Bukan Bonda: Pengalaman Alaina

 

PART 1 KLIK BAWAH INI:

Bukan Bonda

 

Assalamualaikum. Hai, terima kasih admin sebab published cerita saya hari tuh. Terima kasih sebab sudi baca cerita Bukan Bonda hari tu.
Okay harini Qaysara sambung part 2. Dimana malam sebelum bonda balik. Kita masuk pengalaman Alaina pulak. Alaina dengan aku memang rapat. Dia ni kira dah macam anak angkat family aku la. Aku pun dah jadi anak angkat family dia. So jangan pening kalau dia pun panggil bonda aku bonda jugak.

( Aku dalam cerita ini ialah Alaina )

Aku menerima khabar dari Araa yang bonda admit ward. Aku pun tak pasti kenapa bonda di masukkan ke hospital kerana Araa belum memaklumkan lagi kepada aku.
Sesampai aku di depan ward bilik Bonda, aku berdebar. Terasa ada yang memerhati. Aku tak jadi melangkah ke bilik. Lantas aku mengeluarkan telefon bimbit dan cuba menghubungi Araa.

β€œ hah ! buat apa tuh ? β€œ. Sergah Araa dari belakang.
β€œ Assalamualaikum Qaysara. Jangan sergah selalu. Bagi la salam dulu β€œ, ucap ku lembut.
β€œ hee, Waalaikumussalam Alaina.Maaf buat awak terkejut. Apa yang awak tercegat dekat pintu ni. Jom la masuk. Bonda mesti suka jumpa awak. Sebab awak dah lama tak datang jumpa dia ”.

Araa. Sentiasa happy walau jauh disudut hati dia siapa tahu apa yang dia rasa. Kami masuk ke bilik bonda. Setapak kaki aku melangkah, aku berdebar. Isk. Dah kenapa perlu ada rasa macam ni.

β€œ Assalamualaikum Bonda β€œ. Serentak kami berdua memberi salam.
β€œ Waalaikumussalam”. Maksu dan kak Nisa menjawab salam.

Aku atur langkah untuk bersalaman.Aku hulur tangan nak bersalaman dengan bonda. Bonda tidak menyambut huluran ku malah bonda menggeleng kepala. Aku tersentak. Cepat cepat Araa berbisik pada ku β€œAwak, tangan bonda sakit. Tak boleh sentuh β€œ. Aku hanya mengangguk.

Kami mula berborak. Tapi aku perasan, setiap kali aku pandang bonda. Bonda cuba mengelak dari bertentang mata dengan aku. Araa ada pernah bagitau aku yang sekarang bonda tak boleh bercakap. Hanya berbunyi β€œhmmm” sahaja. Oleh sebab tuh Bonda tak bersuara dan hanya mendengar perbualan kami dan senyum. Apa yang aku pelik dengan bonda hari ni. Bonda tak sepeti yang selalu aku lihat. Air muka bonda pun dah berubah. Gerak hati aku mengatakan yang ini bukan bonda. Berborak punya berborak, guard dah datang ke ward menandakan tamat sudah waktu melawat. Sebelum semua pulang, dengan tidak semena mena bonda bersuara.

Bonda : Adik, tidur dengan siapa malam ni ? Kak Nisa kan tidur sini. Takkan adik Tidur sorang ?
Araa : Sorang la kot.
Bonda : Alaina, tolong teman Araa tidur boleh ? Kesian dia tidur sorang
Alaina : In shaa Allah bonda. Aina temankan. Araa, saya balik dengan awak la ye. Tadi saya datang naik grab je.
Araa : Boleh je.

Kami semua bersalaman. Seperti tadi jugak, Bonda mengelak untuk berjabat tangan dengan kami semua. Sebelum kami keluar, aku sedikit terperanjat bila mana aku melihat yang sedang duduk diatas katil tuh bukan bonda yang selalu aku nampak.Tapi apa yang aku nampak, seorang wanita tua yang dah uzur. Bonda senyum padaku yang aku boleh dikatakan senyuman misteri la. Ada sesuatu yang tak kena yang berlaku dalam family Qaysara ni. Tak apa Araa. Malam ni Aina teman awak. Kita tengok apa yang dah jadi. Cepat-cepat aku keluarkan telefon bimbit aku untuk meminta keizinan umi.

