#Butirstar: Sepasang Mata Di Dalam Longkang

Benda yang paling best zaman aku sekolah dulu ialah time cuti sekolah, sebab aku dapat balik kampung. Rumah Paklong aku ni ada sawah padi dan tak jauh dari situ ada sungai. Kami sepupu sepapat memang suka mandi sungai. Kalau tak mandi sungai, kami main dekat tepi bendang sawah.

Tepi rumah ni ada parit yang besar. Dulu, parit ni memang bersih. Kami suka main dalam parit ni. Kalau musim hujan, kami memang wajib terjun dalam ni. Kadang-kadang dapat la beberapa ekor ikan haruan. Beberapa tahun kemudian, parit ni dah berubah. Mungkin sebab kerap berlaku banjir, keadaan air dalam parit ni sedikit kotor. Jadi, arwah Nenek memang melarang sekeras-kerasnya untuk kami bermain dekat situ.

Satu hari, aku ditugaskan oleh Nenek untuk sidai baju. Kebetulan aku bangun awal dan Nenek dah siap basuh kain, jadi aku terpaksa rela kena sidai kain. Betapa malasnya aku masa tu. Masa tu baru pukul 7 lebih. Masa aku tengah sidai kain dekat belakang rumah, aku terasa macam ada orang perhatikan aku. Pada mulanya aku buat tak tahu. Tapi, terdetik dalam hati aku nak cari apa benda yang tengah perhatikan aku. Sebelum ni tak pernah pun rasa macam ni. Kawasan rumah ni memang okay. Tak ada lagi gangguan-gangguan lepas peristiwa congkak dulu.

Lepas sidai kain, aku tertoleh ke arah parit. Ada sepasang mata sedang perhatikan aku. Benda tu hanya jengukkan sedikit kepalanya dari dalam parit. Aku terpaku melihat benda tu. Matanya kejap toleh ke kiri, kejap toleh ke kanan. Macam mencari sesuatu. Bila matanya pandang aku, terus aku masuk dalam rumah. Aku bukan jenis yang penakut sangat tapi aku tak tahu kenapa masa tu aku rasa seram semacam.

Aku tak bagitau sesiapa pun pasal kejadian tadi. Mungkin benda tu saje nak kacau masa tu. Tapi tak. Ia tidak berakhir di situ. Petang tu, kami lepak-lepak dekat beranda (ruang lepak dekat luar rumah) sambil minum air teh dan makan biskut kering. Aku ni gatal pulak nak jenguk parit tu. Aku nampak benda tu masih ada di situ. Dan masa tu, kejap dia timbul, kejap dia tenggelam. Tapi dia hanya jenguk hingga paras mata saja. Aku alihkan pandangan bila mata aku bertentang dengan mata dia.

Pukul 6.30, kami semua wajib masuk dalam rumah. Maklong aku suruh kami tutup tingkap. Aku tutup tingkap bilik yang aku share dengan kakak sepupu aku. Tingkap tu memang menghadap parit besar tu. Aku nampak benda tu intai lagi dekat hujung parit. Kali ni, dia memadang aku tanpa berkelip. Tiba-tiba, dia bergerak perlahan-lahan dari hujung parit, kepalanya tenggelam timbul, mendekati arah bilik aku. Aku cepat-cepat tutup tingkap sebab aku rasa dia makin laju mendekati tempat aku berdiri.

Malam tu, aku tidur lewat sebab seronok tengok Mega Movie yang ditayangkan malam tu (aku dah lupa tajuk apa). Maklong dengan Nenek dah bebel sebab kami buat bising sambil tengok TV. Dahlah depan TV tu bersepah dengan kuaci dan jajan. Memang kena marahlah. Lepas kemas, kami masuk dalam bilik. Aku dah lupalah kejap pasal benda dalam parit tu. Baru aku nak lelap, aku terdengar macam bunyi yang pelik dekat luar. Mungkin cengkerik. Tapi aku kenal bunyi cengkerik dan cengkerik tak bunyi macam tu. Bunyi ni macam suara budak merengek. Kakak sepupu aku dah lena. Aku yang tak boleh nak lena lagi. Bunyi tu makin lama, makin dekat. Aku baca Ayatul Kursi dan 3 Qul. Yang ni Abang Long aku yang ajar kalau kita rasa takut. Bunyi tu stop sekejap tapi ia datang balik. Kali ni aku rasa betul-betul dekat dengan tingkap.

Aku ni gatal la pulak masa tu nak jenguk tingkap. Aku tidur membelakangi tingkap. Kat kampung, tidur dalam kelambu. Mulanya, aku perhati dalam kelambu tu je. Tak nampak apa-apa. Aku pun beranikan diri untuk selak kelambu dan pandang ke arah tingkap. Sekali dia intai aku dekat cermin tingkap. Ambik kau! Kalau dalam parit, aku nampak matanya bulat tapi kecik. Kali ni, matanya bulat tapi besar, nak sama besar dengan tingkap tu.

