334567 / FOREST SPIN-OFF
6 NOVEMBER 2017
RAKAMAN DAN BUKTI KES KEHILANGAN 6 REMAJA DI HUTAN SIMPAN PAHANG
HANAWI ARSHAD
……………………ZZZZzzzzzzzz (bunyi kamera terpasang)
βHuh, huh, huh…..β. Hanawi masih termengah-mengah setelah berlari sepanjang hari. Rakan-rakannya, Iqmal, Reza dan Aizan juga sudah terlalu penat. Masing-masing tidak mam;u lagi untuk meneruskan perjalanan, jadi mereka terpaksa berehat disitu. βRasanya…Kita…jauh lagi tak…dari jalan keluar?β. Soal Reza yang masih lagi penat. Sebenarnya, bukan sahaja penat yang dirasai oleh mereka, malah juga ketakukan. βAku tak tahu…dengan keadaan hutan yang terlalu tebal ini, apa pun tak nampak. Tapi, rasanya Ashraf mesti dah jumpa jalan keluarβ. Balas Aizan. Ya, salah seorang daripada mereka, iaitu Ashraf sudah melarikan dir terlebih dahulu.
βKalau macam tu, aku akan tengok-tengok jalan keluar. Kamu semua jangan pula pergi jauh dari akuβ. Ujar Aizan seraya bangun dari situ. Pada waktu itu, Iqmal yang sedikit risau akan keselamatan rakannya itu cuba menghalangnya. βWei, kau tak rasa bahaya ke kalau kita berpecah? Aini dah jadi macam tu! Kalau kau..!β. βJanganlah risau! Aku akan selamat. Lagipun aku tinjau keadaan dekat-dekat sini sahajaβ. Aizan mencelah kata-kata Iqmal. Setelah itu, Aizan terus beredar, meninggalkan Hanawi, Iqmal dan Reza disitu. βBerani betul si Aizan tu..kita dah penat macam ni, dia masih lagi mahu bergerakβ. Ujar Hanawi keseorangan.
Pada masa itu, Reza terlihat wajah Iqmal yang sugul. Beliau hanya tertunduk sahaja selepas perginya Aizan dari situ. Walau bagaimanapun, Reza tahu bahawa Iqmal masih lagi menyalahkan dirinya untuk apa yang berlaku. βIqmal, sudah-sudah la tu. Nasi sudah menjadi bubur. Dah terlambat dah pun untuk kita lakukan sesuatu untuk Ainiβ. Kata Reza, menyedarkan Iqmal daripada lamunannya. βT-Tapi…semuanya salah aku…sebab aku, kita sesat dalam hutan ini. Sebab aku juga, Aini…awek aku….β. Iqmal tidak mampu lagi meneruskan ayatnya, dek kerana terlalu sedih selepas apa yang berlaku. Reza hanya dapat menepuk bahu rakannya itu, tanda sokongan moral padanya.
Tidak lama selepas itu, Aizan pulang daripada pencariannya. Daripada riak wajahnya, sudah pasti Aizan sudah menemui sesuatu yang menggembirakan. βWei!! Aku dah jumpa sesuatu! Cepat ikut aku!β Laung Aizan. Setelah itu, mereka terus mengikut hala tuju Aizan. βAizan, kau dah jumpa jalan keluar ke?β. Soal Hanawi kepada Aizan. Walau bagaimanapun, Aizan menggelengkan kepalanya seraya berkata βAku tak jumpa lagi. Tetapi, aku jumpa sesuatu yang dekat dengan jalan keluarβ. Balas Aizan. Selepas beberapa perjalanan, mereka menemui sebuah bukit.
