#BraderBuatHal – Pengalaman Borneo part 2

Hi reader kental FS..thanks you kepada admin sebab publish kisah aku yang tak seberapa ni. Tak sangka ramai juga reader Borneo yaa? Aku nak minta maaf kalau ada masalah spelling error atau tersalah ayat. Maklum la org belajar kan. Ok sebab tak nak korg tertunggu tunggu kang ada yang meroyan pulak, aku sambung kisah ni. Tapi kali ni kisahnya digabung dengan kisah yang lain. Cuma aku tak tau lah yang ni seram ke tak. Aku tak peduli, aku saja nak kongsi pengalaman. Kita mula okey. Enjoyyyy..

Selepas 2 minggu aku bagi cuti kat David, dia call aku lagi. Cakap nak minta lagi cuti 2 hari sebab ada persediaan untuk ‘ngetas ulit’. *ngetas ulit ni ada tempoh tertentu mengikut pangkat atau darjat si mati. Kiranya hari terakhir ahli keluarga si mati berkabung.* Aku beritahu dia takda masalah,selesaikan dulu perkara yang penting di kampung sana.(best tak dapat bos mcm aku?). Lepas tu dia ajak pulak aku balik kampung dia,sebab ada nyabung atau laga ayam. Nyabung ni adalah adat bagi kaum Iban bila tamatnya tempoh berkabung. Aku pulak tak pernah tengok kan. Alang2 hujung minggu aku pun nak join la. Seperti biasa perjalanan hampir 5 jam ke kampung David ni. Sampai sana aku tengok ramai org tengah berkumpul kat kawasan lapang. Ada yang bersorak ada yang terlompat. Ohhh..rupanya dorg tgh nyabung. Lucu juga gelagat dorg ni. Kedatangan aku disambut mcm menteri. Ditambah lagi dengan org2 kampung yang sangat mesra. Ni mesti si David ada cerita mcm2.
David ajak aku naik ke rumah dulu sebelum menyaksikan lagi perlawanan laga ayam di bawah. Usai makan baru kami melihat perlawanan. Taji atau pisau ayam dorg diperbuat dari besi. Sangat tajam sehingga boleh merobek badan ayam2 dari pihak lawan. Manusia pun boleh luka,ada yg mati kata David. Tiba masanya ayam aki, ayam yang diberi jolokan Biring. Warna bulunya merah tua. Berkilau dgn pancaran sinaran matahari. David ajak aku bertaruh atau bertuie. Kiranya duit dengan duit laa. Aku tak berani bertaruh banyak. Setakat rm50 je.hehe. Berlangsungnya perlawanan ayam aki dengan pihak lawan. Ternyata ayam aki lagi tangkas dan kuat. Membolehkan ayamnya menang dengan mudah. Duit taruhan akan berganda jika menang. Aku bagi kat aki semua. Aku ckp aku suka2 je. Tengah sibuk2 masa tu, Aku cuit bahu David.

Aku : Bakani gaya rumah nuan kena kacau kih?(mcm mana rumah kau kena kacau?)

David : ushh..enda manah bercerita ke utai kenyak diatu. Legi aku nusi ke nuan. Malam legi. (Tak elok cerita pasal tu sekarang, nanti aku ceritkan kat kau. Malam nanti.)

Hari semakin petang dan pengunjung semua pulang ke rumah masing2. Ada yang gembira ada yang kecewa dengan keputusan ayam masing2. Masa aku tengah isap rokok di kaki lima, David ajak aku makan malam. Katanya ada menu special. Aku sampai kat dapur tengok mcm2 jenis lauk. Ada midin belacan, daun ubi, ayam pansuh, dan yang paling memikat aku adalah ikan pekasam. 3 kali repeat order nasi bhaii. hahaha. Lepas makan semua David ajak aku memburu. GULP.!! Aku ni jarang sekali jejak tanah, ni nak pergi memburu pulak. Tp senang lah kot kata hati kecil ku. Nampak binatang tembak je.

Segala kelengkapan telah disediakan. Senapang patah, lampu suluh, kasut, baju dan seluar panjang. Aku pun semangat nak pergi. Mulanya aku dengan David menaiki perahu ke satu tempat. Lepas ikat tali perahu, kami berjalan di dalam hutan. Sampai di satu kawasan, David minta nak duduk sekejap.

