#Butirstar: Aspuri (Part 3 – Akhir)

Hari minggu yang indah memang seronok buat segala jenis aktiviti yang dapat mententeramkan jiwa aku; tidur la apa lagi. Lepas solat Subuh, aku golek-golek atas katil sambil fikir nak breakfast dekat mana. Biasanya hari minggu aku tak balik rumah walaupun aku ada kereta dan jarak dari sekolah ke rumah hanya memakan masa sejam lebih. Aku suka balik rumah time cuti sekolah je. Masa mula-mula kerja dulu, aku suka ulang-alik. Bila dah dapat Pengetua garang, dia suruh jadi warden la pulak. At least, aku dapat jimat minyak kereta.

Lepas kejadian Hakim dirasuk oleh perempuan bunian mana entah, aku dah boleh rest. Or so I thought. Encik Li pula sibuk dengan mission impossible dia. Aku tak tau sangat sebab tak nak ambil tahu. I have my own life and I want to live to the fullest! Aku pandang jam dinding. Dah pukul 7.30. Perut pun dah start nak buat concert grunge. Sebelum dia lepaskan asid grastik dengan banyak, lebih baik aku bagi dia makan. Karang tak pasal-pasal sakit perut, hilang mood aku nak berjimba sorang-sorang dalam rumah ni.

Sya masih belum balik dari kursus. Kursus cikgu baru ni memang mencabar jiwa dan raga. Aku dulu pernah kena tapi lama la. Dua minggu. Seminggu di dorm, seminggu dalam khemah. Aku ingat dah tak duduk dah dalam khemah bila jadi cikgu. Alih-alih kena jugak. Adoi! Sya mesej aku, dia cakap dia rindu rumah. Dia penat la, kena buat itu ini la. Macam-macam dia ngomel. Aku gelak je la sebab aku punya dah lepas.

Aku bangun, pakai sweater dan turun cari kedai nasi lemak. Cuaca agak sejuk. Kalau pekena roti sardin dengan teh o panas ni sedap ni. Aku terus ke kedai roti canai yang paling sedap dekat kawasan ni. Nasib baik tak ramai lagi orang yang datang sebab hujan kot. Aku order dua roti sardin dan teh o panas untuk makan dekat rumah. Aku ni jarang makan dekat kedai. Makan dekat rumah lagi best.

Masa aku dalam perjalanan balik ke sekolah semula, aku selisih dengan kereta cikgu Aziz. Dia bagi lampu, aku bagi lampu la jugak. Dalam saat itu aku nampak ada orang lain dekat passenger seat kereta cikgu Aziz.

Eh, mamat tu datang lagi? Rasa rugi la pulak aku tak makan dekat kedai tu. Dah lama jugak aku tak jumpa mamat tu. Boleh la gosip-gosip sambil membahan cikgu Aziz. Asyik aku je yang menjadi mangsa bahan. Tapi takkan la aku nak pusing balik. Nampak sangat gatal aku ni. Jadi, aku teruskan je perjalanan. Petang nanti boleh ajak cikgu Aziz dengan sepupu dia tu makan sate, tak pun ikan bakar. Boleh la aku mengepaw cikgu Aziz. Muahahahaa!!!

Sampai je kat rumah, aku terus hidang apa yang aku beli. Aku buka TV dan layan je apa cerita yang ditayangkan. Kemudian, Encik Li tiba-tiba muncul dari mana entah. Terkejut beruk aku bila dia bagi salam dari belakang. Dah la buat suara kuat pulak tu. Nasib baik aku tak tersedak tori sardin ni.

“Apa ni, makan tak ajak?” dia terus tarik satu lagi kerusi dan duduk sebelah aku. “Waah! Roti sardin! My favourite!” dia buat ala-ala gaya Usop Wilcha.

“Wei, beli sendiri la! Kat negeri kau tak ada roti sardin ke?” perli aku. “Kata ada mission impossible? Ke mengular ni?”

“Yes, it is so impossible that it nearly cracks my brain out. Seriously,” dia dengan sardinnya cubit roti sardin dan makan.

