Bomoh India

Tq admin approve cerita saya. Salam semuanya. Cerita ni taklah seram. Tapi lebih kepada perkongsian untuk dijadikan iktibar pada kita semua. Maaf kalau tak suka. Saya perkenalkan diri saya sebagai Syika. Dulu di matrikulasi saya ada satu geng yang semuanya kepala masuk air. 2 perempuan, 3 lelaki. Kami memang rapat dan gila2 tapi time study tetap study. Macam mana boleh rapat?

One of those guys tu sepupu saya,Farhan. Time gap antara kelas tu saya selalu lunch dengan farhan, takpun lepas isyak farhan mesti ajak saya turun makan kat cafe. Saya akan ajak kawan saya si Siti ni dan farhan akan bawak Alif dan Emir . Bila selalu makan sama2 tu lama2 kami jadi rapat dan jadilah satu geng walaupun kelas tutorial lain2. Tapi time kuliah mesti bersamalah kami satu geng ni.

Awalnya ramai yang fikir saya bercinta dengan farhan. Sepupu takkan lah nak bercinta pulak kan. Lama2 sepupu saya si farhan ni sangkut dengan Siti. Saya ok je sampailah satu malam tu si Alif ni confess perasaan dia pada saya. Saya akui saya memang suka dengan dia sebab dalam ramai2 dia yang matang, pandai, caring walaupun antara tiga orang tu dia yang paling tak hensem.

Haha jahat kan? So, kami pun bercintalah tapi tak macam bercinta pun. Saya bukan style romantik. Saya layan dia macam biasalah, macam seorang kawan seperti biasa. Kalau ada masalah dengan Alif, Emirlah tempat saya mengadu. Begitu juga Emir, ada masalah je dia lebih suka bercerita dengan saya. Saya selalu mengadu saya tak boleh nak carry on dengan study dengan erti kata lain saya nak berhenti pengajian di matrikulasi.

Ingatkan saya sorang je rupanya Emir pun macam tu. Alif nasihatkan kami untuk stay. Katanya sekejap je tak lama pun nanti boleh sambung degree terus. Jimat masa.

Tapi saya dan Emir nekad. Kami apply pengajian di salah satu universiti tempatan. Alif, farhan dan siti dah fedup nak nasihatkan kami. Alhamdulillah, kami diterima masuk ke universiti tersebut, dahlah satu course dengan Emir, sekelas pulak tu. Kuat kan persahabatan kami.

Bermulalah segalanya. Alif jadi kuat cemburu, kalau boleh setiap masa saya kena update dengan dia apa yang saya buat, kemana saya pergi, dengan siapa. Saya rimas. Satu malam tu, Alif call marah2 sebab saya lupa nak reply message dia. Malam tu jugak pukul 8 saya call Emir suruh dia bawak saya keluar ambik angin. Saya memang kusut sebab Alif tak pernah berkasar macam tu. Masa tu Emir ni dikira orang kaya jugaklah sebab sem 1 dah bawak kereta, belajar pun tak pakai ptptn.

Parents dia support 100 percent. Memang dia orang kaya tapi dia tak berlagak. Malam tu dia bawak saya lepak kedai mamak. Saya nangis je depan dia. malam tu kami tak balik hostel. Dia dapatkan bilik hotel untuk saya, dia tidur di kereta sebab dah pukul 2 pagi. Mati kena hempuk dengan guard nanti balik time tu. Macam tulah tiap kali saya ada problem. Emir tempat saya mengadu.

Masa kami di sem 2, Alif pun sambung degree di universiti yang sama dengan kami. Masa di sem 2 kami dah tak duduk hostel. Kami menyewa di kawasan yang agak jauh jugaklah dengan uni tapi Alif tinggal dekat hostel. and guess what? Rumah sewa kami sebelah sebelah. Saya memang jarang pergi uni naik kereta sendiri. Selalu pergi dengan Emir. Masa tu, Alif punya mata memang tajam tengok kami pergi kelas sama2, balik sama2, makan pun sama2. Saya punya schedule dia dah hafal bila ada kelas,bila takde kelas. Memang dia terlalu mengongkong. Pantang ada waktu lapang, mesti nak berkepit dengan saya. Saya sayang dia, tapi saya jadi takut bila dia marah2. Dengan Emir alhamdulillah Alif ok walaupun dia pernah marah saya rapat dengan Emir.

