Cakaran Malam, Kisah di Sebuah Universiti Tempatan di Selangor

Assalamualaikum Admin
First sekali, tujuan aku kongsi cerita ni bukanlah nak menakut-nakutkan sesiapa. Ia cuma sekadar perkongsian dan peringatan untuk kita semua insyaAllah.
Pada tahun 2011, aku merupakan penuntut di sebuah universiti tempatan di Selangor. Memandangkan tempoh pengajian aku sangat singkat iaitu selama setahun bersamaan dengan dua semester, jadi seluruh jiwa raga aku adalah untuk belajar sebab aku taknak lah dapat kos lelong masa degree. Masa sem 1 dulu, masa aku memang banyak dihabiskan di fakulti (sebab kelas start 8am-6pm). Malam pulak aku memang akan pergi bilik study sebab aku ni jenis senang distracted. Faham-faham je lah kalau study dalam bilik macam mana kan. So memang setiap malam lepas isya’ macam tu aku akan turun bilik study and dalam pukul 12 tengah malam baru balik bilik.

Nak dijadikan cerita, ada satu minggu tu kitorang memang busy dengan test. Satu malam tu aku ingat nak duduk lama sikit la dekat bilik study kan sebab nak menghafal lah kononnya. Malam tu orang tak ramai sangat dekat bilik study, maybe semua nak tidur awal kot so takpe la. Tengah aku khusyuk study sekali tengok jam dah pukul 3 pagi. Uish, tak boleh jadi ni. So, aku pun kemas-kemas barang nak balik bilik la.

Sesampainya aku dekat bilik, aku tengok semua roommate aku belum tidur. Roommate aku ada 3 orang, malam tu semua ada. Ha tambah sorang lagi, cousin aku. Dia memang selalu lepak bilik aku. Aku tanya jugak diorang kenapa tak tidur lagi lepas tu masing2 kata tak habis study, tak boleh tidur. So okay lah, memandangkan aku dah penat study and belum rasa nak tidur so aku pun ingat nak tengok movie kejap.

Aku pun on kan laptop and pilih la movie apa nak tengok. 10 saat pertama aku pasang movie tu tiba-tiba aku dengar bunyi pintu bilik kena cakar. Aku terdiam dah masa tu, aku terus tutup laptop. Aku ingat aku sorang je dengar sebab semua orang diam masa tu. Aku pandang roommate sebelah katil aku. Dia tanya “awak dengar ke?” Aku angguk je lah. Bunyi cakaran tu makin kuat weh hanya Tuhan yang tahu betapa lajunya jantung aku masa tu. Rupanya semua orang dengar bunyi cakaran tu.

Semua orang melompat ke bawah, kitorang memang peluk sesama sendiri la. Tangan sorang-sorang memang sejuk gila la masa tu. Sorang roommate aku ni dah nangis dah. Apa yang aku paling risau masa tu adalah aku tengah bendera merah so aku risau gila aku lemah semangat ke apa ke. Roommate aku yang sorang ni cepat-cepat pasangkan surah yaasin dekat fon dia. Benda tu masih mencakar tapi dah slow sikit. Then benda tu dah senyap so kitorang memang decided untuk tidur ramai-ramai dekat bawah sambil pasang surah yaasin.

Memandangkan aku memang penat sangat, so aku tertidur lah malam tu. Dalam pukul 5 pagi macam tu aku terjaga. Cousin aku bila kitorang bangun tu dia cerita la yang dia tak tidur sangat malam tadi. Dia kata around pukul 4 lebih macam tu benda tu cakar lagi tapi slow so dia intai la dekat bawah pintu (ada lubang) tapi dia kata tak nampak kaki pun lepas tu cousin aku kata benda tu main seret-seret (macam seret kertas & kasut) dekat luar. Memang meremang gila kitorang dengar cerita dia. Lepas tu aku terus call kakak sedara aku yang ada kenal sorang ustaz yang boleh pagarkan dari jauh ni. Dia pun kata jaga diri semua, memang nangis aku masa call dia.

Aku pun cerita la benda ni dekat jiran bilik aku merangkap classmate aku. Rupa-rupanya pukul 3-5 pagi macam tu diorang pun tak tidur lagi. Apa yang peliknya, diorang dengar kitorang terjerit-jerit and kitorang bising tu diorang pelik kenapa. Padahalnya masa kejadian tu berlaku kitorang memang senyap je berpelukan, yang menangis pun memang tak kuat la. Diorang pun panic jugak masa aku cerita tu, masing-masing tak berani dah nak keluar bilik tengah-tengah malam sangat.
Cerita ni tersebar jugak lah dekat kolej aku. Start daripada tu aku memang tak pergi bilik study dah malam-malam. Yelah mana lah tahu kot-kot benda tu ikut aku dari bilik study ke apa ke kan. Kalau nak study ke aku memang akan pergi bilik kawan untuk study sama ataupun aku akan paksa diri aku study dekat bilik je. Cuma satu aku nak pesan, kita orang perempuan ni jangan cari penyakit lah kan. Diri sendiri yang cari penyakit memanglah kena. Mana yang kita boleh elak tu, kita elakkan lah. Peace!

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nins

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

2 thoughts on “Cakaran Malam, Kisah di Sebuah Universiti Tempatan di Selangor”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.