David : ngetu duluk bos. Ngambi feel duluk. (berhenti sekejap bos, ambil feel dulu)

aku : aikk,,ka nimbak pun mesti bisi feel piak kih? haha(aikk,,nak memburu pun kena ada feel ke kawan?haha)

David hanya tersengih sengih je. Dan yang tak bestnya, nyamuk terlampau banyak. Nasib baik pakai baju dan seluar panjang. Terkial kial aku nak pukul sekor2. Ada yang berdesing kat tepi telinga. Yang peliknya, David langsung tak merungut pasal nyamuk sedangkan dia hanya pakai seluar pendek, baju pagoda dengan kasut.

Aku : enda empa nyamuk nuan kih? aku tuk begisai kin kiak. (kau tak kena gigit dengan nyamuk ke kawan, aku ni tergaru sana sini.)

David : Enda..engka nyamuk nyak dah biasa enggau aku. ka bekelala enggau nuan meh nyak. (tak, mungkin nyamuk ni dah biasa dengan aku, Nak berkenalan dengan kau lah tu.)

Masa aku tengah tergaru sana sini. David mulakan cerita rumah panjang beliau kena kacau teruk. Alamekkk..perlu ke masa kat dalam hutan ni. Ni ke masa yang sesuai yang dia cakap siang td????

aku : anang cerita utai kenyak kih. Enda nyamai isi laban nyak legi. (jangan cerita benda2 mcm tu kawan, tak sedap badan dibuatnya nanti.)

David : hehe..maya tuk meh bisi feel ka cerita utai kenyak.( hehe..masa ni la baru ada feel nak bercerita pasal benda tu.)

aku : Nuan ngumbai aku takut? tusi ke diak meh. (kau ingat aku takut? kau ceritakan je laa) *takut sebenarnya tapi nak jugak tahu pasal kampung David ni. Buat hal betul.

David cakap, tak payah tunggu lama bagi penduduk rumah panjang beliau untuk diganggu makhluk atau roh berkenaan. Malam yang aku balik tu dah kena kacau. Katanya ada bunyi org menangis sepanjang ruai. Penduduk rumah panjang tidak berani nak keluar bilik kalau dah pkul 7 malam. Bunyi loceng yang ada pada ngepan iban*pakaian tradisional masyarakat iban. Kalau senja saja, haiwan2 ternakan dan peliharaan akan huru hara. Dan kerap juga gangguan extreme sampai ada yang terbawa bawa ke mimpi. David sendiri mengalaminya bila dia merasakan ada jari jemari merayap dari hujung kaki hingga ke pangkal peha. Mungkin sebab dia ni keturunan Bujang Berani, dia bangun dengan rilek lagi hisap rokok. Bukan apa, takut nak tido balik.
Dia juga terdengar bunyi org memasak di dapur. Kemudian bunyi ayam.!! masa tu dia dh kecut. Dia tahu apa benda tu tapi dia buat dekk je. Tak lama kemudian dia disapa oleh aki.

Aki : nama gagak nuan jang? berani amai nuan. enda ninga munyi antu nuan piak? (kau buat apa tu jang, berani betul kau. tak dengar bunyi hantu ke?)

David : ehh..ninga meh aku. kapa takut ke iya. enti datai beri kupi nehh. (ehh..mmg aku dengar. buat apa nak takut, kalau dia datang bagi kopi je)

David cuba bergurau dengan datuknya utk menghilngkan rasa takut. Datuknya cuma menggelengkan kepala saja kemudian sambung tidur. 20 minit kemudian David cuba lelapkan mata. Tak dapat, sebab dia dengar bunyian dari bahagian dapur. KLING KLING KLING KLING..!! bunyi org tengah kacau air dalam gelas. Makin lama makin dekat dengan bilik David. David rapatkan matanya, dan mengiring ke bahagian dinding. Tak lama kemudian bunyi tu berhenti. Dan david berani bersumpah dia dengar org tanya.

suara : enda enggau aku ngirup kupi?hihihi(taknak minum kopi sekali?hihihi)

David pekakkan telinga dan cuba utk terus tidur. Kling Kling kling masih lagi kedengaran betul2 sebelah telinga beliau. Selimut David ditarik perlahan lahan ke bawah. Dia biarkan saja. Cakaran demi cakaran ke bahagian peha David. HAAAAIPPPPPP..!! terdengar pekikan dari bilik Aki.

aki : anang nuan ngacau ruang bilik uchu icit aku. enggai ke nuan aku bunuh! (jangan kau ganggu cucu cicit aku. sebelum kau aku bunuh)

Gangguan berhenti sehingga ke pagi. Pagi tu ada gelas berisi air hitam pekat di sebelah David. Baunya sangat busuk. David terpaksa buang dengan gelas2 sekali. Menyesal pula dia bergurau pasal kopi mlm tu.