Betapa rapatnya persahabatan saya dengan Emir, parents kami pun dah tahu pasal kami. Saya memang rapat dengan mak dia sebab emir ni dua beradik je dan dua2 lelaki. Abang dia dah kawin tinggal dia jelah tempat mak ayah bermanja. So, parents dia selalu datang melawat sebab tu parents dia kenal saya. Satu hari tu, waktu dalam kelas saya meracau. Awalnya saya nampak rambut panjang terjuntai dekat kipas kemudian rasa leher saya diurut oleh seseorang. Saya pandang emir kat sebelah.

Dia tengah khusyuk study untuk test esok. Masa tu pensyarah semua meeting. Saya pegang bahu emir saya cakap saya sejuk. Emir pandang saya dia cakap mata saya Merah, muka saya pucat. Emir baca ayat kursi dan dia hembus pada saya sebab dia rasa saya lain sangat, wajah saya bukan macam biasa. Bila je dia hembus ayat kursi,saya mula terpekik dan satu kelas riuh. kawan saya Idayu pergi panggil ustaz.

Emir angkat saya ke surau dan 3 jam berubat tubuh saya lemah sangat. Emir hantar saya balik rumah tapi housemate saya semua dah ke perak sebab masa tu cuti 3 hari diorang plan nak pergi pangkor kecuali carmela, budak sabah. Tapi carmela tu malam nya dah nak naik flight balik sabah sebab mak dia sakit . Nak taknak, emir terpaksa stay kat rumah saya untuk teman saya. Ya, kami berdua dalam satu rumah.

Malam tu lepas makan, saya duduk kat luar rumah, nak tenangkan fikiran sebab masih terkejut dengan apa yang jadi petang tadi. Masa tu Alif datang suruh saya bukak gate. Saya tak tahu kenapa, saya turutkan sahaja. Dia masuk pegang tangan saya dan pimpin saya masuk dalam rumah. Masa tu Emir dah menyorok kat dapur sebab takut Alif mengamuk bila tahu dia ada kat situ. Alif kasi saya mineral water, bila saya minum je saya pening.

Saya dapat rasa alif bukak tudung saya, saya dapat rasa dia mula cium muka dan leher saya. Emir cuba nak selamatkan saya tapi langkah dia seperti dikunci, suara dia macam tersekat di kerongkong. Masa tu Emir nampak perempuan berambut panjang dengan lidah terjelir sedang mengilai ketawakan emir yang cuba nak selamatkan saya. Emir baca ayat kursi dan surah2 lazim. Alhamdulillah Allah bantu Emir.

Keadaan saya masa tu Tuhan saja yg tahu. Amat memalukan. Skirt labuh saya dah terselak sampai pangkal paha dan baju saya sudah entah kemana. Hanya tinggal bra. Saya sempat melihat emir bertumbuk dengan alif dan kemudian saya dah tak ingat apa2. Emir cakap masa tu farhan datang sebab emir dah inform awal2 pada farhan tentang apa yang jadi pada petang itu. Bila farhan datang, alif tuduh emir cuba merogol saya. Farhan terus halau emir dan alif. Siti yang tolong pakaikan baju untuk saya.

Keesokannya farhan bawa saya pergi berubat dengan ayah saudara siti, ustaz syahid . Saya larang farhan bagitahu family saya tentang semua yang jadi. Farhan akur. Dalam kereta farhan tak henti2 memaki emir dan menuduh emir cuba mengambil kesempatan keatas saya. Saya tanya siti, siti ceritakan kepada saya. Allahuakbar, kesian emir dia tak salah. Saya ceritakan perkara sebenar walaupun saya ingat2 lupa.

Farhan terkedu tidak menyangka alif akan bertindak sejauh itu. Ketika berubat,ustaz syahid cakap saya terkena buatan teman lelaki saya. Saya saling berpandangan dengan siti. Farhan call emir dan saya pun tak tahu apa dia cakap.

Balik kerumah, saya tengok emir dah menunggu depan gate. Dia macam serba salah. Saya nak pandang dia pun malu disebabkan kejadian malam tu. Emir cakap seharian ‘benda’ tu ikut dia,kacau dia. Masuk kerumah, bau hanyir darah menusuk sampai ke anak tekak. Saya mula muntah2 keluar lendir bercampur darah.

Mata saya mula terbeliak ke atas dan saya terkam siti. Saya meracau nakkan alif. Saya marah emir dan farhan sebab halang saya jumpa alif. Saya dah macam orang angau. Sebulan keadaan saya tak terurus. Pergi ke kelas pun emir tak boleh berenggang dengan saya. Kalau tak memang saya akan buat kerja gila. Saya pernah cari alif sampai nak terjun balkoni tingkat4. Alif? Dia pernah tumbuk emir depan orang ramai sebab emir tak kasi dia bawak saya pergi.

