#Blackturtle : Puaka Lembing Lama
Assalammualaikum dan ucapan terima kasih kepada Admin Fiksyen Shasha kerana membenarkan karya saya untuk disiarkan . Saya #blackturtle dan saya merupakan pembaca setia Fiksyen Shasha dan ini hasil penulisan pertama saya . Maaf jika tak seram.
Aku merupakan peminat tegar pada barang-barang lama seperti Keris Lama , Lembing Kesultanan Lama , Senapang Jepun dan macam-macam lagi . Kisah kali ini berkisar Lembing Lama pemberian datukku , Ustaz Azhar yang telah pun meninggal dunia . Aku dari golongan yang sederhana . Aku mempunyai tempat simpanan yang luas pemberian datukku. Jadi, aku upah Kudin dan Samad sebagai penjaga. Tetapi selepas seminggu , Samad dan Kudin datang menyampaikan hasrat ingin berhenti kerja kerana diganggu Puaka Lembing Lama . Dan mereka menceritakan gangguan yang dialami .
“Ish, mana si Samad ni ? Kata pukul 10 malam . Tak sampai-sampai lagi ke ?” Keluh Kudin sendirian .
“Kau tunggu apa ni Kudin? ” soal Samad dari belakang .
“Allahuakbar! Terperanjat aku Samad . Kau pergi mana ? . lama aku tunggu !” Marah Kudin.
“Alah , maaflah . Aku memerut dekat belakang tadi ,” balas Samad serba salah.
“Mana motor kau ? Bunyi pun tak ada alih-alih kau dekat belakang .”
“Lah, motor aku kan rosak , dah bagitahu petang tadi kot . Basikal aku letak kat bilik air tu sebab tak tahanlah .” Jelas Samad.
“Dah dah . Sepatutnya kita dah meronda ni . Jangan curi tulang. Jom !” Ajak Kudin tidak sabar.
“Yalah . Tapi tunggu kejap aku alih basikal ke depan .” Samad berlari ke arah bilik air , mengambil basikal .
Sedang mereka berjalan untuk melakukan rondaan , dari dalam rumah kedengaran bunyi pelik .
Ching! Ching! Ching!
Mereka saling berpandangan . Kedengaran macam besi berlaga besi . Untuk pengetahuan , malam itu malam jumaat dan itu hari keempat mereka bertugas .
“Kud… Kudin , bunyi apa tu ?. Eng… engkau nak pergi tengok ke? ” Samad tergagap-gagap .
“Engkau dah kenapa gagap pulak ? Dah, jangan mengada-ada , ikut aku dari belakang .” Tegas Kudin memberanikan diri .
Kudin berjalan perlahan untuk melihat siapa yang ada di dalam tempat simpanan yang berkunci rapi itu . Di tepi tempat simpanan ada dinding kayu yang telah pun reput akibat dimakan anai-anai . Kudin membuka serpihan perlahan-lahan , memberanikan diri untuk melihat siapa yang ada di dalam bilik itu . Suasana gelap gelita tetapi terlihat percikan api macam besi berlaga dengan besi . Dalam beberapa minit kemudian , suasana menjadi sepi . Kudin dan Samad mengambil keputusan untuk membuka pintu yang dikunci rapi untuk melihat siapa yang ada di dalam . Entah kenapa tiba tiba , Samad terjatuh .
“Aduh sakit lutut aku . Bodoh punya kayu !” marah Samad .
Kudin tiba-tiba tergamam , terdiam seribu bahasa .
“Woi kau boleh tengok jer ? Tolonglah aku!” Samad memarahi Kudin .
Kudin terdiam tak berganjak . Mulutnya sekejap-sekejap dimuncungkan ke arah Samad .
“Kau dah kenapa ? Lutut aku yang sakit ! Mana ada nak kena CPR ? Aku lempang karang !” Jerkah Samada.
Kudin tetap tak berganjak . Bajunya dibasahi peluh jantan .
“Kudin! Kau kenapa ni ? Berpeluh sakan . Kau nampak hantu ke ?” Soal Samad bingung.
