Assalamualaikum dan hai semua pembaca Fiksyen Shasha yang acah-acah berani tapi sebenarnya penakut macam aku ni hihi. Aku ni penulis baru ja nak menapak masuk dunia seram, tapi harapnya cerita ni boleh la buat korang tidur lambat sikit malam ni. Ni kisah lama masa aku sekolah rendah dulu, darjah lima macam tu. Masa tu aku masih duduk dengan mak ayah dekat rumah kayu setingkat kampung. Rumah kampung betul, yang lantai pakai papan, atap zink, dinding pun kadang kalau ketuk kuat-kuat boleh terkopek sikit. Tapi itulah rumah paling banyak kenangan dan… gangguan.
Mula cerita ni masa cuti sekolah hujung tahun. Biasanya kalau cuti, aku suka tidur lambat, tengok cerita hantu dekat TV3 malam Jumaat. Tapi malam tu mak aku tak bagi bukak TV. Sebab katanya jiran belakang baru lepas buat kenduri tahlil, tak elok gaduh-gaduh, kena jaga adab sikit malam tu. Jadinya aku pun duduk dalam bilik, sambil main-main getah dan baca buku cerita ‘Misteri Alam Ghaib’ yang aku pinjam dari perpustakaan sekolah. Masa tu aku sorang dalam bilik. Adik-beradik lain tidur bilik depan dengan mak ayah.
Pukul 11 lebih aku mula rasa mengantuk. Aku tutup buku, gulung selimut, baring. Tapi mata tak boleh lelap. Cuaca malam tu sejuk sikit, lepas hujan. Bilik aku pulak terletak betul-betul bawah bumbung. Kalau burung terbang ke, tupai lari pun aku boleh dengar.
Masa tengah nak lelap tu, aku dengar bunyi tapak kaki. Bukan dalam rumah. Tapi atas bumbung zink rumah aku. Bunyi dia klok klok klok, perlahan sangat, tapi jelas. Macam orang berjalan telanjang kaki atas zink yang lembap. Mula-mula aku fikir mungkin kucing. Tapi tak logik sebab bunyi dia terlalu berat untuk seekor kucing. Bunyi dia macam… orang. Tapi beratnya pelik sikit. Macam meleret.
Aku tarik selimut sampai ke dagu. Aku pasang telinga lagi. Bunyi tu masih ada, perlahan je. Jalan dari arah dapur, naik atas ruang tamu, sampai ke atas bilik aku. Bila sampai atas bilik aku, bunyi tu berhenti. Masa tu aku betul-betul rasa jantung aku berdegup laju macam baru lepas lari 100 meter dekat padang sekolah. Tapi aku still cuba logikkan benda. Mungkin tikus, mungkin pokok bergesel. Aku pejam mata kuat-kuat, paksa diri tidur.
Baru je rasa nak lena, aku dengar bunyi kuku cakar papan. Ya Allah, sumpah aku ingatkan mimpi. Tapi makin aku cuba pejam mata, makin jelas bunyi tu. Macam kuku panjang ketuk papan dari luar tingkap. Masa tu aku tak tahu nak buat apa, aku cuma baca Bismillah dalam hati, selawat, dan peluk bantal sekuatnya. Tapi benda paling menyeramkan sekali bila aku rasa lantai papan bawah badan aku bergetar sikit-sikit. Aku rasa macam ada sesuatu tengah jalan perlahan-lahan dalam bilik. Aku tak berani buka mata. Aku cuma tahan nafas dan harap sangat aku tertidur.
Besok pagi aku bangun macam biasa. Tapi rasa badan aku lemah. Aku tanya mak aku, semalam ada dengar apa-apa tak? Mak aku cakap, “Tak ada apa pun. Tidur lena je semua.” Tapi yang peliknya, atas bumbung rumah tu ada kesan tapak kaki, kecik tapi dalam. Macam kaki budak, tapi melekat lumpur. Mak aku kata mungkin budak kampung main-main. Tapi kalau budak pun, jam 12 tengah malam?
Malam seterusnya, aku decide tidur bilik mak. Trauma weh. Tapi kakak aku yang tidur bilik aku malam tu, esoknya dia cerita…
Kakak: “Eh malam tadi bilik tu bising gila. Bunyi macam orang tarik guli atas papan. Lepas tu macam orang lompat dari katil ke lantai. Tapi aku malas nak layan, aku pikir mungkin tikus.”
Aku: “Tik… tikus tarik guli kak?”
Kakak: “Ha… entahlah. Aku malas nak fikir. Tapi malam ni aku tidur bilik mak jugak.”
Lepas tu, bilik aku kosong seminggu. Semua taknak tidur situ. Masa cuti habis dan sekolah nak mula, mak aku upah orang tukar atap dan periksa lantai. Masa tukar zink tu, tukang cakap ada kesan hitam terbakar atas zink dekat bahagian atas bilik aku. Macam bekas tapak kaki besar terbakar. Tapi tak ada apa pun terbakar pun dalam rumah. Kami tak tahu apa makhluk apa yang datang, tapi lepas atap ditukar, bunyi tu hilang.
Sampai sekarang aku masih teringat perasaan malam tu. Dengar bunyi kaki atas kepala sendiri, dan rasa macam ada benda betul-betul tengah pandang dari atas, tapi kita tak nampak.
Itulah cerita aku. Kalau korang rasa tak seram, takpe, adik tak paksa. Tapi bagi aku, masa umur 11 tahun, itu pengalaman pertama aku tidur sambil peluk bantal sampai peluh-peluh walaupun malam hujan.
Jumpa lagi dalam cerita akan datang. InsyaAllah kalau rajin, aku sambung cerita masa aku kena ikut mak pergi kenduri dekat rumah pusaka yang ada bilik terkunci sejak 1974. Chow dulu!