Bukan Bonda

Apa yang berlaku beberapa bulan yang lalu sungguh tidak terduga. Sebelum ini aku sangka semua ini tak pernah wujud di alam nyata. Hanya hiburan semata mata. Setelah apa yang terjadi kepada aku serta keluarga aku tempoh hari, aku mula percaya tentang ‘kewujudannya’ di di alam ini.
Nama aku Qaysara.

Berasal dari Sungai Petani Kedah. Aku tinggal bersama seorang kakak dan seorang ibu saudara yang aku memanggilnya sebagai Bonda. Bonda , seorang wanita berusia 40-an dan masih belum berkahwin. Kami adik beradik sememangnya akrab dengan bonda. Laporan kesihatan bonda sangat tidak memuaskan.

Dia mengidap penyakit buah pinggang, kencing manis dan Pulmonary Embolism ( saluran paru paru tersekat dengan gumpalan d***h beku). Mak serta abah aku tinggal di kampung. Aku dan kakak aku berhijrah ke Bandar kerana mudah dan senang untuk kami ke tempat kerja disamping menjaga bonda aku yang sakit. Bonda aku tidak berkahwin. Jadi kami berdua diibaratkan sebagai anak-anaknya.

Alkisahnya bermula, pada bulan Ramadhan yang lalu, bonda kerap sakit. Kerap demam. Pergi jumpa doctor , doctor cakap tak da apa apa pun. Jantung dalam keadaan yang elok. Setiap kali berjumpa doctor,dia tak demam.

Balik rumah, demam. Jadi mak aku pun ikhtiar, ambil ‘air tawar’ dekat orang yang lebih ariff tentang hal macam ni (aku bagi nama dia Mak Senah la ye). Mak aku pun cerita la dekat Mak Senah apa jadi. Mak Senah minta bonda datang jumpa dia.Tapi Bonda aku menolak untuk berjumpa Mak Senah.Katanya dia dalam keadaan sihat.. Dia minum ‘air tawar’ tu nanti baik la.

Bonda aku akan okay setiap kali dia minum air tu ja. Kalau tak minum , dia demam teruk. Oh ya, Mak aku lepas pergi jumpa Mak Senah ambil ‘air tawar’, kaki mak aku lebam lebam and bengkak. Mak aku ada cakap dengan kami, yang Mak Senah bagitau dia, Bonda aku berkemungkinan kena santau, ada benda menumpang, atau ada saka. So ‘ benda tuh’ tengah kacau Bonda aku sekarang ni. Aku tak percayakan mak aku sebab bagi aku benda ni mengarut .

Guys, benda jadi masa bulan puasa. So aku bertekak la dengan mak aku yang mana ada hantu time bulan puasa. Kan semua dah kena ikat. Tapi mak aku diam ja, sebab dia malas nak bertekak dengan aku. Bila mak aku cerita , aku dengar je, tapi langsung tak percaya. Sepanjang bulan puasa tu, semua orang dalam rumah tu asyik tak sihat. Ada ja yang tak kena dengan diorang. Kecuali aku.

Dalam mimpi diorang nampak macam-macam. Yang paling teruk kena, kakak aku dengan mak aku. Mak aku asyik demam, bengkak kaki yang tetiba tak ada sebab. Kakak aku pun alami benda yang sama. Aku ? Alhamdulillah, sepanjang diorang sakit tu, aku tak ada apa apa. Sihat Alhamdulillah.

Benda ni berlarutan sampai ke 29 Ramadhan.. Kali ni aku pulak yang demam. orang raya, aku demam sampai tak bangun 3 hari jugak la. Yang lain dah sihat. Aku pulak yang demam. Masa ni kakak aku gelakkan aku. Dia cakap hantu kacau aku sampai demam lepas bulan puasa. Sungguh tidak sopan punya kakak. Bonda aku ? Ya. Dia masih demam. Kiranya selama sebulan ni dia memang demam. Tak baik langsung.

Cuti raya tamat. 27 Ogos 2018, aku dan kakak aku mula bekerja seperti biasa. Sekitar pukul 3 petang macam tuh, kakak aku call, yang Bonda aku sekarang dekat Hospital. Elok elok kakak aku sampai rumah, dia Nampak Bonda aku dah nangis. Sebab tangan dia tak boleh gerak and sakit kalau ada orang sentuh. Bawak p hospital pun, doctor tak tahu apa yang tak kena. Doctor pelik, sebab jantung , paru paru semua okay. Semua doctor pakar check tengok tak da masalah. Pakar tulang, pakar jantung. Semua kata Bonda aku dalam keadaan yang sangat sihat. Tapi diorang tak tahu kenapa dia jadi macam ni.

Aku sampai hospital, macam biasa aku hulur tangan nak salam, dia macam berdengus marah tak nak. Dia dah tak boleh cakap. Yang dia tahu , Cuma bunyi “ herggh… hmmm “ itu saja. Sebak jugak rasa, sebab pagi sebelum aku p kerja, dia siapkan bekal tengah hari untuk aku, pesan itu pesan ini. Elok petang, dia dah jadi macam ni. Malam tu , Bonda aku kena admit ward. So tinggal aku sorang ja la kat rumah. So aku ajak kawan baik aku, Alaina. Dia ni ayah dia ustaz. Ada pondok sendiri. Kira Alaina ni budak pondok la.

Malam pukul 10 macam tu, aku g ambil Alaina di rumah dia. Beli makan apa semua. Kami balik rumah. Sesampai ja kami kat rumah Alaina diam ja masuk tu. Aku tegur kenapa? Baru dia ajak berborak. Kami pun berborak la sementara mata nak pejam. Elok ja kami berborak, dengar macam ada orang tolak pintu rumah aku.