Aku : Assalamualaikum Umi! Aina tak boleh rumah tau malam ni. Aina bermalam di rumah Araa. Bonda admit ward . Tak da yang teman dia
Umi : Waalaikumussalam. Ha ye la. Baik baik awak berdua tu. Kalau ada apa apa, call umi ye.

Sepanjang perjalan, kami hanya berbual kosong. Tapi hati aku masih berdebar . Atas sebab apa, aku tak pasti. Sesampai ja kami di rumah Araa,terasa Seperti ada yang memandang kami.

β€œ Bismillahhirohmanirrohim. Assalamualaikum β€œ. Serentak kami berdua memberi salam dan melangkah masuk. Entah kenapa terasa bulu roma berdiri. Seperti ada β€˜benda’ dalam rumah ni.

Setelah kami selesai membersihkan diri dan solat isyak. Araa mengemas tempat tidur untuk kami berdua.

Aku : Araa, dah nak tidur ke ? kita borak dulu nak ?
Araa : Mungkin dah nak tidur , mungkin belum jugak. Kenapa ? nak layan movie ka ?
Aku : Tak la. Saya nak baca buku buku awak tuh. Boleh pinjam ?
Araa : boleh ja.

Sambil aku membaca novel, sambil kami berborak. Tiba tiba terdengar pintu rumah di goncang macam ada yang nak pecah masuk. Aku pandang Araa.

β€œ Tak ada apa awak. Kucing Araa tu nak masuk β€œ. Jawab Araa Slumber. Haha. Kononnya cool la tuh. Nak sedapkan hati kita. Araa Araa. Nak sedapkan hati pun, fikir logic. Kucing awak yang satu tidur sebelah awak. Yang lagi 4 kan dah kurung dalam sangkar. Kucing apanya. Aku hanya senyum . Aku berhenti baca novel dan sambung berborak dengan Araa. Dalam hati, aku membaca beberapa p****g ayat Al Quran yang Pernah walid ajarkan kepada aku dulu sebagai pelindung diri. Selang beberapa minit, terdengar macam ada orang sedang berkemas dekat dapur. Sekali lagi Araa jawab β€œ Kucing tu β€œ. Sah. Itu bukan kucing Araa. Tu β€˜ benda’ lain.Kami sambung berborak sampai Araa terlena. Aku ? Susah aku nak lelapkan mata kalau ada benda yang tak kena disekeliling aku ni.

Aku terus menyambung baca novel. Tiba tiba aku terdengar, ada tapak kaki berjalan menuju ke dapur. Aku abaikan. Aku sambung membaca novel. Jam dinding aku perhatikan. Oh! 12.30 malam. Patut la. Waktu β€˜dia’ time macam ni. Aku abaikan bunyi dia.

Pukul 1.00 pagi, perut rasa memulas pula. Waktu waktu gini la yang dia nak buat hal pun perut ni.
Niat di hati nak kejutkan Qaysara. Tapi nyenyak pulak budak ni tidur. Tak gamak nak ganggu lena dia. Mesti dia letih. Aku beranikan diri untuk ke toilet. Semua lampu dalam rumah aku nyalakan. Sekali lagi aku dengar ada bunyi dekat dapur. Macam ada orang tengah mengemas kat dapur tu. Aku yang nak memerut tadi pun tak jadi.Terus aku menapak ke dapur. Kuat hati aku mengatakan yang β€˜benda’ tu ada dekat dapur. Setapak demi setapak aku mengatur langkah ke dapur. Suis lampu dapur aku bukak. Dan ya ! tak ada sesiapa pun. Tapi apa yang aku nampak, dapur berselerak, paip air dekat sink tu pun terbuka. Sedangkan sebelum tidur aku dan Araa dah kemas pun semuanya. Aku pun kemas semula barang yang bersepah. Tong air yang jatuh pun aku dah angkat dan lap balik lantai sampai kering. Setelah aku pastikan semua dalam keadaan kemas dan bersih, aku mengatur langkah ke bilik tidur.

