BISIKAN SYAITAN

Salam dan Selamat Hari Raya buat pembaca FS sekalian. Terima kasih kepada semua yang like and komen cerita “Ayah Balik Ke?” hasil tulisan Nur Iman sebelum ini. Ramai pulak likers dekat fb. Terima kasih. Al-fatihah untuk arwah saya. Kali ini Nur Iman ingin ceritakan kisah yang terjadi pada diri sendiri. Tengok tajuk pon dah tau isi cerita kali ini kan?? “Aku” dalam cerita ini adalah Nur Iman sendiri dan sebarang jalan cerita tiada tokok tambahnya sebab diri sendiri yang kena kan buat ape nak mereka-reka cerita. Just to inform you guys cerita ini tak seram mana pon dan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai pengajaran untuk kita semua. Sebelum tu baca ayat qursi dan 3 qul terlebih dahulu supaya bisikan ni tak berpindah kepada korang pulak (hehehe gurau jer).

Sebenarnya aku masih dalam proses berubat. Sebelum ini aku anggap segala yang berlaku pada diri aku hanyalah perkara biasa. Nak percaya pada benda ghaib /gangguan syaitan jauh sekali. Selalunya aku kerap mimpi yang pelik-pelik / menakutkan, kerap ternampak kelibat dalam rumah, rumah terasa ‘panas’, selalu bergaduh dengan suami walaupun perkara kecik, selalu ‘panas’ bila suami ada dirumah, menyampah tengok muka suami dan kemuncak semuanya adalah apabila aku kerap kali terdengar bisikan-bisikan yang menyuruh aku membuat perkara-perkara di luar kotak pemikiran manusia. Dan bisikan-bisikan itu aku rasakan mungkin halusinasi sahaja tetapi Masha Allah rupanya ada “benda” yang mengawal minda aku selama ini. Contoh bisikan yang aku selalu dengar seperti macam ni:-

B***H ANAK KAU

Ini adalah bisikan awal yang kerap aku dapat sepanjang 3 tahun sebelum aku pergi berubat. Dalam tempoh itu aku kerap terima bisikan supaya aku m******h anak aku. Bisikan itu menyuruh aku mengerat anak aku, suruh aku lemaskan anak aku guna bantal, rendam anak aku dalam kolam mandi sampai lemas dan sebagainya. Dan kalau aku terlihat berita tentang kematian kanak-kanak, mulalah bisikan tu suruh aku buat perkara yang sama ke atas anak aku. By the way, ini bukan kes meroyan ya sebab suami aku jaga aku masa dalam pantang baik sangat. Semua dia sediakan semasa aku berpantang dan sangat membantu disepanjang tempoh aku berpantang tu. Kalau aku penat dia yang akan ambil alih jaga dan tidurkan anak. Tapi mungkin masa itu badan aku masih lemah dan kurang tidur maka senangla benda-benda halus macam tu menggangu kan. Dan aku bersyukur sangat-sangat kerana saat itu aku masih boleh berfikiran waras lagi walaupun minda aku masa tu 50-50, samada mahu lakukannya ataupun tidak. Dan Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur anak aku sampai sekarang. Terima kasih Ya Allah!

JANGAN DEKAT DENGAN SUAMI KAU

Ni adalah punca kenapa hubungan aku dan suami dingin. Aku selalu sisihkan diri aku dari suamiku. Bisikan-bisikan yang aku dengar tu menyuruh aku supaya jangan dekat dengan suami. Kadang-kadang ada jer perkara yang suami aku buat membuatkan aku marah. Padahal perkara tersebut takdelah teruk mana tapi bisikan syaitan itu akan menyuruh aku supaya marah suami aku. Dan kadang-kadang bila suami aku ajak bermesra aku sedaya upaya aku elakkan diri. Tengok muka suami pon aku jadi rimas. Sampai aku pelik sebelum ni takde pulak rasa macam ni. Hinggalah suatu hari kami dah jarang berkomunikasi. Cakap perkara-perkara yang perlu jer. Suami aku ni pulak bila nampak jer muka aku cepat-cepat dia akan alihkan muka dia ke arah lain. Macam nampak hantu gayanya (ni ada sebab. Nanti aku ceritakan di bawah). Bila aku terbaca tanda-tanda sihir pemisah, setiap yang berlaku antara aku dan suami memang ada tanda-tanda tu. Allahuakhbar! Masa tu aku husnuzon lagi. Tak terfikir pon sampai ada orang akan hantar sihir-sihir ni disebabkan dengki dengan kami. Amaklumlah tak pernah kena sebelum ni kan. Tapi hubungan kami masih berjalan seperti biasa cuma perasaan kasih dan sayang dah seakan semakin kurang. Sedih sangat masa ni.

