Part 1
Part 2:
part3:
Assalamualaikum…
Okay… Sebenarnya saya ingat Tak nak karang lagi part 4… Sebab busy sikit… Tapi ramai yang minta… Jadi saya Cuba cari masa jugak untuk cerita. Ni panjang sikit.
Nek Kiah & Tok Daud : Assalamualaikum
Maksu : Waalaikumummsalam… Nek Kiah, Tok Daud… Masuk la…
Nek Kiah masuk terus mendapatkan bonda.
Maksu : Araa, Nek Kiah dengan Tok Daud datang tu….
Aku bersalaman dengan Nek Kiah dan Tok Daud.
Aku terus genggam tangan bonda sambil mengalunkan bacaan yassin… Nek Kiah hanya memandangku dengan riak tak puas hati.
Selesai sahaja aku membaca yassin, terus aku ke dapur untuk ambil segelas air buat bonda. Sepupu aku menghampiri aku Dan bertanya,
Marsha : Kak Ara, kenapa eh Sha macam takut la kalau tengok Nek Kiah.
Aku : Dah kenapa pulak yang nak takut ni.
Marsha : Tak tahu la. Tapi bila Sha pandang dia, eei.. Berdiri bulu roma Sha tahu tak. Tapi mungkin sebab Sha dah lama x jumpa dia kot.
Aku diam dan terfikir. Aku dapat rasa kan yang Nek Kiah secara tak langsung terlibat dan bertanggungjawab atas apa yang jadi dekat bonda ni.
Aku kembali ke tempat bonda semula. Aku lihat Nek Kiah dah menggenggam tangan bonda sambil mengusap kepala bonda seperti berbisik sesuatu. Aku tergamam.
Ya. Salah aku dah membiarkan bonda bersendirian dengan Nek Kiah. Aku terus mendapatkan bonda dan Nek Kiah hanya tersenyum kepada aku.
Setengah jam selepas itu, ustazah Hanum datang semula ke rumah aku.
Kata ustazah dia hanya ingin melawat bonda.
Ustazah berborak dengan bonda, tetiba bonda mengadu, yang jari dan dadanya sakit semula. Ustazah sedapkan hati bonda yang bekas berubat semalam Masih tersisa.
Ustazah menarik aku ke tempat yang agak sedikit privacy.
Ustazah : Qaysara, benda tu datang balik. Maksudnya, orang yang dengki dengan bonda ada sini
Aku : yeke ustazah? Siapa? Ustazah nak berubat sekarang ke?
Ustazah : siapa dia tu lambat laun Qaysara tahu. Ustazah Tak boleh berubat hari ni, sebab orang ramai. Hari lain ustazah datang lagi Dan berubat.
Alahai, ustazah pun dah macam kak Nisa nak berahsia bagai ni. Geram pulak aku.. Apa hal semua pakat nak berahsia ni. Gitau je la terus terang.
Setelah itu ustazah pun pulang.
Nek Kiah masih disini menemani bonda hingga ke petang.
Keesokkan hari nya, aku dan kak Nisa pergi kerja seperti biasa.
Pukul 2 petang, aku menerina kiriman Whatsapp dari maksu aku.
Sebuah video di mana bonda dah bangun dan sedang melipat kain.
Alhamdulillah. Bonda dah boleh Jalan.
Petang tu aku pulang dari tempat kerja. Terus aku mendapatkan bonda.
Tapi yang sedihnya, bonda yang sekarang bukan lagi macam bonda yang dulu.
Bonda dah jadi kebudakkan. Yang suka merapu.
Yang suka cakap bukan bukan. Suka gelak. Kalau makan tu kawal dia sorang ja. Tak boleh ambil makanan dia. Takut habis katanya.
Siapa saja yang tak sedih Kalau tengok dia dalam keadaan macam tu.
Setiap malam aku dan kak Nisa akan menemani bonda tidur.
Malam tu, sekali lagi bonda meracau. Meracau memanggil ibunya yang dah sudah lama meninggal dunia.
Kemudian dia terjaga Dan bertanya
Bonda : tadi Mak Esah mai ka?
Kak Nisa : merapu apa. Mak Esah dah lama meninggal bonda.
Bonda : Tak, tadi ada. Mak Esah panggil bonda( sambil menangis)
Aku Dan Kak Nisa memandang sesama kami dengan riaksi yang menakutkan.
