Cikgu Ini Berkongsi Pengalaman Bunyi Guli Bertaburan di Makmal Komputer

Bunyi guli bertaburan sedangkan takde orang main guli pun. Tu tandanya ada makhluk halus hendak menyakat kita.

Sebenarnya kalau nak diikutkan aku banyak kali dah dengar bunyi guli bertaburan ni. Terutamanya kalau waktu sorang sorang. Biasa la benda ni nak mengacau mesti waktu kita sorang sorang. Dia pun cerdik jugak. Baru seram beb.

Tapi aku ni pun noob juga. Aku memang mati mati syak bunyi guli tu sbb tikus yg main. Tak kisah la guli ke ape ke tp tikus main benda pape so menyebabkan bunyi macam tu.

Ada sekali tu aku duduk dalam makmal komputer sorang sorang buat keje. Aku ni mengajar kt sekolah orang asli. So tau je la memang jauh ke dalam hutan sekolahnye. Cikgu cikgu pun tidur sekolah hujung minggu baru balik. Sambung balik, aku duduk mengadap komputer sambil menaip. Tiba tiba aku terdengar bunyi guli jatuh sebiji kemudian guli tu bergolek ke tepi meja sebelah aku. Takde ape pun. Bunyi bergolek tu pun berhenti. Aku sambung tengok komputer. Bunyi sebiji lagi guli jatuh dan bergolek macam tadi. Aku pandang lagi. Takde pape. Then pandang komputer lagi, then benda tu bunyi lagi. Tapi setiap kali aku pandang mesti tak bunyi. Waktu aku tak pandang bunyi pulak.

Kalau aku ralit sikit buat kerja dan tak terus pandang kalau guli tu berbunyi ehhh 2 3 bijik guli jatuh n bergolek. Sebijik sebijik jatuh. Waktu tu hati aku dah panas dah kat tikus tu sebab mengganggu. Aku dah la tengah rancang step pengajaran untuk esok sebab line internet dalam hutan tu slow gila macam tahap siput obese. Mengganggu je tikus ni. Sekali lagi guli bunyi aku pandang n cakap,

“Ape bendenye bunyi guli ni? Takde ape2 pun? Jangan kacau aku la tikus!” (Bukan sebab berani, sbb taktau)

Aku pandang komputer lagi dia bunyi lagi. Aku terus bangun pergi ke meja tu dan cari mana tikusnya. Atas bawah kiri kanan meja tu aku cari. “Mana gulinya?” Bebel aku sorang sorang. Takde pun. Tapi aku rasa seram sejuk lepas tu. Meremang. Taktau kenapa.

Ape lagi aku kemas barang dan mencicit keluar dari situ. Bila aku dah tau maksud guli jatuh tu apa, aku rasa sangat sangat seram sebab aku ada alami banyak kejadian lain yang seram lagi kt sekolah aku. Tapi aku rasa bongok sangat sebab dengan beraninya pergi cari dan marah2 ‘tikus dan guli’ tu. Nasib baik dia tak sergah aku ke marah aku balik ke.

Aku dapat tahu pasal bunyi guli tu pun sebab kawan aku kena kacau. Tapi dia lagi extreme la sbb rumah dia tu dah lama kosong. Pergi tanya ustaz ustaz cakap bunyi guli tanda makhluk halus/jin nak sakat kita. Wallahualam. Tapi sejak tu kalau aku dengar bunyi guli lagi aku paham dah. Cepat cepat aku pergi tempat lain.

Sekian cerita dari aku. Nanti aku cerita kejadian kejadian pelik lain lagi kat sekolah aku. Terima kasih sudi baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *