Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau sudi publishkan kisah aku yang entah kali ke berapa aku dah post ni. Sebab aku terfikir, nak kata aku salah kira di ‘human check’ tu, memang tak la. Sebengap2 aku ni pun setakat 5+2 tu aku pro lagi. Agak2 la, hakhak! Dan kepada sesiapa rasa macam dia lah orang yang aku mention kan dalam kisah ni, mohon diam ok =D Aku just nak share sebab kali ni aku akan lebih ke arah pengajaran dalam cerita. Terutama buat yang beragama islam.
Kejadian ni aku ingat sampai ke sudah sebab aku sendiri rasa ada baik buruknya. Ia berlaku sewaktu aku bekerja di sebuah kedai serbaneka bersama kawan sekitar tahun 2012 dulu. Aku gelarkan dia sebagai D lah ok. Normal bagi pekerja kedai masuk 10 a.m balik 10 p.m dan staff kedai aku kerja tu ada 5 orang semuanya (A, B, C, D dan aku). Di kawasan deretan kedai kami tu juga ada sebuah kedai kasut di mana adik kepada si D ni bekerja di situ. Aku gelarkan sebagai E lah ok. Selalu juga si E ni datang kedai aku waktu rehat, saja nak melepak dengan kakak dia. Kami bertiga ni menyewa bilik. Kena bayar ikut kepala pulak tu, korang bayangkan lah lembik lutut kami nak membayar. Jadah punya tokey. Jarak antara tempat kerja kami dengan bilik sewa pula ambil masa 10-12 minit berjalan kaki. Hairan aku hari2 ulang alik jalan kaki tapi tak kurus2 juga hakhak! Ok tu jelah intronya ye, kejap lagi aku bagi panas enjin. Hehee.
Satu hari tu, datang lah E ni ke kedai aku&D seperti biasa. Tiba2 B tegur E dalam nada menyindir “eh, blah lah kau. Menyemak pula aku tengok hari2 datang sini”. E sekadar ketawa lepas tu sambung semula borak dengan D. Tapi tak lama lepas tu aku perasan air muka E berubah, muka dia ketat jek dan terus pergi. “Eh? Blah sungguh budak tu. Biasanya berborak lama dengan D”, aku fikir. Sepantas wartawan melodi aku pergi serbu D nak tahu hal sebenar. Busybody jek kan? Hakhak! D beritahu lah E dah merajuk dengan B sebenarnya pasal sound dia tadi. Pulak dah. Ok, aku pun fikir tu hal kecil jek kot jadi malas lah nak sambung mewawancara. Aku abaikan je. Tapi aku nampak D asyik tak senang duduk sepanjang hari bekerja tu, last2 D beritahu aku E langsung tak angkat call jadi dia risau lah rajuk si E ni mungkin berpanjangan.
Untuk pengetahuan korang, E ni jenis senang kena sampuk dan aku memang dah sedia maklum tahu tentang tu. Petang tu D makin kerisauan. Sampai aku pun terjebak sekali risau walaupun bukan adik aku. Hakhak! Dipendekkan cerita, kedai tutup awal hari tu. Biasanya jam2 ni E memang dah balik kerja, kedai dia lagi awal tutup. Jealous aku. Berjalan kaki lah aku dengan D ni ke bilik sewa, sempat bergurau senda seakan terlupa kejap pasal E tadi. Tiba2 dari jauh kami berdua nampak satu susuk tubuh duduk di tepi longkang kat pintu ke bilik sewa kami tu. Terlupa pula nak inform bilik sewa kami tu di tingkat 2, jadi kena naik tangga untuk ke bilik. Fuh! Dah lah penat bekerja, balik kena jalan kaki, kena naik tangga pula baru sampai ke bilik. Jadah betul. Ok sambung semula pasal tadi, aku dan D terus berjalan merapati susuk tubuh tu. “Lah, kau rupanya adik. Kitaorang ingatkan siapa lah tadi”, tegur D.
Sekali adik dia laa, tapi E memang lain macam waktu tu. Dia duduk dalam keadaan kedua kaki dilipat rapat ke dada sambil huyung-hayang ke depan ke belakang dah macam orang meratip. Kedua tangan dia kemas memeluk tubuh. “Weh, E dah kena lagi ni. Patut dia langsung tak angkat2 call aku”, bisik D pada aku. Ah sudah, dah lah aku tengah datang period waktu tu begitu juga D. Haishhh, kenapa lah sekarang? Si E ni pula kejap2 ketawa kejap2 menangis tapi sayup jek bunyinya. Mata dia memandang tajam ke kami. D pun sengaja bertanya kenapa tak naik bilik lagi tunggu siapa malam2 ni? E dengan selamba jawab, “aku tengah tunggu B, aku nak b***h B!”sambil senyum sinis. Giler lah cuak aku. Tapi D handle keadaan dengan tenang sebab dah biasa kan. D tanya lagi kenapa pula apa yang B dah buat? Sekali lagi dengan senyum sinis+ngeri tu E jawab, “aku tak suka B. Dia dah buat aku marah. Aku nak b***h dia!”. Berulang2 kali E ulang perkataan b***h tu. Jangan dibuat main dengan budak ni, apa dia cakap dia buat sungguh. Seriau aku.