βEh, macam aku kenal bukit ini…ini kan…β. βYa, bukit yang kita nampak selepas beberapa belas minit kita memasuki hutan iniβ. Aizan mencelah kata-kata Iqmal sekali lagi. Mereka yang lain juga bersetuju. βTapi, apa kaitannya? Bukan kita jumpa jalan keluar pun!β. Reza menyindir Aizan. βYa, memang aku tak jumpa lagi jalan keluar. Tetapi, dengan penemuan bukit ini, maksudnya kita dah dekat dengan jalan keluar!β. Balas Aizan semula, membuatkan Reza terus malu akan sindirannya sebelum ini. βBetul juga. Masa kita nampak bukit ini, kita sudah beberapa ratus meter daripada jalan masuk ke hutan ini. Kalau kedudukan bukit dari pandangan kita macam ini, maksudnya kita perlu bergerak ke utara!β.
Ujar Hanawi dengan lebih terperinci. Mereka yang lain mengangguk bersama-sama. Tiada pilihan lain, mereka terpaksa meneruskan perjalanan untuk keluar dari hutan puaka tersebut. Dalam perjalanan, mereka ada sesekali terdengar bunyi semak bergoyang, membuatkan mereka mula berdebaran. βWei, korang rasa itu…β. βSSSHHHH!! Jangan cakap apa-apaβ. Balas Reza, memotong pernyataan Hanawi. Setelah beberapa ketika kemudian, mereka terlihat sebujur tubuh yang terbaring diatas tanah. Tubuh yang cukup mereka kenali.
βAshraf!!β. Laung Aizan selepas mengenali tubuh tersebut. Ya, Ashraf, rakan mereka yang cuba melarikan diri terlebih dahulu.
Mereka terus menghampiri tubuh rakan mereka yang masih tidak bergerak itu. Apabila memeriksa tubuh Ashraf, Iqmal sudah tahu bahawa Ashraf sudah m**i. β…Dah terlambat..dia dah m**i 3 jam yang laluβ. Ujar Iqmal dengan perlahan. Mereka yang lain sudah terdiam. Iqmal terus memeriksa mayat rakannya itu, dan beliau menemui satu luka yang besar pada perut Ashraf itu. luka itu seperti berbentuk cakaran binatang buas. βEh, kejap..luka ni…β. Kata Iqmal didalam fikirannya. Pada masa itu, semak semakin bergoyang, dan kedengaran suara garau berdesir.
βGggrrrrrrr….β. berbunyi begitu.
Mereka yang ada disitu mula berdebar kembali. βWei, aku rasa kita kena pergi dari sini. Aku rasa DIA yang b***h Ashraf!β. Kata Aizan. Ketika mereka mengambil beberapa langkah kebelakang, muncul satu perangkap pada kaki Reza, menyebabkan kaki Reza tersusuk dengan kayu pada perangkap itu. βArgghhh!!!!β. Laung Reza kesakitan. Hanawi cuba membantu beliau, namun selepas terlihat kelibat bayang pada semak yang ada didepan mereka, mereka terus bersembunyi, meninggalkan Reza disitu.
βWoi!! Korang nak…!!β. Belum sempat Reza menghabiskan ayatnya, muncul seorang wanita didepannya. Mulutnya berbuih dan berair, matanya berwarna merah bernyala, serta kukunya yang panjang! Reza yang terlihat wanita itu, cuba melepaskan dirinya. Akan tetapi usahanya hanyalah sia-sia sahaja. βCELAKA!!!!TAK GUNA!!!β. Jerit Reza. Wanita itu terus menghampiri Reza dengan aura membunuhnya. βA-Aini…aku tahu..kau masih disitu…tolong Aini…jangan…β. Pinta Reza pada wanita bernama Aini itu. Ya, Aini. Salah seorang daripada mereka, yang dikatakan oleh Iqmal sebelum ini. Apabila diamati dengan menggunakan kameranya, Hanawi dapat melihat dengan jelas, bahawa wajah Aini sekarang ini telah bertukar menjadi separuh rakasa berupa Harimau!
