Pernah tak semasa kecil dulu anda berhadapan dengan banyak kejadian aneh dan berjumpa dengan makhluk mistik, tetapi anda tidak berasa takut sebaliknya berasa blur dan tenang sahaja seperti air yang mengalir? Jika jawapannya tidak, anda mungkin terlepas beberapa peluang menyaksikan dengan mata kepala sendiri akan kewujudan makhluk ini. Ini adalah seputar kisah pengalamanku sewaktu kecil dulu dimana mudahnya aku melihat makhluk ini tetapi bila menganjak dewasa semakin sukar menemukannya. Ya akulah lelaki itu!
Kelahiran aku ini tidak seperti kanak-kanak lain yang normal – push..push.. Aku lahir songsang dan hampir m**i kelemasan akibat lamanya bergenang dalam rahim ibu tercinta mujur aku dapat menangis walaupun muka dah biru nafas sudah tiada, kalau ikutkan aku dah tak wujud didunia ni. Disebabkan itu aku mempunyai beberapa komplikasi penyakit semasa kanak-kanak seperti penyakit asma dan kurang daya tahan pada cuaca sejuk. Tanpa aku sedari aku juga mempunyai kebolehan untuk melihat makhluk ghaib.
Dulu semasa keluargaku menetap disebuah rumah lama dipinggir bandar Kuala Lumpur aku dikurniakan kebolehan untuk melihat makhluk ghaib. Semasa itu aku baru berumur 3 tahun dan melihat semua yang dilakukan oleh ibu dirumah. Sungguh jika diceritakan tiada yang akan percaya tapi ini adalah cebisan ingatan agak luar biasa yang Allah kurniakan kepada ku. Takkan aku lupa bilamana abangku yang dimandikan dengan air najis ketika dia sedang bermain dalam bilik air berlaku depan mataku.
Rumah aku ni tandasnya selalu bermasalah dan tersumbat kadang kala jika di flush air akan berkumpul dan melimpah – memang rumah style lama setiap beberapa tahun harus dipanggil pekerja servis untuk menyedut najis dari septic tank mujurlah ada lagi satu tandas spare diluar rumah. Ibu ketika itu sedang menjerang air untuk menyiapkan air mandiku didapur dan abang yang berumur 5 tahun sedang bermain seorang diri dalam bilik air.
Sedang aku yang berdiri bersandar di dinding depan bilik air melihat dia yang seronok bermain dengan berus sabut, sekilas melintas seorang lelaki pelik didepanku. Rupanya seperti makhluk pokok macam dalam movie Magika tu dengan muka dan tubuh badan yang dipenuhi urat – urat kasar berselirat, terkenyih sepanjang masa, bertubuh kerdil seperti Wee Man dan berkulit kuning kunyit. Dia masuk kedalam bilik air, menolak papan yang digunakan untuk menutup mangkuk tandas (sebagai penanda tandas tak boleh digunakan) , mengambil gayung menceduk air najis dari mangkuk jamban dan terus menyiram kepala abangku. Semuanya berlaku terlalu pantas, najis yang bersepai – sepai elok parking terletak atas kepala dan bahu dia. Menjerit jerit dia menangis memanggil ibuku, ibu walaupun rupanya kelihatan agak ketakutan berusaha menenangkan abang dan memandikannya dengan mandian air penenang . Aku yang melihat semuanya tiada perasaan, blur sorang – sorang kat tepi dinding tu. Ingatkan tu kawan abang…
‘Cepat tidur nanti tangan bulu-bulu keluar ikot bawah katil baru tau’. Ayat gurauan menyakat ayah yang sudah berkali – kali aku dengar setiap kali lambat masuk tidur juga digunakan untuk menyakat aku oleh abang – abangku. Skrip ulangan ini tidak menakutkan tetapi menambahkan lagi keterujaanku, selalu aku membayangkan tangan berbulu berwarna hijau seperti makhluk tong sampah kesukaanku dalam siri Sesame Street terjulur dari bawah katil dan membelai kepalaku. Malam itu bertempat di bilik tidurku ditemani abang sulung yang tak diundang – dia selalu tumpang tidur dibilikku sejuk katanya, dia mengambil tempat bersebelahan tingkap diatas katilku.