“Oi, oi! These are mine, okay? Go get your own. Ni apsal tetiba cakap omputih ni? Kau punya boss jin orang putih ke apa?” tanyaku sambil mengalih semua makanan jauh dari Encik Li. Karang habis dia bantai roti sardin aku.

“Tak lah. Saje je. Duduk sekolah asrama kenalah speaking,” Encik Li gelak.

Baru je aku nak menikmati roti sardin, tiba-tiba ada budak menjerit. Kuat pulak tu. Aku terus ambil saji dan tutup makanan yang ada atas meja. Aku dan Encik Li bergegas ke tempat kejadian. Budak yang jerit tu budak satu aras dengan rumah aku. Aku terus masuk dalam bilik mandi sebab jeritan jelas kedengaran dekat situ.

“Hei! Apa jerit-jerit ni?” jerkah ku. Budak tu terus diam lalu menangis. Dia tunjuk kepala dia, dia tunjuk baju dia. Aku tak paham. “Apa dah jadi ni? Cerita la elok-elok. Ada orang masuk ke?”

“Tak,” budak tu jawab sambil kesat air mata. “Ada lipas terbang atas kepala saya, cikgu. Lepas tu dia merayap masuk dalam baju. Saya jerit la. Geli!”

Hmmmpphh!! Lipas rupanya. Aku ingat ada orang ceroboh masuk pagi-pagi macam ni. Kacau mood betul la. Aku suruh budak tu balik ke bilik. Lepas ni ada inspection asrama. Bergegas budak tu lari keluar.

Encik Li tahan gelak bila aku keluar dari bilik mandi. Amboi, suka hati dia gelakkan orang. Kang aku bubuh lipas dalam baju dia, baru dia tau!

Aku balik ke rumah dan sambung makan. Habis aku tibai dua roti sardin. Memang kenyang buat setakat ni. Tengahari aku kena cari nasi pulak. Lepas makan, aku dan warden-warden perempuan yang lain buat inspection asrama. Kami check kebersihan bilik, kebersihan tandas. Masa ni budak-budak kerjanya gotong-royong. Kalau pukul 11.15 tak bersih lagi, kami akan kenakan denda.

Masa aku tengah inspect aras paling atas (aras 4), aku dengar suara halus nenek puaka tu ketawa. Encik Li masa ni tak ada sebab dia cakap dia kena sambung mission impossible dia tu. Tadi dia datang nak lepak-lepak je. Apa pulak yang nenek ni nak? Tak puas hati lagi kot pasal malam tu. Maybe betul la cakap Encik Li. Nenek ni mengalami menopos, marah tak tentu pasal.

Lepas inspection, aku balik ke rumah, solat Zohor dan tunggu dewan makan buka. Dewan makan buka pukul 1.30. Walaupun hari minggu, dia ikut jadual hari sekolah. Nak tak nak memang kena tunggu la dulu. Untuk para warden, dia hidang dekat dewan makan lelaki. Aku malas nak beratur dengan budak-budak perempuan jadi aku ke meja makan warden. Tak ada orang lagi. Yes!! Aku cedok nasi sebanyak yang aku boleh telan dan ambil lauk kegemaran aku. Hari ni menu gulai ayam kurma. Memang aku bantai peha la. Sedang aku seronok menikmati juadah makan tengahari, cikgu Aziz dan sepupunya pun muncul.

“Apa ni, cikgu Fia. Makan tak ajak kitaorang,” kata cikgu Aziz lalu duduk di hadapan.

“Mana la saya tau. Ingat ke cikgu dengan si Ijam ni nak gi dating ke apa ke. Saya malas nak sibuk,” aku gelak.

“Oi, kau ingat aku nak ke dating dengan dia?” kata Ijam. “Baik aku dating dengan awek-awek cun yang ada kat sekolah ni,” Ijam intai-intai budak-budak perempuan yang sedang makan.

Dewan makan ni jenis yang terbuka dan bersebelahan. Memang nampak la budak-budak makan. Ijam ni gatal jugak orangnya. Cikgu Aziz menepuk bahu Ijam. Ijam sengih je. Masa makan, aku suggest la dekat cikgu Aziz bawak si Ijam ni pergi makan ikan bakar. Dekat area ni memang banyak kedai ikan bakar yang best-best. Ataupun makan sate. Kedai sate best pun ada. Sebenarnya aku pun nak menyibuk jugak. Dah lama tak gosip dengan Ijam ni.

