duduk tingkat paling bawah. Bilik aku tu bilik kedua, tapi bilik pertama tu kosong. Kat situ aku dah ada rasa pelik sikit lah. Kenapa bilik tu kosong, tak bernombor, dan berkunci. Roommate aku ada 3 orang tapi salah sorang roommate aku ni ada bawak kawan dia duduk sekali kat situ jadinya satu bilik tu ada 5 orang duduk. Aku tak boleh nak kata apa sebab dia senior, ada kuasa veto sikit dengan kitorang yang sem 1 ni. Agak riuh jugak lah bila semua ada dalam bilik. Tapi selalunya aku bertiga je dengan senior aku dan kawan dia tu.
Senior aku tu baik, selalu bercerita dengan aku. Sekali tu aku tanya lah dia pasal kisah pelajar bunuh diri tu. Dia diam dalam berapa saat lepas tu dia tanya aku, “Cney kau dengar cerita ya?” (Mana kau dengar cerita tu?). Lepas tu aku pun cakap lah, “Dengar dari senior lain”. Senior aku tu pun cakap “Nang tempat tok keras sikit. Nok biak lain ya ney mok diam ctok. Bagus gik diam G bah” (Memang tempat ni keras sikit. Budak lain tu mana nak duduk sini. Elok lagi duduk G). Aku tanya lagi, “Habis tu betullah kisah tu? Tapi kenapa akak nak duduk sini lagi?”.
Senior tu cakap, “Aku pun sik tauk mun kisah ya benar ka sik tapi nang ku tauk I tok keras sikit. Cuba kau tangga depan pintu masuk blok ya. Ada nak sigek bungkusan kain hitam kuning? Ya lah pagar tempat tok. Aku tok malas mok pindah-pindah. Ctok ramai kawan ku” (Aku pun tak tahu kalau kisah tu betul ke tak tapi aku memang tau I ni keras sikit. Cuba kau tengok depan pintu masuk blok tu. Ada satu bungkusan kain hitam kuning tu kan? Tu lah pagar tempat ni. Aku malas nak pindah-pindah. Sini ramai kawan aku).
Aku pun cepat-cepat keluar bilik sebab pintu masuk blok tu depan bilik aku je kan. Memang terbeliak jugak lah mata aku sebab memang ternyata ada bungkusan kain tu depan pintu masuk! Selama ni aku lalu keluar masuk tak pernah perasan weh! Aku pun terus meremang, masuk balik bilik dan tak tanya apa-apa lagi dah kat senior tu sebab terkejut sangat! Berdasarkan rupa bungkusan tu, aku yakin lah ‘pagar’ tu bukan dipasang seorang ulama mahupun ustaz. Mungkin pihak kolej kediaman tu guna khidmat bomoh bukan muslim sebab kat sana tu ramai je non-muslim, kau jangan nak kecam sesiapa pulak okay. Haha.
Bilik tak bernombor sebelah bilik aku tu masih jadi tanda tanya aku sebenarnya tapi aku dah tak berani tanya senior lain sebab nanti aku meremang besar-besaran pulak kan. Hahaha. Hampir masuk bulan ketiga aku duduk kolej tu, aku pun pindah bilik kedua hujung baris yang sama dengan bilik aku tu sebab rupa-rupanya kawan sekelas aku, ‘S’ duduk bilik tu dan dia bagitau aku bilik tu ada satu kosong. Aku pun tak melepaskan peluang lah sebab aku rasa bilik lama aku tu padat sangat. Alhamdulillah, roommates baru aku pun baik-baik dan pengemas sangat!
Entah kenapa sejak aku pindah bilik baru, aku rasa lagi tenang walaupun jauh dari pintu masuk blok. Ya, mula-mula tenang lah. Bilik baru ni bilik kedua kat hujung baris. Belakang blok tu hutan tebal yang jenis kalau suluh lampu pun tak tembus cahaya ke belakang sebab lalang tinggi lagi dari Lee Min Ho. Luar tingkap bilik tu pulak ada satu pokok besar memang betul-betul ada kat tengah dan menghadap tingkap bilik tu. Roommates aku semua jenis suka bukak tingkap luas-luas sebab bilik tu agak panas lah. Jaring nyamuk tu pun roommates aku suka tolak tepi jugak sebab diorang kata masih panas kalau tak tolak jaring tu ketepi. Kalau siang aku tak kisah tapi malam tu ada seram jugak lah sebab pokok tu betul-betul menghadap katil aku.
Nak dijadikan cerita, masa minggu akhir bulan puasa, ramai yang balik kampung sebab study leave dan jugak sebab… nak raya lah, apa lagi. Kau ni pun. Hehe. Lagi 2 hari nak raya, kampus dah lengang-selengangnya. Kalau dalam cerita koboi tu kan, kau akan nampak rumput gulung-gulung kena tiup angin kat padang pasir. Macam tu lah lengangnya kampus tu. Aku tak balik sebab tak mampu nak beli flight ticket. RM800 return ticket, kalau tak silap aku masa tu. Memang aku makan lalang kat belakang blok tu sampai hujung semester lah kalau aku degil jugak nak beli tiket tu. Hahaha. Lagipun aku acah-acah rajin belajar lah kononnya sebab risau kalau balik semenanjung bukannya aku belajar, tapi mengular.
Siang-siang dewan makan memang tutup masa bulan puasa sebab tu bukan kedai mamak plastik hitam. Haha. Lagipun, pelajar yang masih setia ada kat kampus tu cumalah seketul dua. Kalau aku terjumpa sesiapa sambil jalan kat kawasan youth floor tu, aku rasa macam nak ajak karaoke sebab aku terlampau teruja dengan kewujudan pelajar lain kat situ. Jadi terpaksalah setiap hari aku beli makanan kat bazar Ramadhan luar kampus sorang-sorang. Dari awal sem, akan ada pelajar yang jual makanan dari bilik ke bilik bila dah tengah-tengah malam tu untuk jual nasi lemak lah, jambu lah, dan jugak jajan-jajan lain. Masa bulan puasa, dah kurang sikit yang jual dari bilik ke bilik tu sebab macam aku cakap tadi, ramai dah balik.
Malam kedua terakhir bulan puasa tu, aku terlebih rajin sikit. Aku buat nota untuk exam dari waktu lepas berbuka sampai lewat malam. Masa tu aku kan baru sem 1, aku takde laptop lagi. Bukan macam budak zaman sekarang, umur 4-5 tahun pun dah ada tablet. Jadinya, aku takde lah membazir masa marathon drama Korea mahupun Game of Thrones macam yang aku baru buat sejam lepas. Malam tu rasa hening sangat sebab dalam satu blok tu, memang tinggal 3 orang je. Aku tak pasti blok lain ada orang ke tak tapi blok aku memang cuma ada aku dengan lagi dua orang senior yang duduk bilik jauh sikit dari bilik aku. Diorang sebilik dan diorang pun tak balik semenanjung jugak.
Aku pun tak tau kenapa aku bukak tingkap dengan jaring nyamuk tu luas-luas. Mungkin siang tu panas sangat, jadi aku bukak tingkap luas-luas dan lupa nak rapatkan sikit bila dah malam. Angin malam tu sejuk sikit dari biasa. Aku tulis nota tu kat meja belajar aku, sebelah dengan tingkap. Tiba-tiba masa tengah khusyuk menulis dan menghafal tu, aku dengar ada bunyi ketuk pintu dari hujung blok, depan pintu masuk utama. Lepas pintu tu, bunyi ketuk tu pindah ke bilik sebelahnya pulak. Aku fikir masa tu ada orang jual nasi lemak, jadi aku biarkan je. Aku tunggu jugak diorang datang, sebab dah khusyuk belajar tu, ada lah rasa lapar sikit.