Aku : bakani nuan ka munuh antu enti iya ke nyadi antu udah mati? (mcm mana kau nak bunuh hantu kalau yang jadi hantu pun dah mati.)

David cakap hanya 3 perkataan saja boleh bunuh hantu koklir ni. Iaitu nama asal usul hantu tersebut. Dan hanya sedikit bilangan org yang tahu pasal perkataan itu. Yang menjadi ajaran ilmu turun temurun hanyalah ‘puchau’ atau ayat2 utk menghalau sahaja. Itupun tidak boleh salah. Kalau salah alamatnya mati. Aku suruh David bercerita lagi pasal gangguan terhadap org lain.

David : kemaya tua ka nimbak enti majak bejako deh? (bila nak memburu kalau asyik bercakap je?)

Aku : amai gak nehh..enda ingat.hehe (ye jugak kan, lupa pulak.hehe)

Aku dengan David pun mulakan ekspidisi memburu pada mlm itu. Bulan tak terang sangat. Nasib baik bawak lampu suluh. David jalan di hadapan sementara aku mengekori beliau dari belakang. Jaraknya hampir 15 meter. David pesan jangat dekat sangat dan jangan suluh ke hadapan atau suluh kat beliau. Aku ingatkan kalau aku suluh kat dia, binatang boleh nampak dia ke camna. Masa tengah jalan sambil meninjau ke kiri dan ke kanan. Aku ada tersepak sesuatu yang keras dan aku pasti benda tu terpelanting ke hadapan. Aku pun cari la kat bahagian bawah kot2 ada benda kan? Elok punya terbongkok bongkok, aku nampak ada kilauan kat tanah. Aku dekat lagi, aikk..? cincin ? emas pulak tu. Ukiran cincin tu sangat menarik. Memang nampak Klasik. Aku nak capai cincin tersebut tiba2 tangan aku di tepis oleh David. Masa bila pulak David ada dengan aku?

David : anang ngambi nyak nuan bos..reta antu nyak. (jangan ambil benda tu bos, harta hantu tu)

Aku : reta antu?(harta hantu?)

David : tuk dikumbai urang Taju Remaong.
(ni org panggil Taju Remaong)

Aku menggaru kepala. David explain kat aku. Taju Remaong ini adalah umpan kepada sesiapa yang berjalan di hutan. Sesiapa yang mengambil barangan tersebut akan disumpah. Iaitu sakit secara spiritual. Bagi masyarakat Iban, org yang mengambil barangan tersebut akan ‘ditunang’ oleh makhluk bernama Remaong dan berakhir dengan kematian.
Remaong adalah sejenis makhluk mitos atau spiritual yang jahat di kalangan masyrakat Iban. Makhluk ini dikatakan memakan manusia secara ghaib dan mengakibatkan seseorang itu mati. Rupa Remaong pulak badannya seperti harimau dan berkepala singa. Ada juga menyatakan rupanya mcm werewolf.

David : nasib aku tumu sedar. Enti enda, udah nuan tuk.( nasib baik aku awal sedar, kalau tak habis lah kau ni.)

Aku hanya berterima kasih saja kat David. Yelaa aku mana tau. Ekspidisi kami diteruskan. Dan masih dengan sistem tadi. David di depan dan berkali kali ingatkan aku jangan suluh kat beliau. Aku tertanya tanya laa kenapa tak boleh? kang aku tersesat ke apa. Aku pun try bercakap dengan dia, dia menyahut. ohh ada tak jauh kat depan. Aku mempercepatkan langkah aku, tanya lagi sekali. Makin dekat bunyi suaranya. Last2 aku suluh ke depan, aik? hilang? aku tak nampak langsung si David. Aku cuba panggil dia tapi dengan nada perlahan. Masih boleh dengar suaranya dengan jelas di depan aku. Aku tutup torchlight aku dan berfikir sejenak. Mcm mana aku boleh tak nampak dia.? Tak lama lepas tu David gelak betul2 depan aku. Nak terduduk aku dibuatnya.