JANGAN SOLAT

Ini adalah bisikan ketiga yang setiap hari aku dengar. Selalunya aku akan terlepas untuk solat Isyak dan Subuh. Kenapa dua solat fardhu ni jer?? Sebab masa malam sebelum aku nak mengerjakan solat Isyak, akan datanglah syaitan laknatullah tu berbisik pada aku “Ala Nur, ko tak payahla solat Isyak ni. Ko solat jer sebelum Subuh esok. Sempatnya!”. Dan disebabkan lahanat tu dah berbisik pada aku macam tu, so aku pun jadi macam pak turut. Akhirnya aku akan terlepas dua-dua solat tu sebab esoknya mesti aku akan bangun lewat dalam pukul 7.30 pagi macam tu. Nampak tak permainan syaitan ni macam mana. Disebakan bisikan syaitan ini jugalah solat fardhu aku tidak pernah cukup dalam sehari tu. Pernah beberapa kali bila aku nak solat Isyak, aku akan rasa tak sedap badan. Badan terasa panas macam dedar-dedar gitu. Jantung pulak terasa berdebar-debar. Paling membuatkan aku tak selesa aku akan rasa seperti diperhatikan seseorang dari arah tepi aku. Perasaan berdebar-debar tu umpama “benda” tu marah sangat kalau aku solat. Tak tahu nak described macam mana tapi pandangan “benda” tu akan buat aku rasa nak toleh jer ke arah dia masa solat tu. Padahal lepas aku habis solat takde ape pon kat situ. Dan disebakan itu aku akan jadi tak khusyuk bila solat.

CUBA KAU B***H DIRI

Ni adalah bisikan yang aku rasa paling menakutkan yang aku dengar. Biasanya aku dan suami pandu kereta masing-masing ke tempat kerja kerana lokasi pejabat kami berbeza. Dan disepanjang pemanduan aku samada pergi atau balik kerja mesti ada saja bisikan suruh aku ‘eksidenkan’ diri aku sendiri. Bisikan itu macam ni “Nur kau nak tau tak macam mana rasanya orang yang m**i eksiden tu? Kau nak rasa tak macam mana sakitnya orang yang eksiden tu?? Ape kata kau cuba? Buatlah!” Bisikan itu seakan-akan menjerit di telinga aku membuatkan aku tersentak kadang-kadang. Terasa macam diri aku terkhayal sekejap. Kadang-kadang bisikan tu suruh aku bawak kereta laju-laju dan langgar kereta depan aku secara drastik. Takpun dia akan bisik ke telinga aku suruh aku pusingkan stereng kereta secara mendadak masa tengah bawak kereta tu supaya kereta aku terbabas. Masa kat tempat kerja pulak (by the way pejabat aku dekat tingkat 10) bila aku berdiri mengadap tingkap ofis jer bisikan syaitan tu pun mulalah menerjah telinga suruh aku terjun. “Cubalah terjun Nur! Terjun sekarang!” macam tulah bunyinya. Kadang-kadang aku akan ambil masa lama, berfikir, nak terjun ke tak nak. Nauzubillahminzalik…makin teruk bisikan syaitan ni.

Itulah antara bisikan-bisikan yang kerap aku dengar. Selama ni aku ingat semua ni perkara biasa jer ataupun halusinasi aku jer. Entah macam mana suatu hari Allah gerakkan hati aku supaya pergi berubat. Aku cuba sarankan kepada suamiku untuk pergi berubat sama tetapi suamiku degil tak nak pergi berubat kerana katanya masalah kami ni standard masalah rumahtangga macam orang lain. Disebabkan aku ingin tahu punca masalah aku ni aku pun minta izin suamiku untuk pergi berubat sendiri dengan ditemani ahli keluarga kerana aku rasa something not right.

