#Butirstar: Tumpang Kereta

Assalamualaikum semua!

Terima kasih admin yang sudi post cerita saya walaupun ada yang tak berapa seram.

Kali ni saya nak ceritakan tentang pengalaman saya beberapa tahun yang lepas. Dulu, saya suka berulang-alik dari rumah ke tempat kerja. Jarak ke tempat kerja saya tu lebih kurang 62km. Perjalanan saya memakan masa sejam lebih. Ini disebabkan saya lebih suka duduk di rumah sendiri berbanding rumah sewa. Masa tu, saya baru beli kereta jadi seronok la berulang hari-hari.

Saya selalunya bertolak pukul 6 pagi. Itu pun depends on Subuh pukul berapa. Kalau Subuh awal, awal la bertolak. Kalau Subuh lewat, kena tunggu masuk waktu dan terus solat. Pada hari kejadian, saya bertolak 10 minit sebelum pukul 6. Masa tu cuaca baik jadi saya berhajat untuk bawa lebih laju. Jalan yang saya lalu ni jalan yang tak sibuk. Kadang-kadang saya lalu jalan kampung untuk short cut.

Saya biasanya suka dengar MP3 sambil bawa kereta. Untuk hilangkan rasa bosan, saya nyanyi kuat-kuat masa memandu. Saya biasa dengar kisah orang lain dimana makhluk-makhluk ghaib suka tumpang kereta mereka. Ada cerita cik Ponti duduk atas bumbung atau dalam kereta. Ada cerita mereka terbau sesuatu sebelum nampak makhluk lain tumpang kereta. Cerita saya ni lain sikit…kot.

Masa saya melalui kawasan sawah padi, saya terdengar ada orang memberi salam. Sejak saya berulang-alik ke tempat kerja, saya dah biasa dengar orang bagi salam dan minta izin untuk tumpang kereta saya sementara. Biasanya diaorang ni jin Islam. Mereka hanya tumpang dan keluar bila dah sampai ke destinasi. Macam teksi la pulak kereta saya ni. Mulanya saya rasa tak selesa tapi lama-kelamaan, dah terbiasa.

Kali ni, saya rasa lain macam sebab yang bagi salam ni bunyi macam cemas sikit. Saya jawab salam tapi tak toleh ke belakang sebab tengah memandu dengan laju.

“Maafkan kami, saudari. Boleh tak kami tumpang kereta saudari? Kawan saya ni cedera. Saya nak minta tolong saudari hantarkan kami ke tempat tinggal kami,” kata salah seorang jin Islam yang tumpang kereta saya.

Saya tengok front mirror dan saya nampak dua orang jin Islam. Salah sorang daripadanya sedang menahan kesakitan. Ada luka dekat pipi dia.

“Boleh, boleh. Tak ada masalah,” jawab saya. “Kawan awak ni kenapa? Ada benda serang ke?” tanya saya.

“Ya. Kami cuba membantu rakan kami yang lain, tapi terpaksa berundur disebabkan kawan saya ni cedera. Saudari jangan risau. Kami akan tunjukkan jalan nanti,” katanya.

Dia pun memberitahu jalan ke ‘kampungnya’. Kebetulan memang saya pernah lalu jalan tu. Sesekali saya terdengar yang tercedera tu mengerang kesakitan. Sampai saja di satu jalan kecil, jin beritahu dah sampai. Saya masa tu bawa perlahan sebab jalan kampung. Dia mengucapkan terima kasih.

Tak lama kemudian, muncul satu lagi jin Islam (dia bagi salam dan duduk di seat sebelah saya). Dia cakap dia nak tunjukkan jalan keluar kot-kot saya tak biasa lalu jalan ni. Saya bagitau dia saya tau jalan ni sebab pernah lalu. Dia cakap dia nak tolong jugak sebab saya dah tolong kawan-kawan dia tumpang kereta dan bawa mereka balik. Saya cakap la, saya tolong sebab kawan dia tu cedera. Tak sampai hati la pulak nak halau diaorang keluar kereta. Lagipun diaorang baik. Tak buat apa-apa pun.

Jin tadi sempat la borak-borak dengan saya sampailah ke tempat kerja saya. Hari tu memang saya tak bosan langsung. Seronok pulak dengar cerita dia. Beberapa hari kemudian, saya ada mimpi jin yang cedera tempoh hari. Dia cakap terima kasih sebab tolong dia. Nanti dia nak balas budi baik saya. Saya cakap la, biar Allah je yang balas.

