Budak M**i Di Bilik Sewaku
Cerita ni masa tahun 2018, aku dah lama nak share cerita ni, tapi malas nak tulis dan nak cerita sebab panjang sangat. Berbulan-bulan kes ni terjadi. Lagi pun, aku dah cuba nak lupakan kes ni. Kes yang macam ubah jugalah hidup aku. Aku seorang pelajar lelaki di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur dan menetap di rumah sewa yang kelihatan okay. Macam rumah sewa yang lain. Dalam dia okay, semuanya okay. Selalunya rumah hantu ni kelihatan pelik kan? Macam usang atau lama kene tinggal. Tapi aku punya rumah ni okay. Cantik dan selesa. Sebelum kami pindah pun rumah ni ada penghuni. Bukan rumah yang ditinggalkan lah. Rumah ni betul betul di tengah tengah bandar Kuala Lumpur. Kawasan yang ramai orang nak sewa. Aku masuk rumah tuh sebab aku memang kene keluar dari asrama. 2 sem je boleh duduk dalam asrama. Jadi, memang waktu tuh aku pilih untuk terus duduk situ je sebab memang kawasan okay dan lagi dekat dengan kolej.
Aku sewa rumah tuh dengan kawan kawan aku yang lain. Rumah tuh ada 3 bilik. Master bedroom duduk 4 orang. Bilik tepi aku 3 orang. Bilik aku 2 orang. Bilik aku ni kira bilik tengah tengah. Bilik aku dengan bilik nombor 3 ni sama besarnya. Tapi, aku dengan kawan aku ni bayar lebih sebab memang nak duduk 2 orang je. Sebab ramai ramai jadi sempit. Diorang ni semua kawan yang sama kolej, dan juga sama umur. Masa aku pindah rumah tu, memang takde apa apa benda pelik jadi. Memang semuanya seperti biasa. Macam rumah biasa. Dia jadi serius bila “ roommate “ aku pindah. Bila dia pindah, aku dapat “ roommate “ baru.
Nak dijadikan cerita “ roommate “ baru aku ni memang kawan baik aku kat kolej. Nama dia Aswad ( bukan nama sebenar ) Dia nilah yang aku hampir lepak hari hari, dia juga yang sanggup bayar lebih sikit sebab nak selesa. Jadi, kita orang terima je dia jadi “ roommate “ aku. Dia kene pindah sebab rumah abang dia jauh. Dia dah penat nak ulang alik pergi kolej hari hari. Kawan aku ni jenis yang lembut lembut sikit. Yang jenis pakai skincare, ada teddy bear. Yang lebih sifat perempuan. Untuk makluman korang, aku duduk rumah ni 2 tahun. Tahun pertama tuh, takde apa apa yang terjadi langsung. Tahun kedua baru jadi. Aku tak tahu kenapa.
Bermula dari sini, satu malam ni, aku macam ada bual panjang dengan kawan bilik aku ni ( Aswad ) tentang benda benda mistik. Kitaorang bercerita tentang disantau lah segala benda. Saka, macam macam lagi. Tanpa aku sedar, badan aku jadi panas dan rasa macam tak boleh kawal? Rasa nak menangis. Aku tak tahu kenapa. Sama ada itu ada kene mengena atau tidak dengan benda benda ni atau itu cuma aku yang jadi penakut. Aku berdiri dan mula tak duduk tenang. Tapi lepastu, kawan aku terpaksa kejut satu rumah dan bacakan ayat ayat untuk aku sebab aku rasa macam nak dirasuk. Badan panas, kepala pening. Lebih kurang 20 minit juga diorang pegang tangan aku dan baca. Aku ada perasan, roommate aku ni pandang koridor rumah dan tenung sahaja. Tapi sebab aku takut, aku malas nak tegur. Esoknya dia ada cakap, dia nampak sesuatu disitu. Tapi tak dijelaskan apa. Kes ni macam berlalu macam tuh saja. Aku malas nak ingat. Sebab aku rasa aku yang lebih lebih malam tuh.