Maka, keputusan pun dah dibuat. Kami bersetuju untuk makan malam dekat kedai ikan bakar tepi simpang lepas Maghrib. Kebetulan Maghrib awal jadi boleh la chop tempat awal. Kedai tu memang selalu je ramai orang. Parking pun agak susah kalau datang lambat. Aku siap awal-awal lagi sebelum solat. Lepas je solat, terus aku keluar. Kalau encik Li tau aku keluar makan ikan bakar, mesti tak puas hati.

Masa aku turun tangga, aku dengar nenek tua tu sedang nyanyi. Korang bayangkan la, suara nenek tua, nyanyi lagi nenek si bongkok tiga, dan bunyinya betul-betul kat tepi telinga korang. Halus je bunyi tu. Tangga tu sunyi. Kau sorang je yang lalu. Dari tingkat dua pulak tu.

‘Nenek, nenek si bongkok tiga
Siang mengangtuk, malam berjaga
Mencari cucu di mana saja
Nenek ku kahwin dengan anak raja’

Pergh! Nenek ni ada hati nak kahwin dengan anak raja. Kenapa tak atok raja je? Kan sama-sama tua? Gatal jugak nenek tua ni. Korang tahu apa yang aku buat? Aku sambung rangkap seterusnya.

‘Anak raja dah sudah lari
Nenek tua tak ada gigi
Sekarang nenek nak apa lagi?
Siapa suruh nenek nyanyi?’

Nenek tu diam. Lepas tu dia marah. Aku ketawa sambil lari turun tangga. Padan muka! Siapa suruh nyanyi? Kan aku sambung dengan lirik entah apa-apa? Aku masuk dalam kereta dan memecut ke destinasi seterusnya. Malas aku nak layan nenek tua tu. Asyik nak jerit la, nyanyi la. Nak nyanyi, masuk la Kilauan Emas ke apa? Ini nyanyi dekat tangga. Bukan ada orang dengar. Aku sorang je.

Bila aku samapi kat kedai ikan bakar, diaorang dah terpacak kat situ. Aku order air je sebab makanan diaorang dah order. Borak punya borak, sambil makan bila makanan dah sampai (kedai ni memang servis dia hebat! Lepas order, dalam 10 minit dah sampai. Kalau datang awal la), tiba-tiba telefon aku berbunyi. Tertera nombor yang tak dikenali dekat skrin. Siapa pulak ni? Kacau betul la.

“Hello, assalamualaikum. Siapa ni?” tanyaku bila accept call.

“Cikgu! Kawan saya ni….dia…dia….,” line putus-putus.

“Apa dia? Cakap je la!” aku tinggikan suara.

“Dia kena…” Tuuuuut. Panggilan putus. Lepas tu budak tu mesej. Ada budak kena histeria. Histeria lagi! Apa pulak yang budak-budak ni buat sampai kena histeria ni? Hari tu budak laki yang kena sampuk hantu perempuan. Ni apa benda pulak yang kacau budak perempuan ni? Entah-entah….nenek tu!

“Kenapa Fia? Muka kau serius semacam je? Seriau aku tengok,” kata Ijam. Aku terus snapped back to reality.

“Ada budak perempuan kena histeria,” jawabku. Cikgu Aziz hampir tersedak. Ijam tepuk belakang dia lepas tu hulurkan dia air.

“Allah! Apa pulak la kali ni? Hari tu budak laki. Ni budak perempuan pulak,” kata cikgu Aziz lepas dah okay.

“Aku kena balik ni. Sorry tau!” aku terus bangun. “Nanti aku bayar balik duit makan.”

“Kau boleh ke handle ni? Warden lain tak de ke?” tanya Ijam.

“Warden lain tak berani nak handle. Cikgu, Ijam, gerak dulu,” aku bergegas ke kereta.

Ijam kejar aku sampai ke kereta. “Fia, tunggu jap. Aziz tengah bayar. Gerak sama-sama.”