Apa lagi, aku terus masuk kelambu sebab benda tu tengah pandang aku. Aku dapat dengar dia ketawa mengekeh tapi tak kuat. Macam nak perli aku la sebab aku gatal nak tengok dia. Sekarang aku tau kenapa Nenek melarang keras kami main dekat parit tu lagi.

#Butirstar

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

butirstar
rate (5 / 1)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

58 Comments on "#Butirstar: Sepasang Mata Di Dalam Longkang"

avatar
Kak Yulie

First gak ke???

Kak Yulie

Saje komen dlu baru nk bace sbb nk caraasss Medical Student…
Hehehehehehe…

SesuciDebu

Haha…kenapa rasa macam nak ketawa je bila nama Medical Student disebut-sebut. Adoyaii..rasa macam ada org geletik isi perut.

medical student

ko nk gelak pehal?????

SesuciDebu

Saje.. tarak boleh ka? MUAHAHAHA jgn kata perut, bulu ketiak aq pun duk menari-nari tahan gelak. Apakah? Kenapakah? KAHKAHKAH!

medical student

eh eh eh ko. ko gile ae?? kesian. ewwww. bulu ketiak. ehh sudah. aku tak kenal ko pon. syuh! pegi main jauh2

medical student

sy busy sikit harini. kalau tak, tak merasalah kak yulie jadi pengomen petama

Kak Yulie

Ececeehhhh…
Dan dan bizi…
Baeekkk…
Alasan diterima…

mak lampir

Dia tu sapa ????

Kak Yulie

Hahahahhaah…
Lawak ending die bile ko sdri sedar yg benda tu sekadar memenuhi hasrat ko yg naakkk sgt tgk die dr siang td…

Butirstar

Ha, tu la Kan? Padan muka aku. Hahaha! Skrg rumah tu dh jadi umah sewa. X tau la makhluk tu Ada lg ke x

Kak Yulie

Klu penyewa tu jenis bzbody cam ko gak haruusss die kena gak tu kot…
Hahahahha…

CERITA EL

Rumah nenek kita pon ada sawah. Kita suka Selfie. Tapi rumah nenek kita pon hantu merayau rayau dekat sane. Huhu

Butirstar

Best Kan umah tepi sawah? Agaknya hantu suka jgk duduk tepi sawah kot…haha

mamisufynana

uma parents kak mami skang pon tengah sawah.. tapi blom ada update penampakan ke ape sbb baru duduk tu.. kak mami pon belum balik lagi uma diorang.. seram ni nak balik kang ada pulak yg tenggelam timbul kat sawah tu..

Kak Yulie

Akk risaukan mami yg dok tenggelam timbul kat sawah tgh menyauk ikan haruan…
Hahahhahaha…
Tu serius ngeri…

mamisufynana

noty tau kak yulie!!!! takmo kawan! ?

Kak Yulie

Taknak kawan sudah…
Namamu Bedah…
Hahhhahaah…

mamisufynana

nak aku sambung tak kak yulie.. nasib mulut tak jahat mcm hantu cite dammerung tu kak nak makan tut bebulu org tu.. aku gelak tak ingat dunia.. anak aku yg kecik menangis dengar aku gelak.. sumpah biadap hantu tu..

Kak Yulie

Kaannn…
Gangguan sexual antu tu…
Blh masok court tu, hahahahahhaa…

Singkong & keju

adoi kak long kawasan ngan kak mami punye borak sampai jam 1 pagi.. aku pun da masuk tido da.. hahaha
#ShabasBeteh

mamisufynana

SK aku ase waktu tdo aku sama gn kak yulie.. akak kul 1lebih baru dapat tdo gn aman.. almaklum ibu mithali nak settle hal umah dulu.. kul 12 lebih masuk bilik harus la godeh fon.. tu lajak smpi ke 1lebih..

Singkong & keju

hahaha tp pelik juga kak.. tido lewat bangun pagi still awal juga.. x panda ke mata tu?.. kalau aku tido lewat bangun pun kena lewat juga.. haha

mamisufynana

SK kak mami dah biasa dah berjaga malam.. kan kak mami anak kecik2 lagi.. mmg kak mami punya purata tdo sehari 3-4 jam je itupon bukan tdo berkualiti.. tdo kak mami 3-4jam tu pon ada bangun2 susu anak.. panda SK mata kak mami.. tapi da biasa.. nak mencari rejeki punya pasal.. akak pasghah..

CERITA EL

PANDA! HAHA

mamisufynana

suka ko el ye.. kak mami jotos kang tau la.. hahah

CERITA EL

PEH! Hari tu baru sauk ikan puyu! kepung dekat parit tu. hujung hujung! sauk! Hahahaha. banyak gila dapat! ada la 30 ekor! ada ikan sepat.