Esoknya, hari jadi macam biasa. Aku pergi kelas. Balik kelas. Macam biasa sahaja. Sampailah satu hari ni, benda pelik terjadi dekat scarf rambut aku. Oh aku memang suka pakai scarf, rambut aku panjang. Aku cari scarf aku tak jumpa jumpa. Puas aku keliling rumah nak cari benda tuh. Memang tak jumpa wei. Padahal aku memang letak dekat atas almari. Tapi masa aku nak pergi kelas. Alangkah terkejutnya aku, scarf aku tuh tergantung dekat tingkap sisi kereta aku. Berderau d***h aku waktu tu. Aku ingat ada orang cuba nak culik aku atau apa apa. Tapi parking aku tu, dalam jagaan guard. Parking di dalam condo. Mustahil orang luar nak buat apa apa kat aku. Dan kalau ada pun apa motifnya? Siapalah aku. Tapi aku masih fikir positif dan malas nak kesah tentang apa yang jadi. Aku fikir mungkin scarf aku ni terjatuh masa aku panaskan enjin kereta atau apa apa. Jadi guard terus gantung kat kereta aku. Aku malas nak fikir sangat. Aku teruskan ke kelas dan hari aku diteruskan macam biasa.
Benda seterusnya pula jadi. Tetapi, kalini lain macam sikit. Sebelum aku tidur, ada benda main jergah jergah dekat kaki aku! Macam bila kau nak terlelap, ada benda yang akan kejutkan kaki kau. Ya Allah, macam dalam filem! Aku mula tak boleh tidur sejak haritu. Memang aku sentiasa suruh kawan sebilik aku tuh tidur rapat rapat ngan aku. Sebab aku memang penakut. Kesian jugaklah dia kadang kadang aku kejut tengah malam sebab aku tak boleh tidur. Macam macam benda lagi jadi dirumah tuh. Aku ringkaskan sahaja, antara yang terjadi lagi. Kami selalu dengar bunyi tepukan di dinding antara bilik aku dan bilik ketiga. Bayangkan bunyi tuh di belakang almari. Jelas sangat belakang almari.
Kawan aku yang dari master bedroom pula terserempak dengan lembaga hitam bermain cak cak dengan dia dekat pintu. Punyalah kawan aku ni takut nak cerita kat aku, sebab dia tahu aku penakut. Tapi aku paksa juga dia cerita. Aku taknaklah syok sendiri fikir aku je kene kacau. Kawan bilik aku ( Aswad ) pulak jumpa ada budak baring atas katil aku waktu aku tiada di rumah sewa. Dia ni memang suka bangun tengah malam pergi minum air. Dia ternampak budak tuh baring atas katil aku, tapi dia boleh relax je. Buat macam takde apa jadi. Waktu ni aku tidur dirumah kawan aku. Sebab tuh dia nampak ada budak baring atas katil aku. Berani sungguh ye dia. Ke aku je penakut?
Seterusnya, yang ni satu rumah kene kacau. Kami satu rumah dengar satu suara jeritan memarahi kami suruh tidur sewaktu kami semua bermain Mobile Legend. ( Yang ni kelakarkan? ) Mungkin kami terlalu bising? Yelah benda benda ni kan tak boleh kita buat bising. Seterusnya, yang ini paling signifikan! Yang aku ingat sampai m**i. Selalu terjadi dalam movie je. Tak sangka jadi dekat aku. Takut sangat ye aku waktu ni yang bagi aku berpeluh peluh bila terbangun. Yang sampai harini, aku asyik teringat, dan kesian. Aku mimpi, pintu bilik aku diketuk. Bila aku bukak aku nampak dua budak kecil. Dua budak lelaki. Aku terus tutup dan duduk balik. Tapi sekali lagi aku buka, ada seorang lelaki yang besar tubuhnya sasa sedang marah sangat sangat. Lalu hempas aku kedinding. Seperti didera?? Dah macam roti canai dia dera aku. Campak aku sana sini. Ya Allah, bila teringat. Meremang bulu roma. Mimpi tuh sangat menakutkan. Memang berpeluh peluh bila aku bangun tidur. Sebenarnya, banyak lagi yang jadi. Sumpah aku dah lupa apa lagi kami satu rumah diganggu. Hampir setiap hari mesti akan ada cerita yang kami dapat dari setiap ahli dirumah.
