Salam semuanye , saya ni mmg pengemar membaca cerita2 seram dan mistik . FS adalah salah satu page yg saya sering membaca cerita2 seram. Sebelum mulakan cerita , saya perkenalkan diri saya dulu iaitu wani (bukan nama sebenar)
Saya anak kedua dari 4 adik beradik .
Kisah seram dalam hidup saya adalah dari sejak kecil mungkin kerana arwah atok nenek dan arwah ayah pengamal perubatan tradisional dan islam Tapi terjadi ye lagi seram pada hujung 2012 sewaktu tu tiada lagi arwah atok ,nenek dan arwah ayah . Mereka pergi satu persatu mula2 arwah atok selepas itu nenek kemudian arwah ayah aku yg paling aku sayang dan kisah dramatik mula terjadi yg melibatkan jin dan syaitan. Dan dari pengalaman yg terjadi pada aku sampai 2017 ni memberi aku banyak pengalaman pengajaran dan pengetahuan .
Aku ceritakan salah satu kisah aku yg sampai sekarang aku ingat .
Sewaktu itu aku rasa sering nak pitam dan pengsan , bila waktu datang bulan darah kotor yg keluar sikit dan setiap kali aku pergi ke tandas untuk buang air dan mandi aku akan terbau bangkai yg amat busuk dari pad. Sedangkan di pad tiada darah. Selama 3 bulan aku mcm tu .Aku dah mula risau , hati aku kuat mengata kan ada sesuatu yg tidak kena .
Aku pon memberitahu ibu aku masa itu, dan ternyata ibu aku pon mengalami perkara yg sama cuma ibu aku tiada bau bauan tersebut . Mungkin kerana diri aku yg lain sikit tu yg aku boleh bauu , ( aku main agak je) tapi aku masih lagi tidak ambil tindakan apa2 sebab aku sibuk dan penat bekerja . Sambil itu aku sering rasa ada sebungkus makhluk yg ikut aku . Dan hati aku sering berkata dia ada di belakang di situ disini . Pelik tapi itulah yg jadi .Ada suatu hari tu sewaktu aku tengah tidur aku dihempap , tidur dihempap adalah benda biasa sering jadi kat kau tapi masa ni aku dah lama tak kena.
Dan bila aku dihempap kali ni amat lain sebab ye syaitan dan jin ni mula tunjukan diri, sewaktu aku dihempap mulut badan aku semuaye tak dapat bergerak dan tiba2 aku nampak dua susuk tubuh yg di bungkus satu seperti mayat dan satu lagi warna kuning dan tubuh ye dibalutu kain kuning yg tidak diikat seperti mayat , macam kena gulung2 dengan kain kuning je aku tengok, aku nampak terus dalam hati aku membaca ayat suci al-quran dan iqamat lepas tu baru lah aku kembali macam biasa terus aku berlari pergi ke ruang tamu ambik nafas.
Dalam hati aku pelik apa benda yg kuning tu .sejak kejadian tu aku mengadu pada semua abg sedara pakcik makcik sehingga lah pada satu hari ni abg sedara aku membawa seseorang yg pandai mengubat bab2 ini aku panggil dia atok .di pendekan cerita malam tu atok memulakan kerja2 ye dengan mengambil tasbih dan dia pon memulakan bacaan dari ayat al-quran yg selalu aku dengar dan perubatan islam sering gunakan
Selepas dibaca terus dia bangun dan masuk ke dalam bilik tidur aku dan ibu, aku mmg tidur dengan ibu ,dia meminta untuk angkat katil aku . Bila dah diangkat dia pon membaca doa dan dengan tiba2 muncul satu bungkusan kuning yg bercampur darah Allahhuakhbar , dalam hati aku , mesti benda ni yg makan darah haid aku selama ni . Bila dibawa keluar rumah atok itu pon mengata kan yg merah ini adalah darah aku dan ibu . Betul sekali kata hati aku . Bungkusan itu dari hantaran orang, tujuan ye yg diberitahu atuk adalah untuk memecah belah kan keluarga dan yg lain ye tak perlu aku kata kan disini .
Kemudian di bukak bungkusan itu didalam ye terdapat tulang kongkang dan ada 3 lagi jenis barang tapi aku lupa apa, sebab banyak sangat benda2 ni ada kat umah aku badan sampai tak dapat nak ingat.
Selepas benda tu dibuang baru lah aku sihat maksud ye dah tak lagi pitam , dan period aku kembali macam biasa , tiada lagi bau bauan yg tidak sepatut ye .
Banyak lagi kisah mistik dan seram jadi kat diri aku dan family tapi lain hari lah aku akan kongsikan . Ini pon hanya biasa pada aku bukan cakap besar tapi banyak benda2 mcm ni jadi kat aku dan orang2 sekeliling . Sekian cerita dari aku wani bukan nama sebenar.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Kongkang tu haiwan apa
kongkang ni spesis beruk… tangan dia panjang..dalam banyak2 spesis, kongkang ni yg paling bangang sekali, yang paling lombab
– Dialog dalam cerita Zombie Kampung Pisang
dulu aku ada bela kongkang..comel tapi slow sangat..last2 kongkang aku kena kidnap dgn sape ntah..kurang ajar..suka2 amek dalam sangkar..
entah…kongkang tu spisis siput sedup ke apa…asal aku xtau ek…kompiuslampu aku nie
kongkang tu spesis beruk….tangan dia panjang….aktive waktu malam
Dik…
Klu NYA jgn ler eja YE…
akk dh tambah satu keje sambil bace nk kena remind diri sendiri samada itu YA atau NYA…
Papepon ngeri plak bygkan natang tu sedot2 darah kotor tu…
Eeerrrggghhhhh…
hahahahaha bukan selalu tambah keje kak