Kalau awak semua nak tahu, bonda pernah tinggal dengan Mak Esah. Mak Esah ni seorang bomoh. Sebab tu aku dengan kak Nisa sedikit cuak and berdiri bulu roma bila mana bonda menyebut nama Mak Esah.
Sepanjang bonda dalam keadaan yang tak nak normal tu, bonda nak aku ja jaga dia, teman dia. Dengan kak Nisa dia x mau langsung sebab kak Nisa ni kuat bebel. Aku dah mula takut nak mendekatkan diri dengan bonda. Sebab Masih aku terngiang kata ustazah, ‘ benda’ tuh datang semula ke dalam badan bonda. Aku dok fikir aku jaga jin pulak. Haha
Hari demi hari, keadaan bonda tiada perubahan. Ustazah pula yang nak datang tempoh hari, asyik tertangguh sahaja dek kerana ada saja halangan. Anak demam la, dia tak sihat la dan macam macam lagi la. Macam ‘ benda’ tuh kacau ustazah tak bagi datang sini.
Tapi satu hari tu, ustazah datang juga rumah aku. ‘benda’ tu makin menjadi jadi.Ustazah tak mahu benda ni menjadi makin teruk.
Ustazah berborak dengan bonda. Apa butir perbualan mereka aku tak pasti. Aku nampak ustazah cuba menatap bonda sambil, tetapi bonda larikan pandang.
Ustazah : sedia kan 1 bekas kosong, pintu dapur Dan pintu hadapan tolong buka ye. Laluan utama jangan halang.
Ustazah memulakan rawatan. Ustazah memegang kepala bonda sambil membacakan sesuatu. Perbualan bonda dan ustazah pun bermula. Masa ni bonda dah waras. Tak macam budak budak dah
Ustazah : benda ni tak mau keluar dari badan ni. Ada simpan benda ka?
Bonda : Tak ada pun
Ustazah : tipu? Baik jujur.
Bonda : Tak ada benda pun. Cuma Mak Esah pernah bagi satu benda ni ja. Dia kata pelindung diri. Aku tak mau. Dia bagi juga. Nak jaga hati dia, aku ambil juga.
Ustazah : ada mana benda tu?
Bonda : aku dah buang. ( sambil bonda memandang ke bilik aku)
Ustazah : Qaysara, masuk bilik tengok atas almari ada benda pelik pelik tak. Macam tangkai ke.
Aku cuba selongkar, tapi tak ada. Aku selongkar bilik bonda dan kak Nisa pun tak ada. Benda yang bonda terima ni macam satu botol kecil ja.. Ukuran dia dalam 5cm macam tu.. Siap dengan satu kertas tulisan siam.
Aku tahu rupa benda yang bonda terima dari Mak Esah, sebab aku pernah nampak benda ni… And aku Tanya bonda, bonda cakap
Bonda : entah la.. Mak Esah bagi suruh simpan and baca ayat tu, Kalau x ambil kecik hati pulak dia. Dia dah macam mak bonda dah
Aku : dah tu bonda selalu baca ayat ni ke?
Bonda :Tak pun. Tak sempat. Lagi pun tulisan siam. Mana bonda tahu baca.
Masa tu aku baru umur 14 tahun… So macam blurr ja.. Aku buat tak tahu ja. Aku andaikan benda ni benda biasa
Baru aku tahu apa benda tuh.
Ustazah Tanya bonda lagi.
Ustazah : benda ni hang terima dari orang, sekarang aku tanya benda ni mana p? Mana hang simpan?
Bonda : aku dah buang lama dah. Dah Tak ada dengan aku.
Ustazah : bohong
Bonda : betul. Aku dah buang.
Ustazah : hang nak simpan benda ni terus ka? Hang nak jaga dia ka?
Bonda : aku tak mau. Aku dah sakit lama Sangat. Buang dia dari aku aku.
Ustazah angguk dan memulakan proses membuang saka. ‘benda’ ni Sangat degil Dan susah nak buang. Ustazah sampai rebah Dan menangis. Sekali lagi kami semua diminta baca yassin sambil ustazah merawat.