Pukul 3.00 pagi, aku masih tak dapat nak lelapkan mata aku. Terasa ada yang memerhati. Hati aku terasa berdebar. Aku berzikir dan beberapa p****g ayat suci Al Quran aku alunkan untuk hilangkan rasa berdebar dihati.
Tiba tiba , β€œ prank !!!!! β€œ Bunyi kaca jatuh. Ha sudah. Dia buat hal lagi. Tak cukup dengan tu, bunyi macam ada tong air jatuh. Aku memandang Araa di sebelah. Tak sedar ke dia ni. Sebab bunyi kuat macam ni. Tidur m**i ke? Lepas tu aku baru teringat yang si Araa ni tidur memang tak kan dengar bunyi apa dah. Sebab dia ni kalau tidur, memang jenis sumbat telinga dia dengan Ear Phone. Bunyi bom meletop pun belum tentu dia dengar.
Dah macam macam aku dengar dia bunyi. Aku pun dah malas nak ambil tahu sangat. Aku terus berzikir dan β€˜dia’ masih buat kacau dekat dapur. Pintu bilik tidur ni pun, ada bunyi orang tolak nak masuk tapi tak boleh. Aku abaikan.

Pukul 5.00 pagi, sayup sayup aku dengar orang masjid dah mula baca mengaji. Bunyi bunyi yang mengganggu aku tadi, dah tak ada. Aku ke bilik air, bersihkan diri dan berwuduk. Aku menunggu Qaysara di sejadah. Pukul 5.45 azan subuh berkumandang. Araa bangun dari tidur terus dia menapak ke bilik air untuk mandi dan berwudu’. Kami solat bersama. Selesai solat. Aku baru rasa nak tidur. Baru rasa mengantuk. Aku terus tidur dan Araa terus ke dapur.

Pukul 8.30 Araa kejutkan aku. β€œAwak, bangun lah.Sarapan jom. Kejap lagi ada nak pergi hospital kan”, dengan malas aku bangun ke bilik air dan cuci muka. Sampai di meja makan, dah siap terhidang nasi lemak dan teh o lemon. Sambil sarapan, kami berborak.

Araa : Awak, lepas makan kita ke hospital okay, hantar breakfast dekat bonda and kak nisa
Aku : boleh ja.
Araa : Awak tahu tak, tadikan masa Araa masuk dapur, dapur ni bersepah tau. Dengan tong air jatuh. Habis penuh air kat dapur. Pinggan dengan gelas pun pecah.
Aku : Bersepah ? tapi kita dah kemas kan sebelum tidur ? ( saja aku nak uji Araa )
Araa : ye la kita dah kemas. Kan Araa dah cakap kucing gaduh semalam. Tu yang bersepah.
Aku : Tapi Araa lupa ke yang semalam Araa dah kurung semua kucing Araa ?

Araa terdiam. Seperti memikirkan sesuatu. Perbualan kami terhenti dengan soalan aku tu. Lepas kami selesai makan, terus kami ke hospital. Hantar makanan.


Okay, itu saja pengalaman Alaina bermalam di rumah aku masa malam sebelum bonda aku balik rumah. Kata Alaina yang sebenarnya dok buat kacau kat dapur tu. Memang bukan kucing. Tapi β€˜benda’ tuh. Lepas 2 hari dari tu, Alaina demam. Demam yang tak nak kebah kebah. Panjang lagi cerita dia sebenarnya. Nanti kalau ada masa saya sambung lagi part Ustazah Hanum datang rumah merawat bonda aku.

Alvida ,
Araa Qaysara

Araa Qaysara

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

33 thoughts on “Bukan Bonda: Pengalaman Alaina”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.