Hi admin. assalamualaikum dan selamat sejahtera. Well aku rasa aku ada some story yang nak aku sampaikan. Aku cuma nak ceritakan je sebab dah tak tau nak cerita kat mana lagi. Kalau nak bercerita ngan jiran aku tu, dia layan dangdut je, mane lawan kisah paranormal ni.
Apa yang aku nak ceritaa kan nii bukan pasai hantu dok usik aku sana sini. Nope. Aku nak cerita pasal ‘monster’. Maybe sounds bit funny untuk korang atau pun bunyi macam tak masuk akal tapi mesti korang terfikir, monster ni wujud ke? Yup bagi aku mmg wujud tapi terpulang kat korang nak imagine kan natang ni camane. Monster yang aku nak cerita bukan pasal satu makhluk yang berbadan besar, berbulu, hodoh, bau unah (bak kata orang sarawak) dan sebagainya.
Kalau korang nak tengok monster ataupun baca sesuatu berkenaan monster yang berwatakkan sedemikian, aku cadangkan korang pergi MPH pastu beli buku ‘best bed time story for kindergarten’. Tapi monster yang aku nak cerita ni perwatakan dia takde lerr bagus sangat cuma monster yang aku nak cerita ni adalah seorang lelaki yang kacak, hensem tahap dewa sampai ramai pompuan gilerkan dia, budak pandai dan seorang yang peramah. Pelik bukan? Baiklah tanpa buang masa aku akan ceritakan berkenaan kisah ini. Moga terhibur.
Tahun 2002.
Pada jam 8:00 malam, suasana di ruang tamu hanya diisi dengan riuh rendah yang datang dari permainan video Amar yang dari tadi tidak berhenti bermain permainan video itu. Maklumlah, masih teruja mungkin kerana baru sahaja semalam dia bersama ayahnya membeli di sebuah pasar raya yang terletak di bandar selepas dipaksa oleh Amar kerana cemburu akan rakannya, Rusdi yang juga mempunyai permainan video yang canggih.
Sedang Amar leka bermain, tiba tiba suara puan Kalsom memecah dri segenap ruang dapur memanggil Amar.
“Amar! Tolong mak belikan daun bawang dan santan dekat kedai depan tu kejap”, Laungan itu hanya dibiar sepi.
Sekali lagi puan Kalsom memanggil, “Amar!” lalu menapak lah si ibu ke ruang tamu untuk memanggil anak sulungnya itu.
Terlihat si anak sedang leka bermain dan tidak peduli berkenaan suruhanya tadi, si ibu datang geram lalu berkata, “Amar! mak cakap tadi dengar takk?”.
Dijawap pula si anak, “Apa?”.
Bertambah geram pula si ibu lalu pergi ke belakang television dan tergapai gapai tangannya untuk mencapai ke arah suis. Klik. Suis ditutup, serta merta television terpadam. Amar melihat ibunya dengan penuh rasa geram. Dari matanya , nampak riak wajah itu sedang menahan marah. Ibunya hanya mengendahkan pandangan itu, bukan sekali dia lihat anaknya yg berusia 6 tahun itu beriak begitu. Kadang terbit rasa takut di dalam hati. Tetapi dibiarkan saja perasaan itu.
Puan Kalsom berkata, “Amar pergi kedai depan tu, belikan mak santan dan daun bawang. Kamu pergi ambil duit atas meja dekat dapur tu. Mak nak rehat sekejap”.
Setelah Puan Kalsom memberi arahan dengan jelas. Amar terus bangun lalu menuju ke meja yang dikatakan tadi yang terletak di dapur. Tiba sahaja di dapur, nampak 3 not wang kertas yang menunjukkan RM1 yang nampak sedikit lusuh. Diambilnya ketiga tiga not itu tadi dengan hembusan yang kuat dan kasar. Setelah mengutip not RM1 ringgit yang terakhir, terpandang di hujung matanya tempat letak segala peralatan dapur yang antaranya ada sudu, garfu, sudip dan pisau. Pisau.
Teringat kembali dia kata kata ibunya bahawa jangan bermain dan dekat dengan pisau, ia sangat tajam kerana sentiasa diasah oleh bapa. Terukir sebuah senyuman dibibirnya. Yang pasti itu bukan senyuman keseronokan, keterujaan, keikhlasan. Tetapi lebih kepada senyuman seperti orang yang mengejek, senyuman orang yang menang setelah dapat mengalahkan musuhnya dengan kejam.
Lalu dicapainya pisau itu, ditekannya jari telunjuknya yang comel itu di hujung mata pisau. ‘PSsttt’. D***h terkeluar dengan perlahan. Makin lebar pula senyuman itu. Diletakkan kembali tiga not RM1 itu dan dibawa pula pisau pemotong daging bersamanya. Dengan perlahan Amar keluar dari dapur lalu melangkah ke arah bilik ibunya. Krekkkkkk. Bunyi pintu kayu usang yang dibuka perlahan lahan.
Nampak sahaja sesusuk tubuh sedang terbaring di atas katil, membuatkan perasaan Amar teruja. Lebih teruja daripada mendapat permainan video baharu semalam. Seperti ada bisikan di telinganya dan seperti ada yang mendorong kaki kecilnya untuk menghampiri tubuh letih seorang wanita. Penat mungkin, sebelum subuh lagi sudah bangun untuk menyiapkan sarapan untuk suami yang tercinta supaya pergi kerja dengan perut yang diisi dan dengan harapan boleh menjalankan pekerjaan dengan baik.