Tapi tak boleh. Sebab berkunci. Kami berdua saling berpandangan. Aku cakap Alaina. “ Tak da apa awak. Kucing Araa tu nak masuk “.Husnuzon. Padahal kepala otak fikir perompak semua ada. Alaina senyum saja. Kami pun sambung borak lagi. Kali ni , bunyi ada benda jatuh kat dapur. Memang kuat . Sekali lagi aku cakap, “ kucing tu “. Borak punya borak, akhirnya aku pun terlelap.
Aku terjaga bila azan subuh berkumandang. Niat di hati nak kejutkan Alaina. Tapi aku Nampak Alaina siap bertelekung sambil senyum menunggu aku atas sejadah.

Aku ke toilet mandi and berwuduk . Kami solat subuh sekali. Lepas solat , Alaina nak tidur. Sebab dia cakap semalam dia tak tidur. So aku tak fikir apa apa. Aku terus ke dapur nak siapkan sarapan. Elok sampai ke dapur, aku perasan lantai dapur , basah. Tong air minuman jatuh (alaa, tong air plastic uang selalu kita Nampak time kenduri orang isi air utntuk basuh tangan tu… ).

Dalam hati aku berbisik “ gaduh sakan kucing kucing aku ni “. Aku pun mulakan tugas aku masak nasi lemak. Lepas siapkan sarapan, aku ke hospital hantar sarapan untuk kakak aku dan Bonda aku. Saja aku bawak lebih nasi lemak tu. Boleh dikatakan sesuai untuk 4-5 orang makan.Masa aku hantar sarapan tuh dalam pukul 8.30 pagi.

Elok aku sampai kat rumah, dalam pukul 9 macam tu, kakak aku call aku suruh hantar nasi lemak lagi. Sebab dia cakap , Bonda aku nak lagi. Dia makan sorang dia saja. Kakak aku minta dia tak bagi ( Masa ni Bonda aku dah start boleh cakap dah). Aku agak terkejut la sebab setengah periuk nasi aku bagi dekat diorang, yang boleh makan 4-5 orang, Bonda aku sorang ja habiskan nasi tu.

Dalam pukul 10 macam tu aku p hospital balik hantar nasi lemak lagi. Elok aku masuk ja dekat ward tu. Bonda aku kata. “ Ha tu, sampai dah. Adik, bawak nasi tak ? Bonda lapar. Kakak tak bagi Bonda makan “ . Aku senyum sambil hulur bekal. Bonda aku makan dengan gelojohnya. Kakak aku usik nak ambil nasi tu sikit. Dia cekam tangan kakak aku sambil mengerang marah. Tak bagi kakak aku makan. Aku tengok dia pelik dan dengan perasaan penuh tanda tanya. “ kenapa dia macam ni ? “. Tapi aku pandang reaksi kakak aku biasa saja.

Selang beberapa minit. Maksu aku masuk ke dalam bilik ward tu. Bonda aku bersuara “ hang mai buat apa? Aku tak suka hang mai. Hang nak kacau aku kan ? aku panas ni . Adik halau perempuan ni keluar.
Aku pandang mak su aku dengan penuh tanda tanya. Mak su aku tarik aku keluar dari ward. “
Mak Su : Ara, tu bukan Bonda .
Aku : Maksud mak su?
Mak Su : Mak su pelik dengan perangai Bonda, jadi maksu jumpa orang yang pandai dalam hal ni. Orang kampong maksu. Dia bagi air yang dia dah di bacakan ayat Al-Quran ni. Mak su bagi dia minum , dan sapu ke muka dia sambil selawat. Tahu apa jadi ? Bonda mengamuk. Katil tuh bergoyang macam nak patah. Lepas pada tu dia memang tak mau jumpa maksu langsung. Setiap kali dia jumpa maksu, dia akan maki maksu. Maksu nak bawak dia berubat boleh ?
Aku : bawak la maksu. Dia pun kakak maksu.

Sejujurnya aku pun tak percaya yang benda ni boleh jadi dalam family aku. Petang tu, nurse masuk bilik Bonda aku dan cakap, Bonda aku boleh discaj dah. Sebab Bonda aku sihat. Tak ada laporan yang menyatakan Bonda aku sakit. Semua happy yang dia dah boleh discaj. Apatah lagi maksu aku. Sebab dia tak sabar nak bawak Bonda aku berubat. Sebelum discaj, biasa la. perempuan. Mesti ada nak berwefie bagai. Kononnya nak nak record semua kenangan dengan family saat happy. Aku pun ajak semua berwefie.

Bonda aku pun aku ajak dia berwefie sekali. Lepas berwefie semua. Aku tengok balik gambar yang aku ambik tu. Lepas aku tengok ja gambar tu, berdiri bulu roma aku. Tau kenapa ? hmm.. sebab yang ada dalam gambar tuh, bukan Bonda aku. Tapi Nampak seraut wajah orang tua yang dah uzur. Sambil senyum. Dan senyuman dia tuh sesuatu sangat.

Aku diam. Aku tak tunjuk dekat sesiapa pun gambar tuh. Aku pandang Bonda aku. Dia senyum dekat aku. Bukan senyum biasa wei. Senyum ada makna. Senyum senyum misteri campur seram gitu. Aku pun senyum kekok dekat dia. Dia angguk ja dan senyum lagi dan terus berlalu ke toilet nak tukar baju. Aku ? Terdiam tak terkata apa.

Okay la. Next Time aku cerita apa yang jadi malam sebelum bonda aku balik.
Alvidaa
#AraaQaysara

part 2:  KLIK di BAWAH

Bukan Bonda

Araa Qaysara

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.8]

31 thoughts on “Bukan Bonda”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.