Aku angguk. Lepas tu, rileks je si Ijam ni buka passenger seat dan duduk dalam. Aku suruh dia naik dengan cikgu Aziz, dia cakap cikgu Aziz suruh dia naik dengan aku. Aku malas nak gaduh, aku masuk lalu start enjin.

Masa aku tengah drive, tiba-tiba Encik Li muncul dengan dua orang kawan dia dekat seat belakang. Dua orang pakai hood, dia sorang je yang tak pakai. Duduk kat tengah pulak tu. Dia tenung je si Ijam ni dengan muka tak puas hati. Aku tergelak.

“Apa yang lawak?” tanya Ijam dengan muka pelik. Mesti la dia pelik sebab tiba-tiba aku gelak tak pasal-pasal.

“Ada orang kat belakang,” jawabku.

Ijam telan air liur. “Siapa?”

“Ada tiga. One of them…encik Li. Dia tak puas hati kau duduk tempat dia,” aku sengih je.

“Sorry, bro. Tak sengaja,” kata Ijam pada encik Li walaupun dia tak nampak. Kalau dia nampak, boleh pengsan agaknya. Haha!

Masuk je pagar sekolah, aku dah rasa something wrong. Encik Li suruh aku baca ayat pendinding. Lepas tu dia dengan kawan-kawan dia hilang. Agaknya diaorang turun dan bergegas ke tempat kejadian. Aku suruh Ijam baca ayat pendinding. Aku parking kereta dekat tepi aspuri. Aku suruh Ijam tinggu cikgu Aziz dekat kereta aku dulu.

Budak-budak perempuan aras bawah tengah kalut masa tu. Aku tanya one of the pengawas, dia cakap Mun dengan Jaja gaduh. Diaorang mula-mula tu kutuk-kutuk sesama sendiri, lepas tu Mun kutuk selipar Jaja. Jaja pun angin la. Dia jerit-jerit, lepas tu dia gelak. Tu yang diaorang cuak. Aku masuk bilik Jaja. Ada ramai yang kerumun bilik dia. Aku suruh yang tak berkenaan keluar dari bilik tu. Hanya roomate Jaja je yang dibenarkan stay dalam bilik.

Jaja masa tu tengah duduk atas kerusi macam lagak gaya seorang bos. Dia senyum dengan penuh keangkuhan. Yang lain memang tak berani duduk dekat. Aku baca ayatul Kursi secara perlahan dan tenung matanya. Jaja ketawa.

“Kau ingat aku takutkan kau?” Jaja bersuara dan aku kenal suara tu.

“Baik kau keluar, nenek puaka!” marahku.

“Kau yang cari pasal dulu. Bukan aku!” nenek pun mula tinggikan suaranya.

“Sini bukan tempat kau! Balik ke tempat kau! Kau dah langgar perjanjian!” aku tuding jari ke arahnya. Memang cari pasal betul nenek ni.

Jaja mendengus dengan penuh kemarahan. “Aku tak suka perempuan tu! Kenapa kau biarkan dia? Kenapa kau suruh aku pergi sedangkan perempuan tu yang buat kacau?”

“Hei, nenek tua! Perempuan mana pulak yang kau cakap ni?” aku ni dah sama level marah dengan nenek puaka ni. Nasib baik aku boleh control lagi ni. “Kan sini asrama perempuan? Memang perempuan la duduk dekat sini, takkan lelaki! Tak payah nak cakap kias-kias. Cakap je siapa!”

Jaja diam. Dia pejamkan mata dan aku dapat rasa nenek tu dah hilang. Tapi ada benda lain yang ada dalam badan dia. Jaja buka mata dan senyum dengan senyuman yang menyeramkan. Tiba-tiba dia terus lari keluar dari bilik. Memang macam lipeas kudung, berdesup dia lari sampai aku tak sempat nak halang dia.

Aku suruh roomates dia bagitau semua orang dekat aras bawah cari Jaja. Aku pula terus pergi ke luar asrama dimana cikgu Aziz dan Ijam sedang menunggu. Diaorang memang terkejut tengok aku lari ke arah diaorang.