βOh alamak…dia dah jauh bertukar..β. Kata Aizan dengan perlahan. Iqmal pula terdiam disitu. Pada masa itu, dalam masa sesaat, satu cakaran yang pantas dilakukan oleh Aini kepada wajah Reza! Habis d***h terus terpecik dari tubuh Reza! βARRRRGGHHHHHH!!!!β. Jerit Aini dengan suara raksasa. Setelah itu, dia terus menerkam dan memakan tubuh Reza dengan rakus. Mereka yang lain cuba melarikan diri, namun Aini menyedari kehadiran mereka disitu selepas Iqmal terpijak ranting. βLari!!!β. Jerit Aizan. Apa lagi, mereka terus melarikan diri. Walau bagaimanapun, keadaan hutan yang sesak, ditambah pula dengan ketakutan mereka yang tinggi ketika itu, menyebabkan mereka terpisah antara satu sama lain.
βAlamak!! Iqmal!! Aizan!!!β. Jerit Hanawi seorang diri. Pergerakan kameranya semakin tidak fokus. Pada masa itu, Aini terus menerkam laju kearah Hanawi. βWarghh!! Laung Hanawi ketakutan. Aini terus dan terus cuba menggigit lehernya. Sementara Hanawi mula redha akan kematiannya, Aizan tiba dan terus menikam Aini dengan sebatang kayu yang tajam. βCepat bangun!β. Arah Aizan kepada Hanawi. Apa lagi, melihat Aini yang masih tidak m**i itu, mereka terus melarikan diri……………………………………………………
ZZZzz…(bunyi kamera terbuka)
Aizan, Reza, Hanawi, Ashraf, serta pasangan kekasih Iqmal dan Aini tiba di sebuah hutan simpan yang berada di Pahang. Selepas menurun beg-beg mereka, mereka terus bergerak dari situ. βJom lah! Tak sabar aku nak hiking!β. Ujar Reza kegembiraan. Hanawi pula merakam Iqmal dan Aini yang sedang bermesraan ketika itu. βWei, rakam tempat lain lah!β. Marah Aini yang terlihat perbuatan Hanawi.
Zzzzzzz….(bunyi kamera terbuka)
βCepatlah panjat!β. Arah Aizan kepada Hanawi. Mereka ketika itu bersembunyi diatas sebuah pokok besar. Masih termengah-mengah selepas melarikan diri daripada rakan mereka yang kini bertukar menjadi raksasa buas, Aizan terus tersandar pada pokok itu. βHuh..Huh..Huh…Tak sangka…Aini…telah bertukar sebegitu rupa!β. Ujar Aizan yang masih lagi kepenatan. Mereka juga masih teringat akan kematian Reza yang baru saja berlaku. Walaupun mereka agak jauh daripada kedudukan Reza ketika bersembunyi, namun bau d***h rakannya itu masih melekat pada hidung Aizan.
βTu la pasal…perkara apa yang mereka sudah lakukan dekat pondok itu? Ritual? Pemujaan?β. Soal Hanawi kepada Aizan. Aizan walau bagaimanapun masih mendiamkan diri. Ini kerana, beliau juga tidak tahu untuk menjawab persoalan rakannya itu. βApa-apa pun…kita cuba bertahan disini. Jika keadaan sudah tenang, baru kita akan memulakan perjalanan semulaβ. Ujar Aizan. Hanawi mengangguk perlahan.
βAizan!! Hanawi!!!β.
Laung seseorang dari jauh. Menggunakan kamerany untuk βzoomβ, Hanawi terlihat Iqmal yang juga berada diatas pokok. Walau bagaimanapun, kedudukan mereka agak jauh daripada satu sama lain. βWei!! Aku dah jumpa kereta kita!!!β. Jerit Iqmal. Walaupun dia sedar bahawa perbuatannya akan menyebabkan kedudukannya terdedah, tetapi dia terpaksa melakukan kerana jarak dia dan 2 orang rakannya agak jauh. Aizan dan Hanawi terus melihat kenderaan mereka dan ya, mereka terlihat kereta milik Aizan. βCantik! Kereta aku tak jauh dari sini! Wei, jom kita……….!!!β. sebelum sempat Aizan memberitahu Iqmal untuk menuju ke kereta miliknya, beliau dan Hanawi terlihat kelibat Aini dibelakang Iqmal.