Alhamdulillah aku dipertemukan dengan 3 orang ustaz berbeza yang aku rasakan sangat membantu aku sepanjang tempoh aku berubat. Dan ketiga-tiga ustaz tu memberikan gambaran yang aku dan suami telah disihir oleh seseorang dan orang tu adalah orang terdekat dan terdiri dari kalangan ahli keluarga kami juga. Berkenaan dengan bisikan-biskan yang aku dengar sebelum ini, ustaz-ustaz tersebut telah mengruqyahkan aku dan ternyata ada tindakbalas dalam badan aku. Tiba-tiba suara aku bertukar menjadi suara lelaki dengan bunyi yang garau dan seakan marah dengan bacaan ruqyah tersebut. “Benda” itu juga mengaku yang selama ini memang dia yang membiskkan semua kata-kata itu ke telinga aku kerana dia tak suka aku ada anak, dia tak suka aku kahwin dengan suami aku, dia tak suka aku solat dan akhir sekali dia nak aku m**i disebabkan kelalaian aku sendiri (yela sebab tu dia suruh aku eksidenkan / b***h diri aku sendiri. So takdelah aku m**i disebabkan sihir dia tu…licik kan perbuatan manusia bertopengkan syaitan ni).

Kali terakhir aku pergi berubat pada bulan puasa baru-baru ini dimana ustaz yang terakhir ni secara terus terang mengatakan yang aku terkena sihir oleh hamba Allah ni (siapa orang tu biarlah rahsia). Dan sihir yang dihantar adalah melalui makanan yang diberikan kepada aku dan suami aku. Dan dia jugalah telah menutup pandangan suami aku dan meletakkan “sesuatu” (secara batin) di beberapa kawasan muka aku ni supaya suami aku takut, benci dan menyampah tengok muka aku. Bila aku dapat tahu siapakah dalang disebalik semua ni aku terdiam. Speechless. Mengucap panjang aku masa tu. Sesungguhnya aku tidak mengiyakan dan juga tidak menidakkan kata-kata ustaz itu. Aku cuma mohon pada Allah semoga diberikan petunjuk sekiranya betullah hambaNya itu yang punya angkara selama ni.

Sorry flashback sikit. Nak dijadikan cerita, selepas aku berubat dengan ustaz yang pertama dan kedua tu, mereka ada menasihatkan aku supaya perbanyakkan buat solat sunat taubat, hajat, tahajjud dan istikharah supaya diberikan petunjuk dan hamba Allah itu akan muncul dalam mimpi aku dan dia sendiri akan mengatakan dalam mimpi itu kenapa dia menyihirku dan suamiku. Aku ada amalkan tapi tidak kerap. Dan aku tak pernah mimpikan sesiapa pon sehinggalah beberapa minggu sebelum aku berjumpa dengan ustaz yang terakhir ini. Aku kerap mimpikan orang yang sama jer (hamba Allah tu). Dan salah satu mimpi tu adalah mimpi aku dan suami makan masakan yang dia masak. Dan kelihatan muka dia seakan puas bila melihat kami makan masakannya itu. Masha Allah. Dan dia jugalah orang yang banyak bertanyakan khabar dan status hubungan aku dan suami sebelum ni. Tapi still aku tak perasan taktik dia tu. Masa tu aku still was-was lagi. Adakah ini petunjuk dariNya atau hanya mainan syaitan?? Allahualam. Tapi bila ustaz yang terakhir ini terus bagitau siapakah hamba Allah itu, sedikit sebanyak aku yakin bahawa mungkin inilah petunjuk dari Allah.