Aku dah tak boleh duduk diam. Aku cuba nak bagitahu mak dan ayah aku. Tapi aku takut. ( Disebabkan beberapa faktor, maklumlah aku ni kat KL pelik sikit perangai. Takut mak ayah aku tahu perangai aku kalau diaorang bawak aku berubat. Haha. ) Jadi aku terus berdiam diri. Sampai tibanya satu hari, aku diberitahu yang kawan aku seorang ni reti berubat. Sebab family dia memang keturunan orang berubat. Aku cuba hubungi dia. Dan dia cakap baiklah. Dia akan datang nanti. Sewaktu rumah aku ni diganggu, aku selalu tidur di rumah teman karib sekolah menengah aku di Cyberjaya. Bayangkan hampir setiap hari ulang alik! Koyak jugalah duit aku waktu tuh.
Tibalah suatu malam, lepas dua tiga hari aku mesej dia, kawan aku yang nak berubat tuh dah nak datang. Aku bergegas pulang dari Cyberjaya ke rumah sewa aku. Kami beramai ramai dirumah duduk di ruang tamu, sambil menunggu untuk kawan aku sampai. Oh, kawan aku yang berubat ni perempuan. Aku letak nama dia ( Alya ). Setibanya dia, dia terus tanya dimana bilik aku. Kawan rumah aku ( Adly ) tunjukkan dan dia terus ke bilik aku bersama kawan rumah aku si Adly ni. Dia suruh kawan rumah aku ni duduk sekali dengan dia dan jadi penghubung. Adly ni duduk betul betul depan dia dalam bilik tuh. Aku duduk di ruang tamu dengan keadaan sangat gelisah! Aku tak pandang ke bilik aku. Sebab aku takut sangat. Ada beberapa orang je yang boleh tengok bilik aku sebab bilik aku ni dia macam kedalam sikit. Yang duduk meja makan nampak. Aku duduk berhadapan dengan tv. Berbelakangkan dinding.
Soalan yang masuk dalam kepala aku, adakah selama ini benda ini hanya mainan mimpi aku dan kawan kawan aku? Atau sebenarnya benda betul? Sejenak aku berfikir, aku terus terdengar jeritan! “ Bang jomlah main dengan saya. Saya bosan. Jomlah bang.” Sambil menepuk nepuk dinding bilik aku dan melompat lompat di atas katil bilik aku! ( Aku memang tak tengok, tapi kawan aku yang cerita balik. ) Aku terkaku. Sumpah aku terkejut. Siapakah dia? Kenapa dia disitu? Maksudnya selama ini betullah ada benda di rumah aku ni? Okay aku akan sambung cerita dulu apa yang aku dengar malam tuh. Baru aku ceritakan kembali, kenapa dan mengapa semua ni terjadi.
Selepas itu yang aku tahu kawan aku si Alya sudah keluar dari bilik aku dan menuju ke ruang tamu. Dia mengarahkan untuk kawan rumah aku ( Adly ) baca Yasin dan tabur garam di bilik aku ( sebagai pendinding ). Lepastu, aku ingat, kes sudah selesai! Rupanya belum!! Kawan aku yang berubat tu pergi ke pintu depan rumah. Buka pintu, lalu tengok kiri dan kanan. Tutup pintu dan terus mengilai. Terkejut kita orang satu rumah. Dia cakap “ Kau ingat aku takut dengan kawan kau ni? “ Dia jalan ke arah aku sambil mata dia tertutup. Untuk makluman korang kawan aku ni jadikan diri dia “ host “ untuk benda tuh masuk dan berhubung dengan kami. Lalu dia berjalan sambil menutup mata pergi ke sebelah aku. Lalu dia bagi aku garam di dalam paket yang digunakan untuk pagar bilik aku tadi dan mengarahkan aku untuk letak di mana mana. Tercengang aku, takut kot! Haha.
Kawan aku si Adly cuma arahkan aku ambil garam dan pergi ke tempat lain. Aku ambil dan lari ke meja makan. Dia duduk seperti seorang boss di kerusi sofa sebelah tempat aku duduk tadi. Dia gelak, tertawa, berkata. “ Aku tak pernah kacau kau, tapi kenapa kau kacau aku? Kau ingat aku takut dengan kawan kau ni? Aku dah lama duduk dekat sini. Satu pun aku tak kacau korang. Korang ingat korang azan aku takut? “ Kami satu rumah diam dan waktu tuh aku sudah fikir kawan aku ni dah tewas ke dengan hantu ni? Lalu dia bangun dan jalan ke arah kami. Dia bertanya, “ Siapa yang panggil perempuan ini ke mari? Jawab! “ Tiada siapa menyahut. Aku lagilah, kelam terdiam! Sebab aku yang panggil kawan aku ni datang. Haha. Dia ulang dengan nada yang sangat marah dan akhirnya. Kawan rumah aku si Adly mengaku. Dia berkata dia yang bawa si Alya ni datang. Kawan aku yang jadikan badan dia “ host “ si ( Alya ) tuh terus datang dan cangkung depan dia lalu bertanya tentang siapakah gerangan kawan aku yang pandai berubat ini. Memang menakutkan. Tetapi Adly hanya relax dan cakap kami kawan dari kolej yang sama. Dia gelak mengilai depan kawan aku.