Saya masa tu benci gila dengan emir. Sebab dialah saya kena berpisah dengan alif. Satu hari tu alif cakap nak kawin dengan saya. Dia suruh saya ikut dia kawin lari seberang. Saya turutkan. Nasib baik farhan dengan emir bijak dari awal dah ikut saya. Dua orang tu dah kena macam2.

‘Benda’ alif tu bukan takat usik saya tapi emir dan farhan pun kena sekali. Sebab takde pilihan, farhan terpaksa bagitahu family saya semuanya. Dalam perjalanan ke siam tu, ayah saya dah bertindak awal inform kawan dia pegawai kastam. Saya tak tahu macam mana alif tahu tentang pegawai kastam yang dah tunggu nak cekup dia tu, dia tinggalkan saya kat tepi jalan di kelantan. Saya macam orang bodoh tak tahu nak buat apa.

Saya pegang phone tapi tak tahu nak buat apa dengan phone tu. Saya menangis sorang2 kat tepi jalan sampailah ada sorang akak ni berhenti dan tanya saya ok ke tak. Akak tu yang call parents saya cakap saya ada kat rumah dia. Alhamdulillah selamat.

Saya pergi berubat dengan ustaz syahid lagi. Ustaz cakap alif main bomoh india. Sebab tu susah nak buang. Tapi takde kuasa yang lebih besar daripada kuasa Allah. Seminggu saya stay di rumah ustaz untuk berubat. Alhamdulillah ok.

Alif tanam something depan rumah sewa saya. Emir dan farhan pergi gali jumpa kain hitam yang diikat dengan tangkal. Dalam kain tu ada segumpal rambut, secebis kain kuning dengan tompokan darah, abu orang mati dan kuku kera. Allahuakbar takutnya saya. semasa berubat, benda tu cakap india. Dia cakap alif hantar dia supaya jaga saya dan ganggu sesiapa sahaja yang cuba halang hubungan kami. Alhamdulillah, saya selamat. Benda tu pun sudah dibakar oleh ustaz.

Saya ingatkan ceritanya sampai situ saja. Tapi tak. Saya cuma diberi berehat daripada gangguan tu selama sebulan sahaja. Selepas tu, saya kembali diganggu. Rumah saya sering berselerak dan berbau busuk. Sampaikan 2 orang housemate saya keluar cari rumah sewa baru. Mereka cakap pernah nampak saya makan ulat busuk.

Malam2 saya tak boleh tidur. Ada yang menjelmakan rupa, ada yang cakar mencakar. Dalam rumah tu tinggal saya dengan carmela je. Tu pun carmela cakap saya menyeramkan dia pun buat rayuan duduk hostel. Sedih masa tu takde orang nak kawan saya. Mereka cakap saya gila, saya pakai pendamping sebab saya selalu cakap sorang2. Solat saya pun tak khusyuk. Saya solat, tapi saya tak baca apa2. Tiap2 malam emir kena datang temankan saya. Housemate emir pun dah pandang saya semacam sebab terlalu banyak saya susahkan emir. Saya mula meracau cari alif.

Saya cuma nakkan alif. Saya macam tak boleh hidup tanpa alif. Emirlah yang menjaga saya. Pernah beberapa kali parents emir datang ketika emir kat rumah saya. Nasib baik rumah sebelah2 je housemate emir sempat cover. Bayangkan saya dengan emir memang tinggal serumah. Parents saya kerja. Macam2 cara usaha emir nak sembuhkan saya. Dia tak sanggup tengok saya asyik muntah keluar macam2, selalu cakap sorang2, macam orang gila.

Parents saya decide untuk berbincang dengan pihak uni supaya saya tangguh pengajian sebab saya memang dah tak terurus. Yang mengejutkan, emir pun ikut sama tangguh pengajian. Besarnya pengorbananmu sahabat. Mak saya cakap emir macam orang gila cari ustaz untuk pulihkan saya. Akhirnya dia bawak saya berubat di kedah.

Di kedah, saya meracau dalam kereta menjerit nakkan alif. Saya marah mak abah saya sebab bawak emir sekali. Suara saya garau. Saya hampir terjun daripada kereta. Kudrat mak abah tak padan nak pegang saya yang meronta meracau. Emir yang datang pegang saya kuat2. Sampai di rumah ustaz amri di kedah, saya keluar dari kereta dan lari.

Emir kejar saya sampai mengah sebab yang lari tu bukan saya. Benda alif dalam badan saya yang lari. Emir tak sempat kejar saya. Ustaz Amri campur tangan baca apa yang patut. Sejam saya hilang mak abah menangis tak henti. Akhirnya ustaz amri jumpa saya kat tepi telaga dalam hutan belakang rumah ustaz. Nasib baik saya belum sempat terjun telaga tu.

