Budak Perempuan Parit Daun

Assalam dan salam sejahtera, sebelum ni aku penah kongsi cerita pasal kisah aku masuk mula2 U terkemuka di Parit Raja, kisah aku jumpe kanak2 dengan riangnya main polis entri sebelah katil aku pukul 3am dengan manusia harimau atau name saintifik orang minyak. Kali ni kisah aku nak cerita sedikit panjang, dengan tona yang sedikit serius tak macam kisah TD sebelum ni, kalau bosan takyah baca, yang jantan kalau tak baca besok tukar name ic kepada binti Kus. So kisah baru bermula sekitar 2010, aku lewat sikit sambung kos baru sebab lepas abis belajar aku kerja kejap. Macam biase awal2 masuk rule pertama, haruslah menetap di asrama selama 2 sem sebelum boleh menyewa di luar. Dulu asrama sempat merase kat Taman U area McD, sekarang dah takde.

Maka selepas 2 sem kami (kawan yang sama yang mase belajar awal 2006), kami cari rumah sewa, tobat dah tak nak sewa umah sewa mase 2007 sebab kene kacau dengan hantu perempuan merangkak persis ju-on, so kami cari jauh sikit dari area situ, jumpe satu rumah sebaris kedai makan pojok. Rumah ni kene kapit antara rumah orang cina. Dari pemerhatian kami rumah sedikit usang. Tapi not bad. Sewa? macam harga sewa rumah dulu, RM300. Kami tak pikir sangat memandangkan jiran pun hidup lagi, takde la keras lagi. Kami buat gotong royong sikit, bersih2, setup semua, line-internet of couse sebab ade ura2 nak keluar Dota 2 mase tu.

First night, macam biase watak pertama yang kene usik, aku. Aku ni dari segi penulisan mungkin macam tak berhemah, tapi ajaran Sultan-Yang-Mencipta-Seluruh-Alam ini, aku tak pernah tinggal. Jangan ingat “tu la ko perangai cam ni memang la setan suke kacau”, dehell man, ko tak bace paper ke pak imam sembelih anak? U kidding me? Kita takkan terkecuali dari diuji, setiap orang diuji with their own capabilities..hashtag salam 3 rakaat. Cukup nasihat, sambung cerita. Malam tido, aku mimpi aku bangun dari tempat tidur aku. Tengok tubuh aku yang keras sedang tidur, tubuh aku yang sekarang macam lutsinar, boleh tembus2, aku melangkah tembus ke pintu, aku tengok sekitar rumah sewa aku.

Mase aku tengah lalu hutan sebelah rumah sewa ni, aku nampak ade ulang banyak tengah tergantung dari hujung pangkal dahan, ular tu montok tapi pendek, kepala dia jatuh ke bawah, dalam sejengkal dari kepala aku. Aku tak gerun. Aneh. Banyak sangat ular tu, tak besar mane, kepala dia ade besar meja makan. Hambik. Aku berjalan sampai ke warung simpang kat jambatan kecil. Lalu aku u-turn nak balik semula. Sebelah kiri aku ade satu kawasan lapang, sain board “tanah untuk disewa”. Anehnya tanah ni dah berkurun sudah. Tapi masih takde orang beli. Tau tak ape aku nampak? Ular melilit tengah2 kawasan tanah tersebut, beso tak beso mane, ade la macam Hotel Pintar. Double hambik. Tapi aneh, aku tak gerun. Macam pemerhati aku ni. Masuk semula ke rumah sewa, aku baring kat tubuh aku yang keras sedang tido. Esok ke kelas seperti biase.

Kami menyewa dari 2011 sampai 2013, setiap kali aku mandi, dalam naluri aku, aku terase ade seorang gadis kecil, pakaian basah dan buruk, rambut paras bahu, basah kuyup tubuhnya, kulit lebam kebiruan macam mangsa lemas, berdiri di belakang pintu bilik air. Naluri aku selalu dapat rase macam tu. Housemate kami 6 orang, akhir sem aku ceritakan kat seorang sahaja roommate aku, nama nya A, memandangkan dia paling berani sebab yang lain telur tak berape masak. Ni sem akhir, satu malam aku mimpi, datang seorang gadis kecil, dia bagitau aku, dia mati lemas dalam kolah kecil dalam bilik air tersebut. Aku sedar, tengok jam pukul 12am, serius guys, kali ni penulisan aku takde lawak macam kes asrama Tun Dr Ismail (TDI).

Mase sedar kawan aku si A tak tidur lagi, aku terus bergegas ke bilik air, tengok dekat kolah kecil yang budak dalam mimpi tu maksud kan, tau tak ape aku nampak kat dasar kolah tu? Lumut. Lumut halus, biase je kan? Tapi lumut tu macam orang lukis, wajah seorang gadis, mate dia menangis, siap ade garisan menagis dari mata, rambut panjang. Sebijik muke budak yang aku duk rase duduk belakang pintu, dalam mimpi aku. Aku xtau nak reaksi ape. Si A perasan aku macam gelabah ayam pergi bilik air dengan pintu tak kunci, dia tanye kenape, aku ajak dia tengok dasar kolah, aku tanya apa dia nampak, dia diam. Tak lama dia cakap muke perempuan sedang mengis. Aku cakap ni la wajah budak yang aku cite kt dia. Dua2 diam. Cerita kekal rahsia sampailah kami cerita balik dalam group wassup sekitar 2014.

So sekarang aku nak tanya, sape2 yang menyewa sebaris warung pojok, kat parit daun? Rumah mengadap rumah kuarters kerajaan. Kalau korang ade menyewa kat situ, mungkin jumpe lagi budak perempuan yang mati lemas. Dia tak kacau, just nak bagitau macam mana dia mati. Sampai sini saja kisah aku. Assalam.

21 thoughts on “Budak Perempuan Parit Daun”

  1. Dulu ak ade gak sorg kwn jenis ckp terbalik ni..xla beso sgt tpi beso meja, xla beso sgt ade la beso hotel pintar..pastu siap berhambik2..tp lepas ak tampo dia sambil ckp xla sakit sgt, telinga pekak je..dia terus xnk sembang dh dgn ak..

    Reply
  2. Sedih plak budak kecik tu…
    Camne gayalah leh lemas dlm kolah tu ekk…
    Wpon tu jelmaan syaitan/jin, tp membygkan mati lemas cara cmtu alahai seksanya…

    Reply
  3. Ni dekat klinik tu kan..Yg bnyk rumah cina tu…. Rumah mana satu… Dulu ada gak membe budak palapes sewa situ kjp.. Rumah tengah2 la. Mmg rumah ctu rumah lama2… Mungkin ada cerita yang kita tak tahu wallahualam

    Reply

Leave a Comment