Walaubagaimanapun, aku tidak pernah simpan dendam pada hamba Allah itu. Itu semua antara dia dengan Allah. Kita pun tahu kan hukum mensyikikkan Allah itu ape?? DOSA BESAR! Tak bau syurga tau. Kalau aku maafkan dia sekalipun, dosa dia pada Allah lagi berat dari dosa yang dia buat pada aku ni. Semoga dia sempat bertaubat dan mohon keampunan dari Allah. Dan untuk diri aku, insha allah aku akan teruskan berubat dan lebih banyak dekatkan diri padaNya. Alhamdulillah segala bisikan-bisikan yang aku dengar sebelum ni dah hilang sepenuhnya selepas aku berubat dan aku bersyukur sangat bila suami aku pon sudah mula sikit-sikit nak pergi berubat bersama aku. Aku doakan supaya keluarga kecilku ini sentiasa dilindungi Allah, kembali menjadi sebuah keluarga yang bahagia dan dijauhkan dari perkara-perkara syirik ni. Amin Ya Rabbal Alamin! (tolong aminkan)…

Assalamualaikum.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

nur iman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.8]

37 thoughts on “BISIKAN SYAITAN”

  1. cerita ni x seram pon… tp kita dpt tau mcm mana org cuba hantar bende bkn2 and kesannya pd kita dan hasutan2 syaitan..

    Reply
    • Salam amer…yes that’s my point…Benda ni bukan kecik sbb dia melibatkan diri sendiri dan keluarga terdekat. Semoga allah lindungi kita semua aminnnn

      Reply
    • Salam. Mungkin bagi awak xde isi yg penting sbb mungkin awak belum pernah kena lagi. Dari awal sy dah tulis cerita ni xde istilah seram sebaliknya lebih kepada pengajaran. Anyway thanks jugak sbb sudi baca.

      Reply
  2. cerita ni memang tak seram ,tapi ad pengajaran .best je baca .suka hati dia lah nak share ap pun, korang ni lah

    Reply
  3. Ye mmg aku pun byk ambik tau pasal sihir skrg ni sbb aku pun dah terkena…aku nak ty ni..aku harap ada org boleh bg pendapat yg bernas sikit dan pencerahan pada aku…kenapa ye ada sesetengah org tu yg nampak alim,tjk solat 5 waktu,baca quran ngan tonjolkan peribadi mulia..yg mmg ramai org suka personaliti dia..tapi sanggup sihir org yg sampai ada niat org yg disihir tu m**i pun takpe..aku tak kesah kalo muka penyihir tu kotor takde nur gengster dan tak solat..tapi ni maslahnye peribadi mulia pada umum tapi hakikatnye mangsa sihir tahu dirinye yg sebenar..dan hanya ALLAH yg tahu mcm mana kecewanya perasaan mangsa sihir tu…org yg pernah disanjung, dikagumi dan disukai sangat2 buat mcm ni…frustrated much…menangis berbulan2 susah nak terima hakikat dan nak lupakan…antara tanda2 kene sama mcm nur….srh eksiden masa drive..hampir nak pitam masa drive..

    Reply
    • Salam…nur nasihatkan supaya sis teruskan berubat sbb benda ni bukan perkara kecik ya…bisikan tu bahaya tau smpi kadang2 blh buat smpi kita eksiden/mengalami kecelakaan tanpa kita sedar. Dia akan buat kita khayal secara tiba2…sangat bahaya lagi2 kalau time driving. Semoga bisikan2 tu akan hilang selepas ni insha allah…

      Reply
      • Ws..terima kasih nur…ye mmg saya byk kali khayal waktu memandu.seolah2 mcm dipukau…masa teruk tu saya selalu menangis masa memandu..beria ria menangis..sampai satu waktu tu tgh drive balik kerja masa senja..menangis beria ria sampai tak signal nak belok..kereta belakang hon…baru tersedar..mmg kerap nak eksiden..hampir nak berlanggar belakang kereta org…byk nur kalo nak cerita…sampai sy hampir nak cekik anak sendiri pun ada…nasib family ada leraikan..bila kita dah penat dan tertekan.kita tak sedar kira nak baran jer…bila kita tahu org terus menerus sihir..memang tertekan perasaan..sy ada berubat dgn sorang ustad ni..jarak jauh..pakai wsup jer kirim gambar..tapi bila ty apa masalah dan kenapa..haram sepatah nak explain..mungkin ustad ni tak nak keruhkan keadaan…kali terakhir berubat bulan april..tak tau kenapa dia berdendam sgt…sy terima qada qadar ALLAH tak berjodoh..tapi dia berdendam…semua ni berlaku lepas dia kawin…sy tak paham apa yg dia marah..dia dah kawin kot..seeloknya move on saja dan lupakan perkara lepas..tapi sy yg single ni boleh redha kenapa dia tidak?