Sebagai anak pintar yang petah berkata – kata aku akan bercerita, bertanya dan kadang- kala menyanyi sebelum tidur. “ Dik tidur cepat, jap lagi keluar tangan bulu – bulu ikot tingkap ni pastu dia garu – garu badan ko baru tau” terus abang long pusingkan badan membelakangiku mengadap tingkap.
Sedang aku mengelamun terkebil-kebil dipembaringan, nah.. sebelah tangan berbulu menjulur masuk dari luar tingkap terus parking diatas dadaku. Dia membelai dan menepuk – nepuk aku seakan mendodoikan tidur. Tangannya yang besar dan berbulu mengikut corak belang loreng harimau terjulur dari celah kerawang tingkap hampir mencecah kebahu terus menepuk-nepuk dadaku. Abang long yang memusingkan badan untuk melihat keadaan aku segera memusingkankan kembali badannya membelakangi aku menekup ke dinding bawah tingkap dengan menggigil kuat sampai berbunyi ‘urghh..urghhh’ – kemungkinan hampir seizure dia disitu.
Aku sangkakan itu ayah sengaja mahu bergurau memanjat keluar tingkap mahu menyakat aku, aku peluk tangan itu dan bermain dengannya sampai dia sendiri mengalah dan menarik kembali tangannya keluar. Merasakan keberadaan seseorang berada dihujung kepala aku segera meniarap untuk melihat. Seorang lelaki bertubuh manusia tetapi berekor seperti harimau sedang berdiri memandangku, badannya lebih besar daripada ayah dan kelihatan seperti berpakaian kostum harimau sebijik macam dalam cerita Labu-labi scene P.Ramlee jadi harimau educated tu tapi bezanya dia berekor. Aku yang melihatnya tiba-tiba datang perasaan mengantuk sampai tertidur. Naif benar pemikiranku pada ketika itu, sudah menganjak umur remaja teringat semula akan kisah itu barulah dapat berfikir dengan sempurna.
Adalah mustahil ayah sanggup keluar meniti bumbung pada malam buta semata-mata untuk menyakatku, sudahlah badannya besar mau terperosok jatuh kebawah berjalan atas bumbung asbestos diluar bilikku tambahan pula tangannya yang besar masakan muat sampai ke paras bahu melalui besi kerawang tingkap – sedangkan abang long yang berumur belasan tahun ketika itu dan mengikut baka ayah yang besar juga cuma muat sampai ke paras siku jika dijulurkan tangan melaluinya. Sungguh misteri adakah sebelum ini ayah memang pernah nampak makhluk tangan berbulu ini atau adakah ini akibat dari pembalasan keceluparan mulut abang long pada malam itu? Kalau tidak mana datangnya ayat mengusik dari ayah pasal tangan bulu-bulu ni.
Menginjak umur 4 tahun aku dihantar ke kampung untuk tinggal bersama nenek dan maksu di kampung felda di pantai timur tanahair. Sebagai seorang budak yang comel dan menawan hati aku dilayan seperti anak kesayangan dan diturut segala kemahuanku. Mahu makan sedap maksu masakkan mahu permainan nenek akan belikan, aku cuma berminat dengan sebiji lampu suluh kecil yang dijual di kedai Acik Timah dihujung simpang kampung. Pagi esoknya ketika nenek pulang dari membeli barang dapur aku dah dapat lampu suluh idaman.
Seronok bermain dengan lampu suluh ni dah lama aku nak memiliki sebiji lampu suluh comel begini, kalau di Kuala Lumpur jangan harap aku akan dapat apa yang aku mahu semudah ini. Punya sayangnya aku pada pemberian ini sampai ke tempat tidur aku bawa. Asal terjaga aku akan bangun menyalakan lampu suluh disekitar bilik, suluh nenek dan maksu kemudian kembali meneruskan tidur. Sedang baru sahaja mahu melelapkan mata tiba-tiba terdengar bunyi tingkap nako dibilik nenek sedang diumpil-umpil dari luar.