Tak lama lepas tuh, dia terus bangun dengan keadaan marah dan ke bilik master bedroom. Aku seorang sahaja yang dapat lihat apa kawan aku si Alya tuh buat dalam bilik tu. Dia seperti menepuk nepuk dinding dan seperti menjilat. Dia membebel tak berhenti henti. Kami kurang dengar apa dia bebelkan. Selepas dia ke bilik master bedroom. Dia cuba masuk ke bilik aku tetapi gagal. Kerana sudah dipagar rapi tadi oleh si Adly. Kelakar jugaklah, sebab aku teringat apa dia cakap “ Eh, panaslah bilik ni. “ Haha. Lepastu, dia meludah ludah di dalam tandas. Aku pun tak faham kenapa. Kami satu rumah senyap! Sejurus selepas itu barulah si Alya tu jadi seperti biasa selepas dia keluar dari tandas. Dia mula hendak cerita apa yang terjadi sebenarnya.
Ini yang aku tunggu, apa sebenarnya yang jadi? Adakah ini hantu baru? Yelah, selama aku duduk tak pernah kene. Tahun kedua baru kene kacau. Aku tak tahulah if cerita ni menakutkan atau tidak, tapi aku menang takde tokok tambah atau apa apa. Inilah yang sebenarnya terjadi. Rupanya, di dalam bilik aku tu, terdapat seorang budak perempuan kecil yang pernah m**i dan rohnya tidak tenteram. Budak itu berumur 8 tahun. Dia mula menunjukkan kewujudan dirinya selepas roommate baru aku masuk si Aswad. Dia suka bermain anak patung. Dia juga tidak boleh keluar dari bilik aku. Dia terperangkap bertahun tahun. Jadi sebab itulah dia suka kacau aku dalam bilik dan main cak cak di pintu bilik aku dengan kawan rumah aku. Aku mula rasa terkejut, takut, terdiam, semualah! Tetapi kawan aku sudah pindahkan rohnya ke kota suci. ( Yang itu, aku sumpah tak tahu macam mana dia buat ) Aku mula berfikir, adakah budak ini didera? D*****h secara kejam? Atau bagaimana? Sehingga rohnya tidak tenteram?
Untuk makluman korang, ini juga dapat dikaitkan dengan mimpi aku yang dibelasah oleh seorangl lelaki bertubuh sasa di bilik tersebut tau! Korang ingatkan yang aku cakap atas tadi? Kawan aku cakap, dia cuba meminta bantuan dari aku. Sebab roommate aku seorang lagi ( Aswad ) tuh. Diganggu macam mana pun, dia tak heran dan tak takut! Jadi dia lebih memilih aku untuk pohon pertolongan. Aku pun dah cuba google tentang kematian kanak kanak di kondominium tersebut tetapi hasil carian. Aku tak jumpa apa apa. Mungkin ianya berlaku lama dulu. Sebab kondominium tuh dah dibuka sejak tahun 1980 ataupun kematiannya dirahsiakan. Sejujurnya aku masih sedih tentang budak tuh. Apalah yang dilaluinya di dalam hidup sampai rohnya tidak tenteram. Nasiblah aku panggil kawan aku tuh datang. Kalau tak? Sampai bila bilalah roh dia tak tenteram. Lagi pun, roh budak tuh tak cerita panjang dekat si Alya dan Adly sebagai penghubung. Alya cuma dapat tahu beberapa info sahaja tentang budak tu.