        Reply
    • Memang macamtu.Manusia sekarang banyak pakai topeng.Mungkin juga ujian untuk orang tersebut dan bukti bahawa Allah akan sentiasa menguji hambanya.Bersabarlah dan tawakal kepada Allah.

      Reply
  4. Boleh kongsikan tak amalan utk tahu siapa penyihir diri kita…sebab saya dah puas berubah..kalau boleh nak tahu siapa yg sihir, nak mintak die hentikan dari sihir saya..btw..saya pun terkene sihir pemisah

    Reply
    • Amalan mcm penulis cerita kan tu..
      First solat taubat, minta Allah bersih kan dosa2 kita
      Secondly Tahajjud, ni masa kita dgn Allah.

      Kemudian ;
      Solat Hajat, nyatakan kehendak kita sungguh2. Be specific atas niat kita nak tu
      Dan
      Istikharah, ni minta petunjuk.

      Siapa Yang ada apa Sahaja masalah / kehendak boleh amalkan.

      Takde yg impossible untuk Allah ☺️ Kun Fa Ya Kun

      Reply
      • Salam kahar…nur ada terbaca dlm salah satu cerita FS ni. tajuk dia kalau tak silap “pelalau, penunduk & pengasih”. Dia ada tulis kalau kita nak tau siapa yang menyihir kita kena amalkan surah yaasin ayat 82. Baca sebanyak 11 kali selepas Maghrib. Niatkan supaya diberi petunjuk. Nanti kita akan mimpikan orang tu atau orang tu datang sendiri mengaku pada kita. tapi macam kes nur, nur dapat petunjuk melalui mimpi. boleh jugak selitkan solat2 sunat mcm solat sunat taubat dan istikharah mohon pertolongan/petunjuk dari Allah…
        Semoga dipermudahkan ya…

        Reply
  5. Allahu.. sama macam apa yang aku hadapi selama hampir 5 tahun ini.. aku sendiri susah mahu percaya perubahan tingkah yang berlaku pada aku ini ada kaitan dengan sihir atau saka, aku cuma fikir akulah makhluk yang paling lemah melawan bisikan syaitan. Paling kasihan orang² yang paling aku sayang turut terkesan. Rasa sedih.. down.. Allah saja yang tahu macam mana. Masih berubat. Sakit on off. Buat Nur Iman, moga dirimu dan keluarga sentiasa dilindungi Allah. Bukan semua orang Allah uji dengan ujian begini.. ‘bisikan syaitan’ hanya biasa² saja tiada yang serius bagi orang yang belum pernah melaluinya sendiri. Bagi orang yang pernah lalui benda yang sama pasti akan lebih mengerti. HikmahNYA, Allah mahu kita sentiasa lebih dekat dengan DIA.. mohon hanya pada DIA..

    Reply
    • Bisikan ni memang bahaya..dia boleh buat hati kau wish nak m**i cara tak elok…saya bg contoh…bila saya baca berita perempuan m**i b***h diri sbb terjun dari tingkat 20…kalau kita tak kawal fikiran kita..kita boleh rasa nak wish m**i mcm tu jugak..mmg bukan on the spot kita nak terjun time tu jugak..tapi dia akan mempengeruhi minda bawah sedar kita..dia akan berulang2 bermain dalam fikiran kita..kalo dibiarkan rasanya boleg b***h diri betul2..sbb tu penting utk kita berfikiran positif dan kuatkan amal ibadah..kalau terfikir benda buruk cepat2 istifar.disbbkan perkara ni saya dah mula belajar perbykkn ibadah..itulah hikmah..tapi rasanya penyihir saya dah mula dpt balasan…kita tak payah balas..berkat kesabaran dan kebergantungan kita pada ALLAH,lambat atau cepat mmg tuhan balas perbuatan buruk/baik manusia

      Reply
      • Kann.. pantang hati terlalai sedikit pasti ia datang lagi menghasut. Betul tu.. kifarah itu ada.. biarlah Allah sahaja yang membalasnya.. dan moga si pelaku sempat bertaubat..

        Reply
        • salam sis tipahtertipu…ye betul ape yg sis cakap tu. sbb tu masa sy terdengar bisikan2 tu, benda tu pun dlm masa yg sama akan suruh sy supaya jangan solat. sbb tu solat sy x pernah cukup dlm sehari tu. nak lawan mmg susah. sbb tu sy terus pergi berubat sbb dengan cara tu jer blh melawan hasutan syaitan tu.
          as mentioned by aqil, kifarah Allah itu ada…biarlah Allah yang membalasnya

          Reply
  6. Itulah antara bisikan-bisikan yang kerap aku dengar. Selama ni aku ingat semua ni perkara biasa jer ataupun halusinasi aku jer. Entah macam mana suatu hari Allah gerakkan hati aku supaya pergi berubat. Aku cuba sarankan kepada suamiku untuk pergi berubat sama tetapi suamiku degil tak nak pergi berubat kerana katanya masalah kami ni standard masalah rumahtangga macam orang lain. Disebabkan aku ingin tahu punca masalah aku ni aku pun minta izin suamiku untuk pergi berubat sendiri dengan ditemani ahli keluarga kerana aku rasa something not right.

    OMG part suami degil x nk berubat ni mmg ak gerammm sgt. org lelaki ni suka buat tak tahu, kejadahnya dh jd mcm2 baru nak tersedar dari lamunan.

    btw cter ni x seram tp best. please bgtau sape yg sihirkan tu. bukan kteorg kat sini kenal ko pun penulis wey… kalau nk cter, ko cter je lah sampai habis. ubah nama. bgtau ape pertalian ngn korang laki bini. takdenya sape2 nk g korek nama sebenar ko utk cari sape penyihir tu. dan boleh buat sambungan lps ni ape jd kat bisikan uols, hubungan uols laki bini dah elok balik ke, mcmne jd kat si penyihir, condition uols dh habis rawatan or etc lah u boleh cter next time.

    please habiskan cter ni jgn tergantung, tq.

    Reply
    • Salam chinta…ni reply sy pada persoalan sis:-

      1) bab lelaki/suami takpergi berubat tu ada sbb. kadang2 dia bukan taknak pergi tapi ada benda yg menghalang. sbb tu bila sy yg pergi berubat dulu sikit sebanyak memberi impak jugak pada suami. tapi di akhir cerita sy dah mentioned “dan aku bersyukur sangat bila suami aku pon sudah mula sikit-sikit nak pergi berubat bersama aku.”

      2) sy rasa sy dah mentioned “Dan ketiga-tiga ustaz tu memberikan gambaran yang aku dan suami telah disihir oleh seseorang dan orang tu adalah orang terdekat dan terdiri dari kalangan ahli keluarga kami juga”. maksudnya kat sini orang itu boleh jadi ibubapa/ibubapa mertua ataupun adik beradik kami sendiri. sbb tu sy mentioned ahli keluarga. bukan saudara mara atau kawan2 atau ex masing2. untuk cerita siapa penyihir tu sy rasa tak perlu sbb takut jatuh fitnah. biasalah slalunya penyakit PHD ni datang dari kalangan ahli keluarga jugak

      3) sy juga ada mentioned dlm cerita sy “Alhamdulillah segala bisikan-bisikan yang aku dengar sebelum ni dah hilang sepenuhnya selepas aku berubat” bermakna semua bisikan yg sy dengar sebelum ni dah totally hilang. cuma maksud sy teruskan berubat tu supaya tiada lagi sihir yg datang pada sy, sbb bila kita dah buang kadang2 benda tu blh datang balik.

      4) mengenai persoalan sis ni – hubungan uols laki bini dah elok balik ke, mcmne jd kat si penyihir, condition uols dh habis rawatan or etc lah u boleh cter next time. – insha allah sy akan cerita next time ya.