“Jaja, cikgu! Dia lari keluar. Ada nampak tak?” tanyaku tercungap-cungap.

“Eh, tak ada pulak. Saya ingat dah okay sebab senyap je. Kena panggil ustaz Ali ni,” kata cikgu Aziz.

“Belum lagi. Ada benda lain pulak masuk dalam badan dia. Mula-mula tu nenek tua yang puaka tu. Lepas tu, yang lain pulak. Suka lari-lari la pulak!” aku garu kepala yang tak gatal. Ijam pulak diam je la, terkebil-kebil tengok kitaorang. Dia nak masuk asrama nak tolong, memang tak boleh la. “Saya nak pergi cari dia. Dah suruh dah budak-budak lain cari. Cikgu panggil jugak la budak lelaki yang lain, jaga luar asrama ni. Kot-kot la dia nak buat larian amal keliling sekolah.”

Aku masuk ke asrama semula dan tanya budak-budak lain. Diaorang cakap tak jumpa. Aku ke aras paling atas. Masa tu, budak-budak lain diarahkan untuk masuk dalam bilik masing-masing dan tutup pintu. Lepas tu baca la Yaasin ke Ayat Kursi ke untuk mengelakkan dari kena gangguan.

Tak sampai separuh jalan aku check aras paling atas, tiba-tiba lampu terpadam. Ramai yang jerit tapi diaorang still duduk dalam bilik, tak keluar. Keadaan agak gelap sebab emergency lights samar-samar je. Aku buka lampu handphone dan suluh ke hadapan. Aku jalan beberapa tapak dan masa tu la aku dengar suara perempuan yang halus.

Laa…laa…laa….la….laa…laaa…..

Kemudian dia ketawa macam budak kecik. Aku tiba-tiba je rasa meremang dan telinga aku berdesing. Benda tu ada dekat sekitar. Aku suluh kiri dan kanan dan bila aku suluh kembali ke hadapan, ada seorang budak perempuan pakai blouse dan skirt. Rambutnya paras bahu dan dia memang tercegat tak jauh dari tempat aku. Aku dah lama tak rasa seram macam ni. Matanya memandang tepat ke arahku dan dia mengukir senyuman dengan perlahan-lahan.

Aku rasa aku dah mula berpeluh and I can feel my own heartbeat. Aku masa tu kaku dan lampu emergency berkelip-kelip. Kalau dalam movie memang perkara macam ni adalah klise for certain horror-movie lovers, tapi kalau korang berada di tempat aku, benda ni yang korang akan takut sebab korang dapat agak apa yang berlaku lepas tu.

Setiap kali lampu berkelip, perempuan tu akan hilang dan muncul semakin dekat. Makin lama makin dekat. Aku masa tu memang baca segala ayat yang terlintas dalam fikiran. Aku rasa macam aku sorang je yang ada dekat aras ni. Memang sunyi semacam. Seram sejuk.

Laa…laa…laa..laa..la..laa…

Perempuan tu menyanyi and at the same time dia makin dekat dan suaranya makin kuat. Tiba-tiba dia jerit dengan kuat sampai nak pekak aku dibuatnya. Aku dapat rasa angin yang kuat datang dari belakang. Muncullah Encik Li dengan 2 orang kawan dia yang tumpang kereta aku tadi. Aku rasa lega sekajap. Encik Li suruh aku beredar dari situ.

Masa aku pusing ke belakang, aku terkejut ada seekor harimau putih yang besar dengan seorang lelaki yang tinggi. Aku kaku sekali lagi. Otak aku ni macam lambat nak process agaknya sebab kejadian perempuan menakutkan tu tadi. Harimau tadi mengaum. Aku menapak ke belakang.

“Sabar ye, harimau. Sabar,” aku tak tau mana datangnya kekuatan untuk bercakap dengan harimau tu, walaupun sebelum ni masa aku first time jumpa dia, aku tak takut pun.

“Anak muda, tunduk!” lelaki tinggi yang bernama Muaz (baru la otak aku dapat process masa ni) dengan suara yang sangat kuat. Bergema aras tu kot. Aku jerit sambil tunduk. Putih melompat dengan tinggi dan membantu Encik Li dan kawan-kawannya lawan perempuan jahat tu. Memang dia jahat. Encik Li muncul dekat sebelah aku dan suruh aku turun tangga. Diaorang akan selesaikan perempuan tu dengan bantuan Ustaz Ali.

