Bukit Batu Putih

Assalamualaikum semua. Firstly, aku nak cakap terima kasih dkt admin kalau dia approve cerita ni. Huhu. Tatau la kisah aku ni nak kategorikan seram ke idok tapi bagi aku, ni seram + kenangan manis yang terjadi dalam hidup aku.

Kisahnya bermula masa aku last semester diploma and dekat nak final exam time tu. Macam biasa bila dekat final exam kelas dah banyak settle down. Kira untuk org pandai2 ni musim study week. Tapi kitorang “jimba week”. Student dengan last minutes plan memang takleh dipisahkan. So 13 orang ni buat hal nak g hiking time petang dkt Batu Putih, Port Dickson. Tunggu punya tunggu semasing siap ada la dalam jam 6 petang kitorang baru gerak. Since tmpt study kitorng pun tak la berapa jauh dengan tmpt ni, selamat sampai jam 6.30pm++ gitu. Memandangkan Batu Putih ni takla berapa susah track dia, tiada sebarang kerisauan yang timbul time tu. Dengan suasana riang ria hari raya kami pun start pendakian. Tapi kami tak guna track jalan tar (yg pernah pergi mesti tau). Kami masuk ikut jalan hutan. Konon nak dpt feel hiking betul2 gittew. Alhamdulillah, kami sampai puncak ngam ngam azan maghrib. Punya tak senonoh perangai maghrib2 pun tak reti duduk rumah. ? maafkan kami. D***h muda time ni. Semua benda nak cuba.

Sampai puncak tu, bukan ada kami ja. Ada la orang jugak. Amek gambar semua. Tak lama pun duduk kt puncak tu. Dalam 7.30pm gitu kitorang dah nak turun dah. Time ni ada pasangan couple ni pun baru nak turun. Jarak dia dengan kami dalam 3-4 langkah ja masa tu. Dah turun dari batu2 tu, tetiba jalan nak keluar (decide balik ikut jalan tar) tu yg sepatutnya bercabang dua tinggal satu jalan je. Satu lagi jalan m**i yang ada satu batu besar gila. So kami ikut jela satu2 nya jalan yang ada tu. Tapi time tu tetiba ja kami lost orang depan (couple tadi) yg jarak tak sampai 3-4 langkah dari kami. Tapi fikiran positif time tu. Oh mungkin diorang jalan laju kot. Kami pun teruskan perjalanan. Jalan jalan dan jalan. Tetiba dgr bunyi ombak. Dah start pelik. Setahu aku (yg pernah pergi) jalan ni akan terus tembus ke jalan tar. Sebab jumpa semua tanda jalan mcm nak ke jalan tar tu. But at that time, kami turun balik ke laut dan keluar ikut satu tempat yg viral nampak “akak ponti” ritu. Start situ kami dah pelik dan ada gangguan sikit2 dah.

Antara gangguan yang kami terima, ada antara kami kena belai dibahu, ditelinga dan tangan. Ada yg berdengus sebelah telinga. Dan masa turun ke jalan laut tu, ada yang dengar bunyi orang ketawa dari hutan. Time tu memang decide nak ikut jalan laut yang terus keluar dkt blue lagoon tu. Taknak dah masuk hutan dan cari jalan ke jalan tar tu. Dan kemuncak pertunjukan diorang bila salah seorang dari kami dirasuk. Memula kitorang tak perasan pun. Tapi secara tiba2, si Z ni yg ada kt belakang boleh jalan dgn laju dan bahagia dkt batu2 karang tu.

Kitorang ni pun tergolek2 nak balance kan diri semasing dia boleh je rileks jalan mcm atas jalan tar. Kau rasa? Bila kitorang panggil dia ni, dia boleh buat tatau dan jalan menonong mcm dia dah biasa dengan jalan tu. Tetiba salah seorang dari kami menjerit suruh kejar si Z ni. Sebab si Z ni dah bersedia dgn aksi untuk terjun kelaut. Nasib baik kawan kami si P ni sempat kejar dan tahan dia dari terjun. Masa ni benda tu tunjuk siapa dia. Berpinar jugak mata si P ni sebab kena penampar sampai tercabut spek membe. Dia mula menjerit tak tentu arah. ‘Kau kacau tempat aku’. Berdebar dah masing2 time ni. Kawan2 lelaki kami dah start pegang si Z yg meronta tak tentu hala ni. Berkat belajar di kolej islam, ada la sikit2 ilmu yg kami ada. Si D azankan dan baca surah. Tapi benda tu boleh gelak ja. Bila tanya apa kau nak, dia boleh jawab ‘aku suka dia’. Tadi kata kita kacau tempat dia ni tetiba kata suka dekat kawan kami pulak.