Akhirnya bonda muntah ke dalam bekas yang kami sedia kan. Tapi tiada apa yang keluar. Hanya kahak biasa. Dan ustazah kata alhamdulillah badan bonda dah betul betul bersih. ‘benda’ tu dah keluar melalui kahak tadi tu. Dah tak ada yang berkongsi jasad dengan bonda. Tiada lagi saka dari mak Esah
Selepas saka mak Esah dibuang.. Keesokkan hari nya, ustazah Hanum datang lagi ke rumah aku. Kata Ustazah, bonda juga terkena santau yang dihantar oleh saudara aku sendiri.
Masa proses membuang santau ni aku tak dak. So aku tak boleh cerita macam mana proses dia.
Nek Kiah? Nek Kiah dan Tok Daud dah meninggal dunia. Sebelum Mereka menghembuskan nafas terakhir, Mereka mengaku, Mereka ada mengantar sesuatu ke bonda untuk buat bonda jatuh sakit. Mereka iri sebab semua sanjung bonda. Bonda baik dengan semua orang menyebabkan semua orang sayang bonda.
Alhamdulillah sekarang bonda dah sihat. Kalau sakit pun, sakit sebab buah pinggang ja.
So setakat ni sahaja pengalaman aku pasal Bukan Bonda. Terima kasih sebab sudi baca walau panjang.
Alvida,
Assalamualaikum…
Okay… Sebenarnya saya ingat Tak nak karang lagi part 4… Sebab busy sikit… Tapi ramai yang minta… Jadi saya Cuba cari masa jugak untuk cerita. Terima kasih admin sudi published cerita saya.
Nek Kiah & Tok Daud : Assalamualaikum
Maksu : Waalaikumummsalam… Nek Kiah, Tok Daud… Masuk la…
Nek Kiah masuk terus mendapatkan bonda.
Maksu : Araa, Nek Kiah dengan Tok Daud datang tu….
Aku bersalaman dengan Nek Kiah dan Tok Daud.
Aku terus genggam tangan bonda sambil mengalunkan bacaan yassin… Nek Kiah hanya memandangku dengan riak tak puas hati.
Selesai sahaja aku membaca yassin, terus aku ke dapur untuk ambil segelas air buat bonda. Sepupu aku menghampiri aku Dan bertanya,
Marsha : Kak Ara, kenapa eh Sha macam takut la kalau tengok Nek Kiah.
Aku : Dah kenapa pulak yang nak takut ni.
Marsha : Tak tahu la. Tapi bila Sha pandang dia, eei.. Berdiri bulu roma Sha tahu tak. Tapi mungkin sebab Sha dah lama x jumpa dia kot.
Aku diam dan terfikir. Aku dapat rasa kan yang Nek Kiah secara tak langsung terlibat dan bertanggungjawab atas apa yang jadi dekat bonda ni.
Aku kembali ke tempat bonda semula. Aku lihat Nek Kiah dah menggenggam tangan bonda sambil mengusap kepala bonda seperti berbisik sesuatu. Aku tergamam.
Ya. Salah aku dah membiarkan bonda bersendirian dengan Nek Kiah. Aku terus mendapatkan bonda dan Nek Kiah hanya tersenyum kepada aku.
Setengah jam selepas itu, ustazah Hanum datang semula ke rumah aku.
Kata ustazah dia hanya ingin melawat bonda.
Ustazah berborak dengan bonda, tetiba bonda mengadu, yang jari dan dadanya sakit semula. Ustazah sedapkan hati bonda yang bekas berubat semalam Masih tersisa.
Ustazah menarik aku ke tempat yang agak sedikit privacy.
Ustazah : Qaysara, benda tu datang balik. Maksudnya, orang yang dengki dengan bonda ada sini
Aku : yeke ustazah? Siapa? Ustazah nak berubat sekarang ke?
Ustazah : siapa dia tu lambat laun Qaysara tahu. Ustazah Tak boleh berubat hari ni, sebab orang ramai. Hari lain ustazah datang lagi Dan berubat.
Alahai, ustazah pun dah macam kak Nisa nak berahsia bagai ni. Geram pulak aku.. Apa hal semua pakat nak berahsia ni. Gitau je la terus terang.
Setelah itu ustazah pun pulang.
Nek Kiah masih disini menemani bonda hingga ke petang.
Keesokkan hari nya, aku dan kak Nisa pergi kerja seperti biasa.
Pukul 2 petang, aku menerina kiriman Whatsapp dari maksu aku.
Sebuah video di mana bonda dah bangun dan sedang melipat kain.
Alhamdulillah. Bonda dah boleh Jalan.
