Bola besi

Tahun 2001, sekitar jam 12 tengah malam, di dalam surau sekolah berasrama…..kelihatan ramai pelajar perempuan sedang tekun belajar. Mereka akan duduk berkumpulan, berbincang mahupun membuat kerja sekolah bersama-sama. Surau menjadi tempat kebiasaan bagi mereka yang ingin sambung belajar selepas prep. Di suatu sudut, kelihatan dua sahabat sedang menyiapkan kerja sekolah sambil berbual.

Ros: Rara ko pernah dengar tak bunyi besi kena seret atas lantai? (Sambil tangan menyalin nota)

Rara: Bunyi besi macam mana? Setakat ni xpernah lagi

Ros: Ala, sekarang ni kan tengah kecoh. Kakak dorm aku cerita kawan2 diorg selalu kena kacau.                    Seram tau. Dia macam bola besi dengan rantai..seret kat lantai. Ala macam orang yang dalam                penjara tu la.

Rara: Hurm, macam tu ke. Seram ke? Kalau macam tu aku xrasa la macam seram sangat (sambil                    terbayang kartun bandit berbaju belang hitam, seret kaki ada rantai bola besi dalam penjara)

Ros: Weh, ko jangan celupar Rara. Nanti ko dengar betul2 baru tau….

Rara: Xde apa la. Bunyi besi je kot.

Ros: Ko ni….

Rara: Meh, mana dia… nak dengar………………

Tiba-tiba……

Dummmmmm!!!!!!!!

Rara dan Ros: Ya Allahhhhh!!!!!

Ros: Rara! Ni kot yang ko nak sangat dengar tadi…. huuuuu rara… semua dah tidurrrrr!

Rara: (Pusing tengok keliling….semua dah tidur) Bila masa pula semua tidur ni, tadi elok je semua                    study.

Ros: Aku tidur dulu. Ko la ni xjaga mulut!

Rara: Weyh, janganlah tidur dulu. Aku takut ni…. dahla bunyi tu dari bilik aku. Bilik aku kat atas ni….                 (hampir menangis)

Akhirnya, Ros tidur. Tinggallah Rara keseorangan, cuba untuk melelapkan mata sambil menyumpah diri sendiri kerana kelantangannya. Ambik kau. Nak sangat!

Dummmmm!!! Kedengaran bunyi yang sangat kuat. Seperti sebuah besi yang teramat berat dihempaskan ke lantai. Kemudian kedengaran seperti bunyi rantai berlaga..

Rara berada dalam surau di tingkat dua. Manakala, bunyi tersebut dari tingkat tiga. Lebih tepat lagi, dari dalam bilik dormnya.

Sambil Rara berkira-kira, adakah kakak dorm dia xmendengar langsung bunyi tersebut, Rara mendengar bunyi seperti bola besi dan rantai tersebut diseret di atas lantai. Bunyi rantai berlaga, diikuti bunyi bola diseret. Berulang-ulang, bermula dari hujung biliknya.. Bergerak perlahan-lahan menuju ke pintu biliknya. Bunyi seretan yang sangat menyeramkan. Menimbulkan tanda tanya, kekuatan sebesar manakah yang diperlukan untuk menarik besi dan rantai seberat itu.

Sebentar kemudian, bunyi tersebut kedengaran semula menuju ke hujung bangunan… lalu menuruni satu persatu anak tangga….dummm!!! Sreettt!! Dummm!!! Sreettt!!

Peluh mula membasahi dahi Rara. Dia berdoa agar makhluk tersebut tidak berhenti di pintu surau.

Rara baring berdekatan pintu pertama…Manakala bunyi tersebut berada di tangga..Berdekatan pintu ketiga surau.

Namun, sangkaannya meleset. Bunyi tersebut tiba-tiba berhenti apabila berada di tingkat dua berdekatan pintu surau. Rara semakin rancak berdoa. Setelah 5 minit berlalu, bunyi tersebut kedengaran kembali menuruni tangga ke tingkat bawah.

Waktu itu, masa terasa begitu lambat berlalu bagi Rara. Mahu sahaja dia menjerit, tetapi dia khuatir seandainya tiada siapa yang mendengar memandangkan bunyi sekuat itu pun tiada siapa yang tersedar. Lebih teruk, sekiranya benda lain yang muncul, kerana dia terdengar gula2 sangat suka menjelmakan diri di dinding surau pada waktu-waktu begini. Ramai yang terkena, lebih-lebih lagi sekiranya tinggal seorang sahaja yang berjaga.

Seterusnya, sreeeeettttt….sreeeettt… Tiba2 suasana sunyi sepi… Sesepinya Rara hanya memejamkan mata sambil mendengar satu persatu apa yang bakal terjadi. Firasatnya kuat menyatakan, perkara ini belum lagi selesai.

Kreeeennnnng!!!! Kedengaran seperti bunyi gergaji elektrik.. Terlalu kuat. Kemudian, kedengaran seperti sorakan dari luar. Ibarat terdapat ramai orang berhimpun di koridor2 bangunan asrama empat tingkat tersebut. Namun, mustahil kerana waktu telah larut malam dan sudah tentu warden akan marah sekiranya terdapat bunyi bising begini.

Sambil memastikan dirinya masih waras, dan sekiranya semua ini hanya imaginasi…Tiba-tiba….. Arrrrrrgggghhhhhh!!!! Satu suara garau kedengaran menjerit kesakitan. Terlalu kuat, terlalu bingit, terlalu sakit. Seperti diseksa.. seperti nyawa hendak tercabut dengan begitu seksa. Rara tersentak dan menangis keseorangan, tapi masih memejamkan mata. Akhirnya dia terlelap.

Esok paginya,

Ros: Weyh, bangunlah… orang dah nak solat subuh jemaah dah ni.

Rara: (Bangun dengan muka sugul). Weyh, temankan aku balik bilik. Aku takutlah. Ko la ni tinggalkan aku sorang2 semalam.

Ros: Meh cepat. Tu lah ko, xjaga mulut lagi. Tu baru kena usik dengar belum nampak.

Rara: Xpayahlah nampak. Dengar pun aku dah seram. Aku xdapat bayangkan kalau benda tu masuk surau ni semalam. Mau ko tengok aku berbuih pagi ni…

Rara adalah diri penulis. Pengalaman ini hanya sebahagian yang dilalui oleh penulis tetapi paling diingati kerana diberi untuk tujuan peringatan, manakala yang lain boleh diibaratkan sebagai usikan manja. Terima kasih diucapkan kepada admin FS seandainya tersiar kisah ini. Semoga pembaca semua terhibur. Tak terhibur pun xpe. Haha. Mungkin di lain masa, ada cerita yang akan menyusul.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.