Sepanjang tahun saya berulang-alik ke tempat kerja, saya tak rasa bosan sebab ada ‘orang’ yang jadi teman berbual ketika memandu. Walaupun sekejap tapi saya rasa seronok dapat kongsi macam-macam cerita. Sekarang ni, saya dah tukar tempat kerja. Dekat je dengan rumah. Tak payah nak bangun awal sangat. Lepas solat Subuh boleh breakfast dengan keluarga dulu. Cuma rasa sedikit bosan sebab dah lama tak jumpa ‘dia’.

Itu saja setakat ni. Nanti saya cerita lagi!

#butirstar

butirstar

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

34 thoughts on “#Butirstar: Tumpang Kereta”

  1. Biar betul, tak sangka macamni pun ada ea.Percaya dengan tak percaya tu sama banyak ja. Apa-apa pun, kira berani la awak even benda tu tak kacau pun just tumpang tapi siap boleh bercakap gaya normal tu okay la kan. Kalau saya tak ada nya boleh cool macamtu. haha

    Reply
    • Benda ni terpulang pada individu, nak percaya atau Tak cerita saya Ni. Tapi as a Muslim, Kita kena percaya Jin tu Ada. Saya mmg biasa berkomunikasi dgn makhluk mcm ni

      Reply
  2. muke jin islam tu mcm mane?? tak takot ke?? sy kalau dengar orang bagi salam je dah meremang lg kan menumpang..hehe..btw sambung la lg kalau ada cerita best2..

    Reply
    • Muka dia Tak menakutkn. Macam Kita jgk cuma Ada la kelainan sikit. Alhamdulillah setakat ni Tak takut. Hehe. Insya Allah akan sambung lagi

      Reply
  3. Sejak kecik ke boleh nampak? Ada kena kacau tak dengan Jin Jahat? Aku tak tau la aku ni “GILA” ke ape, tapi hampir 5 tahun kena kacau dgn Jin ni, tiba tiba aku boleh berkomunikasi dgn dorang guna “batin” .. Aku leh check kalau ada ada Jin yang kacau family aku ke, kawan aku ke.. kalau lalu kubur kadang kadang aku saje test, tnye soalan “sape ada kat sini” then ada benda jawab.. Kalau Jin Islam cara percakapan dia baik je.. kalau dia Jin kafir, mmg kasar.. humm.. aku pon tak tau aku ni normal ke tak.. Ustaz cakap Jin boleh nampak Jin, Manusia tak leh nampak Jin. Kalau Manusia boleh nampak Jin, ada Jin dengan dia. ada pernah pergi berubat ke? ke memang Allah bagi kau kelebihan. 🙂

    Reply
    • Memang saya selalu kena kacau masa saya sekolah dulu. Saya pun boleh tau kalau ada orang bela saka. Saya ada kawan yang bela saka sebab rela hati nak saka tu. Saya pernah berlawan dengan jin jahat bersama dengan sahabat-sahabat jin Islam saya yang lain. Saya pernah berubat masa duduk U dulu sebab ada jin jahat kacau sepupu saya. Alhamdulillah, saya pulih dan sejak dari tu, saya dapat berkomunikasi dengan jin dan saya ada sahabat-sahabat jin Islam.

      Bagi saya, ini adalah ujian Allah pada kita. Allah tak bagi ujian yang kita tak boleh hadapi. Lagipun, saya anggap kebolehan saya ni gift from Allah. Manusia tak boleh nampak Jin sebab dia tak ada jasad. Kita ni ada roh dan jasad.

      Reply
      • Jin Islam selalu duduk area kubur orang Islam ke? sebab mana mana kubur Islam yang selalu kadang kadang ada yang jawab soalan saya.

        Reply
    • Itu biasa.. Bila ko ada saka atau pernah kerasukkan, mmg ko akan boleh nampak.. Cuma, kuat x kuat je untuk berinteraksi dgn dye.. Plus, diorg pn blh taO samada ko boleh nampak diorg atau x.. Kalo dye tao ko boleh nampak dye, slalunya dye akan bertindak balas dengan kau..

      Reply
  4. alamak saudari bukan saudara, nak tahu umur brpa,duduk mana,dah ke masih single?
    manis mendengar cara bercakap,hehehe, kalau nak buka jumpa ustaz?
    saya nak buka hijab, sapa2 tahu cara nya tolong hamba mu yang lemah ini
    saya sanggup hadapi apa jua rintangan asal dapat indra ke 6 dibuka

    Reply
    • Ya, saya ni saudari. Haha. Maaflah, saya tak boleh beritahu tentang diri saya. Biarlah rahsia!
      Saya rasa, tak payah la kita minta nak buka hijab. Tak semua orang mampu nak hadapi benda-benda macam ni.

