Cahaya Bulat Sebesar Bola

Assalamualaikum kepada semua pembaca FS…Aku baru je lagi nak berjinak-jinak dengan FS ni.Harap admin dapat siarkan kisah aku ni.Hmm…Terlintas di fikiran nak berkongsi kisah aku pula.Sebelum aku memulakan cerita,biar la aku perkenalkan diri aku ni sebagai Zaza je,ok.Baik la…Ceritanya bermula macam ni…Kisah ni berlaku kat aku pada 14 tahun yang lalu.Masa tu aku berusia 14 tahun.Nak di jadikan cerita,keesokan hari adalah hari persekolahan.Tapi pada malam tu,aku buang tabiat masuk tidur awal berbanding malam2 yang sebelumnya walaupun sebenarnya mata aku belum lagi mengantuk.

Pada malam tu,tepat jam 9.00 malam,aku dah masuk tidur.Sedangkan malam2 sebelum tu,aku tak pernah masuk tidur seawal tu pun.Nak di jadikan cerita,masa aku baru je baring2 kat atas katil,aku terpandang suatu sudut kat dlm bilik aku iaitu di sebelah hujung penjuru bilik.Korang tau kan ruang antara bumbung rumah dengan dinding.Ha…Kat situ la aku terpandang suatu cahaya berwarna putih sebesar bola & ada mata,yang memandang tepat ke arah aku yang tengah baring kat atas katil.Mula2 tu,aku sangkakan yang aku ni tersalah tengok ke apa.

Tapi tak lama lepas tu,benda tu hilang dari pandangan.Aku pun tak sedar bila masa hilangnya.Lepas tu,aku masih baring juga kat atas katil sebab nakkan kepastian yang aku ni tak tersalah pandang.Tak lama lepas tu,memang aku nampak dengan jelas yang benda tu masuk balik kat dalam bilik aku.Benda tu menyinggah kat tempat yang sama juga sambil memandang aku.Kali ni,memang aku dah tak rasa yang aku ni tersalah tengok.Ye la…Mana taknya. Dah bilik aku gelap,benda tu pula terang.Memang jelas la aku nampak benda tu.Masa tu,apa lagi. Perasaan aku dah rasa lain macam dah.Seram sejuk aku di buatnya.

Aku pun cuba mengecilkan mata perlahan-lahan sebab aku tak nak tengok sangat apa benda tu.Aku biarkan mata aku terbuka sikit je tapi masih nampak benda tu.Masa tu,aku pun tak tau la kenapa dengan diri aku ni.Sama ada aku tak nak menjerit @ aku takut nak menjerit @ mulut aku yang dah terkunci.Aku nak bangun dari katil pun tak boleh juga.Tu pun aku tak tau la kenapa.Aku jadi kaku kat situ sambil tengok benda tu.Tapi yang aku tau,dalam hati aku memang rasa nak menjerit.Tak lama lepas tu,aku nampak dengan jelas yang benda tu keluar dari bilik.Lepas benda tu keluar dari bilik aku,baru la badan aku ni rasa macam ringan sikit.Masa tu aku masih baring kat katil sekejap.Bukan sebab aku nak tengok benda tu lagi tapi sebab aku rasa takut pula nak turun dari katil.Aku takut kalau masa aku tengah nak turun dari katil tu,benda tu muncul balik.Huhu.

Tapi nak tak nak,aku punya rasa takut nak turun dari katil tu tak sekuat aku punya rasa takut tengok benda tu,aku pun apa lagi,tak tunggu lama dah kat situ.Aku pun ambil keputusan untuk keluar dari bilik.Aku pun turun dari katil,tak pandang mana2 dah,aku terus pergi ke ruang tamu sebelah depan.Masa tu,Ayah,Mak,Kakak & Abang2 aku tengah tengok tv lagi.Aku pun terus duduk kat kerusi sandar @ orang panggil kerusi malas.Aku duduk kat situ & buat biasa2,macam tak ada apa2 pun yang berlaku.Aku ambil masa nak tenangkan diri aku masa tu sebab dah terlalu takut.Ye la…Sebab tak pernah kena kan.Sekali, terkena…

Tak lama lepas aku dah rasa okey sikit tu,baru aku buka mulut.Aku pun cerita la kat Ayah aku.Aku cakap ‘Ayah,tadi orang ada nampak cahaya warna putih sebesar bola kat dalam bilik orang.Benda tu ada mata.Dia tengok je orang tadi’.Lepas tu,ayah aku tanya ‘Kat mana?’.Aku pun jawab ‘Kat sebelah hujung penjuru bilik,kat atas,dekat dengan bumbung tu’.Ayah aku pun apa lagi,dia bangun dari depan tv,terus dia ke bilik aku.Dia buka pintu bilik,buka lampu,dia terus menjerit cakap ‘Kalau kau berani,kau keluar.Aku tak takut kat kau.Tapi kau jangan kacau anak aku’.Berulang-ulang Ayah aku jerit macam tu tapi benda tu tak munculkan diri pun.Lepas tu,aku tanya kat Ayah aku ‘Apa benda sebenarnya tu,Ayah?’.

Ayah aku jawab ‘Mungkin hantu raya sebab hantu raya ni boleh menyerupai macam2 benda’.Bila aku dengar Ayah aku cakap macam tu,lagi la aku bertambah takut.Huhu.Akhirnya,pada malam tu,aku tidur lewat sikit.Dalam jam 11.00 malam macam tu la.Sebab aku tunggu mak aku masuk tidur.Hahaha.Punya la takut.Begitu la dengan malam2 yang seterusnya,aku tidur lewat sikit.Aku tak tidur awal lagi dah.Huhu.Tapi korang nak tau,dalam tahun tu juga la Ayah aku jatuh sakit…Secara tiba2

Ayah aku tak boleh nak bangun masa pagi tu.Masa tu dalam bulan Ramadhan kalau tak silap aku la.Bila pergi berubat kampung,orang tu bagi tau yang Ayah aku terkena buatan orang.Dia bagi tau yang si penyihir tu ada tanam sesuatu kat simpang 3 jalan nak masuk ke rumah aku.Lepas tu,baru aku terfikir,mungkin benda yang aku nampak kat dalam bilik aku sebelum tu,si penyihir tu yang hantar untuk tujuan memudaratkan Ayah aku.Wallahualam…

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Zaza

2 thoughts on “Cahaya Bulat Sebesar Bola”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.