Blackout

Dalam seminggu ni dah tiga kali office tak ada api (elektrik) ketika waktu bekerja. Sebab dah masuk musim hujan guruh kilat berdentum sekarang ni. Memang senang office ni nak blackout. Nak buat kerja pun susah. Tadi la paling teruk. Nak dekat sejam jugak la api tak ada. Bila dah lama sangat tak ada, apa lagi, masing-masing lepak dekat lobi office.
Kemudian, Sales Manager buka cerita.

……

CERITA SALES MANAGER

Aku baru je lagi kerja sini. Malam tadi, aku stay back dekat office sebab nak siapkan slide presentation. Tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Bergelap la satu office. Yang bercahaya cumalah laptop aku je. Nasib baik laptop tu ada bateri masa tu. Lusa dah nak kena present, esok pulak aku sibuk ada appointment dengan dua client. Nak tak nak, kena siapkan slide tu malam tadi jugak. Elektrik tak ada pun aku kena gigih siapkan slide presentation tu. Buat kerja dalam gelap.

Tengah aku buat kerja dalam gelap tu, tiba-tiba dengar bunyi pintu toilet kena tutup dengan kuat “BAM!!”

Mulanya aku buat tak tau je. Steady tak takut. Siap tangkap gambar slide presentation aku tu, hantar dekat group Whatsapp team Sales. Tanya ada apa yang kurang nak ditambah. Tapi, bukan feedback pasal slide yang aku dapat, tapi soalan bertubi-tubi dari ahli team sales tanya, buat kerja dekat office ke? Buat kerja dalam gelap ke? Black out ke? Tak takut ke? Lepas tu terus ada seorang office mate dari team Amin Support ni, Lina, dia cakap, “Office tu berhantu En. Zarul! Kenapa stayback sampai malam sorang-sorang?”

Lepas aku baca je ayat Lina dekat whatsapp tu, terus telinga aku dapat tangkap bunyi mesin rumput dekat belakang office. Bangunan office kitorang ni kiri kanan hutan tapi tak la hutan besar. Hutan kecil semak samun macam tu je. Belakang pulak ada sungai dan seberang sungai memang hutan tebal.

Bila dia dah dengar je bunyi mesin rumput tu, takkan aku nak tunggu lagi kan. Dengan pantasnya aku kemas semua barang aku, terus call wife aku mintak dia ambik aku dekat pintu pagar office. Sumpah aku tak berani nak balik naik kereta sendiri sebab kereta aku ada kat parking area dekat belakang tu. Dibuatnya aku jumpa “mesin rumput” tu karang, naya!

……

Semua yang tengah lepak kat lobi tu tergelak dengar cerita dia. En. Zarul pun membebel kenapa la tak bagitahu dia awal-awal ofis ni keras. Kalau dia tau, takde nye dia nak stay back.
Kemudian si Hasan pula buka cerita

……

CERITA HASAN

Kira-kira awal tahun ni, aku ada hal petang tu. Aku tak balik rumah lepas habis waktu kerja. Takut tak sempat nak sembahyang asar, aku siap-siap la solat lepas office hour pukul 6.00 dekat surau office. Surau office ni ada kat belakang. Bersebelahan production area dan parking lot.

Tengah aku solat, dalam rakaat kedua kalau tak silap, tiba-tiba je ada benda berlari kat stor. Stor untuk simpan stok barang ada dekat tingkat atas surau tu. Struktur surau dan stor tu dibuat dari kayu so memang boleh dengar la kalau ada benda berlari kat atas tu. Dengar ada benda berlari-lari lepas tu stop betul-betul kat atas siling surau tu. Lepas tu dengar ada suara budak tergelak-gelak. Masa tu aku rasa macam nak batalkan je solat aku tapi iman yang secoet ada ni, aku teruskan jugak. Habiskan.

Elok je aku bagi salam ke kanan, surau jadi gelap-gelita. Blackout!