      Reply
    • cuba kencing pastu amik air kencing tu sapu kat keliling mata kau.meluat pulak aku baca komen kau ni.nak bukak sgt pergi la jumpa ustaz.menyalak kat sini buat apa.dah bukak sok jgn mngada nak kecut telur tutup balik.

      Reply
  5. Best cerita ni, saya pun boleh nampak.
    Tapi setakat ni yang tumpang kereta yang jahat2 je.
    Tapi setakat tumpang jela, bagi bau busuk sikit, buat muka ketat.
    Takde pon yang baik.

    Pada yang gatal nak bukak hijab sangat tu, tak payah la.
    Nanti terhegeh2 mintak tutup balik.
    Keliling kita ni macam2 benda ada.

    Reply
  6. Cousin saya mulut longkang cakap teringin kena rasuk. Lepastu kena bukan sekali. Kena sampai sekarang nie.start dari 2012 sampai sekarang. Lepastu boleh nampak macam2 benda sampai kadang2 terperasaan dia tutup mata tetiba. Saya tahu hijab dia terbuka. Ingat senang ka hijab kalau terbuka.takpa sis doakan orang yang teringin sangat na terbukak hijab tu dimakbulkan. Ataupun cakap la kuat2 dengan kawan2 atau cakap la berulangw kali cakap nak terbuka hijab nak tengok hantu. Nanti dapat lah.

    Reply
  7. Xpe..biar la kwn kita si zaha ni nk bukak hijab..mngkin dia nk lihat kebesaran Allah yg Maha Menciptakan dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu..sape tahu dgn trbukaknya hijab dia iman dia kpd Allah semakin meningkat,akidah semakin kukuh…apa nk takutnya kt mkhluk halus?hanya Allah sahaja yg layak ditakuti..ko guano?

    Reply
  8. Assalamu’alaikum..maaf mencelah.. hehe..
    Xseronok sebenar nye kalo hijab kite terbuka..
    Teringat dulu zaman skolah rendah.. sy mang minat dgn kisah2 seram semua ni.. akibat terpengaruh dalm tv la kan.. mnx sgt2 nk nmpk..tp tu sbnr nye x trbuka pun hijab.. just makhluk tu nk tonjol kan diri atas izinNya..
    (One day, mase sy drjah 6.. sekolah pagi.. ade 1 cermin makeup mlik mak.. mak suke kalih2 cermin tu.. kali ni mak kalih cermin tu btul2 nmpk pintu utama rumah.. dekat ruang tamu.. jd boleh nmpk ape yg kat luar.. sy pakai tudung skolah.. kan kalo nk pakai tudung tu kena selak2 dulu.. (bagi yg pompuan la,lelaki jgn kocam omak kay) ? skli selak dlm cermin tu sy nmpk mcm beruk.. berbulu.. mata besar.. tp x berapa merah..dye kasi snyum sinis pnyaa.. time tu baru la padan muka.. nak terkluar jantung kite.. bile gosok2 mata.. hilang dye..tp sumpah.. mang seksa lau hijab terbuka..start dr tu kdg2 ikut suke aty dye nk muncul.. nk masuk tingkatan 1.. semua nye hilang.. Alhamdulillah.. xmau mnx2.. (maaf ceqita panjang sikit) sekadar pengalaman.. tq..

    Reply
  9. Best baca cerita butirstar.
    Nanti tulis lagi y pengalaman komunikasi gan depa.
    Boleh tak tanya depa pesal setiap kali ada org b***h diri kena b***h tempt tu mcm berantu padahal roh org m**i dh kt alam lain..ada setan2 tertentu y tugas dia mnyamar ke atau qarin manusia tu?

    Adik ni orang kelantan ke?rasanya butirstar tu kaler ungu dlm dialek kelate.

    Reply
  10. Menarik cerita ini. Ada baca cerita ‘Tamu Dinihari’ bulan September 2018? Saya ingin sangat ada penjelasan tentang apa yang berlaku pada saya malam itu. Saya tahu jin boleh menyerupai apa saja yang mereka mahu kecuali Rasulullah tapi apa lah tujuannya datang untuk berjumpa saya malam itu. Sentiasa terfikir walaupun sudah bertahun berlalu. Terima kasih perkongsian pengalaman yang menarik #Butirstar.

    Reply
  11. Menarik cerita saudari ni.. Lain dari yang lain.. Andai kata terjumpa lagi sahabat jin islam tu mohon sampaikan salam saya kepada mereka. Terima kasih..

    Reply
  12. Salam Sis Butirstar, apa.perkembangan sis skrg? Apa kabar cik li? Ada lagi Tak kisah2 menarik dgn cik li? Btw, sis you bole tgk Kan Tak kalau seseorang tu Ada gangguan? Maceh

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.