Tidak sempat untuk Iqmal berbuat apa-apa, Aini terus menikam perut Iqmal, sebelum membaham tubuh Iqmal. Tiada pilihan lain lagi, mengharapkan nasib untuk tiba di kereta dengan keadaan selamat, Aizan dan Hanawi terus turun dan melarikan diri. βKita berpecah! Sekurang-kurangnya salah seorang daripada kita akan selamat dan memberitahu pihak berkuasa!β. Ujar Aizan seraya menyerahkan kunci pendua keretanya kepada Hanawi, sebelum berpecah. Hanawi terus dan terus melarikan diri, sebelum terdengar jeritan Aizan. Menyedari nasib rakannya itu, Hanawi terus menambah kelajuan lariannya, walaupun dia sendiri sudah tiada tenaga lagi.
βAlamak..alamak…oh tuhan…!!β. ujar Hanawi ketakutan. Berlari dan terus berlari, usaha Hanawi akhirnya berjaya, beliau tiba di jalan keluar. Namun, nasibnya belum selamat jika beliau tidak beredar dari situ. βSikit saja..lagi!β. Ujar Hanawi. Beliau akhirnya berjaya tiba di kereta milik Aizan selepas beberapa ketika. Tiada masa lagi, Hanawi meletakkan kameranya dan mengeluarkan kunci kereta. Walau bagaimanapun, saat ketika dia mahu membuka pintu kereta, satu raksasa muncul dibelakang Hanawi. Raksasa yang besarnya 2 kali ganda dari Hanawi. Hanawi bertoleh kebelakang dengan perlahan. Beliau tahu dan sedar, tiada ruang untuk beliau lari lagi.
βGggrrrrr…β. ngaum perlahan raksasa itu.
Pada waktu itu, Hanawi melihat Aini yang kini 100 peratus bertukar menjadi raksasa harimau. Atau, lebih tepat lagi, HARIMAU JADIAN! Peluh terus membasahi wajah Hanawi. βOh alamak…β. Kata Hanawi perlahan, sebelum beliau diheret kedalam hutan. Kameranya juga terjatuh selepas diheret. βTIDAKKKKKK……!!!!!β. Jerit Hanawi ketakutan, sebelum suaranya terus lenyap didalam hutan yang tebal itu……..
……..
……..
ZZZzzz….(bunyi kamera terbuka)
βWei, aku jumpa sesuatu!!β. Panggil Aizan yang agak jauh dari mereka. Apabila tiba disitu, merek melihat sebuah pondok yang diperbuat daripada kayu. βSiapa pula yang buat pondok ini? Setahu aku, Miss Shakila tak bagitahu apa-apa mengenai pondok iniβ. Hairan Reza. Mereka mula memeriksa pondok tersebut, sementara Iqmal, Aini dan Hanawi terjumpa beberapa arca dan patung berupa harimau, berserta beberapa lilin disitu. βApa ini? Pemujaan?β. Hairan Hanawi, sebelum Aini dan Iqmal menendang peralatan tersebut. Habis patah patung-patung harimau itu. βHei! Korang buat apa?! Mana tahu ini alat-alat pemujaan atau jampi!β. Hanawi terus menegur perbuatan pasangan kekasih itu. namun, Aini tergelak seraya berkata
βJangan lah risau! Bukannya ada berlaku apa-apa pun!β Ujar Aini, sebelum bayangan harimau muncul pada kamera itu……..
Tamat
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
erkk.. seyes x faham
Bodonya cerita ni..sampah
hahhahahahaha
hem..
idok ler teman paham cerita Nye haaa.
bajek bajek bagus. presentation kureng. tak engage dgn pembaca. org tak paham kau tulis ape
ingt tulis skrip filim ke?
Oh..ceritanye, dorang masuk dalam hutan, hiking. Lepas tu terjumpa pondok, dalam pondok tu ada barang2 pemujaan. Aini tendang patung2 harimau (brg2 pemujaan) yang ada dalam pondok tu. Agaknya, terkena sumpahan, bertukar jadi harimau jadian n terus baham kawan2 dia. Bermula dengan Asyraf, sampai la yg last, Hanawi.