Kak Yulie

Bestnyeee…
Akk dlu sek ren mmg keje nyusur parit jeerrr…
Sensorg pn jadik…
Heaven gler sauk ikan tu…
Pastu kena bebel ngan mak sbb anak dara die xtvt mcm anak jantan…

CERITA EL

alaaaa. Mama EL kecik ke smpi dh tua ni. TERJUN PARIT tau tak? Hahahaha.

mamisufynana

kau yang benar mama kau bekubang lagi smpi skg? hahaha itu rare.. kak mami tak penah merasa tu semua sbb kak mami besau tengah town ni.. balik kg pon tekulat2 nak adapt gn kg.. jarang pulak dapat balik kg.. setahun sekali atau dua tahun sekali.. masa kecik la.. da besa ni kak mami ok sb kawen pon gn org felda.. dulu kak mami masa zaman remaja balik kg acah2 mcm cite budak bndar masuk kg.. poyo je.. malu akak ingat balik.. hahaha.. skang kalau balik kg punya pasal akak yg tak sabar..

mamisufynana

tu buat pekasam sedap tuk dikk.. kecut air liur kak mami

CERITA EL

nanti keluar la tu.. kikiki.

CERITA EL

BEST! Tapi tak best ada CHARLIE! Damnnn…

Kak Yulie

Kang duduk tgh sawah org x panggil antu, tu orang-orang…
Jatuh ar reputasi sebagai makhluk menyeramkan…

mamisufynana

kan.. buat malu kroni dia je nak seramkan org tapi org wat tak reti je..’

Kak Yulie

Kan kaannn…
Tak pepasal kena kutuk ngan Majlis Setan Semalaysia…

mamisufynana

kena kutuk tahan kak.. kena pulau lagi sedih.. mereput la ko tengah sawah jadi orang2.. ?

Kak Yulie

Udahlar kena pulau, mereput, kena berak burung lagi…
Hina sungguh, sadis…
Hahhhaha…

mamisufynana

bhahahahah.. sadis gile penambahan kak yulie.. tu mmg dah tahap hina sangat tu sampai kena tahi tu.. murung aku seminggu tengok nasib dia

Kak Yulie

Mmg biru ar muke tahan malu…
Heheheheh…

CERITA EL

mana2 ada orang2 sekarang ni kak Hahaha

Kak Yulie

Ehh xde dh ekk???
Burung dh cerdik dh xleh tipu lg dah…
Hahahahaha..

mamisufynana

ye kak skg takda dah orang2.. last year raya balik kelantan.. tapi umah abah gn mama aku tak siap lagi la.. aku tengok sawah kosng je takda orang2

najah amirah

siyess arr

Opiez

Ok dh baca

SesuciDebu

‘Sepasang mata didalam longkang’ kenapa tiba-tiba aku terbayang cerita ‘IT’ je walaupun xde kna mengena dgn stori ko? Overall boleh la..not bad

cikimy

mak ai..dah lah ada kat kampung ni, mula malam kan nak terbayang yang bukan2..suka nak takutkan diri sendiri.haha,bila nak cerita pasal En Li?

Butirstar

Hahaha. Insya Allah kalau sy Ada kesempatan, sy tulis kisah sy dgn encik li. Buat Masa sekarang Encik li kurang sihat jd sy no tunggu dia betul2 pulih

ezam969

Butirstar tu klau xslp warna ungu..cpt smbung citer en li xsbr nk tau ni

Ratna

Ok. Seram.

mokcik vogue

err… apo kono ey mata mato mokcik x berapa nak nampak font.. kuruih, haluih, muluih bebenor… citer lain mcm ok je..
nampak mcm admin try test tukor layout yer… tapi yang ni mcm tak best ler.. penat retina mokcik nak fokus.. dah habis besor screen nya nie..
dah tua benor ke makcik ni??

mokcik vogue

ehh.. admin dah tukor balik font.. buleh baca isi ati mokcik.. tq min..

Penantian_Perhentian

🙂

MakLang

Maklang selalu tertukar huruf T da R bile pronounce # ni.. maklang mohon maaf sgt2.. hakikatnya maklang cara penulis bercerita.. simple but padat.

Singkong & keju

Maklang.. long time no see

missmanaged

#butirstar back!!! hr tu terdetik mner #butirstar busy anak murid nk exam ker??
apapun cerita kli ni terbaik..
#curiouskillthecat walaupun kucing ada sembilan nyawa.. hihi

      

Nice..first tinguk tajuk..trus tbayang pennywise..pas baca..nak kata hantu air bukan..hantu parit pun bukan..kena jg nama kan hantu “last seen”..haha
8/10.1

Balqis
rate :
     

Makhluk apakah.hantu air ke.memang seram kalau diri sendiri yang mengalaminye.

wpDiscuz