Assalamualaikum saya ucapkan pada semua pembaca dan geng FS. Terima kasih diatas kesudian menerima dan berkongsi kisah seram yang bakal ceritakan nanti. Mohon maaf andai jalan cerita saya ni agak hambar dan x berapa nak seram cuma rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman. Terlebih dahulu saya kenalkan diri saya sebagai Rin yang berasal dari Kuala Lumpur namun dibesarkan di Negeri Sembilan kerana kekangan waktu bekerja mak dan ayah lalu membesarlah aku bersama nenek dan atok di kampung (kedua atok dan nenek telah mengadap illahi alfatihah).
Sebelum tu biar aku terangkan sedikit bagaimana extreme nya rumah atok dan nenek di mana aku dibesarkan sepenuhnya di sana bersama abang-abang dan juga sepupu-sepupu aku. Rumah atok besar dan panjang. Halaman juga luas boleh la buat court badmintan n padang bola mini kat sana. Tapi yang bestnya kat sebelah rumah atok adalah kawasan perkuburan lama. Bukan la kubur lama yang pakai batu-batu time zaman jepun dulu cuma kubur lama yang dah tak digunakan lagi disebabkan kekurangan ruang.
Kawasan perkuburan ni agak kemas dan sentiasa dijaga malah lalang dan rumput2 tak pernah sampai paras lutut pun sebab orang kampung sentiasa bergotong royong bersihkan almost setiap bulan. Jarak kubur dengan rumah taklah jauh mana dalam 10 langkah dan hanya pagar yang memisahkan.
Waktu tu aku form 5. Waktu tengah sibuk nak belajar sebab nak ambik SPM. Yang ada waktu ni hanya aku, atok, nenek dan seorang sepupuku yang berusia lebih kurang 3 tahun. Abang-abang aku semua dah duduk KL dengan mak dan ayah sebab dah abis sekolah so derang ada yang dah keje, ada yang tengah mencari kerja.
Aku ada habit belajar lewat malam. Setiap hari bermula jam 11 malam smpai lah ke jam 2 pagi aku akan belajar sendiri di anjung rumah/ruang tamu utama. Aku memilih di anjung sebab kawasan tu sunyi dan yang lain-lain semua kat bawah. Untuk pengetahuan korang semua jarak anjung dengan bawah tu agak panjang jugak. Sebab lepas anjung ada ruang solat. Lepas ruang solat ada laluan ke dua buah bilik. Lepas tu ruang tamu kedua yang mana tv dan tempat lepak-lepak kat situ. Kemudian ada ruang tamu ketiga dan bilik-bilik pastu barulah dapur tu pun panjang lagi ke belakang. Kawasan anjung sangat jarang yang lain ni pergi kecuali kalau ada kenduri atau hari raya barulah ruang ni akan di penuhi dan terang benderang. Selain itu memang tak akan menyala la lampu kat sini.
Seperti biasa aku mulakan ulangkaji tepat jam 11 malam. Hinggalah ke 12.30 malam, Dikyie; sepupu aku yang berumur 3 tahun tu datang menjenguk aku di pintu. Aku pun marah la dia dah lewat dah kenapa tak tidur lagi? Dia cakap dia tak mengantuk. Aku cakap kat dia balik, “dah pergi tidur dengan nenek jangan kacau acu nak belajar”. Dia cakap ok tapi lepas tu dia sambung lagi. “Siapa perempuan yang rambut panjang duduk kat tingkap tu. Kawan acu ke?”.
Waktu tu aku tersentak. Aku pandang ke arah tingkap tapi tingkap memang banyak then aku tanya, “mana dik?”. Dia dengan selamba tunjuk tingkap yang betol-betol depan aku tu. “Tuuu la acu… Dia senyum je tengok acu!!”. Aku dah mula nak marah sebab tak taulah kenapa aku x takut tapi jadi marah. Lepas aku marah dia suruh pegi tidur, dia pun cemik-cemik dan turun tinggalkan aku. Aku boleh dengar dia lari sebab rumah kampung tu rumah papan so kalau sapa-sapa lari pun boleh dengar. Aku buat tak tau je dan aku sambung belajar. Sesekali bulu roma aku tegak berdiri dan setiap kali tu jugaklah mata aku liar melihat tingkap tapi syukurlah tiada apa yang aku nampak.
Tepat jam 1.30 pagi aku terdengar bunyi kuda. Memang macam kuda berbunyi cuma hujungnya panjang dari bunyi kuda biasa. Bunyi yang aku dengar tu mula-mula kuat dan clear. Lama-lama bunyi tu jadi perlahan dan sayup-sayup tapi makin panjang hujungnya. Aku masih tak terfikir bunyi apa sebab kat kampung aku memang ada kuda sebab memangg kawasan kampung tu dijadikan tempat tarikan pelancong dan adanya perkhidmatan kereta kuda. Cuma yang aku fikirkan kalau betul lah bunyi kuda tu takkan la sampai pukul 1 pagi masih berkeliaran lagi.
Dan yang pasti kandang kuda tu memang jauh dari rumah aku. Last-last aku tutup buku aku pun terus turun. Malas aku nak layan bulu roma yang kejap-kejap bangun kejap-kejap tido ni. Masa pegi kat bilik nenek aku tak tido lagi. Aku tanya, “kenapa tak tido lagi?”. Katanya entah tak boleh lelap pulak mata dia. So aku pun tanya la kat dia aku dengar bunyi kuda tadi. Sayup-sayup je bunyi dia. “Menatang apa kul 1 pagi bunyi cam kuda ya nek?”.
Tersentak nenek bila aku tanya. Nampak betul muka terkejut dia tu. Lantas dia tarik tangan aku then dia cakap slow-slow. “Rin, lain kali kalau dengar bunyi macam tu cepat-cepat turun bawah tau”. “Kenapa nek? Bahaya ke?”, soalku nak kan kepastian. Nenek sambung, “tu la bunyi pontianak mengilai kalau Rin nak tau…”. Matilanakkkkk!!! Patutlah Dikyie nampak pompuan kat tingkap!! Cik ponti rupanya! Cissss!!!
Itulah antara pengalaman manis aku dengan benda-benda mistik tu. Banyak lagi sebenarnya nak kongsi. Nanti insyaAllah kalau admin publish cerita ni, aku kongsikan yang lain-lain pulak ye?
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
FIRST COMMENT ..nie serammm …cik ponn pulak senyum depan hampe..
naik bulu rome aku baca weii….
Kenangan manis sgt ni. Huhu
Besar btol rumah tok neneknye..
tu hantu jenis kuntilanak..org panggil kudalanak..lhahahah
Besar rumah tok nenek dia tinggal 4 orang je.memang serammm
Besar betul rumah sampai ada tiga ruang tamu