Petang tu aku pulang dari tempat kerja. Terus aku mendapatkan bonda.
Tapi yang sedihnya, bonda yang sekarang bukan lagi macam bonda yang dulu.
Bonda dah jadi kebudakkan. Yang suka merapu.
Yang suka cakap bukan bukan. Suka gelak. Kalau makan tu kawal dia sorang ja. Tak boleh ambil makanan dia. Takut habis katanya.
Siapa saja yang tak sedih Kalau tengok dia dalam keadaan macam tu.
Setiap malam aku dan kak Nisa akan menemani bonda tidur.
Malam tu, sekali lagi bonda meracau. Meracau memanggil ibunya yang dah sudah lama meninggal dunia.
Bonda : tadi Mak Esah mai ka?
Kak Nisa : merapu apa. Mak Esah dah lama meninggal bonda.
Bonda : Tak, tadi ada. ( sambil menangis)
Aku Dan Kak Nisa memandang sesama kami dengan riaksi yang menakutkan.
Kalau awak semua nak tahu, bonda pernah tinggal dengan Mak Esah. Mak Esah ni seorang bomoh. Sebab tu aku dengan kak Nisa sedikit cuak and berdiri bulu roma bila mana bonda menyebut nama Mak Esah.
Sepanjang bonda dalam keadaan yang tak nak normal tu, bonda nak aku ja jaga dia, teman dia. Dengan kak Nisa aku dia x mau langsung sebab kak Nisa ni kuat bebel. Aku dah mula takut nak mendekatkan diri dengan bonda. Sebab Masih aku terngiang kata ustazah, ‘ benda’ tuh datang semula ke dalam badan bonda.
Hari demi hari, keadaan bonda tiada perubahan. Ustazah pula yang nak datang tempoh hari, asyik tertangguh sahaja dek kerana ada saja halangan. Anak demam la, dia Tak sihat la dan macam macam lagi la. Macam ‘ benda’ tuh kacau ustazah tak bagi datang sini.
Tapi satu hari tu, ustazah datang juga rumah aku. ‘benda’ tu makin menjadi jadi.
Petang tu ustazah datang rumah, ustazah berborak dengan bonda. Apa butir perbualan mereka aku tak pasti. Aku nampak ustazah cuba menatap bonda sambil, tetapi bonda larikan pandang.
Ustazah : sedia kan 1 bekas kosong, pintu dapur Dan pintu hadapan tolong buka ye. Laluan utama jangan halang.
Ustazah memulakan rawatan. Ustazah memegang kepala bonda sambil membacakan sesuatu. Perbualan bonda dan ustazah pun bermula. Masa ni bonda dah waras. Tak macam budak budak dah
Ustazah : benda ni tak mau keluar dari badan ni. Ada simpan benda ka?
Bonda : Tak ada pun
Ustazah : tipu? Baik jujur.
Bonda : Tak ada benda pun. Cuma Mak Esah pernah bagi satu benda ni ja. Dia kata pelindung diri. Aku tak mau. Dia bagi juga. Nak jaga hati dia, aku ambil juga.
Ustazah : ada mana benda tu?
Bonda : aku dah buang. ( sambil bonda memandang ke bilik aku)
Ustazah : Qaysara, masuk bilik tengok atas almari ada benda pelik pelik Tak. Macam tangkai ke.
Aku cuba selongkar, tapi tak ada. Aku selongkar bilik bonda dan kak Nisa pun tak ada. Benda yang bonda terima ni macam satu botol kecil ja.. Ukuran dia dalam 5cm macam tu.. Siap dengan satu kertas tulisan siam.
Aku tahu rupa benda yang bonda terima dari Mak Esah, sebab aku pernah nampak benda ni… And aku Tanya bonda, bonda cakap
Bonda : entah la.. Mak Esah bagi suruh simpan and baca ayat tu, Kalau x ambil kecik hati pulak…
Aku : dah tu bonda selalu baca ayat ni ke?
Bonda :Tak pun. Tak sempat. Lagi pun tulisan siam. Mana bonda tahu baca.
Masa tu aku baru umur 14 tahun… So macam blurr ja.. Aku buat tak tahu ja.
Baru aku tahu sampai sekarang effect dia.
Ustazah Tanya bonda lagi.
Ustazah : benda ni hang terima dari orang, sekarang aku Tanya benda ni mana p?
Bonda : aku dah buang lama dah. Dah Tak ada dengan aku.
