Bunyi Kasut Berladam

Assalamualaikum . . Nama aku Fais . . Kisah ni berlaku masa aku tingkatan 3 kalau tak silap. Masa tu aku sekolah agama kat Arau Perlis. Nama sekolah aku rasa tak perlu bagi tau kot. Tapi aku bagi klu. Klunya satu2nya sekolah yg ada bangunan bekas peninggalan Jepun.Kalau diikutkan banyak kisah yang berlaku kat aku masa aku sekolah tu. Ok, dipendekkan cerita. Benda ni terjadi waktu sekolah ada buat event penyerahan keputusan exam,hari sukan dan hari pertandingan kawad kaki peringkat sekolah.

So, aku terlibat dengan kawad kaki kumpulan KRS. So mcm biasa latihan kawad start lepas Isyak. Elok dah habis berlatih lebih kurang pukul 11 lebih . So still awal la. Aku pun pergi la koop(koperasi) beli makanan ringan buat alas perut sebelum balik tidur.

Dah settle makan then mandi pe semua tu aku pun tido la. Masa tu aku katil atas. Tiba2 dalam pukul 3 aku terjaga sebab rasa panas sangat. Then aku tengok la kipas(kipas dinding) kot ada budak lock hala kat dia sorang. Bila aq tengok katil sebelah kanan takde org. Sebab katil aku rapat dinding.

Lepas tu aku langkah katil then halakan kipas tu kat aku sorang. Tak semena2 badan aq seram sejuk. Aku bukak sikit tingkap atas kepala aq, kalau bukak semua kang nampak bende lain pulak sebab bila buka tingkap terus nampak padang bola. Tapi makin aku kuatkan kipas makin menjadi2 peluh sejuk.

Tiba2 aku dengar bunyi larian tapak kasut berladam(larian berkawad) dekat koridor depan dorm aku. Sape2 pernah join kadet mesti tau larian berkawad macam mana. Then bunyi hempasan pintu bilik sebelah. Agak2 korang akan pergi tengok tak bunyi hempasan pintu tu.

Kebetulan pulak katil aku tu mengadap pintu. So aku bangun la tengok kot ada budak2 kadet lain baru balik. Tapi sorang pun takde!! . Aku pun baring balik. Tiba2 je bunyi tapak kasut ladam berjalan tapi bunyi sebelah kaki je seolah2 berjengkek sebabnya bunyi antara satu tapak ke satu tapak tak seperti orang berjalan biasa.

Makin lama bunyi tu makin dekat depan dorm aku. Makin lama makin dekat lepas tu berhenti depan pintu!! . Aku pun gamble bangun tengok,tapi takde pape pun!! Aku pun baring la balik. Aku ingat ganguan berakhir kat situ je. Rupa2nya tak!!

Bila dah baring tiba2 tapak kasut berladam masuk dalam dorm aku. 3 tapak bunyi sampai ke tengah bilik. Aku intai tapi takde pape then tidur balik.2 tapak terakhir kat bucu katil aku. Memang tak la aku nak intai lagi!!!

Last2 aku tidur sampai ke Subuh. Bagi korang maybe biasa2 ja. Tapi bagi aku ngeri. Sebab kawasan sekolah aku tu memang kawasan Jepun!!

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

2 comments

  1. berlenggang dia berjalan, si gadis desa yang anja, jelinga, yang anja, dtang seorang pemuda di tangannya penuh bunga, di hati, penuh cinta says:

    lantai koridor dgn dorm tu mozek kan? perghhh, memang kuat ahh bunyi dia jawabnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *