Buatan Orang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS. Kenalkan aku along. Sekiranya cerita aku ni diterima FS untuk dipublish, aku ucap terima kasih. Apa yg aku nak ceritakan ni benar terjadi dalam keluarga aku. Semoga dijadikan tauladan dan pengajaran buat pembaca semua. Maaf kalau cerita ni agak panjang.

Kejadian berlaku pada tahun 2015. Aku dan dua org lagi adik aku angah dan moon diterima bekerja di KLIA pada bulan April 2014. Aku berasal dari JOHO. Kiterang dapat sewa apartment dekat banting. Aku dan moon sewa serumah, angah pulak kena transfer ke airport Subang. Jadi dia sewa bilik dekat Subang tu. Adik aku angah ni dah tunang sebelum kiterang pindah kerja dekat airport ni.

Nak dijadikan cerita, bulan dua tahun 2015, adik aku angah ni tibatiba jatuh sakit. Angah datang ruma kiterang kat banting. Aku dgn moon dah dapat agak sakit angah ni macam something wrong. Sebab kiterang tahu angah ni lemah semangat daripada dulu. Angah ngadu “aku punya leher ni berat dah seminggu, badan lemau, demam bila tiba lepas maghrib” Moon mencelah “jum lah balik joho kalau dah seminggu tak baik sakit kau ni”

Aku dengan moon pun mintak EL. Disebabkan aku sorang je pandai drive. Maka aku memang wajib cuti untuk hantar dierang balik kampung. Sampai Pasir Gudang, nenek sambut kiterang. Untuk pengetahuan semua, nenek duduk dengan kiterang. Disebabkan mak sibuk kerja untuk menyara kami 6 beradik. Mak dgn ayah dah bercerai. Kiterang sampai lepas asar. Aku pun tertidur sebab penat drive dari banting, bawa kereta manual ? . Tibatiba dalam nyenyak tidur tu, samar samar aku dengar suara mengilai diikuti menangis berselang seli. Adik lelaki aku kejut, rupanya aku tak mimpi. Angah kena rasuk. aku tengok jam 7.30 waktu maghrib.

Bermula lah sesi memegang tangan dan kaki angah sebab kudratnya 10 kali ganda dari kekuatan lelaki. Nenek cuba bantu untuk pulihkan angah tapi tak terdaya. Nenek pandai ubatkan orang. Tapi nenek bukanlah bomoh. Ubatkan orang guna air je. Tak tahu syaiton apa yg merasuk angah kali ni. Kiterang adik beradik dah biasa tengok orang kena rasuk sebab angah dengan mak mudah kena, lemah semangat. Angah dah mula agresif. Makin menjadi jadi bila angah mula menari gaya haiwan. Ular, buaya, kanggaroo. Angah tak bercakap tapi kadang-kadang dia ketawa, mengilai, dan menangis.

Mak mulakan perbualan dengan angah. “mengucap angah, baca ayatul kursi, lawan, ingat Allah” tiba-tiba angah bersuara ( ni betul suara dia ) ” mak tolong kita, kita tak kuat, benda ni jahat. Tolong kita mak, tolong” lepastu tiba tiba angah mula ketawa menyeringai. Mak mula menangis sebab rasanya kali ni angah kena paling teruk. Selalunya nenek ubatkan dah boleh pulih. Kiterang call ustaz yg boleh ubatkan angah, tapi entah kenapa semua busy. Nenek dengan mak tak henti baca Yassin. Tengok jam dah pukul 1 pagi. Engkorang bayangkan dari maghrib sampai waktu ni angah berperang dengan benda tu.

Tengok angah memang dah lemah. Pukul 2 Pagi ayah datang rumah, ayah bagi salam. Angah yang baring dekat riba mak tibatiba bangun duduk simpul sambil pintal rambut, mata pandang tajam dekat ayah. Muka angah malumalu tengok ayah. Ayah buat biasa je walaupun riak muka dia macam seram. Mak tanya angah “Awak suka dia?” Sambil jari telunjuk mak tunjuk ayah. Angah angguk. Suka benar dia tengok ayah siap bagi isyarat tangan dekat ayah suruh ayah duduk sebelah dia. Tapi ayah tak datang dekat angah, ayah pandang dari jauh. Mak tanya lagi “Awak bisu ke?” angah mengangguk. Mak tanya lagi “Awak tipu mak ye?” Serta merta angah ketawa menyeringai. Kiterang semua mata dah macam panda tambah penat pegang angah masa dia meronta. Tahankan juga mata tunggu angah pulih.