Ustazah : bohong
Bonda : betul. Aku dah buang.
Ustazah : hang nak simpan benda ni terus ka? Hang nak jaga dia ka?
Bonda : aku tak mau. Aku dah sakit lama Sangat. Buang dia dari aku aku.
Ustazah angguk dan memulakan proses membuang saka. ‘benda’ ni Sangat degil Dan susah nak buang. Ustazah sampai rebah Dan menangis. Sekali lagi kami semua diminta baca yassin sambil ustazah merawat.
Akhirnya bonda muntah. Tapi tiada apa yang keluar. Hanya kahak biasa. Dan ustazah kata alhamdulillah badan bonda dah betul betul bersih. ‘benda’ dah keluar melalui kahak tadi tu. Dah tak ada yang berkongsi jasad dengan bonda. Tiada lagi saka dari mak Esah
Selepas saka mak Esah dibuang.. Keesokkan hari nya, ustazah Hanum datang lagi ke rumah bonda. Kata Ustazah, bonda juga terkena santau yang dihantar oleh saudara aku sendiri.
Masa proses membuang santau ni aku tak dak. So aku tak boleh cerita macam mana proses dia.
Nek Kiah? Nek Kiah dan Tok Daud dah meninggal dunia. Sebelum Mereka menghembuskan nafas terakhir, Mereka mengaku, Mereka ada mengantar sesuatu ke bonda untuk buat bonda jatuh sakit. Mereka iri sebab semua sanjung bonda. Bonda baik dengan semua orang menyebabkan semua orang sayang bonda.
Alhamdulillah sekarang bonda dah sihat. Kalau sakit pun, sakit sebab buah pinggang ja.
So setakat ni sahaja pengalaman aku pasal Bukan Bonda. Terima kasih sebab sudi baca walau panjang.
Alvida,
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Dah habisss..tq ara.moga kehidupan bonda,awak sekeluarga sentiasa dilindungi dan diberkati.
Aamiin.. Tq sudi baca dari awal sampai habis… Maaf Kalau ada yang timbul kekeliruan je apa ke.. Sebab saya banyak ringkaskan… Kalau ikut line yg betul maybe sampai 7 part… Hehe
Akhirnya cerita yang ditunggu tunggu telah tiba
Terima kasih dah support saya… 😊
Sedihnya orng tua snggup buat mcm gitu kat kita sedangkan kita tak buat apa salah pun dngn mereka. Tpi apa2 pun semoga kita sentiasa dilindungi.
Buat ara terima kasih buat cerita mu ini BEST SANGAT.. saya suka baca..
Aamiin, Terima kasih nurul sudi baca cerita saya walau part 4 mcm kalut sikit…
Apa hubungan nek kiah dgn bonda dan penulis ye..
Saudara
Best sangat cerita awk.Semoga Bonda awak cepat sihat dan ceria selalu.aamin
Aamiin… Terima kasih awak 😊
Alaaa kalau ada masa free cerita lah lagi tau ! Syok baca cerita sis !
In Shaa Allah, Kalau ada kelapangan saya cerita lagi 😊
boleh saya dapat kan no ustazah tue x .
Awak nak berubat ke? Ustazah tu skrang x sihat…. Tengah sakit
Akhirnye,tamat jgk.semoga keluarga penulis sentiase dilindungi Allah.klu smpat,smpaikn salam sy pd bonda penulis ye.semoga die cpt sihat
Terima kasih ummi dah follow dari part 1, aamiin, bonda pun kirim salam kat ummi ni
Selesai dah… alhamdulillah.. semua pulllih sedia kala… bonda bgai m**i hidup semula… dugaan demi dugaan kami hadapi sama sama…bonda tetap kesayangan selain mak dan ayah…
Betul tu kak Nisa
Kasihan Bonda..Patutnya bila orang tu baik kita rasa bersyukur dan mahu jadikan diri kita lagi baik..Bukan dengki dan nak jatuhkan dia..Alhamdulillah Bonda dah tidak bersaka tidak di ‘kacau’ lagi..Semoga semuanya baik baik di dalam rahmat dan perlindungan Allah..Thanks for sharing Ara..
alhamdulillah, segalanya dah berakhir. tq phoenix sudi baca 🙂
syukurlah sudah selesai ..
alhamdilillah.