Nampak keletihan di wajah ayu Puan Kalsom yang terbaring di atas katil itu. Sedang menutup mata sambil sebelah tangannya diletakkan di atas dahinya yang licin itu. Amar menuju perlahan ke birai katil. Setiba sahaja di tepi katil yang rendah itu, tangan kecil Amar diangkat setinggi tingginya lalu dibenamkan pisau pemotong daging tadi ke dalam perut si ibu. Menjerit si ibu akibat kesakitan dan kejutan yang tidak terduga itu. Diangkat lagi pisau, lalu dijunamkan lagi pisau itu berdekatan dengan jantung pula. Ditikamnya si ibu sehingga lemah terkulai si ibu itu.
D***h terpecik di merata rata. Sarung tilam yang tadi nya bersih sekarang sudah menjadi kolam d***h. Terdengar hembusan dan esakan terakhir di telinga kecil Amar. Dipotongnya jari ibu si ibu tadi. Mungkin juga bertujuan untuk membuat kenang kenangan. Memang benar kata ibu dulu, pisau itu memang tajam. Kalaulah si ibu tahu pisau pemotong daging itu bisa mencincang dangingnya sendiri sehingga lumat, mungkin sudah ditanamnya pisau yang tajam itu. Tidak sangka pisau yang selama ini dijadikan pemotong daging dan ikan, kini sudah menjadi pisau pemotong daging sendiri
Dengan senyuman yang tidak lekang dibibir, Amar keluar menuju ke arah dapur lalu dibersihkan tangannya dan pisau tadi. Selesai membasuh, Amar terus menuju ke suis plag dan dihidupkan kembali television tadi lalu menyambung permainan videonya tadi. Terasa sedikit perit ditelinganya akibat dari jeritan ibunya yang terseksa menahan kesakitan sebentar tadi. Sekali sekala dia menjeling ke arah pisau pemotong daging di sebelahnya. Jam sudah menginjak pada jam 9:30 malam. Terdengar bunyi derapan kaki dari tangga luar rumah menandakan ada orang sedang menaiki untuk masuk ke rumah. Amar yang berada diruang tamu sudah mengagak siapakah gerangan yang datang itu. Bapak.
Jari kecil Amar tidak lekang daripada menekan punat punat yang ada untuk mengawal permainan video itu. Sedang rancak bermain, terbuka luas daun pintu. Bapanya Encik hanif masuk ke dalam rumah lalu menutup kembali daun pintu itu lalu di kunci nya menggunakan mangga.
“Belom tido lagi anak bapak ni?” Mana mak?”, sapa bapanya yang baru pulang dari kerja.
“Mak dalam bilik”, jawap Amar tanpa menoleh ke arah bapanya itu. Encik Hanafi terhidu sesuatu. Seperti bau d***h lembu. Semakin dekat dengan bilik bahagia Puan Kalsom dan Encik Hanif, bau itu tadi semakin kuat dan kuat. Terdapat beberapa titis d***h di atas lantai.
Akibat rasa yang tidak enak itu, Encik Hanif bergegas menuju ke arah bilik. Sebaik sahaja tiba di hadapan bilik, daun pintu itu dibuka dengan perlahan lahan lalu ternampak sekujur tubuh sedang terbaring di atas tilam. Tenang sahaja tubuh itu terbaring di situ walaupun sedang dipenuhi dengan d***h.
Terjerit Encik Hanif lalu tersungkur rebah. Dengan semangat yang bersisa, bangun lah Encik Hanif tadi lalu mendekati ke arah tubuh isterinya yang tercinta lalu dipanggil ya nama itu berulang kali. Amar yang memerhati dari belakang sejak tadi tidak menunggu lama lagi, terus dia berlari ke arah bapanya lalu pisau di tangannya juga telah dijunamkan ke arah bapanya di bahagian leher. Sama seperti ibu. Ditikamnya berkali kali lalu rebahlah si bapa tadi. Reaksi yang sama setelah melakukan perkara yang sama. Amar sekadar tersenyum suka. Dengan perlahan Amar berjalan ke arah pintu. Terdengar di cuping telinganya hembusan tercungap cungap si ayah yang sedang menahan perit itu. Tidak berkesan.
Hmmm. Detik hati kecil Amar. Lalu sepantas kilat dia menikam ayahnya lagi. Tidak cukup dengan itu, kerusi kayu berdekatan di meja solek ibu di lontar ke arah bapanya, bukan itu sahaja, digapainya pula saterika berat yang terletak di atas almari itu lalu dibalingnya seterika itu ke arah bapanya. Dengan tenaga yang ada pada Amar, seterika itu dihayunkan lagi ke arah muka Encik Hanif sehingga pecah dan hancur…..
Okay tu dah tamat. Sebenarnya kisah ni pasal manusia psychopath.Si Amar ni tadi memang psycho. Dari 6 tahun dia dah bejinak jinak dengan dunia psycho dia tu. So kisah ni banyak sambungan senanya. Okaylah terima kasih bubye
- hantar kisah anda:Ā fiksyenshasha.com/submit
Uish..seramnya..smbnglh lgi
true story ke ni..kalau betul skrg amar ada kt mana???
Of course la bukan true story lol.
POYO
Macam senang sangat budak 6 tahu nak tikam leher bapak dia.. tinggi betul dia.
kn tersungkur rebah sbb terkejut.. so ade peluang laa si amar yg bru berusia 6thun tu tikam leher bapak dia
Mcm tipu je
budak 6 tahun suruh pergi kedai beli barang?
Aku 5 tahun disuruh belajar, lagi terok dari beli barang hmmmmmmm
Ngeri…aku kalau baca something,aku bayangkan juga
physco tak b***h org macam tu . Tak best , pisau tajam cucuk sekali sakit tak panjang tapi kalau pisau tumpul kau akan tahu betapa sakit dan seksa nya rasa dia . lucu la story kau ni
Tapi kan best jgk kalau jadi physco…šaku pun kadangĀ² nak jgk sekali sekala jadi physco..hihihiš