Jam 3 Pagi dapat ustaz area surau taman sebelah. Tapi ustaz suruh bawa angah ke surau. Kiterang pun gerak ke surau. Dalam kereta angah sugul, merayu mintak tolong dengan mak supaya tak bawak dia ke surau. Angah pura-pura cakap dengan mak “kita dah okay mak. Betul kita dah okay. Dah baik dah ni” mak diam je sambil baca surah surah yg patut. Angah mulakan lakonan menangis teresak esak. Tapi mak abaikan je. Sampai je surau, ustaz suruh pakaikan angah telekung. Ustaz mulakan baca ruqyah. Angah dah tak tentu arah macam orang kepanasan. Tapi kekuatan dia dah tak berapa kuat macam tadi. Mungkin benda halus tu dah redha kut. Perbualan yg aku ingat saat ustaz nak keluarkan benda tu..

Ustaz : Mana asal kamu?

Angah : Tuan aku hantar!

Ustaz : Bila kamu masuk tubuh manusia ni?

Angah : Aku tak ingat!! ( sambil menjegilkan mata ke arah ustaz dengan suara yg garau )

Ustaz : Kamu nak keluar dari tubuh manusia ni atau nak rasa azab dari Allah? Tempat kamu bukan dekat sini.

Angah : Aku taknak keluar. Tuan aku nak budak ni. Tuan aku nak budak ni ( dua kali dia ulang )

Ustaz : Mana boleh, tempat kamu bukan disini. Kamu nak keluar atau tidak? ( sambil ustaz picit ibu jari kaki angah ( berlapik dengan telekung )

Angah : Menjerit sekuat hati “Ye keluar, aku keluar. dan menangis.

Ustaz : Kamu nak keluar ikut mana?

Angah : Mana-mana je!!! ( masih menangis )

Ustaz : Ikut mana kamu nak keluar? sambil picit lagi ibu jari kaki angah.

Angah : Keluar ikut tangan…

Ustaz : Baik, ikut aku mengucap kalimah syahadah.

Angah : Angah ikut mengucap tapi diikuti ketawa dihujung setiap ayat.

saat-saat benda tu nak keluar lepas habis mengucap, tangan angah macam orang nak terbang. dan angah pengsan. Waktu ustaz tu nak keluarkan benda halus tu, ngam ngam adzan subuh. Ustaz bagi air Yassin. Lepas selesai kiterang balik rumah. Semuanya penat dek kerana tak tidur semalaman.

Untuk pengetahuan semua. Angah sakit sebab dihantar oleh seorang lelaki dekat tempat kerja dia. Dia suami org nak kan Angah. Disebabkan angah tak pernah layan setiap ajakan dia. Dia jadi dendam. Dan ni satu-satunya cara dia balas dendam. Dapat tahu pun bila ustaz tu tanya Angah ada tak lelaki yg cuba mendekati dia. Ye Angah kenal siapa dia. Setiap hari tak pernah jemu untuk cuba dekatkan diri dengan angah.

Tapi ustaz ada cakap dengan kiterang. Benda camni, apa yg benda tu cakap, kita takboleh percaya 100%. Kadang benda tu nak menyesatkan kita, nak memecah belahkan umat islam. Kita kena sentiasa berzikir, selawat, solat. Angah dilarang untuk termenung terlalu lama dan tekanan. Benda tu senang masuk kata Ustaz.

Pengajaran dekat sini. Takpayah la nak hantar benda-benda macam gini kalau rasa dendam. Tak kemana pun benda camni. Untuk perempuan, kalau ada laki nak ngurat ke apa, kalau rasa taknak berkawan, cakap baik-baik. Yela kita tak tahu hati orang. Dendam kesumat kalau dah kena nak pulih bukan senang.

Benda ni tak habis setakat tu je tau. Selepas kejadian tu, ada beberapa kali juga Angah kena lagi sampai sebelum dia kahwin. Banyak lagi kisah yg jadi dalam keluarga kiterang. Nanti ada masa aku Up lagi dekat FS. Maaf kalau penulisan tak memuaskan. Aku masih ditahap mencuba.

●Along●

Along

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

7 thoughts on “Buatan Orang”

  1. Benda yg laki tu antar pompuan ar ekk???
    Sbb teruuussss jer gatei bile ayah awak datang…
    Terus lupe sekejap arahan tuan die soh kacau angah, khianat punye belaan…
    Hehehehehee…

    “Aku dan dua org lagi adik aku angah dan moon diterima bekerja di KLIA pada bulan April 2014. Aku berasal dari JOHO. Kiterang dapat sewa apartment dekat banting…”

    Sedang elok plak 3beradik sekaligus dpt keje sesame ekk…
    Akk dr Banting dok PG…
    Korg dr PG dok Banting…
    Apartment tu kat Bandar Sg Mas ekk??
    Sebookk nk teka, hehehehehe…

    Reply
  2. Kadang kaum perempuan ni dah tolak elok elok cakap taknak, tp kadang hati orang ni susah la nak faham. Terus berdendam sbb orang taknak terima.
    Semoga keluarga penulis tabah hadapi ujian Allah ni. Memang perit bila kena sihir. Semoga tabah yaa 🙂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.