Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.
Disclaimer : ‘THE UNCUT VERSION’
Semenjak insiden pukau di rumah latip berakhir, bapak aku kembali meneruskan kerjanya, mengait kelapa sawit. Pak seli pulak dah jadi ‘wira yang terlalu didendangkan’…
Meletop nama dia seantero kampung, habis orang kampung bertandang rumah dia mintak selesaikan masalah mistik lah, saka lah, dan entah apa-apa lagi…
Ada sesetengahnya, aku rasa jenis masuk air, diri sendiri yang perlukan rawatan psikologi dia claim ada sakit berkaitan mistik, bila pak seli menolak dengan berhemah, menimbulkan dendam kesumat pulak.. Kesian pak seli…
Belum kira macam kata bapak aku
“ada bapak-bapak orang, tak sedor diri, bawak barang-barang antik, jumpa pak seli mintak tarik nomborlah, tarik duitlah! Mengamuk orang tua tu halau diorang!” kata bapak aku
“tak campur lagi, orang macam ros janda datang jumpa pak seli sendiri, mintak tolong pak seli santet pemukau yang buat jahat kat dia hari tu! Orang tu dah tua, naik runsing dia jadinya..” bapak aku mengeluh lemah
Aku sendiri pulak dah tamat pengajian sunting 12, alhamdulillah… Terpancar ceria kat wajah bapak aku, bila aku kata aku dah khatam gelanggang untuk sunting 12 bilamana keris hitam 5 lok yang dihadiahkan guru, aku tunjuk kat bapak aku.
Aku bercadang nak sambung belajar taekwando buat mengisi masa lapang yang terluang. Dan bapak aku pun takde bantahan besar, yuran? dia akan ‘fully sponsor’ katanya..
Masalahnya kebelakangan ni… Selepas setengah tahun insiden di rumah latip, aku kerap bermimpi aneh..
Ada binatang berbisa yang selalu muncul dalam mimpi, nak mematuklah, mengigitlah dan membaham aku. Aku anggap cuma mainan mimpi je..
Tapi yang buat aku rasa tenganggu lately ni, bila aku kerap nampak kelibat bomoh siam!
Ya!
Bomoh siam, berbaju oren, dahi dan bahunya yang terdedah nampak banyak tatu ‘mantra’ siam yang dicacah!
Adakalanya, bila nak ambik nasik di dapur, bomoh tu muncul di luar tingkap! Ada masa yang lain, aku tengah sibuk tolong bapak aku punggah buah sawit, dia berdiri tegak tak buat apa-apa dikejauhan.. Hanya memerhati.. Boleh katakan sehari mesti nampak kelibat dia dua-tiga kali!
Selang seminggu, bila aku dah mula naik rimas, aku bilang pada bapak aku..
Petang tu lepas dia balik kerja aku terus terpa dan ceritakan pada dia. Berkerut-kerut dahi dia macam berfikir secara mendalam..
Berputar-putar bebola matanya, jeling ke kiri dan ke kanan… Macam nak bercakap benda yang rahsia..
“bomoh siam tu baju oren eh?” tanya bapak aku!
“ya bah!” aku balas pendek
“Biasanya waktu remang senja kan dia kerap muncul? Muka ada parut melintang sebelah kiri, dari atas kening sampai pipi kiri? Dahi, bahu kanan banyak tatu mantra thai? Kalau dilihat dengan mendalam, biasanya MESTI tak boleh nampak kaki, betul tak?” kata bapak aku panjang lebar!
Aik? Pelik betul bapak aku ni! Diskripsi dia pasal bomoh semua ngam dengan yang aku nampak!
“errrr… Mana abah tau?” aku balas dengan pertanyaan..
“haritu aku tengah memunggah buah sawit masuk dalam troli, aku perasan dia berdiri belakang aku! Aku ingatkan si peon pembantu kita tu saje nak dengki, aku diamkan aje… Tak lama lepas tu, aku rasa belakang aku panas, dan aku macam ‘perasan’ dia nak radak aku pakai buluh runcing dari belakang!” kata bapak aku sambil telan air liur dua-tiga kali..
“aku elak ke kiri, sambut dengan satu tendang tonjol kaki kanan! Orangnya HILANG, tinggal buluh je jatuh ke tanah! Aku ingat ujian untuk aku, rupanya kau pun kena! Ni mesti kes kat rumah latip berlarutan ni!” getus bapak aku!