Bertubi-tubi aku istighfar. Ayat Kursi aku entah la, tunggang langgang jugak la jadinya. Dalam gelap tu jugak la aku duk ter raba-raba dinding surau tu cari suis lampu, cari pintu. Tak ada lubang cahaya langsung. memang kelam gelap gelita, macam orang buta aku kat dalam tu.
Raba punya raba, aku terpegang kain! Kain apa weh kat dinding. Siap berkibar-kibar lagi. Kepala aku masa tu tak fikir lain dah! Kalau tak pocong, Pontianak la tu! Aku menjerit macam orang gila lari cari pintu. Sampailah Pakcik guard, Pakcik Samad buka pintu surau tu, barulah ada cahaya.

Cis! Rupa-rupanya tu kain telekung. Entah sape punya kerja sangkut telekung dekat penyangkut dekat dinding tu.

……

“Baik mengaku siapa punya kerja tak lipat telekung letak dalam rak?!!”

Semua staff perempuan yang ada kat lobi masa tu tergelak je. Masing-masing tak mengaku.

Tapi, Kak Lina sorang je yang muka serius sikit. Sebab dia pun ada mengalami sesuatu yang seram dekat sini.

……

CERITA KAK LINA

Aku memang selalu jadi orang yang paling akhir sekali keluar dari bangunan office ni. Sebab aku dah kerja lama dekat sini, boss dah bagi kepercayaan dekat aku untuk pegang kunci utama. Rutin harian aku akan tutup semua suis lampu, suis aircond dan suis speaker.

Bila waktu bekerja, office akan sentiasa dibukakan radio dan dimainkan di corong speaker yang ada merata-rata di seluruh bangunan office. Boss seorang yang sukakan lagu, sebab tu dia pasang banyak speaker dekat bangunan office ni.

Satu hari, aku dan Jue balik lewat sikit. Rasanya dah nak masuk maghrib kot, barulah kitorang balik. Kena pula aku dan Jue “cuti” hari tu, jadi takde la nak terkejar-kejar pergi solat. Jadi, macam biasalah sebelum balik aku kena check semua bilik, ada tak suis yang diorang ni lupa tutup. Ada tak pc yang diorang lupa tutup. Jue pulak, dah nak balik ke rumah pun masih sibuk touch up make up sana sini. Aku biarkan je dia kat meja dia. Yang penting, aku kena buat kerja aku check semua benda.

Nasib aku la hari tu. Tengah aku jenguk ke dalam bilik Accounting Manager, ada perempuan muka buruk nak mampos duduk dekat kerusi manager tu. Lemah lutut aku. Terduduk dekat depan pintu tu. Aku punya jeritan memang high pitch punya la. Tak lama lepas tu Jue datang berlari-lari dekat aku. Menggelabah dia angkat aku sambil tanya kenapa? Nampak apa?

Aku menangis-nangis sambil tunjuk dekat dalam bilik accounting manager tu. Jue nak masuk tapi aku tak bagi. Aku tarik tangan dia ajak dia balik. Dia ok kan je. Tapi, dia nak kena kemas sikit barang make up dia tadi. Dengar aku menjerit sampai tak sempat nak kemas. Aku pun biarkan dia dan terus pergi kat kotak suis utama. Aku berjalan kat depan, dia kat belakang. Aku cakap, kemas cepat sikit. Aku dah takut ni.

Masa aku berselisih dengan meja dia, aku tengok tak ada pula barang make up dia atas meja. Handbag dia pun tak ada. Aku tanya la mana barang make up kau? Sekilas aku toleh ke belakang:

Tak ada apa-apa.

Yang ada cumalah bunyi jam di dinding terus berdetak.

“Jue!” aku panggil Jue. Tapi Jue langsung tak menyahut.

“Jue!” aku panggil lagi.

