Binatang buas atau makhluk ghaib?

Binatang buas atau makhluk ghaib?

Assalamualaikum admin dan Pembaca FS.

Terima kasih admin kerana siarkan kisah pengalaman aku.

“lili rakanki 1&2“
“ganggu semasa mengandung”

Aku Fi,

Kisah December 2017

Aku mengandung anak ke-2 usia kandungan 8 bulan.

Aku balik ke kampung ayah tiri aku, untuk rehat dan hirup udara segar di kampung disebabkan aku jenis lemas nak hadap kesesakakan di bandar. Mungkin alah mengandung masa ni.

Rumah kampung ayah tiri aku ni memang tiada siapa-siapa tinggal, kami memang selalu balik dan lepak di kampung. Kadang-kadang aku bawa sekali mak dan ayah tiri aku balik. Tapi pada hari aku balik tu mak aku sibuk ada hal, jadi kami ambil keputusan untuk bercuti di kampung bertiga Aku,suami,anak pertama (kakak)

Malam pertama aku di kampung.
Jam 9pm tiba-tiba lampu seluruh kawasan kampung blackout.
Aku terkejut dan terus dapatkan kakak yang baru 1tahun 11 bulan dan mengikut rapat suami aku duduk setempat di sofa, aku ni kadang jenis tak takut, kadang tiba-tiba jadi takut ya amat!

Aku ambil keputusan untuk buka pintu nak ke rumah jiran yang berdepan dengan rumah aku jarak 20meter je.

“Makcikk”…. “makcikk”

“Ye” sahut makcik jiran.

“Lampu rumah ni memang selalu blackout ke” – tanya aku.

“Yaa”… nanti dia elok la tu kejap je”.. -jawab makcik jiran

“Ok” – aku.

Suami dan kakak yang didukung berada di belakang aku untuk teman diluar.

Aku berjalan ke arah pintu ingin masuk kerumah.

Dalam gelap malam berteman bulan yang terang, aku terjatuh tersungkur sebab terlanggar batu dan aku jatuh dalam lopak air depan pintu rumah. Sebab petang tu hujan.

Dalam masa aku nak bangun tu aku ternampak mata yang terang kuningnya bercahaya di belakang rumah aku,aku syak harimau atau b**i. Untuk pengetahuan korang, kampung tu dari pintu depan boleh nampak hutan belakang rumah melalui bawah rumah . (Kampung 2tingkat.) korang faham-faham la sendiri.

Aku gagahkan diri bangun dan capai anak aku untuk berlari lagi selangkah dua masuk ke pintu rumah. Suami aku yang tolong papah aku juga. Dan aku cepat-cepat tarik baju suami aku untuk suruh masuk. Suami cepat-cepat kunci pintu rumah.

Aku terduduk kesakitan kaki lutut aku luka dan aku cek perut aku seperti tiada gerakakan dan tendangan baby. Aku dah gelisah. Dalam masa sama,suami aku cek ruang dapur dan dalam masa sama juga aku terdengar dengusan marah seperti harimau, Dengar bunyi tapak kakinya mengelilingi ruang luar di dapur. Aku ingat aku sorang je dengar, rupanya suami aku pun dengar. Dia cakap kalau b**i jarang dengar bunyi tapak kaki kuat, tapi bila di intai ikut tingkap dapur, tak kelihatan pun.

Aku ambil keputusan untuk pulang ke KL malam itu juga, risau dengan kandungan.

Suami aku akur dan kami bersiap-siap dalam keadaan gelap bertemankam lampu suluh dari phone.

Tidak lama selepas itu lampu kembali pulih. Dan suami keluar untuk masukkan barang dalam kereta, aku temankan dengan memantau keadaan sekeliling. Takut ada binatang buas,sebab rumah kampung ayah tiri aku tu paling last dan belakang tu hutan meninggi.

Suami aku tiba-tiba berlari masuk kedalam rumah dan aku terkejut terus cepat-cepat tolong tutup pintu, tapi dia berdiam tidak bagitahu kenapa.

Berehat sekejap dalam 10minit selepas letak barang-barang semua, aku menyiapkan susu anak aku, dan ready untuk masuk ke pintu kereta nanti.

Sudah selesai tutup semua lampu dan elektrik, aku dukung anak aku masuk dalam kereta cepat-cepat.

Dan baru suami aku selepas dia bergegas kunci pintu. Mujur setapak dua je parking kereta dari pintu masuk.

Keadaan masih belum tenang, suami aku start enjin dan buka lampu kereta. Aku terkejut ternampak bayang dari cahaya lampu seperti ada makhluk yang lari dari arah belakang rumah masuk ke hujung hutan. Aku tergamam dan kami suami isteri berpandangan satu sama lain.

Suami berdoa sebelum bergerak dan pasang surah dan kami bergerak pulang dalam jam 11.20pm aku masih ingat lagi.

Hampir pukul 3am kami sampai di rumah kami.

Keseesokan itu baru suami aku cerita yang masa dia letak barang dalam bonet kereta tu, dia ternampak sesusuk tubuh lelaki bermata merah memandang tepat kearahnya dengan muka yang bengis dan berdengus hodoh mukanya.

Aku – “ astaghfirullah al azim.
Allah lindungi kita,gerakkan hati kita untuk balik ke KL malam tu juga. Kalau tak mungkin kite diganggu.

Untuk pengetahuan korang, dalam perjalanan pulang ke kl tu, aku rasa baby aku bergerak. Bersyukur tiada apa-apa yang berlaku dengan kandungan aku. Nasib baik jatuh mengereng,kalau jatuh perut dulu hmm entah laah.

Dua minggu selepas kejadian ni berlaku,3.1.2018 aku selamat melahirkan superhero. Hihi dua tahun dah berlalu tapi trauma untuk balik ke kampung ayah tiri masih ada.

Semoga kite semua dilindungi dari gangguan-gangguan syaitan,Jin dan iblis.

Terima kasih admin.

Sekian,
Fi.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.3]
FI

5 thoughts on “Binatang buas atau makhluk ghaib?”

  1. Ok jer aku baca apa yg kelam kabutnya? Ko nak org tulis bhs baku ke? Nama pun cerpen…tata bahasa yg penulis ni guna pun ok jer mcm penulis2 lain jgk.
    Yg penting kita baca dan kita faham isi cerita.
    Share lg pengalaman seram ya Fi!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.