Erm, cerita xseram, sebab mcm kelam kabut start n habis. Alang2 ada idea, better buat dengan kemas. Cuba lagi, good luck
Wahh suspen. moyang suka. kepada sesiapa yang tak faham tu. Meh sini moyang rotan satu-satu bagi insaf sikit. Kalau korang tgk video pendek2 dalam camera, tersusun ke video2 tu? Dah tertulis itu bukti. maksudnya orang tgk video dalam camera, jalan penceritaan macam tu lah.
Ini pendapat moyang je. Nak kecam moyang kecam lah.. Moyang tak kisah dan ambil hati pun.
* tak ambil hati.. lupa nak letak ‘Tak’.. biasalah.. umur dah lanjut.. pelupa sikit.. huhuhu..
pada pendapat sayalah, jika pembaca dah tak faham apa yg penulis cuba ceritakan, maknanya karya itu gagal walaupun cuba utk buat kelainan dengan maksud cerita dibaca mengikut apa yang ada dalam video. susunan cerita juga agak kurang kemas. flashback dan present tak tersusun yg boleh buat pembaca keliru
just my 2 turkish liras
Uih banyak tu 2 TΓΌrk LirasΔ±. Haha. Mahal tu. 2 kuruΕ takde keeee
apalah yg boleh dibeli dgn 2 turkish lira. roti seketul kot haha
budakcool nak moyang rotan ya? meh sini. kalau membaca tu jangan setakat membaca, bagi otak tu berkerja sikit. main puzzle tak? puzzle tu disusun dengan baik ke untuk kamu senang nak ikut? adehh, moyang yang tua ni pun boleh faham, takkan lah budak2 muda macam kamu susah nak faham.
tak pe lah semua.. moyang letih, nak rehat sekejap. Lain kali kalau moyang suka, moyang komen lagi. yang sesuka sesuki kecam tu moyang rotan satu-satu.
boleh jugak cik moyang. saya pun dah lama dah tak kena rotan. sedap juga dirotan sekali-sekala haha
look, saya faham cerita ni dan tahu apa yg penulis cuba sampaikan. cuma cara dan gaya penulisan agak kelam-kabut. tak tersusun. penulis cuba buat βflashbackβ dalam cerita tapi takde structure. macam main letak je kronologi peristiwa. jadi kita yg membacanya rasa macam βtak sampaiβ.
juga saya rasakan idea penulis untuk ceritakan kisah ini melalui video yg ditemui mmg bagus cuma sekali lagi, macam tak sampai. hanya bunyi βzzzzzzzzβ untuk menunjukkan ianya dari kamera video. sepatutnya penulis berimaginasi lagi utk olah cerita ni dari sudut rakaman video. not easy maybe but its a great idea
Baiklah budakcool. Moyang terima penjelasan kamu tu.
Cuba baca sekali lagi cerita ini, tapi kali ini kamu berimaginasi sikit. Kamu masuk dalam hutan bersama kawan-kawan kamu tetapi kamu sesat, terpisah dari kawan-kawan kamu.
Semasa mencari jalan keluar tiba-tiba kamu terjumpa kamera, kamu ambil dan play…. bayangkan keadaan dalam hutan dan kamu seorang, bayangkan perasaan kamu ketika itu, sebelum dan selepas tengok video2 dalam kamera itu.
wah wah wahhh… moyang berimaginasi pulak dahh.. kehkehkeh…
ok. saya cuba berimaginasi plak tentang cerita ni. tapi saya bukan penulis. mmg tak reti laa susun ayat but i try ;
Staff Sarjan Akmal nampak sesuatu yang berkilau diatas denai laluan kedalam hutan simpan Pahang itu. Dihentikan langkahnya dan diamati objek itu. Spontan tangan kanannya diangkat agak tinggi. Satu isyarat pada kumpulan penyelamat dibelakangnya agar berhenti melangkah. Dihampirinya objek yang nampak berkilau itu. Akmal membongkokkan tubuh dan memerhati lebih dekat. Video kamera! Segera dikutip kamera itu. Berjenama Sony yang modelnya sudah berusia lebihkurang 2 tahun dalam pasaran.