Masih tak bersahut. Bunyi jarum jam tu jugak yang kedengaran. Tak lama lepas tu, aku dengar bunyi suara perempuan ketawa halus.

“Hm Hm Hm Hm Hm” macam tu. Lepas tu aku dengar bunyi sudu jatuh dekat pantri.

Meremang bulu roma aku masa tu. Rasa nak nangis pun ada. Aku terus berlari pergi ke pondok dekat pagar utama depan sana. Aku panggil pakcik guard. Aku cerita apa yang jadi dekat Pakcik Samad sambil nangis-nangis sebab takut. Pakcik yang temankan aku masuk ke dalam semula, tutup semua suis. Masa pakcik nak tekan suis tu, tiba-tiba speaker keluar lagu:

“Cindai lah mana? Tidak Berhias. Jalinnya lalu, Rentak beribu, Bagailah mana, Hendak berhias, Cerminku retak seribu”

Elok je habis lirik cerminku retak seribu tu, terus aku dan pakcik dengar bunyi kaca pecah datang dari arah bilik pantri.

Lagu tu pula, kuat giler bunyi dia. Bergema satu bangunan office tu. Cepat-cepat pakcik tekan suis utama speaker tu.

Lepas tu pakcik temankan aku ke parking lot dekat belakang. Terkejut gila kitorang bila tengok ada banyak giler kereta kat belakang tu macam ramai lagi tak balik. Pakcik cakap, buat tak tahu je. Pakcik ada, jangan takut. Masa aku tekan butang unlock dekat remote kereta aku, semua kereta yang ada dekat situ berbunyi. Bunyi alarm kereta. Bising giler. Pakcik temankan aku masuk ke kereta. Pakcik pun naik sekali. Lepas aku drop dia dekat pondok pengawal tu, aku terus balik dalam keadaan masih terkejut. 3 hari aku demam.

……

“Kalau korang tak percaya, korang tanya pakcik!” Kak Lina habiskan cerita dia.

Aku hanya mampu senyum je masa tu. Seram tu memang la seram tapi setakat beberapa bulan aku dah kerja dekat sini, belum pernah kena apa-apa lagi. Dan aku mengharap jugak la jumpa apa-apa ke, terdengar apa-apa ke. At least ada bahan untuk diceritakan kat FS ni.

Dan hari ni hari khamis. Malam ni malam Jumaat. Elektrik dah ada, so, aku sambung buat kerja. Aku pandang sorang-sorang yang punch card dekat depan bilik aku. Office hour dah tamat. Tapi aku masih gigih stayback. Sebab apa? Sebab aku nak download movie. Hahahahaha. Time petang macam ni lah baru internet office ni laju.

Aku scroll, scroll dan scroll page download movie tu. Cari cerita yang best. Dah tentunya cerita hantu.

Tiba-tiba..

Blackout!

Bilik aku ni kalau blackout memang gelap sikit. Aku bangun. Aku bukak pintu bilik aku.

Terperanjat beruk bila aku ternampak perempuan rambut panjang berdiri depan pintu bilik aku. Confirm la aku menjerit.

“MasyaAllah! Terperanjat akak! La, kamu tak balik lagi ke? Akak ingat dah balik. Akak dah tutup suis lampu utama. Biasanya kamu balik cepat.”
Hampeh Kak Lina! Baru je aku bajet nak feel seram.

-Tamat-

p/s: Masih tak ada apa-apa yang berlaku kat aku lagi kat office tu sehingga hari ni. Hopefully, suatu hari nanti ada lah. Hish! Apasal cabul sangat mulut aku ni!!!!???

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

19 thoughts on “Blackout”

  1. Salam Admin.
    Saya yg sent cerita ni.
    Nak tanya, saya sent hari tu saya letak tajuk #SiCelupar: Blackout ke atau Blackout sahaja? Saya pun lupa dah..saya lebih suka kalau admin kekalkan signature saya #SiCelupar tu..terima kasih ☺

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.