David : Kan aku udah madah, anang nyuluh aku. (kan aku dh cakap, jgn suluh kat aku)

Aku : kati nuan tauk lenyau deh? kini nuan tadi?(mcm mana kau boleh hilang? kau pergi mana td?)

David : enda sampai 10 langkah aku bak depan nuan. tapi aku rindu nundi nuan meda nuan enda mending utai ko aku.
(tak sampai 10 langkah aku kat depan kau, tapi aku saja kacau kau sebab kau tak dengar arahan.)

David cakap itu adalah salah salah ilmu perang yang ada pada datuknya waktu berperang dahulu. Ilmu ini supaya tidak dilihat oleh musuh ketika didalam hutan. Aku mengangguk tanda mengerti. Tak sangka juga, David ni pun bukan calang2 orang nya. Penuh ilmu didada. David juga menyatakan dia ada ilmu kebal. Dia tak pernah tunjuk, tapi aku percaya la sebab sepanjang pengalaman aku bergaul dengan dia. Dia ni keturunan pahlawan.
Tak lama lepas tu David melihat sesuatu di sebelah kiri kami berdua. Aku juga perasan, ada lampu minyak tanah sedang menuruni bukit. 3 biji kesemuanya. Aku pulak pergi gatal suluh kat benda tu. Cepat2 David suruh tutup lampu suluh.

Aku : namahal deh kih? ( kenapa kawan?)

David : bak atas bukit nyin nadai urg diau. (kat atas bukut tu takda org tinggal)

Aku : abis nama utai bak atas bukit nyin deh? (abis tu apa benda kat atas bukit tu?)

David : pendam lama(kubur lama)

gulpp..! sapa pulak nak berjalan kat kubur lama. Tengah malam dan dalam hutan pula tu. Tak lama lepas tu kesemua api2 tu hilang.

David : Ssshhhhhhhh…bisi nyium bau tuk nuan? (ada hidu bau tak?)

Aku : nadai kihh. bau nama?(takda, bau apa?)

Cepat2 David capai lampu suluh aku dan suluh ke bahagian atas pokok tak jauh dari tempat kami berdiri. Ada seekor musang kat dahan pokok. David halakan hujung senapang ‘kakok’ datuknya. PANNNNGGG!
Bingit dalam telinga aku. Sasaran kena. GEDEBUKKK..! badan musang tersebut jatuh ke tanah. Cepat2 David pergi ambil. Aku sangat gembira dan kagum dengan kebolehan David ni. dari jauh dia boleh hidu bau musang. Tak mcm aku. asyik2 bau puteri tu je aku boleh hidu. hrmmm.

Kami berdua balik dengan senang hati. Sampai dirumah David terus settlekan musang tadi. Dipanggang kemudian di goreng. Pagi tu aku makan mcm ada saka. Musang tu David masak kicap dan pedas. Kena pulak makan dengan nasi panas pagi2. Tak ingat dunia aku mkn. David bahagikan 2 bahagian. Satu bahagian utk keluarganya, satu lagi kami bawa ke bandar. Sampai kat rumah kami di bandar David terkejut tengok rumah aku sangat bersih dan wangi.

David : baka orang bisi bini nuan bos.(mcm org ada bini kau ni bos) sambil sengih2 pandang kat aku.

Aku pun senyum je. Mesti kerja puteri. Ok lah, dah panjang sangat. Tamat satu kisah, nanti aku cerita lagi pengalaman aku tengok masyarakat sini berubat pulak. Akibat terkena penyakit Bunsu Baya…

Gerak luuu, pape roger.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

25 Comments on "#BraderBuatHal – Pengalaman Borneo part 2"

avatar
CSwolf

@noni ada juga org iban yg beragama islam kat srwk ni 😀

Noni

Ya ada juga tapi kebanyakannya non muslim.

apai

macam mana nak cari cerita bradebuathal yang lama? sebab yang ada hashtag hanya 3 cerita sahaja. yang lama2 apa tajuknya?

Si Gemuk Pendek

?

wpDiscuz