Melalui cahaya yang samar-samar dari rumah belakang menyinari tingkap lutcahaya itu aku nampak bayang hitam seorang budak bersaiz besar sedikit dariku dan bertanduk pendek sedang cuba mengumpil tingkap bilik. Aku capai lampu suluh dan menyuluh kearahnya, dia beralih kedudukan kesudut tingkap sebelah dan terus mengumpil tingkap. Maksu yang sedang tidur segera menarik aku dan mendakap aku sampai tertidur.
Aku sangkakan itu anak jiran rumah sebelah nak mengajak aku bermain diluar rumah – sekali lagi aku dilanda bebalism pada waktu itu. “Uwan, sapa yang datang malam semalam? Dia korek-korek tingkap bilik kita nak bukak, tu bukan si Leman budak rumah sebelah ke?” aku bertanya pada nenek. Nenek dan maksu saling berpandangan, dengan segera mereka menafikan tak dengar dan melihat sebarang kelibat manusia di tingkap bilik dan segera menukar topik perbualan bila aku bertanya lanjut perihal semalam.
Rumah nenek ni memang agak menyeramkan bukan kerana dikelilingi hutan tapi kerana berjiran dengan pembela hantu raya. Bukan aku sahaja yang pernah melihat makhluk ghaib disini, hampir kesemua saudara aku termasuk nenek dah maksu dah melihatnya siap kena sakat pun ada. Balik raya beberapa tahun lepas kisah ini antara yang menjadi topik perbualan bersama maksu dan saudara mara untuk mengimbau kenangan, rupanya malam kejadian itu dia pun nampak makhluk ‘Leman’ itu cuma sebagai seorang dewasa apabila ditanya oleh anak kecil perihal mistik ini terpaksalah menipu dan menafikan supaya tidaklah aku membesar menjadi seorang yang penakut. Rumah pembela hantu raya itu akhirnya cuma tinggal puing-puing tiang diterbalik dan dibakar oleh penduduk kampung selepas kematian tuannya. Khabarnya hantu belaannya mengganas kerana ketiadaan tuan dan rumahnya ditinggalkan kosong oleh anaknya. Nanti kisah ini akan aku ceritakan di episod akan datang, siapa dia sebenarnya dan kisah hidupnya semasa muda.
Begitulah sedikit corat-coret kehidupanku sewaktu kecil. Masuk kealam sekolah rendah aku sudah mula mengerti perasaan takut akibat dari pengaruh rakan sekeliling dan rancangan television. Zaman itu siaran television kerap menayangkan cerita seram Poltergeist, Freddy Kruger hinggakan filem melayu pun boleh buat aku terkencing tilam kerana takut – rindunya zaman filem Toyol, Setinggan dan Rahsia.
Meningkat umur dewasa semakin sukar untuk aku melihat penampakan makhluk ghaib ini pernah terfikir teringin juga nak jadi seperti dulu. Kadang-kala diwaktu kilat sabung menyabung aku suka memandang cermin, inilah kebiasaan yang aku buat sewaktu kecil dulu. Akan terlihat kelibat hitam berlari lintang pukang setiap kali kilat berdentum melalui pantulan cermin. Anda nak tengok? bolehlah mencubanya sendiri pastikan lampu semua dipadamkan terlebih dahulu baru jelas penampakannya…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
susunan ayt dn cite mudah paham. .best2. .ape lg sambungan dy bro. .kalu dh ad ape tajuk dy ek. .
Masa kecik2 dulu xtahu lah apa yg dilihat. Betul2? Khayalan? Atau mimpi?
Yg masih igt masa tu dirumah sewa umur lbih kurg 4@5 tahun. Nampak muka lembaga antara atas tingkap dan bumbung. Rumah kayu. Muka merah mata besa rambut hitam lebat. Xtaulah betol2 atau imaginasi masa tu.
Satu lagi lembaga badan itam bekilat2 masa tu tgh hujan lebat serta kilat sabung menyabung. Saya nampak dekat tingkap cermin kaca dia berada diluar. Itu saya tak tahu betol2 atau imaginasi. Umur masa tu lbih kurg 7@8thun.