Semasa berubat, kali ni saya cakap siam pula. Alif main bomoh siam pula rupanya. Benda tu cakap hidup atau mati saya tetap milik alif. Takkan ada sesiapa mampu rampas saya dari alif. Ustaz pujuk supaya benda tu keluar kalau taknak dibakar.

Benda tu mengilai dan ajuk balik cakap ustaz. Emir pula mencuba nasib untuk pujuk benda tu. Masa emir bersuara tu saya terus pandang emir dgn muka marah. Mata saya merah,wajah saya jadi hitam, air liur meleleh. Saya marah emir ” mu jange masuk capur (kau jangan masuk campur)”.

Betapa marahnya benda tu dekat emir, saya terkam emir, saya koyakkan baju dia dan saya cakar dia. Ustaz amri terpaksa tarik saya daripada menggomol emir dan ustaz amri terpaksa gunakan cara kasar dengan membakar benda tu. Alhamdulillah selesai.

Seminggu selepas tu mak emir datang jumpa saya di kampung. Masa tu emir tak ikut. Cuma sebelum mak dia sampai kat rumah saya emir ada mesej “Syika, emir tak tahu apa2. Mak yang buat keputusan. Jangan risau, mak tak tahu apa pun pasal syika sakit tu”. Belum sempat saya reply mesej dia, ada orang bagi salam.

Mak saya cakap parents emir datang meminang. Mereka cakap selalu sangat saya dan emir berkepit. Kemana mana pun berdua. Tak elok lama2 macam tu. Saya cuba terangkan pada mereka kalau saya dengan emir cuma kawan rapat. Mak dia cakap dia dah tanya emir dan emir setuju kalau mak dia pinang saya. Kami masa tu baru 20. Terlalu muda utk berkhawin. Saya serahkan semua pada parents. Mereka suruh saya kawin. Katanya dah susah nak jumpa lelaki sebaik emir dan ini untuk mengelakkan alif ganggu saya lagi.

Kami kawin. Emir kembali sambung pengajian dan saya cuma surirumah sepenuh masa. Pada umur 21 kami dah ada sepasang kembar penyeri hidup. tentang gangguan dari alif? Ya, makin menjadi jadi gangguannya selepas kami berkhawin. Tapi saya akan ceritakan pada lain masa sebab dah panjang sangat ni. Nanti suami saya nak balik makan pula.

Masak belum lagi ni. Hehe. Sekarang emir baru je habis degree. Baru kerja 2 minggu. Alhamdulillah rezeki anak. Doakan saya untuk sambung pengajian saya yang dah lama tertangguh. Tak aci kan suami dah kerja saya baru nak start diploma balik. Takpe, takde had umur untuk menuntut ilmu. Kembar kami pun dah 5 tahun. Seronok jadi mummy muda ni.

Mrs.Emir

Leave a Reply

33 Comments on "Bomoh India"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Haiii

Tak sabar nak tunggu sambungannye

lyana

sambung lg ye… best story …

nainiee

best… jangan lupa sambung cerita😆😆

kura2 hijau

bagusnye emir, sanggup berkorban utk penulis n dia pilih jalan yg terbaik utk berkahwin 🙂
sambung lgi ceritanya, best

ekinkhan

please sambung cepat ! hehehehe

lala

semoga sis berbahagia dgn keluarga tercinta hingga ke syurga.. Aaamiinn..

semoga alif cepat2 move on dan insaf.. Aamiinn..

next cerita, letakla hashtag ye.. sng nk follow.. tq

IzZaTi

Nasib baik awk terima pinangan tu…susah tau nk dpt org cam Emir..dlm waktu susah, senang, muka awk serabai ke, elok ke…dia sentiasa kt sisi..Doakan smoga smua akn ok..InsyaAllah

ui

best…hehe

ros putih

Bagus nya emir, pengorbanan yg amat besar…semoga awak bahagia sampai jannah..