Aku terus turun, tak tengok belakang dah. Sampai je kat bawah, aku rasa macam hilang tenaga kejap. Ustaz Ali suruh aku rehat dan dia pun naik ke atas. Ijam hulurkan aku sebotol air mineral.

“Minum air ni. Pulihkan semangat kau,” katanya.

“Ni air pulih semangat ke air jampi? Tak nak la aku,” aku tolak botol tu. “Karang tak pasal-pasal jadi benda lain.”

“Wei, air aku ruqyah la. Kau ingat aku pandai ke nak jampi-jampi bagai. Dah, minum. Kau tu dah macam buat larian marathon,” dia mula membebel.

“Yelah, yelah,” aku capai botol tu, baca bismillah dan terus minum. Lega dapat minum air.

“Tadi ada beberapa orang budak datang cerita kat saya, apa yang sebenarnya jadi,” kata cikgu Aziz. “Katanya benda ni berlaku bukan sebab baru gaduh tadi. Benda ni start 2 hari lepas.”

Mengikut cerita budak-budak tadi termasuk la Mun, Mun ajak diaorang main spirit of the coins. Mula-mula diaorang tak nak. Lepas tu Mun persuaded diaorang main kejap je. Masa tu Mun nak test ada hantu tak malam Jumaat. Memang bongok la si Mun ni. Malam Jumaat mana ada hantu! Malam mulia tu. Mudah sangat terpengaruh anasir-anasir dugong yang suka merosakkan pemikiran orang Islam. First diaorang main tu tak ada apa berlaku. Diaorang agak frustrated and played it again on the second night.

Dua kali diorang main! Dua kali!!

Second night, memang coin yang diaorang guna tu gerak. Teruja la diaorang ni, tanya soalan kat hantu tu. Spirit tu la. Tu yang perempuan jahat tu muncul. Dia mula-mula ikut Mun. Tapi bila Mun gaduh dengan Jaja, dia mungkin tengok Jaja ni jenis lemah semangat, tu yang dia masuk dalam badan Jaja selepas nenek puaka tu masuk. No wonder la nenek tu asyik cakap tak puas hati. Lain kali cakap la elok-elok. Ini jerit tak puas hati. Mana la aku tau. Lepas tu nak marah aku. Sabar je la.

Lepas semuanya selesai, ustaz Ali turun dengan Encik Li dan kawan-kawan dia. Muaz dan Putih aku tak tau pergi mana. Ustaz Ali cakap terima kasih dekat Ijam sebab kawan dia datang tolong. Ijam cakap la bukan dia yang panggil tapi diaorang datang sendiri. Cikgu Aziz pulak katanya teringin nak tengok Muaz dengan Putih. Cikgu Aziz ni pun pelik jugak. Encik Li dia nampak, tapi yang dua lagi tu dia tak nampak.

Malam tu jugak aku panggil Mun dan budak-budak yang main spirit of the coins tu. Sekali lagi aku mengamuk (tiba-tiba dapat kekuatan untuk marah padahal tadi aku rasa letih semacam). Aku bagi warning kat diaorang, kalau main lagi, aku tak nak tolong dah. Biarlah jadi histeria budak-budak ni. Lepas tu aku suruh diaorang solat Taubat, minta ampun dengan Allah. Dah buat benda syirik, memang kena minta ampun sungguh-sungguh.

Bila semua dah selesai, aku naik ke rumah semula. Encik Li temankan aku sebab dia takut aku tak larat naik tangga. Aku cakap aku larat je walaupun aku letih sikit. Tadi nak marah tak letih pun. Haha! Aku kunci pintu rumah dan terus masuk bilik. Masa nak tidur tu, aku ambik masa la sikit sebab dalam kepala masih lagi terngiang-ngiang pasal perempuan jahat tu.

Laa…laa…laa…laa….