Tak lama lepas tu baru aku terfikir, “Ada lagi ke orang nak jual nasi lemak cuti-cuti ni?”. Lagi pelik, biasanya kalau diorang berjual, diorang akan ketuk pintu dan cakap kuat-kuat, “Nasi lemak, jambu!” tapi kali ni ketuk pintu je, bunyi lain takde. Mulalah aku rasa meremang kecil-kecilan masa tu, tapi aku masih tulis nota dan menghafal. Bunyi ketuk pintu tu makin lama makin dekat dengan aku sebab aku boleh dengar bunyi tu pindah dari bilik ke bilik sampailah akhirnya bunyi tu kat bilik aku pulak. Bunyi ketuk kat bilik aku macam sayup-sayup je pulak. Masa kat hujung tadi kuat dan jelas. Aku nak sedapkan hati aku, aku cakap dalam hati, “Ni mesti prank ni”.
Aku pun apa lagi, dengan beraninya aku pergi bukak pintu bilik dengan niat nak sergah lah orang yang prank aku tu. Aku bukak pintu, baru nak sergah, tengok takde siapa. Terdiam aku dalam dua saat, pandang kiri kanan nak pastikan takde orang menyorok ke apa kat dinding sebelah. Memang takde siapa. Masa tu dah meremang besar-besaran. Yang bijaknya aku pergi tanya, “Weh, siapa tu?.” Bila dah yakin memang takde manusia kat situ, aku pun cepat-cepat pegang tombol pintu, bersedia nak hayun pintu laju-laju. Masa aku nak tutup pintu tu, sekali imbas je dia lalu depan aku. Nampak macam bayang-bayang tapi macam nampak ada benda warna putih lalu.
Terus aku hempas pintu! Masa tu jugak aku rasa bilik tu seram sejuk. Aku pusing belakang, aku cepat-cepat tuju ke arah tingkap. Cepat-cepat aku tutup tingkap dengan tangan aku yang menggigil-gigil tu, panjat katil double-decker aku dan baring atas katil aku. Pokok besar tu bergoyang-goyang masa aku tutup tingkap tu tapi aku tak berani nak perhati apa yang ada kat pokok tu. Masa kat atas katil, aku dapat rasa macam benda tu ada je lagi kat sekitar koridor tu, tapi bukan dalam bilik. Kebetulan, bilik aku ada ruang udara yang berlubang-lubang kat dinding tu, dan lubang udara tu betul-betul kat atas kepala aku. Lagilah aku seram! Aku terpaksa turun bawah balik, cari kertas apa-apa yang aku jumpa dan sumbat kat lubang-lubang tu, barulah aku rasa lega sikit! Bila aku tengok jam kat handphone aku, waktu tu dah pukul 2:30 pagi. Aku rasa nak buang air kecil, tapi itu pun terpaksa aku tahankan sebab takut sangat, masih menggigil-gigil lagi.
Tiba-tiba, aku terdengar bunyi seret kerusi yang kuat sangat macam betul-betul kat bilik atas. Bunyi tu berulang-ulang seolah-olah macam sengaja seret berkali-kali. Cepat-cepat aku baca ayat Qursi sampai aku tertidur. Alarm aku berbunyi pukul 4 pagi, waktu aku biasa bersahur tapi aku paksa diri aku tidur balik sebab nak turun katil pun takut. Lagi sekali aku terjaga bila terdengar azan subuh. Masa tu baru aku betul-betul berani bangun dan tak rasa seram macam tadi lagi dah. Bila dah solat, aku tidur balik dan bangun pagi lebih kurang pukul 9. Cadangnya aku nak sambung belajar lepas subuh tapi aku terpaksa batalkan niat sebab aku penat tak tidur nyenyak.
Pagi tu bila dah bangun, aku pergi bilik air, aku terserempak dengan dua orang senior yang aku cakap tu. Salah sorang tu tanya aku, “Weh, kau buat apa pagi-pagi buta tadi? Main ketuk-ketuk pintu lah, seret-seret kerusi lah”. Aku punya rahang ternganga sampai hampir nak cecah lantai masa senior tu tanya aku. Maknanya bukan aku sorang jelah yang alami benda tu semalam! Aku pun cerita kat diorang kisah aku pulak. Diorang marah aku sebab berani sangat bukak pintu. Akhirnya diorang pun cerita kat aku sejarah kolej I tu.