Kawan2 perempuan yg lain takyah cakap la. Ada yang menggeletar tapi buat rilek. Dan kami ditenangkan oleh hero gadis. Jasamu dikenang. Selepas beberapa ketika kami dapat kawal sikit benda ni. Kami cuba bawak dia kedarat. Bayangkan, dengan lalu dalam air laut yang paras pinggang dan kau memapah orang yang ada benda dalam badan dia. Si Z ni kecik je orangnya tapi time tu dia lebih berat dari orang yang berisi. Sengal2 pinggang. 3-4 kali tukar orang tolong papah. Dan nasib baik jugak dia tak buat hal mengamuk dalam laut tu. Kalau tak, masak kami. Dan mungkin dia bekerjasama nak naik darat konon dia ingat kami nak bawak dia balik. Mana mungkin. Kami awal2 dah minta bantuan dgn kawan lain. Nasib baik jugak ada line dkt kawasan tu.

Alhamdulillah akhirnya kami semua selamat sampai dkt pantai blue lagoon tu. Walaupun ada 2 biji telefon yang terkorban. Kami papah si Z ni sampai ke kereta. Dan masa tu dia boleh buat macam dah okay. Siap cakap lapar lagi. Tapi kami rilek. Kami pujuk dia lepak jap padahal tengah tunggu bantuan sampai. Time tu jugak dia ada merayu nak balik tapi pandang arah laut. Bila kawan kami syahadah dkt telinga dia. Dia takmau ikut. Ha nampak sgt berlakon tu. Tak lama lepastu, bantuan sampai. Bantuan ni kita panggil dia Abang M. Sampai ja abang M, dia baru nak start baca bismillah. Si Z ni dah menggelupur nak lari masuk hutan. Bayangkan 6 orang lelaki pegang semua terlepas. Kuat tak kuat. Time tu la dia start balik memekik meracau.

Sampaikan ada sorang pakcik ni yg duduk menetap dkt hotel sebelah tu tegur apa yang jadi. Kami terangkan dari A-Z. Pakcik tu pun willing untuk nak bantu kami. Dia kata ni kejadian dah biasa berlaku dekat sini. So takda la kami serba salah sangat buat kerja masuk hutan ni tgh2 senja. Hehe. Alhamdulillah, pakcik tu tolong dan benda tu pun keluar. Kawan kami pun selamat sedar. Sedar2 ja dia menangis kata kami tinggalkan dia sorang2 dalam hutan tu.

Lepas settle tu semua, kami tak terus balik ke kolej. Kami lajak tumpang ke rumah kawan kami yang ayah dia ada buat perubatan islam. Takut2 la ada juga yang mengikut kan. Alhamdulillah, kes selesai tanpa ada masalah lain. Kami tanya jugak dekat si Z ni start bila dia rasa kami tinggalkan dia, rupanya dia kata masa turun ke laut tu, dia nampak ada benda bertenggek dkt batu dan start dari situ dia jadi gelap dan rasa kena tinggal sorang2 dalam hutan tu.

Kisah aku ni mungkin la tak seram. Tapi pengajarannya disini, nak hiking boleh. Tapi kena la masa yang sesuai. Jangan jadi mcm kami naik bukit masuk hutan maghrib2. Dunia ni kita berkongsi. Dan bila jadi benda gini, semua kena bersatu padu. InshaAllah tiada masalah lain yang akan timbul. Dari pengalaman ni jugak mengajar aku erti persahabatan. Masa kejadian, takda sorang pun yang menyalahkan satu sama lain. Semua bersatu padu dan tolong menolong. Yang selama ni penakut, haritu dia berani.

Terima kasih Allah sebab turunkan ujian ni kepada kami semua sebab kami dapat hikmah dan pengajaran dari kisah ni. Sekian. Terima kasih sudi membaca.

Cik M

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

13 thoughts on “Bukit Batu Putih”

    • ramai manusia berbilion orang yg mungkin akan mengalami pengalaman hampir sama, tempat yg sama, wktu yg sama. cuma org je berbeza…. bukan 1 hantu 1 manusia…. 1 hantu kacau byk manusia… haihhh… so no wonder la kalo ade org post mende sama… dah tu pengalaman dorg… kan?

      Reply
  1. “Berkat belajar di kolej islam, ada la sikit2 ilmu yg kami ada.”

    So dah belajar dari kesilapan kan? Huu..

    Reply
  2. huuuiiiii takut nye…. dulu pernah jugak hiking bukit ni…b2 je dengan member….alhamdulillah xkene pape time tu…huhuhu

    Reply
  3. Lain Kali nak berecerita tak payah pakai nama A,B,C,D,E,F,G,H,I,J,K,L,M,N,O,P,Q,R,S,T,U,V,W,X,Y,Z.

    EKAU BUBOH JE NAMA BEDAH, SEMAN, AMIN, ALI, ABU ,TIMAH, JOYAH, FATTAH, AMIN.

    BARU SENANG ORANG NAK BAYANGKAN. NI BUBOH Z, P, D..
    TAKTAU MANA JANTINA MANA KELAMINNYA ORANG NAK BAYANG.

    BUAT NYA ORANG FIKIR Z TU ZETTY, P TU PUAD. DAH TIMBUL PITNAH SI PUAD NI PI PEGANG ZETTY. HAAAA
    KBYE

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.