      Reply
  7. Banyak aku tengok komen2 yang mengatakan “tak best la,tak seram la” dan banyak lagi..tak semestinya semua cerita kena seram..cuma bacaan daripada perkongsian kisah hidup ataupun rekaan penulisan..ada seram dan ada pengajaran yang boleh diambil..sikit2 tak seram la apa la..
    Janganlah kecam cerita2 yang ada..nak seram pergi rasa sendiri apa tu seram..

    Reply
  8. seram x seram lain cite…pengajaran memang berguna….. sy pun dlm tempoh berubat..nak kate kuat sangat tu x r mana tapi sakit tu mmg sakit..jiwa sakit fizikal x sakit..jiwa x tenteram..dia buat sampai sy jadi gila… btl kata nur iman..memang bisikan tu ada..suruh buang anak dalam laut pun ada…suruh terjun bangunan pon ada..macam2….bermimpi pun mcm2..yg paling ekstrem mata pisau keluar dari kemaluan skali ngan d***h…tapi bila kejut pagi xd pun..allahu… hanya alalh sahaja yg tahu betapa takutnya…
    alhamdulillah skrg dh ok..berubat di kemaman, trg… dia x bgtahu sapa buat cuma bagi klu..org opis yg buat…lelaki…wallahualam…sapa tu sy x pasti tapi biar allah je yang balas..di katanya sihir tu dia letak dalam minuman air kopi…erm ramai minum tp saya je kene..nok kene kot…..skrg dh ok …kalau korang x keberatan try amalkan 5 BISMILLAH (BISMILLAH 5) skrg sy masih amalkan slps solat fardhu.. ambil masa sikit pagi (solat subuh) dan waktu maghrib (solat magrib)baca ayat manzil..amalkan setiap hari in sya allah …dilindungi ALLAH S.W.T..

    Reply
    • Baru abis baca cerita & smua komen ni.. Terima kasih atas perkongsian.. Sy cuma nak tanya.. Bila sis dah berubat.. C penyihir tu x rasa ka yg sis dah berubat / sembuh.. Sy bertnya sbb sy juga alami benda yg sma.. Cuma sy di sihir oleh kenalan rapat sy.. Smpai ke hari ni sy tertnya2 patut ke tidak kita tnya kan org yg menyihir kita? Kenapa & mengapa dia buat kita?..atau dgn kata lain mencari kepastian sma c penyihir.. Sy tkut terbuat fitnah pada orang salah..sy buat keputusan utk menjauhkan diri dr dia..

      Reply
  9. Terbaik cerita nur..klu boleh lepas ni kongsikan lg pengalaman seterusnya..btw boleh tau x berubat kt mana dgn ustaz2 ni

    Reply
  10. aku pn berubat jugak. skali ngn mak aku kena. makan ubat macam2 tak jalan. berubat jelah. lepas berubat mak aku asyik mimpikan mak mertua aku ajak makan. org yg aku gi brubat tu ade cakap lepas aku dh sihat org yg buat aku tu akan sakit. nk jadikn cerita mak mertua aku sakit seminggu tak boleh bangun. kebetulan atau suratan?? so skrg just berjaga-jaga jelah. kang tak balik umah mertua, suami plak masam muka ngan kita. dilemanya lah…

    Reply
    • Salam Kay. Just nak share ape yg Ustaz sy cakap bila berubat aritu. Sekiranya kita dah tau siapa yang “buat” kita tu seeloknya buat macam biasa jer. Tapi kalau boleh bab2 makanan ni sebolehnya jangan makan ape yang dia masak. Mcm kes sy memang dia hantar melalui makanan. So seeloknya sy kena masak sendiri lauk yang sy nak makan tu. Perasaan was-was tu kena ada sbb dah tau punca kan. Takpun amalkan ape2 doa sebelum makan masakan dia. Just sharing.

      Reply
  11. Sama lah kita. Allah duga untuk dia tarik kita balik ke jalanNya.
    Sama juga masih berubat. Tapi benda tu masih berulang sebab suami duduk di lubuk musuh #madukublackwidow.
    Mudahan terbuka semua jalan kebenaran…

    Reply
  12. SEmoga penghantar sihir itu dapat balasan yang setimpal untuknya dan mndapat hidayah dan juga mendapat hukuman yang akan menyedari dirinya…amiin

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.