Kisah yang ada kesinambungan. Ada pelajar yang pernah mati kat kolej I ni dan biliknya salah satu kat dalam blok kitorang tu! Dalam banyak-banyak blok, blok kami lah yang paling keras sekali. Rasa nak tercabut jantung aku masa tu sebab punyalah kuat berdegup bila dengar kata diorang tu! Bunyi ketuk pintu tu datang dari arah bilik tak bernombor tu! Mulalah aku susun puzzle kisah yang jadi dari mula tu sampai sekarang.
Aku ada jugak terfikir, waktu tu kan bulan puasa. Walaupun bulan puasa, kisah seram tetap jugak terjadi kat aku. Lepas je kejadian tu, aku tak berani nak tidur bilik sorang lagi dah. Senior dua orang tu balik rumah keluarga angkat diorang masa raya, jadi memang aku tinggal sorang kat blok tu kalau diorang takde. Disebabkan aku takde kawan yang masih tinggal kat kampus waktu tu, aku terpaksa carik alternatif lain. Aku ada terjumpa dengan sorang senior ni kat youth floor. Aku tak kenal dia pun tapi aku sembang je dengan dia.
Nampak tak tahap desperate aku tu? Hahaha. Aku tak lah pulak ajak dia karaoke walaupun aku teruja jumpa orang lain. Hahaha. Lepas tu, aku bagitau aku takut nak duduk bilik aku sorang-sorang. Dia terus ajak aku duduk bilik dia kat kolej G sementara tunggu roommates aku balik. Rasa nak menangis sebab terharu dengan random kindness macam tu. Aku pun tumpang bilik senior ni beberapa hari sampailah roommates aku balik.
Bila dah hujung sem, aku tak bawak semua barang balik semenanjung sebab sem depan mesti nak guna lagi. Jadi, biasanya pihak pengurusan kolej akan bukak stor ataupun bilik TV untuk simpan barang pelajar sebelum masuk sem baru. Aku terlambat sikit nak aturkan simpan barang tu sebab paper aku habis agak lambat. Lepas tu, stor tu pun kecik, cepat penuh walaupun dah tempah awal. Aku dengan roommate aku ‘S’ tu pun pergi lah ke pejabat kolej untuk mintak simpan barang kat stor. Salah sorang pekerja tu cakap kat kitorang yang stor dah penuh, tapi dia boleh aturkan utuk simpan kat salah satu bilik kat kolej I tu tapi jangan bagitau orang lain, kena senyap-senyap. Aku rasa sebab dia buat tu tanpa kebenaran pihak atasan. Dia niat nak tolong kitorang jelah. Jadi, kitorang pun ikutlah dia pergi balik blok kitorang.
Mula-mula dia tuju ke bilik pertama yang tak bernombor tu. Aku dah berdebar sebab itulah kali pertama aku nak dapat tengok rupa kat dalam bilik tu. Bila dia bukak je pintu bilik tu, aku dengan S pun jenguk lah ke dalam. Bilik tu cuma ada 2 katil, kiri dengan kanan dan ada dua meja belajar je. Katil tu pulak masih ada tilam tapi keadaan bilik tu berhabuk dan bersawang teruk. Abang tu berdiri kejap depan pintu tu tapi dia tak masuk. Dia tengok keliling lepas tu dia cakap, “Kita naik atas lah. Atas ada dua bilik lagi”.
Aku dengan S pun ikutkan jelah tapi aku tanya jugak kat abang tu kenapa tak letak kat bilik tu je. Dia bagitau sebab bilik tu berhabuk teruk. Tapi, bila kitorang pergi bilik atas yang kosong tu, bilik atas tu pun berhabuk teruk jugak tapi dia tetap suruh letak barang kat situ. Fikir-fikir balik, mungkin jugak sebab dia kesian tengok kitorang angkat luggage berat-berat naik atas, takkan nak bawak turun balik kan, ada jugak yang kena sembur karang. Haha. Itu jelah penjelasan yang paling logik yang boleh aku fikir masa tu.