Akmal membelek-belek kamera itu sambil diperhatikan oleh pasukannya yang berjumlah 7 orang itu. Ada yang sedang duduk, ada yang berdiri dan ada yang sedang mencantas-cantas kecil pokok-pokok kecil ditepi denai laluan.
Akmal menekan butang On. Bateri nampak masih berbaki 2 bar. Beberapa saat kemudian, skrin yang gelap mula bercahaya menandakan ianya akan memaparkan apa yang direkod sebelum itu..
βAizannnnnnn!! tunggu akuuuuu!!! huh huh huhh huhh…β
Kening Staf Sarjan Akmal tampak berkerut sedikit. Beberapa ahli kumpulannya mula menunjukkan minat dan perlahan-lahan merapati Staf Sarjan Akmal…
βAizannnnnnn!! dia dah dekattttt!! tolong akuuuuu!!! Aizannnnnnn!!!β, kedengaran rakaman suara terpekik nyaring beserta rakaman video yang nampak huru-hara dan kacau-bilau akibat diambil ketika sedang berlari penuh ketakutan..
so camana moyang? ok tak imaginasi saya tu? heheheh
pada pendapat saya, nak jadi penulis ni, daya imaginasi nak kena tinggi disamping kebolehan menyampaikan cerita melalui penulisan. tak semua orang boleh rasanya. saya mmg tak boleh laaa..kerja pun kat dalam bank kira duit hahahhah
Whow.. boleh tahan imajin budakcool ni.. hantarlah story untuk kitorang baca nantiπ
saya mmg takde bakat menulis langsung. ada cerita pun mungkin tak seseram banyak cerita disini. kang korang boring plak baca hahah
tapi aku suka berimaginasiπ
Bagus bagus.. dah boleh dah tu.. cuma perlu letak feeling sikit.. feeling seram dan ingin tahu. ramai-ramai orang jumpa kamera tu tak best lah.. mesti seorang dua je. cuba letak diri dalam tu.
Penulis ini boleh dikatakan bagus, dia bawa kita berfikir situasi dan susun puzzle cerita dia. Ini juga merupakan salah satu taktik penulisan.
clap3 untuk budakcool dan penulis. (nak letak icon clap, moyang tak reti.. kehkehkeh…)
awak..saya tak berapa faham cerita awak..hmm,,
kalau susun atur cerita disusun elok…boleh dibuat novel..kelam kabut cerita…idea dah ada, cuma susuna plot tu kene lebih lagi…tak seram, tapi aku suka…
Best menakutkan semua ade ππ
Dalam banyak2 cerita sa baca di FS.. Ini lah cerita yang paling sa tidak faham.. Berterabur ceritanya..
Cerita paling bodoh dlm dunia
Saya faham jalan ceritanya tapi susunan plot tu perlu diperbaiki supaya pembaca lebih faham.Cerita boleh panjangkan lagi supaya unsur saspens dan seram itu lebih.Contohnya bagaimana mereka semua satu persatu bertukar menjadi harimau jadian.
Baca komen xjadi baca cerita hahahaah
Sy boleh follow jalan cerita ni cuma cara penyampaian tu tak berapa kemas.. Tapi masih boleh faham
Crita lebih kurang mcm crita seru je ni..
bosan
Bocan
Alhamdulillah aku dapat masuk juga story writer ni.. best idea ni kipidapπ
Kepada yang tak faham lagi mengutuk tu korang tulis pastu hantarlah story di sini kami pula yang nilaiπ
Berdebar2 aku bc…seram oi..so..smua lh x slmt…?mcm x habis ja cita ni…tp bestπ
Abis dah.semua m**i
Ni mcm byk tiru citer movie hollywood. Harap cari idea fresh lps ni.
Buat cerita sendiriplease . tau nak kritik jea
x faham.
Nicee!!!!
Best jugak
mcm dalam movie2 je tp okayla
Hampeh!!!ππππ
Best je citer ni. Sy faham.