#butirstar

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

butirstar

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

274 thoughts on “#Butirstar: Aspuri (Part 3 – Akhir)”

  1. Part paling seram bagi aku adalah yang lipas terbang masuk dalam baju tu. Boleh murung setahun.

    Nice story Butirstar, tulis cerita lain pulak

    Reply
  2. Aduh..aku kena baca balik part sebelumnya…hilang ingatan lakkk..nati aku bagi rate ye cik BS..
    adakah kita melihat bintang yang sama

    Reply
  3. “lipas kalu terbang,bukan lagi lipas..tapi decepticon..!!”
    patotla budak tu jerit tadi..ahahahaa..
    * tasangka Fia fren dgn Ijam Kachak..auuww..so suwiitt..

    Reply
  4. Ijam Kachak ke?? Hahahahahahah tak sangka Encik Li bergeng dengan Muaz

    tapi maaflah ye. Lepas baca part Muaz tu, aku stop baca dah. huhu

    Eh Lupa. Cuba kau tanya Ijam tu, macam mana dengan keadaan Cikgu Ajla?? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA K BAI

    Reply
  5. Apehal kalau aku bukak FS ni keluar mende alah ni..?

    Mobile Homepage
    November 8, 2017 fiksyens
    Enter content on this page under the Mobile Pages tab or
    choose another page under
    WordApp-> App Builder-> Redirect page

    Admin,adekah ko cube mensabotaj haku?

    Reply
  6. Kalo lipas tu terbang ke aku, aku rasa aku jadi lebih dari org histeria… Huhuhuuu

    Ijam? Muaz? Putih?

    Ijam x kachak tu ke? Putih tak rimauu?? Cikgu tak Ajla mana x masuk skali ke? ##### Huhuhuu
    Reply
  7. ‘Anak raja dah sudah lari
    Nenek tua tak ada gigi
    Sekarang nenek nak apa lagi?
    Siapa suruh nenek nyanyi?’

    Aku siap gelak bila part lirik lagu ne ??

    Reply
  8. TERBAIKK… SALU FOLLOW CITA BUTIRSTAR
    IJAM KACHAK FREN U LA PLAK.. HEHEHEHE.
    SA ADA BELI BUKU DR IJAM NI.. ..
    BTW CITA BEST.. BEST LA DPT KWN DNGAN ENCIK LI.

    Reply
  9. Best cerita engko butirstar,asal ada sesetengah org pertikaikan ijam?macam lah diaorang tu hebat sangat mengarang cerita,tengok nama ijam trus stop baca,trus ilang mood mcmlah cerita diorang tu FOFULORRR SANGAT acah2 good2 je
    Kahkahkah

    Reply
  10. Butirstar ko kawan dengan Ijam kan?
    Haritu Ijam ada sebut pasal ko.
    Kirim salam Ijam Kachak tu ye..
    Rindu kat dia.hjihihihihihihihi

    Reply
  11. sehari tinggl fs sbb cuti.. baca kat rumah x boleh sbb takut..
    to #butirstar sejak bila kenal #ijam ni??
    putih tu memang besar ker?? sama tak macam dekat zoo…
    muaz dengan en.li memang kenal antara 1 sama lain ker??
    macam mner #butirstar bleh kenal dgn #ijam??
    kawan en.li tu tgah dalam mission jugak ker??
    macam mner hantu perempuan yang menakutkan tu duhapuskan??
    #ideajahat
    kurung bdk2 yang main spirit coin tu.. hahahahaha
    apa pun cerita kali ni berikan satu kejutan dimana munculnya ijam hahahaha
    #ketawaakward
    #en.lipandaispeakingwooo
    #sperkawanen.li
    #butirstaradaceritalagiker
    #kirimsalamkatijam
    #kirimsalamkatenli,muaz,andkawanen.li
    #lipastumemangcaripasal
    #lipasterbangjerjgnsinggahkatorg
    #firsttimekomenpanjang

    Reply
    • BS kenal dgn Ijam. Ada 1 cerita Ijam up kat fanpage dia. Citer tu BS yg tulis tapi Ijam up kat fanpage dia. Ijam sepupu cikgu Aziz. ade sekali tu Ijam ikot cikgu Aziz g perkhemahan sekolah kot. Tu yg jumpe dgn BS. dari situlah BS kenal dengan Ijam, Putih & Muaz. Mereka berkawan sehingga ke hari ini hehehe. Aku suka bile cerita BS ni berkait dengan Ijam. Macam baca kisah dr 2 penulis yg best