Serentak itu juga sesuatu terbang dengan laju , hampir berlaga dengan pipi Samad . Sebatang Lembing Lama tiba-tiba terpacak . Di belakang lembing itu , sesusuk tubuh besar sedang berdiri . Bermata merah sebelah , dengan badan yang berbulu . Lembaga itu berlari laju melitasi mereka . Samad berpaling dan terus melarikan diri , meninggalkan Kudin keseorangan .
“Sampai hati kau Samad !” Ujar Kudin yang hampir menangis ketakutan .
Lembing yang terpacak tadi berkalih lalu kembali ke tangan makhluk itu . Makhluk itu kelihatan besar dan gagah . Kudin yang ketakutan terus berlari meninggalkan tempat rondaan . Sekali lagi lembing tadi berdesup terbang lalu terpacak tepat pada dinding seinci dari atas kepala Kudin .
“Argh!”
Teriak Kudin lalu rebah , pengsan .
Apabila sedar , Kudin berada di dalam bilik simpanan itu sambil memeluk Lembing Lama .
Kudin dan Samad menceritakan semuanya kepadaku .
“Baru sekarang menampakkan diri ? Dengan aku , tak berani pulak !” Aku bingkas bangun lalu menuju ke arah tempat simpanan .
“Keluar, penghuni lembing lama ! Sebelum aku gunakan amanah datukku ! ” jerkah aku berang .
” Kau cabar aku, ya Lembing ? Baiklah , kau rasakan !” Kataku lalu melangkah menuju ke arah Lembing Lama itu . Aku mencengkam Lembing itu dan membaca ayat Al-Quran . Lembing bergetar dengan kuat lalu penghuninya mula menampakkan diri . Kelihatan wajah serba kehitaman dengan anak mata yang merah .
“Kau ganggu mereka ?! Balasan kau rasai sendiri !” Aku berteriak.
Kudin dan Samad terlihat cincinku bersinar kehitaman saat aku memegang lembing itu . Mereka agak terpaku . Terdengar satu jeritan kuat,
“Argh! Maafkan Aku!”
Sejenak kemudian, keadaan menjadi sunyi sepi. Lembing itu tidak lagi bergetar .
“Maaflah . Aku tak tahu lembing itu ada puaka dia . Tapi janganlah berhenti malam ni, ya ? Tak ada gangguan dah . Aku dah uruskan .” Pujuk aku termengah-mengah kepenatan .
“Cincin apa yang bersinar masa Tuan pegang lembing itu tadi ?” Soal Kudin
“Oh , ini Cincin Batu Petir . Kalau Kudin dan Samad teruskan bekerja , saya berikan hadiah cincin ini pada kamu berdua !” kata aku bersungguh-sungguh .
“Cincin Batu Petir banyak khasiatnya . Salah satu kelebihan adalah untuk menghalau makhlus halus . Tapi harus di mingat , cincin ini cuma alat . Yang sebenar-benar memberi bantuan itu adalah Allah SWT . Jangan terpesong pula . Saya akan ajar kamu nanti ,” kataku lalu terus pulang meninggalkan Kudin dan Samad meneruskan rondaan
7/10
Tergantung ke memang dah habis ni?
5/10
Ni nak bercerita ke nak promote cincin batu petir?
Dah macam iklan kat pesbuk dah.
Markah 3/10
Pelik2 je hobi kau..brg2 lame yg family aku smpan dr zaman berzaman da ktorg bagi kt org lua..da xmau simpan ape2 lg sejak tok wan kami meninggal..last dpt tgk bayonet pisau yg letak kt muncung senapang tu..kate nye beracun di bilah nye..ntah lerrrr
Bayonet memang bisa…simpan elok2, bahaya kalau tkena tangan ke mana2 ke…banyak kali tengok anggota kena bayonet ni…Bila kena je, cepat bengkaknya, lambat sembuh…menurut orang yg pernah kena, bisa luka bayonet xsama dengan kena pisau atau mende tajam lain…#sekadarberkongsi
jual kasi hamba je lah tuan.
hamba pon minat senjata askar ni.
Umak aaiiii…
Terkejot akk emergency brake tgh syok bace2 tup2 abis jalan m**i kooo…
Gaya dh mcm iklan cincin, by Dato’ Aliff Syukri, heehehhehee…
Ok la
Perghhh… mmg seram cerita kau… sampai tergolek2 aku baca sbb cuba serap ayat2 kau kedalam minda… ha ha ha…