Kita terus ke hantu seterusnya yang diruang tamu itu pula. Dah macam episode! Haha. Aku nak cerita dekat korang sebab cerita ni memang tak pernah jadi dalam hidup aku atau kawan kawan aku. Rugi kalau aku tak share. Okay sambung, rupanya dalam rumah aku tu, ada dua hantu. Betapa malangnya kami dapat rumah tu. Yang di depan / ruang tamu ini pula. Dia seorang perempuan dan penduduk asal tanah sebelum condo itu dibuat. Dia seorang yang pembersih. Tidak suka bising. Tidak suka bersepah! Sebab itu dia marah kami jika kami sepahkan rumah atau berbuat bising! Ingat cerita Mobile Legend tadi? Itu antara faktor dia marah. Tetapi nak buat macam mana kan? Kami ni satu rumah lelaki, memanglah semua tuh tak dapat lari. Nak cakap rumah kami bersepah, tidaklah sangat. Tapi mungkin bagi perempuan itu sudah dikira bersepah.
Kita orang satu rumah sangat terkejut dengan cerita tentang hantu kedua ini. Kawan kami juga beritahu, cuba lihat disekeliling penjuru rumah, terdapat helaian helaian rambut panjang! Kami semua baru perasan. Kami cuba lihat dan ternyata betul. Ini sebab, dia suka sikat rambut dia disitu. Kawan aku menyuruh housemate aku mengambil rambut tersebut dan azankan lalu buang di koridor. Kami memang perasan sebelum ni rambut yang gugur ni. Tapi, kami fikir itu rambut kami serumah. Bila tengok dengan teliti, baru perasan. Rambut tuh panjang dan mustahil sama dengan rambut kami. Malam tuh memang aku tak boleh tidur. Kami serumah tidur beramai ramai diruang tamu kecuali si Aswad. Dia memang berani tidur dalam bilik. Tapi bermula malam tu, kami tidak lah lagi dikacau atau diganggu.
Seperti itu sahaja cerita aku. Kesan dari peristiwa ini, aku tak boleh tidur malam hampir 4 bulan. Dan selalu ulang alik ke Cyberjaya. Sekarang, aku dah pindah ke rumah baru. Ni cerita zaman diploma aku. Sekarang aku dah degree. Doalah rumah baru aku ni selamat dari benda pelik pelik. Cerita ni betul, terjadi kat diri aku! Apa aku boleh cakap, sebelum masuk rumah, tolonglah bawak ustaz atau sesiapa yang pandai berubat tengok tengokkan rumah tuh. Pagarlah rumah tuh. Sejujurnya selama kes ni terjadi, tidur aku tak menentu, duit aku banyak habis, susah aku nak fokus dalam kelas. Sebab aku memang penakut sejak azali. Kalau aku periksa rumah ni dari awal, mungkin tak terjadi. Walau apapun aku doakan semoga roh adik perempuan tuh, sihat dan dirahmati Allah swt. Amin.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Ini pandangan aku sbg pembaca.. Cerita menarik, cuma ko x boleh guna perkataan “kawan aku” utk semua watak.. lebih baik ko spesifik nama kwn² yg terlibat.. bila baca sekali lalu, ko akan tertanya “kawan aku” yg di maksudkan ni Alya ke, Adly atau Aswad? Tp, so far, aku masih faham jalan cerita..
Thanks utk perkongsian kisah… mmg menarik!!
roh adik perempuan tu sihat ek..huhu
Wahhh.. Santai je cara penulisan…hahahahahhaha lawak pun lawak…. Kalau bole nak nama ML bolehh??
Wahhh.. Besttt!!! …hahahahahhaha lawak pun lawak…. Kalau bole nak nama ML bolehh??
Alya tu jadi penghubung macam sara wijayanto , kalau nak tgok macam mana jadi host atau boleh berhubung roh dan hantar roh ke kota suci search kat youtube sara wijayanto tgok yang tajuk cerita lila (dia pun umur 8thn) .. cerita dia lebih kurang sama mcm cerita budak perempuan tuhh..
assalamualaikum…..lebih baik merujuk kepada pakar perawatan Islam untuk berubat…lagipun ini tipu daya syaitan dan iblis untuk mengganggu manusia …roh orang mukmin kalau sudah berada di alam barzakh , tidak kembali ke dunia dah…
Sebagai watak lelaki.. Macam penakut sangat pulak. Perkemaskan cerita.
pengunaan kerap ‘kawan aku si’ membuatkan org keliru dan membosankan. jika takut ada yg keliru antara adly and alya, tukarkan nama salah satu karakter memandangkan semua tidak menggunakan nama yg sebenar.
tahap penakut dia dasyat dari aku yang perempuan ni hahahahah tapi, apa apa pun cerita menarik dan lawak! teruskan bercerita…