Lama tggu akhirnya habis 4 part aku baca
tq azim sudi baca
as salam…syukur Alhamdullilah….thanxs Ara kerana sudi kongsi cerita
waalaikumussalam, alhamdulillah. tq amy sudi baca 🙂
knp 2 kali part yg akhir tuu…hehee…btw crite best…alhamdulillah laa dh sihat….harap benda tuu x dtg mengacau lagi…
tu la… double paste lak.. sebab part last submit pakai fon… hehe.. maaf ye…
Alhamdulillah habis juga ceritanye 😊
Alhamdulillah.. Saya banyak skip… Yang ada orang dengar bunyi nangis masa kami baca yassin, ada banyak la jgk saya skip…
nek kiah dengan bonda tu saudara macam mana ya ? sepupu ke ?
Hehe.. Yang tuh biar lah rahsia. Tapi yang pasti saudara dekat
Alhamdulillah semua selamat.
Semoga bonda dan anak anak sihat sejahtera
Alhamdulillah, aamiin… Terima kasih 😊
Salam ara, sy nak tanya,. Ustazah yg berubat bonda awak tu masih ada lagi ke?
Waalaikumummsalam… Ada… Tapi dia dah x berapa nak sihat macam dulu dah
Bestnya!!!
Tq awak
Terbaikkkkk la cerita awk,,ending pun menarik buat pembaca tertunggu2 episode seterusnya😊😊,,semoga family awk sentiasa sihat sejahtera,,👍👍👍
Terima kasih awak.. Aamiin… Moga family awak di bawah lindungiNya juga
Boleh saya dapatkan number ustazah ini tak?
Kabhi alvida na kehna…😢😢
Terima kasih sebab sudi kongsi pengalaman ye…😊
Sama2… Tq sudi baca 😊
Best citer ara..dari part 1 sampai part 4 dk baca.smoga sentiasa sihat ara sekeluarga.
Terima kasih sudi baca. Aamiin… 😊
Kuat nyer awak ara best sgt alhamdulilah bonda dh sembuh tetibe mata masuk habuk part ustazah ckp bonda dh tak lama
Iya awak.. Sebab masa tuh, kita rasa macam bonda dah x ada..
Akhirnya terjawab.. Semoga Ara dan keluarga sentiasa dilindungiNya.. aamiin.. 🙂
Terima kasih awak sudi baca cerita ni…
org skrg ni mmg xblh tgk org lain senang,mst sakit hati,xsenang duduk…asyk cri kesalahan org yg baik tu je…smpai sanggup btuhankan setan,nafsu…semoga bonda dan kluarga araa dalam lindungan Nya,amin ta robb
Aamiin… 😊
Apsal la si Bonda ni tak jadi YB ? kan semua orang sayang kat dia sampai ada yg sanggup sihir sbb cemburu. Tiap kali PRU mesti menang punya hahaha
Haha.. Pun boleh…
nek kiah tu akak bonda?mak esah tu mak angkat bonda? cerita menarik
nekk kiah bukan kakak, tapi sedara la… terima kasih 🙂
Sya smpai snggupla cri dri ig hingga ke website ni .. Tq sudi share ara .. Moga kehidupan ara dn keluarga sihat sejahtera dn sntiasa dlm lindungannya 💕 . Moral sbgai saudara mara sesama islam tk kiralah adik beradik jgnlah kita bergaduh , berdendam dn sbgainya .. Maaf memaafkan adalah jalan yg terbaik sgla msalah 👍.
aamiin.. terima kasih sudi membaca 🙂
Sedih juga bila ada keluarga sendiri buat jahat begitu..
Bagus gaya penceritaannya…
Terima Masih awak sudi baca
semoga awk dan keluarga sentiasa siht hendknya..cerita awk ni terigt dkt arwah opah yg pnh jaga sy dgn adik.xtau knpe watak bonda ni sy bole byg muka arwah opah.opah mengl sbb kanser kira meninggl muda…mcm mana arwah sakit kami tgk..saat2 akhir opah nk pg pon smpt sy tgk opah..smpaikan salam sy dkt bonda ya..
Aamiin… Semoga awak tabah ye, Terima kasih sudi baca…
In Shaa Allah saya sampai kan salam awak dekat bonda nanti…
salam…semoga bonda arra sembuh sihat selalu hendaknya…aminnn
boleh dapatkan info ustazah tu tak? atas tujuan berubat jugaa. thanks