BUDAK KECIL PENDAMPING ATUK

Hai semua nama aku sha. Cukuplah semua tahu dengan nama singkatan. Pertama sekali aku ingin mengucapkan terima kasih kepada fiksyen shasha jika kisah aku disiarkan….

Aku ada seoarang atuk di sebelah keluarga ibu aku. Kerana ibu aku berketurunan banjar di negeri perak, jadi kami sebagai cucu-cucunya memanggilnya dengan panggilan ‘’kaik’’.

Sejak tahun 2017 kaik sudah tidak sihat kerana dia semakin tua dan semakin nyanyuk. Sedikit demi sedikit dia lupa keluarganya sendiri, malah lupa cara menguruskan diri sendiri. Semuanya dibantu oleh acu aku dan maksu aku yang merupakan anak ke 10 dan 11 daripada 11 orang anak anak kaik aku. Mereka berdua tinggal di rumah kaik di kampung untuk menjaga kaik. Nenek aku telah lama meninggal iaitu ketika aku berusia 9 tahun pada tahun 2012.

Okay sebenarnya banyak kisah seram yang terjadi tetapi aku pilih yang aku masih ingat. Kejadian ini berlaku pada tahun 2017 ketika aku berada di tingkatan 2. kami menyambut hari jadi abang saudara aku di rumah sewanya. Party hari jadi itu hanya dihadiri keluarga besar kami dan kawan-kawan serumahnya. Ketika waktu makan, kami bersembang dan ketawa sehingga terlupa tentang kaik. Pakcik saudara aku yang kami panggil dengan panggilan ‘pak teh’ berkata, ‘’eh mana kaik ada sesiapa nampak tak?’’. ketika itu kami semua baru tersedar kehilangannya dan kami beramai-ramai mencarinya.

Setelah mencarinya di sekitar dalam rumah tetapi masih tidak menjumpainya, kami mencari di luar rumah pula. Kami terlihat kaik sedang duduk di tepi longkang yang agak dalam di hujung laluan perumahan itu di kawasan yang agak gelap sambil membaling sesuatu ke dalam longkang dan berkata ‘’nah nah makan sana’’. rupanya dia membaling makanan ke dalam longkang. Acu aku segera pergi ke arah atuk aku untuk mengajaknya masuk semula ke rumah. Semasa di dalam rumah, acu bertanya kepada kaik kenapa dia membuang makanan di dalam longkang. Korang tahu apa kaik jawab ? dia cakap ‘’ada budak nak makan’’. meremang bulu roma kami. Budak mana pula duduk di dalam longkang waktu tengah malam.

Pada satu malam, kaik mengambil rendang ayam yang telah siap dimasak di atas meja dengan segenggam tangannya. Dia membawa masuk ke dalam biliknya dan membuka tingkap lalu membuang ke luar dan berkata ‘’shuhh shuhh makan kat sana’’. acu yang ternampak kaik berbuat begitu terus menahannya dan bertanya kenapa membuang makanan. Kaik terus menjawab ‘’tu budak tu nak makan’’. acu lihat ke luar tingkap. Tak ada sesiapa kat situ. Aku yang menghendap kaik dengan acu dari luar pintu terus meremang fuhh.

Pada 6 ramadan tahun 2019, kembalinya kaik ke rahmatullah. Al fatihah untuknya. Alhamdulillah segala urusan pengebumian berjalan dengan lancar. Bilik kaik dibersihkan dan dikunci oleh maksu. Kosonglah bilik itu tidak berpenghuni dan tidak ada sesiapa yang masuk ke dalam biliknya. Setelah hampir setahun, maksu membuka semula bilik itu untuk dijadikan biliknya. Abang saudara aku bersama kawan-kawannya datang membersihkan bilik itu, mengecat dan memindahkan barang-barang maksu ke dalam bilik itu. Maka naiklah seri bilik itu semula.

Ketika hujung minggu, aku pulang ke kampung bersama keluarga. Pada waktu malam, maksu offer untuk aku tidur bersamanya di dalam bilik baharunya itu bersama dengan anaknya sekali kerana suaminya bekerja dan tidak pulang pada malam itu. Aku bersetuju memandangkan aku tiada tempat untuk tidur. Aku dan anaknya yang berusia 4 tahun tidur di atas katil manakala maksu tidur di lantai beralaskan tilam. Katil pula dirapatkan betul betul di sebelah tingkap dan aku tidur di sebelah tingkap.

Pukul 12 malam, maksu dan anaknya sudah tidur. Tinggallah aku seorang sahaja yang berjaga di bilik itu. Samar-samar keadaan dalam bilik itu hanya ada sedikit cahaya dari lampu dapur yang masuk ke dalam bilik. Aku berasa seram kerana ini kali pertama aku tidur di bilik kaik setelah lebih 10 tahun tidak tidur di sini. Aku membuka group whatsapp dan bermesej dengan kawan kawan aku untuk bercerita pada mereka tentang aku tidur di bilik arwah kaik. Aku juga bercerita tentang perangai pelik kaik yang sering beritahu ada budak bersamanya sepanjang waktu. Tetapi, cerita aku itu dijadikan bahan lawak mereka. Mereka hanya ketawa dan memerli. Aku sendiri rasa itu kelakar dan turut gelak. Aku membuka camera dan selfie di hadapan tingkap yang aku sedang berbaring di sebelahnya kemudian menghantar gambar itu kepada kawan-kawan aku. Lagilah bertambah ketawa kami pada malam itu.

Ketika aku sedang masih gelak, ada bunyi sesuatu di luar tingkap. Bunyi seperti botol plastik di luar tingkap dipijak oleh sesuatu. Aku bangun dan menyelak langsir sambil melihat tanpa membuka tingkap. Tiada apa. Aku baring semula untuk menyambung mesej bersama kawan- kawanku. Baru sahaja baring, tingkap diketuk ‘’TOK TOK TOK’’. aku terpaku, tergamam dan tidak mampu bergerak. Hanya berbaring dengan rasa takut. Tidak lama lepas tu, aku dapat kekuatan untuk lari keluar dari bilik itu. Aku berlari ke arah abah yang sedang menonton tv dan beritahunya tentang apa yang berlaku. Abah menyuruh aku tidur di sebelah adik aku di ruang tamu.

Keesokkannya, abah menceritakan apa yang berlaku kepada ku pada maksu dan acu. Acu ketawa kecil dan membuka cerita. Satu malam, dia berseorangan di rumah. Ketika sedang menonton tv, dia terdengar seperti bunyi kereta di luar. ‘’Mungkin ada saudara mara yang balik ke kampung’’ fikirnya. Ketika ingin menuju ke pintu, dia terpandang tingkap. Ada pantulan seorang budak yang sedang bertenggek di garaj luar rumah. Allah rasa macam nak gugur jantung. Apa lagi, malam itu juga acu keluar dari rumah dan tidur di rumah kawannya.

Setakat itu sahaja kisah aku. Sebenarnya banyak lagi benda seram yang terjadi di kampung aku berkaitan dengan ‘budak kecil’ ini tapi tunggulah aku cerita pada penulisan aku yang seterusnya. sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Farisha Nabila

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 2.3]

1 thought on “BUDAK KECIL PENDAMPING ATUK”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.