Bukit Ini

Saya masih ingat ketika berada di alam remaja. Saya dan rakan2 gemar mengejar tengelung iaitu panggilan masyarakat kami. Ada sesetengah tempat memanggil penanggal. Kedua2 ini sama saja. Kami akan meredah hutan koko yang kini menjadi tempat riadah yang setiap pagi tokcik kunjungi. Di situ banyak tengelung berterbangan pada waktu malam.

Menurut kata orang tua-tua, tengelung tu bukan hantu tapi manusia yang mempelajari ilmu hitam. Sebab itu kami jadi berani. Kami anggap dia sama seperti kami. Badannya hanya separuh saja. Bawah pada perutnya hanya ada usus perut yang berapi. Itu yang kami nampak.

Kami telah mendapat kata sepakat untuk menerjah tempat tengelung yang mempelajari ilmu hitam di mana pondoknya terdapat di atas puncak bukit. Siangnya kami telah sedia pelepah pokok sawit yang berduri. Tujuannya ialah jika di serangnya kami, maka pelepah kelapa sawit yang berduri akan kami guna menarik ususnya yang terjuntai. Begitu senangnya plan kami. Kami tak pernah takut bahaya yang akan menimpa. Kami terlalu ghairah nak tahu siapa dia pengamal ilmu hitam.

Selepas maghrib, kami yang seramai 6 orang meredah hutan koko menaiki anak bukit menuju ke puncak. Akhirnya dari cahaya cerah langit, kami melihat sebuah pondok usang. Kami merapati pondok lalu mengintai celah-celah dinding yang renggang agar dapat melihat apa yang ada di dalam. Keadaan di dalamnya begitu gelap dan kami tak nampak.

Tiba2 seorang rakan bersuara bila melihat seekor tengelung terbang kearah kami..
” Eeeeeeee……” Dia mengeluarkan suaranya. Mungkin marah tempatnya telah di ceroboh. Kami masih ingat akan kata orang tua-tua yang lebih berpengalaman dari kami…
” Tengelung ni ayaq perut dia cukup bisa. Kalau kita terkena ayaq bisa dia, mesti badan akan jadi kudis buta.” Itulah kata-kata Pak Shariff kepada kami ketika bercerita pengelamannya berjumpa tengelung.

” Laghi oiii…..” Saya bersuara. maka kami semua terus berlari mengikut anak kaki masing-masing. Saya dan seorang rakan meredah bukit dan tak tahu kemana hala kaki ini melangkah. Rakan saya sambil berlari membawa lampu suluh sudah beberapa kali jatuh tersungkur bila tersadung akar.

Kami berhenti bila dapat merasakan yang tengelung tidak lagi mengejar kami. Kami berehat dia atas batu. Rakan saya menyuluh sekeliling tempat kami berhenti..
” Diman….Kita ada atas jirat cina. ” Terkejut saya bila tersedar kami berada di jirat cina di Kongsi 10. Apalagi kami berdua pun turun menuju jalan raya yang sunyi.

Kami berjalan pulang dan menanti rakan-rakan yang lain. Datang seorang demi seorang ke markas kami iaitu bawah pokok ciku. Masing2 memceritakan pengalaman masing2 sambil ketawa gembira. Pengalaman yang susah di cari hingga kini.

Masa demi masa silih berganti. Kami semua telah berkeluarga. Tempat-tempat sejarah kami semakin berubah mengikut peredaran masa. Hutan koko kini di jadikan taman rekraeasi untuk penduduk. Di situlah saya dan isteri riadah, membawa cucu bermain.

Bukit yang kami daki kini telah menjadi kebun durian dan sebahagiannya menjadi laluan kereta masuk. Tempat dia amat terpencil. Jalannya di jadikan track untuk joging. Memang amat sesuai. Saya pula menjadikan tempat itu untuk mendapatkan batang pisang dan daun pisang. Sedap bila isteri buat gulai daging batang pisang. Daun pisang pula di gunakan untuk membalut ketupat, pulut udang, lepat dan banyak lagi.
Sudah beberapa kali saya kesitu mengambil batang pisang dan daun. Saya masih ingat akan kata-kata seoarng kawan yang mempunyai kebun durian di situ.

” Kebun aku ni kadang bau orang dok masak. Kadang-kadang bau wangi. Kalau waktu malam waktu tunggu buah durian, pernah terdengar seperti orang berjalan dan berbual-bual.” Kata Allahyarham Pak Syeh. Di kebunnya ada sebuah telaga. Ia di guanakan untuk kawan saya mandi, berwuduk dan memasak. Pernah saya ziarah dan airnya amat sejuk. Jatuh ke badan umpama air dalam peti sejuk yang jatuh.

Kini bila saya ke bukit, saya hanya ambil batang dan daun sebelah luar saja. Baru-baru ni saya beritahu isteri nak makan gulai batang pisang. Seusai solat subuh saya ke taman rekrasi dulu untuk riadah sambil menanti langit cerah utnuk mengambil batang pisang. Jam di tangan sudah pukul 8 pagi. langit sudah cerah dan saya pun dah dapat banyak step berjalan. Terus saya ke bukit yang hanya berdekatan saja.

Dari jauh saya melihat banyak pokok pisang yang cantik. Saya belum pernah masuk lagi laluan air katoq. Itu panggilan kami. Airnya bukan dari longkang perumahan. Tidak ada rumah di atas. Dia hanya takungan air dan di buat laluan untuk memudahkan airnya turun.

Jernih dan boleh di minum airnya. Saya terus masuk ke laluan air. Keadaan ketika itu begitu sunyi. Hanya saya keseorangan. Seperti biasa sebelum saya menebang pokok saya akan berselawat. Sengaja saya kuatkan suara sebab keadaan hutan yang sunyi.
” Ya Robbana a’ tarofna bi anna nan aq tarofna…….” Dan seterusnya. Batang dan daun yang saya tebang akan saya kumpul dan letak di sebelah. Bagi saya itulah adap bila kita mengambil sesuatu yang tempatnya bukan tempat kita. Saya tidak suka biarkan ia bercamuk merata tempat.

Ketika sedang menyusun batang pisang, barulah saya perasan di belakang saya ada pokok kelapa sawit yang besar. Terdapat 3 lembaga atau makhluk bunian memakai purdah dan tudung hitam sedang memerhati saya.

Saya bersetentang mata dengan mereka. Akhirnya saya baru teringat nak cuba ambil gambar. Kebetulan memang saya bawa stick untuk kamera. Terus saya pasang untuk selfie. Ketika selfie saya perasan hanya tinggal seorang saja bunian yang sedang memerhati atau menanti tidakkan saya seterusnya.

Selesai selfie saya kumpulkan batang serta daun pisang. Saya turun dari bukit. Tak berani saya keseorangan di situ. Macam-macam perkara boleh berlaku. Ketika menaiki motosikal, saya melihat ke arah pokok kelapa sawit tadi. Kelibat lembaga tadi sudah tiada. Baru saya tahu di situ perkampungan mereka dan laluannya dan pintu adalah pokok kelapa sawit.

Mungkin lain kali saya kena bertukar tempat jika nak ambil batang pisang. Masih banyak tempat yang boleh di ambil. Kita bukan sendirian di sini. Insyaallah saya akan share gambar selfi yang sempat saya rakam dalam komen nanti. Terima kasih sudi membaca
#AriffBudiman

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 22 Average: 3.9]
Ariff Budiman

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.