Hampir 20 minit juga kami memujuk dia naik ke bilik akhirnya berjaya. Yes! Tapi masalah lain pula timbul. Waktu kami nak angkat E ke bilik sebab dia kata lemah sangat tiba2 E mengadu sayu kat D, “kak, aku tak boleh nak berjalan ni benda tu pegang kaki aku”. Jantung aku bagai nak meletup waktu tu, sepantas kilat aku dengan cerdiknya toleh ke kaki E. And guess what?? Tentulah tak nampak apa2, hakhak! Aku pun satu, sengal. D terus paksa E heret juga kaki tu mendaki anak2 tangga. Beratnya E waktu aku papah dia tu tuhan jek yang tahu, macam aku tengah angkat 3kampit beras 10kg!
Sampai jek bilik, aku& D baringkan E di katil. E masih lagi lemah tapi seluruh kaki tangan dia kekejangan. Risau aku tengok. Mujur je dia jenis tak meracau2. Disebabkan aku & D masing2 period, tak dapat lah nak baca yassin jadi D letak je yassin di tepi kepala dan di dada E. D pun sambung bertanya lagi tapi E berterusan ulang cakap, “nak b***h B! Nak b***h B!” sampai D terpaksa call B tengah malam tu nak tahu hal sebenar.
B agak ketakutan tapi dia beritahu niat dia memang cuma nak bergurau je dengan E tak sangka pula jadi macam ni. D suruh B minta maaf pada E esok. E berterusan mengamuk sampailah pranggg! Terus blackout. Ya, cuma bilik aku je yang bergelap. Nampaknya marah betul ‘benda’ tu dengan B. Terus aku kuak daun pintu nak bagi cahaya masuk sikit. Gelap2 ni bertambah la lagi cuak aku tapi dapat aku kawal dengan jayanya hoho! Dan aku tabik senget cara D handle ‘benda’ dalam badan E. Kami siap berborak2 lagi dengan ‘benda’ tu (segala apa yang aku & D cakapkan bersama ‘benda’ tu terpaksa aku rahsiakan demi menjaga aib E) sorry ya, guys. Tak lama selepas tu, E akhirnya tersedar. Sakit2 badan dia. Kesian. Sia langsung tak tahu apa dan tak ingat apa yang berlaku sepanjang hari tu malah blur je.
Pengajarannya?? Ya, dah tentu ‘benda’ tu takkan sesekali mendekati kita melainkan kita sendiri yang memberinya peluang. Am I right? Yang cukup ilmu agama di dada pun ‘benda’ tu test. Ini kan pula kita yang baru merangkak. Jadi kenapa Allah tekankan tentang kewajipan solat? Kenapa Allah tekankan tentang al-quran? Perkara2 ni lah penyelamat dunia akhirat kita wey, tapi kalau dah kita sendiri yang abaikannya, so jangan nak expect la diri ni selamat dari gangguan2 ‘benda’ tu. Aku bercakap atas dasar pengalaman sebelum2 ni, bukan yang tadi je ya. Lepas dari kejadian tu, segala2 nya kembali normal. Alhamdulillah. Tersedar pula aku tentang satu hal, kenapa semua kenalan2 aku jenis hijab terbuka?? Malah tunang aku pun? Hakhak, mesti ramai juga diantara korang yang menghadapi situasi sama dengan aku kan?
Tu jelah kisah yang aku nak share. Hope korang enjoy baca & ambil iktibarnya. Syukran=)
#LoveFS
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Tak seram langsung !!! Mcm hampeh bosan. penat aku baca …
Kita yg pembaca ni mungkin la tak seram. Sebab kita hanya pembaca.
Kite x ada kt tmpat dieorg yg kene ni. dieorg yg rasa sendiri. Hanya dieorg je yg tahu seram ke tak.
Ambik iktibar. Ambik nasihat dia. Okey 🙂
Sebab apa ramai datuk² yg merawat org selalu baca selawat..kadang² ada org dia period…tak boleh baca ayat Quran
Jadi dlm apa² hal pun cubalah amalkan selawat kalo kita bersih selalu amalkan zikir, ayat quran yg mudah/ayat lazim setiap hari..
HakHakHak. Cikgu tengah practise macam mana gelak rupa macam tu.
cite diaa best kalau tak tambah bnyk hakhak kahak n banyak jadah . takde rasa saspen langsung .
ape yang aku dah bace nihh!!!!!!
tolong la tulis nama .. pening la nk bace .. xde mood
Bace intro je da tau mesti boring. Skip terus bace komen org memang hampeh lah da xnak smbg bace. nama pun ABCD ingat ni sekolah tadika ke
ok ja. truskn usaha yea