Ticer

Tahniah…. Semoga dilindung oleh Allah

AN

bagusnya Emir ni, susah nak jumpa lelaki macam ni.
harap sangat Alif insaf dengan apa yang dia buat.
Btw tak sabar nak tunggu sambungan sis

Jeanette

Je le sais bien, c'est une affaire de droit de propriété, reste que ce système conforte le contrôle des voisins sur les comportements de chacun, ce que je voulais montrer et qui me parait une cactÃar©ristique de ce que l'on appelait chez Balzac le provincialisme.

http://goanalyze.info/kkday.com

myblade 0  0an den meisten kommentaren sieht man das bildungsniveau oder kennt sich einer von euch ernsthaft mit der geschichte und der mythologie aus

Tiah

Wowww. So sweet

Ratu ulat buku

Bestlah… semoga bahagia kekal ke jannah… setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. bersabar dan banyak2 berdoa..😍😍😍

Rozzy

Teringat kisah sendiri..bercinta dgn org lain..tp kawin dgn kawan baik sendiri..benarlah kata org..berkawan baik dgn lain jantina pasti berputik juga rasa suka tu terutama dia yg byk tau kisah suka duka dan masalah kita..pakwe pun terbengkalai dibuatnya..hee

bmelur

Aku dah agak mesti happy ending punya dngan emir tu
Auchhh 😌😌😋

leogurlz

Best2..smbung cpt…xsabar nk thu gnguan slps dh kawen ape plk Alif tu buat

luhan

sumpah aku rasa cerita ni comel sangat instead of seram haha.
mana nak cari laki cam Emir weh.. baik sangat.. happy nya aku baca korang dah kahwin siap dapat kembar lagi haha. semoga korang satu family dilindungi Allah sentiasa dan dimurahkan lagi rezekinya.

dan kepada Alif, semoga beliau insaf dan move on.

plis sambung cerita ni dan letak hashtag tau. senang nak trace nanti cerita nya. tak pun letak ‘part’.

lalen

memang dri petama cya bcaa memang ada endeng nya ngan amer ni.dia syang tpi dia tj nk ptong jlan.sbab tulah dia tk kisah asr dia bktikan dia cyang kw.

Kak Yulie

Waaahhhh…
So suwiiiittt…
Part mak Emir dtg meminang tetbe tu, mmg seprais banget lhoorrr…
Bestnye kena kahwin tetbe, hahahahaha…
Papepon… Happy ending, akk suke, akk sukeeee…

Seb beklah Emir ade kt umah ekk mase Alif dtg nk buat keje giler tu…
Giloorrr arrr slumber badak nk kekahkan anak dara org, kuajaaqqq…

Wpon dh hepi ending, x sabar gak nk tau perjalanan 5tahun korg dh kawen tu…
Bersungguh Alif ekkk nakkan ko…
Sayang sesangat tu gamaknye…
Kirenye sepjg 5thn kawen tu mak pak korg ar ekk support sbb memsg study+housewife…
Baguslah family korg ni…
Tau bezakn agama dan adat…
Salute!

WAWA

salam kak yuli…msti berangan2 kan bila bca citer ni..hehehe..kak yuli..nak tnya ni..bila en M(Makhluk halus benci saya) nak update citer baru…rindu lar…tiap kali buka page ni msti nk baca citer dia…mcm dah kena manderem plak…hehehe

Rerama Biru

yang kelakor boleh tanya dekat Kak Yulie hahaha Kak Yulie dah merangkap PA Mr M sekarang hahaha (gelak guling2)

Kak Yulie

Hahahahahah…
Haruuusssslah dh fefeeling jejiwang jiwa jawa dik…
Terkenang zaman mude remaja zaman pesta muda mudi dluuuu…

M dh kuor dr radar…
Akk pon dh rindu tahap naik angin nih lame nooo plak berehatnye….
Huhuhuhuu…

Rerama Biru…
Memandangkan akk jd PA x berbayor, jadinye maleh akk nk trace beria mane peginye M tu…
Kang Cindy curiga plaaakkk…

Pak pong pang

suke sgt cerita ni.. penulisdan emir akhirnya bersatu setelah emir berkorban macam2 :))

Luella

That’s a subtle way of thikning about it.

Kang Gary

Terbaiklah Emir…

Rerama Biru

dr awal emir dah memang suka tapi sje diam2. byk sangat pengorbanan emir. Tahniah korang happy ending. tak sabar nak baca sambungan cerita gangguan selepas kawin. hope alif move on le, frust sgt gamaknye huhu lama penantian dia sampai main kotor pulak.

Tofu

Alolo… sweet nya…. untung lah dpt laji cam emir, siap dpt anak kmbar lagi…

Tofu

*laki

Sha

Alhamdulillah,

di sebalik dugaan mcm tu, kau ada kawan (cum- husband) yang setia.

Semoga berkekalan perkahwinan anda berdua.

Carnage

Setiap kali baca kisah sihir menyihir,mensirap je rase…

hantu

Dah tau sakit tapi masih taknak balik kat famili, tapi nak duduk rumah sewa serumah dgn kawan laki. Lagi la setan suka. hhmmm… ada kesilapan kat situ. Apapun dah jadi sejarah.

wpDiscuz