“takpe! begini, malam nanti kita ke rumah pak seli!” bapak aku buat keputusan ringkas.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lepas maghrib berjemaah kat surau, aku naik motokar dengan bapak ke rumah pak seli..
Dari depan rumah, nampak ada dua-tiga orang terjengah-jengah, tapi rumah pak seli gelap! Macam takde orang!
Bapak aku bagi salam, dan bersalam dengan pemuda-pemuda tu, sekadar bertanya khabar dan tujuan..
“kami berempat ni datang dari jauh, dari bandar. Niat dihati nak berguru silat dengan pak seli!” katanya bersemangat
“aik? Kampung kamu kan dah ada guru silat? Pak mat silat sendeng ada! Pak mail silat cekak pun ada! Jusoh yang mengajar tomoi kat simpang hujung kampung pun ada!” kata bapak aku
“tak sama cik…. Silat diorang tak hebat, takde ilmu dalam macam silat pak seli!” katanya sambil diketawakan rakan-rakan lain..
Aku dah menoleh arah lain, sambil garu-garu pipi, agak kurang ajar ayat mereka ni, pada pendapat aku.
“sudah, baliklah! Hebatnya silat bukan pada perguruan, tapi pada pemakai nya! Aku bagi kamu contoh, aku beri sebilah pisau! Kepada seorang tukang masak, pisau digunakan untuk memotong! Pada sang pengukir, pisau diguna untuk mengukir kayu dan ais, tapi bila aku bagi pisau pada pelawan, pisau digunakan untuk m******h! Pisaunya sama, tujuan pengunaan dah menyebabkan nya jadi berbeza… Baliklah! Pak seli tak mengajar silat, beri dia masa beribadah untuk sisa hidupnya!” bapak aku bagi ceramah panjang lebar
Budak-budak tu tunduk merenung tanah, dua-tiga kali diorang merenung sama sendiri, dengan sedikit gerakan kepala, angguk-angguk dan geleng-geleng, diorang blah macam tu je! Salam pun tak!
Kami bergerak ke pintu rumah pak seli, salam di beri…
Tak menyahut..
Bapak aku cuit bahu aku..
“moh la kita ke bangsal durian belakang, mungkin dia kat sana..” kata bapak aku
Di belakang rumah, ada sebiji lampu mentol kuning menyala, menerangi belakang rumah pak seli…
BETUL tekaan bapak aku!
Pak seli tengah berwirid dalam gelap, kat bangsal durian di belakang rumah!
Jaraknya 5 ela dari rumah…
Wajah tenang nya menyambut kedatangan kami dengan sekuntum senyuman…
Salam disambut, tangannya masih bertasbih..
Dia buat isyarat tangan supaya menunggu dia habiskan zikir penamatnya…
Selesai berwirid, pak seli memulakan perbualan
“aku pindah belakang, tak tahan di ganggu orang kampung, nak beribadah pun jadi susah..” kata pak seli
“orang ingat aku berisi dengan hantu raya apa semua, mintak aku panggil kan arwah tok nenek yang dah m**i zaman dulu, mintak nombor, mintak jin pendamping, semua kerja syirik diorang mintak tolong!” katanya kesal
“hmmm… Nak buat camana bang, zaman berubah, manusianya tak pernah berubah…” kata bapak aku
“kami ni datang dengan tujuan, bang..” sambung bapak aku lagi
“aku tau! Bomoh siam tu dah mengacaukan?” kata pak seli
“eh? Mana abang tau?” balas bapak aku
“aku dah dapat alamat, dia nak berperang!”
“haritu, dia menjelma masa aku tengah menebas dalam kebun waktu petang!”
“dia marah! Dia kata kita malukan dia, kita pasung budak dia, tawarkan ilmunya, kita bantai budak dia depan orang kampung!”
“aku dah mintak maaf, aku kata takde urusan aku dengan dia! Tapi dia tak terima! Dia kata, kalau tak dapat musnahkan aku, dia nak musnahkan kamu berdua!”
“beberapa hari kemudian, aku rasa belakang aku kena tepuk masa bakar sampah petang-petang, terus naik ruam teruk belakang badan, aku pasti dia yang buat”
“nak tidur dah jadi susah, nak angkat wuduk dan bersolat pun aku risau sebab berdarah dan nanah macam ni..” kata pak seli sambil menyingkap bajunya menampak kan separuh badan..
Dari tengah belikat hingga ke rusuk kiri ada tokak besar dah siap berulat lagi, bau hamis naik ke ruang udara…
Dari samar cahaya mentol belakang rumah..