      Reply
  12. Butirstar aku asa bagus engko buat cerita share cerita ko dekat arkib angker negara.aku rasa kat sana xda yang kondem cerita engko macam kat sini,kat sana banyak penulis2 otai,deefen,cikedot,sicelupar,shizu,carlitorocker ramai lagi xdpt aku senaraikan dekat sini. Korang ada tgok otai2 legend share cerita kat sini lagi?jrg kan?sebab diorang dah tubuhkan page untuk diorang ada kat sini penulis tegur sikit terus nak mengamuk sakan,kena puji trus rasa cerita dia tiptop (arap engko terasa yer,aku tuju kat engko kahkahkah)

    Reply
  13. Citer yg dinntikan.. hehehe… part sambung pantun ngn nenek puaka.., perghh!! Berani sis… sis wt citer baru g sis.. up lh cepat cikit.. #EnjoyReader???

    Reply
  14. Assalamualaikum pd yg muslim dan salam mesra utk rakan² non muslim..maaf sy ada nk kongsi pandangan skit..jgn trasa tau psl sy xtujukan khusus utk sesape..umum je..brknaan org² yg blh nmpk jin..sbnrnya xde mnsia yg blh nmpk jin mngikut penjelasan al quran..klau blh nmpk jgk krn ada dua sbb..prtama sbb seseorg mnsia tu sakit akibat gangguan jin trmsuk gngguan saka keturunan,kdua jin tu sndiri yg mnjelma dgn tujuan menakut²kan mnsia..sy keliru dgn kenyataan org yg diberi keistimewaan melihat jin..sy rs mngkin ada kaitan dgn jin msuk dlm tubuh atau saka atau brsandarkan dua sbb yg dh disebutkan..sy xnafikan ada hadis rasulullah yg melarang org² islam m******h ular dlm rumah kcuali setelah dihalau dgn perkataan yg baik sebyk 3x…yg tu hadis rasulullah mmg sah la betol blh nmpk jin dlm keadaan mcm tu..tp dlm keadaan lain xde nas yg jelas manusia blh nmpk jin..masa sy survey² kt youtube cari² video bcaan al quran seni tarannum dari qari² lama tersohor mesir especially qari idola sy syeikh mustafa ismael dan cari jgk video² rawatan islam,tiba² trjmpa video Dato Ismail Kamus tajuk dia Anda&Jin..sy pn layan je la..beliau jelaskan dgn nas bhw mnsia mmg xblh nmpk jin..tp sy xde la nk slhkan org² yg ckp dia diberi keistimewaan blh nmpk jin,brkwn dgn jin dsbnya..mngkin diorg ada alasan trtentu dan sy trbuka dgn keistimewaan yg diorg katakan tu..mmg btol xmustahil klau blh nmpk jin secara live dgn izin Allah sbb xde apa pn yg mustahil di sisi Allah..cuma yg mngelirukan bagaimana mnsia biasa blh nmpk jin krn kelebihan tu hnya diberikan pd para nabi dan mngkin para wali Allah serta org² soleh shj krn hati mereka putih suci bersih disebabkan stiap saat pn xprnh lalai mengingati Allah khususnya para nabi dan rasul…sesape ada nmpk jin mngkin korang punyai hati yg bersih dan keimanan yg mantap..semoga Allah tetapkan iman korang…tp klau rs xsdp hati ms nmpk jin tu sy syorkan pegi jumpa org² alim dan mntk diorg bg rawatan atau blh jgk tnya apsal blh nmpk jin..mslhnya aku sndiri pn kdg² nmpk jgk jin..haha..rs² masa nmpk tu kbtulan badan lemah kot..tp jarang sgt la jd cmtu..ok la tu je nk kongsi..maaf klau ada trkasar bahasa sbb xde niat nk kecam atau kondem sesape pn..sekadar kongsi shj..apa pn korang smua mmg trbaek!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.