Aku ada jugak tanya lagi, kenapa bilik bawah tu takde nombor dan takde orang pakai. Abang tu jawab macam endah tak endah, “Sebab memang dari dulu macam tu”. Bila tengok keadaan susunan perabot, jumlah perabot dan jenis perabot yang bilik tu pakai, siap masih ada tilam lagi, aku nampak macam bilik tu bilik lama dan bilik tu memang ditinggalkan macam tu je, sebab dua-dua tilam pun masih ada lagi. Bilik tu suram sangat. Walaupun tingkap bilik tu takde jaring nyamuk, bilik tu tetap sangat gelap. Masa kitorang kat bilik tu pun, ada aura yang aku tak dapat nak jelaskan. Rasa macam sayu pun ada, seram pun ada. Selama aku duduk bilik sebelah bilik tu pun, aku ada rasa kurang selesa. Masa nak masuk or keluar bilik lama aku tu, kalau boleh aku taknak terpandang bilik sebelah tu sebab ada rasa lain macam sikit.
Rupanya kisah seram kolej I tu memang agak tersohor lah waktu aku masih belajar kat situ dulu sebab bila aku cerita kisah aku kat senior-senior lain, memang ada yang kata pasal ‘pelajar mati’ dengan ‘bilik misteri’. Sejauh mana kebenaran kisah tu, aku pun tak tau sebab cerita tu ada banyak sangat versi. Kalau tanya pada pelajar-pelajar yang baru sekarang, mungkin diorang pun tak tau kisah ni. Aku pun tak pasti sebab masa sem 2 result aku okay, jadi aku boleh pindah kolej G. Masuk sem 3 pulak aku pindah kampus, jadi aku memang tak ambil tau lagi dah pasal kampus tu. Aku harap takde siapa yang akan tersinggung dengan kisah aku ni sebab aku takde niat pun nak burukkan sesiapa. Nama aku T, dan ini kisah aku sendiri 10 tahun dulu.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Giler berani dok kt blok camtu stay bilik sensorg time cuti…
Dan kesiannye x blk raya pastu xde hala tuju…
Mmg TABAH ko dik…!!!
nasib antu ya x muncul dpn ktk..ng beranilah.. 🙂
meremang juga aku baca cerita ni..
Aku pun pernah senasib dengan kau. Orang balik raya haji tapi aku tak balik. ye lah raya haji je kan, bukan meriah mana pun lebih2 untuk orang dari Batu Pahat, Johor macam aku ni. Belajar kat UUM je pun boleh je balik tapi malas.. haha. Penyudahnya tinggal lah aku sebatang kara dalam satu floor tu selama 4 hari. Nak makan punyalah jauh kena menapak sebab kolej aku cafe memang dah tutup cuti raya. Ada cerita dalam 4 hari tu.. hehe.. nanti aku tengah karang ni..
Sedara Tajok ap ek..nnt snng nk tau tu cite sedara
Insha Allah kalau dah siap nanti, semua cerita2 aku akan ada entry “Jentayu”.
Sama laa. UUM jugak dulu. Selalu tak balik kalau cuti mid sem sbb save duit. Mereput laa berapa ketul je kat blok tu. Dah laa kat Kachi. Memang kena kacau jugak few times
cerita laa kisah kolej tuu ?
uitm samarahan blok serapi.. sama tahun kita masuk… tp aku intake hjg thn 2006.
Ahaaa. Kt sarawak tok
Whoaaa ji eun tak ?
bagus penceritaan kau ni….details, ada unsur lawak sikit, siap loghat sarawak lagi…. nora bagi 5 bintang
Dah tauk dah kolej ney..seri serapi nk? Ipta mana lg ada youth kt borneo..haha..aku dlu stay serapi 4 under komander, dr sem 3 – 5..mmg seram gak la, tp time sem 5 junior2 ada dpt kt serapi 2 & 3..intake rmai sgt, mmg bising la gelak2 ngilai mcm pontianak..kitorg mmg selalu jerit dr tingkp suruh bdk serapi 2 tu senyap..bangang org nk study dia gelak setan kt situ..nsb xde histeria bgai..aku sem 3 dgn 4 kena bilik lvl 2 sblh main door, tingkap mengadap hutan..so far xde kena la, roomate je kena..dia gian tgk running man smpai 2-3pagi, pastu ada ‘akak’ jenguk dia kt tgkp..hati kering gak roomate tu..cuma slalu dgr anjing menyalak sblh pintu main door tu time hjung sem..time tu kolej 90% kosong org dah hbs exam..time tu jg la asuk ya brni msuk..sem 5 dpt bilik bks pegawai palapes(2org sebilik), xde apa2 la rilek je smpai hjung sem..blkg serapi 4 tu ada laluan nk fly..member prnh kena lalu sna sb main gate tutup kul 11pm, kwn dia npk ada bnda dkt bahu dia..haaa kluar lg smpai lwt mlm..kolej gading 4 pun ada jg blk xda org tp phk kolej bgtau yg bilik tu rosak..xtau la btl ke x..mmg nsb kau la kena ketuk bilik..
*youth floor
Kt kolej aku pun ada gak cite student mati..tp biasalah cite tu turun temurun..gile berani duk bilik masa semua org xde….huhuhu…
Kalo aku la kan
Aku xkn buat keje gile ni..aku lebih rela keluar duit utk balik beraya bersama keluarga,plus lepas dri gangguan yg xsepatutnya..
Adik sy pernah alami mcm cik alami dulu, malam2 pintu diketuk tak henti2, bila bukak pintu xde org. Lps tu ada lagi pintu diketuk tak henti2. Lps baca ayatul kursi, alhamdulillah xde lagi. Lps tu, masa cuti dan saya xbalik, tingkap2 di bilik sy asyik dihempas oleh ssuatu objek gelap, mcm ada org terlanggar dgn tingkap. Mmg seramlah bagi org yg ptama kali alami. Bila dh slalu kena, mls nak peduli lagi. Sbb kalau ada ssiapa yg melayan, dia akan terkena padah.
xterbaca ak loghat tuh..haha..pening dari bahasa jawa
ohhh kamek tauk cerita ni..kamek pun pena nginap kat kolej I ni..tpi skrg kolaj G pulak yg byk cerita..stiap hari ada jk kena rasuk..n pena kamek sma roomate kamek kena masa nak raya..tinggal kmi 2 jk dlm hostel ya..malam2 slalu tdengar org seret krusi..gileee..nak hilangkn raya tkut tu layan runningman hahaha
Ustaz cakap kalo ada ruang kat mana² rumah/blok yg kosong lama sgt..ada la yg akan penuhkan ruang tu..lama sgt tu 40 hari ke, beberapa hari/minggu/bulan..tak dpt la ustaz tu jelaskan..
bagus… bagus… senang nak hadam cerita mcm ni…
Gila kesian kat kau nak…raya tinggal sensorang.
Memang bertabah betul kau tinggal situ, meremang aku ni.
Respek!
Kalau bab cite seram masa dok kolej dulu, aku tak pernah alami macam ko. Tapi aku tau siksanya belajar jauh dari keluarga. Saya Sarawakian belajar di Semenanjung. Zaman awal 2000an. Kalo cuti sem memang jarang balik untuk jimat belanja (better bayar yuran drpd tiket kapal terbang). Pengalaman yang perit begini yang menjadikan aku cepat matang.
panjng betol cite awa
Hai penulis , macam mne ye awak dapat tukar campus ?
si Melati ker?
kisah lejen tu dan mmg BENAR pun… kalau dengar kisah kenapa dia suicide mmg kesian la…
tapi dia tak kacau sangat… benda lain yang numpang glemer dia jer suka sakat student masa tu…
cer citer skit psal si melati tu.. knpe die bnuh diri?
Best and seram sejuk je bila baca
uitm kampus samarahan ?
nang legend cita ya.
Cerita yg best..ak seram sejuk baca ak pun pernah rasa tnggal sensorang ..kna gnggu tp x prnh jmpak lah..dia trik kain selimut ak jak..
seram n best cite ni…berani tggl sorg