Ulat yang jatuh diangkat dan diletakkan kembali ke bekas luka…
Senyum masih tak lekang dibibirnya, walhal aku sangat yakin luka ‘makan dalam’ ni memang menyakitkan..
“errr kenapa pak seli angkat balik ulat taruk kat luka?” kata aku macam orang bodoh..
“ai, itu rezeki dia kan? Dah tertulis dari luh mahfuz, rezeki makanan dia dari badan aku, dan dah tertulis jugak, aku akan jatuh sakit macam ni, takkan lah kita nak menidakkan qada’ dan qadar?” balas pak seli..
Wallah huu… Dah dalam keadaan macam ni pun dia masih ada saksama dan ikhsan terhadap mahluk lain, kalau aku, aku dah berguling atas rumput, buang ulat tu semua… Geli tahu! Geli!
pada pendapat aku ujian pak seli ni lebih dahsyat! Bukan takat nampak rupa je, siap berinteraksi dan dapat ujian zahir dihantar jarak jauh, siap diganggu pulak orang awam sekeliling!
“aku tau dia dah ada dalam kampung kita, berumah dalam hutan arah belukar hujung kampung, dia nak habiskan kerja yang dia dah rancang!”
“tengah malam ni kita bertolak! Persiapkan diri!” kata pak seli menamatkan perbualan
“saya rasa, saya dah boleh agak abang ni sakit apa!” pintas bapak aku
“rip, ko pegi tengok tempayan takung air dalam rumah pak seli, tengok semua tempat takungan air, ada benda pelik tak?” sambung bapak aku!
Aku terpaksa ambik masa 15 minit nak cek semua tempayan takungan hujan, depan dan belakang rumah, kolah mandi… Hampa.. Takde apa-apa…
Bila aku datang balik kat bapak aku, dia dah tersenyum..
“jumpa tak? Pak seli baru beritahu aku, dia ada takung air masak dalam bekas air kat atas dapur, cuba ko periksa!” kata bapak aku sambil tersenyum-senyum
Aku bergerak dan periksa..
Aneh!
Ada ikan keli hidup dalam bekas air masak!
Luka teruk, merata mata kail dicangkuk dibadan ikan tu.. Ikan tu pun dah macam lemah longlai je..
Aku simpan dalam bekas yang boleh menampung ikan tu, bawak pada bapak aku..
“bukak semua mata kailnya, rip.. Biar dia sihat baru kita lepaskan balik dalam sungai.. Bomoh ni main kasar dengan pak seli!” getus bapak aku..
Banyak! Aku kira-kira ada 25 mata kail, tapi anehnya dia belum m**i, macam terseksa dan merana, tapi tak m**i..
Kami bergerak selepas semua urusan selesai!
Pak seli suruh balik dan tukar pakaian hitam, dia perintahkan suruh bawak beberapa benda lain..
Aku dan bapak datang balik sebelum tengah malam, pak seli dah bersiap sedia di depan rumah..
Berpakaian laksana pendekar kundur serba hitam, seluar senteng paras lutut, baju melayu lama dengan pesak besar di bahagian ketiak..
Alamak, dah lebih 10 000 patah perkataan, terpaksalah aku kena sambung lagi.. Maaplaaa…
Jangan lupa ingatkan aku eh!… Korang jangan marah sebab kisah ni bersambung…rasanya dah cukup panjang dah…aku akan sambung kisah ni dengan cepat ya..
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Cepat sambung ya. Saya dah bg 10 star tu ehehe! Rasa mcm baca kisah seram Tok Awang Ngah pulak.
Best lorh. Xsabar nk tnggu smbungan 😂
tengah berdebar2..sambung pulak
terbaek… mohon disambung segera plesase3..
best sgt cite,macam cerita siri bercakap dengan jin, cara selesaikan dengan islamik sangat mengagumkan…
“aik? Kampung kamu kan dah ada guru silat? Pak mat silat sendeng ada! Pak mail silat cekak pun ada! Jusoh yang mengajar tomoi kat simpang hujung kampung pun ada!” kata bapak aku
maaf buat tuan hamba. saya ingin mengetahui dimanakah lokasi kampung pemuda yang bertandang di rumah pak seli ni. dan adakah Pak Mail, Pak Mat dan Jusoh ini adalah guru silat. jika tak keberatan mohon kongsikan, adakah mereka bertiga adalah guru dan lokasinya dimana 🙂
Masyaallah Terbaik Bang Arip.. Semoga Sentiasa Di Lindungi Allah ..aminn Ya Robb