Camping

#A’an:- Camping

Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca FS. Ingat aku lagi A’an, cerita AKU YANG TERKENA aritu ramai komplen tak faham fungsi (H) hahaha tu hantu. Dan pasal mata kucing tu maksud aku mata dia macam mata kita, mata kucing cantik walaupun malam, aku malas nak argue sebab aku pon bela kucing kalau time rajin aku dok cium2 kucing aku tengah2 malam ngan anak2 aku huhuhu. Ok stop pasal tu, ni nak cite mase aku gi camping form 5 tahun 2002. Lame dah, tapi aku ingat, sangat2. Aku ingat kisah je detail x ingat sangat hokayy. Jangan nak cakap aku tipu plak aku luku satgi kang, baru hang ada akai nah.

Haritu kami bertolak dari sekolah pukul 3 petang Jumaat dengan 2 buah bas, aku naik bas ke2 dengan bff aku 6 orang, Hani, Dila, Jue, Ra, Amad dan Ali. Bergembiralah kami dari mula naik bas x sudah2 bergelak ketawa, bercerita dan tak lupa memekak, budak sekolah kan. Camping kali ni adik aku ikot dan dia satu bas ngan aku. Sepanjang perjalanan tu aku rase macam lama sangat. Tapi aku diamkan je. Dengan drebar bas tu aku kamceng sebab dari aku kecik naik bas sampailah aku f6 pon naik bas dia jugak. Aku gi borak2 ngan dia mase ktorg berhenti beli jajan kat tepi stesen keretapi.

Aku : Apasal lambat sampai ni Ravi?..
Ravi : Takde pape lah.
Aku : Jauh sangat ke?..
Ravi : Dalam sejam lagi sampai lah.
Aku : Oooo tak sampai sejam lagi, aku sekeh2 pale ko.
Ravi : #$%@&*#$@%&*@#$!
Aku : Hahahahahaa

Yang lain da tido, aku dok perati lagi keliling, bila bas gerak aku decide tok tido gak. Aku terjaga bila cikgu kejut cakap da sampai, aku pisat2 bangun tengok da sampai pintu masuk Gunung *****. Tapi ade Camping Bomba peringkat Kebangsaan mase tu belah depan. Bas berhenti ke atas sikit sebab kami dapat tapak khemah paling tinggi. Belah kiri pompuan belah kanan lelaki. Bas 1 lagi tak sampai lagi. Aku tengok jam, hah da 6.45 ptg bia betul?!… Patutnya ambil masa 2 jam lebih je, ikot jalan Bukit Putus tu. Aku marah Ravi, dia gelak2 je. Kami keluarkan barang dan angkut bawak ke atas. Tapak camping ni bebukit sikit dah la atas bukit dan setiap tapak ade toilet sendiri tak kongsi, nasib baik. Mase dok kemas2 dan bina khemah tu ustaz panggil ke astaka. Kami gerak by group khemah sebab da maghrib. Mase yang sama kawan2 dalam bas satu lagi tu sampai.

Mase jalan ke astaka tu aku tertoleh ke kanan sebab ade benda menarik perhatian aku, ade benda berkilau kat salah satu pokok tepi belah kanan aku. Aku pandang ke arah astaka dan kemudian pandang balik kat tempat tadi, ermmm ade lagi benda ni aku bisik dalam hati. Aku toleh lagi pada astaka dan sebelum berpaling ke kanan aku baca bismillah lepastu hembus baru aku toleh. Da takde dah. Aku terberhenti kejap mase ni, tertanya2 ape benda tu. Aku jalan balik bila ustaz panggil dan cakap takyah pandang da. Terpinga2 aku mase ni. Cikgu pengiring mase ni ade 4 orang, 2 lelaki 2 perempuan. Ustaz Zamri, Cikgu Amri, Cikgu Izan dan Cikgu Wawa.

Ustaz minta kami solat dan mandi dulu, aku ABC mase ni jadi bagi laluan kat kawan2 yang boleh solat mandi dulu, kol 8 aku gerak mandi dan nak cuci pad, air da takde. Kami ade dalam 8 orang gilir2 gi ambil air kat sungai kecik tepi laluan sebelah khemah aku seberang tu khemah lelaki. Mase kawan aku dok ambil air tetibe air sungai tu stop, boleh bayangkan tak macamne cemasnye kami pikir camne, Lastly kami decide tak buang dulu sebab masih tak bersih. Da bagitau ustaz, tapi ustaz tak bagi pergi toilet kat bawah , tak tau sebabnye mase ni. So kami masing2 dok bungkus elok2 kan benda kotor takot ade benda datang nak amik je pad kami tu.

Malam tu kami diberi taklimat tentang pendakian gunung esoknye. Dan malam tu juga diadakan malam kebudayaan. Semua da eksaited hahahahaha. Malam tu tak jadi pape pon, aku sedap tido sampai subuh. Cume ade satu geng ni khemah dorang bertukar2 tempat mase nak bina sebab semua tempat macam tak sesuai muahaha. Degil lagi terhegeh2 kan da takde tapak sudahnya khemah dorang tu kat tengah2 tapak berkumpul. Pukul 10 baru siap khemah dorang tu. Ustaz cuma pesan jangan nak gembira sangat2. Esok adalah hari yang memenatkan. Malam tu aku terbangun sebab dengar bunyi kecoh2, rupenye student dari sebuah Universiti baru sampai. Huhuhu lagi syokk wat khemah tengah2 malam camni, aku tgok jam kol 2.30 pagi nasib korang lah. Aku sempat jenguk kepala keluar khemah, mase ni ade budak ronda tegur aku, tido la kak sambil tangan dok suluh2 ke atas.

Subuh tu aku bangun berkejar2 masuk toilet sebab nak cuci pad yang semalam punye. Pas siap mandi baru aku buang dengan siap berbungkus elok. Tu sebab aku pesan dalam cite yang lepas kebersihan bagi orang pompuan tolong jage. Yang lelaki tolong ingatkan family korang sebab ade kaitan dalam cite ni. Selepas bersarapan, kami berkumpul dan diberi briefing terakhir oleh renjer yang akan guide kami untuk panjat Gunung aritu. En Halil menjawab semua soalan yang kami ajukan. Dan pesanan dia jaga mulut dan jaga tingkahlaku. Hal ni Cikgu Amri awal2 da kabo ke kami, bagi aku yang da ikut gi Camping tok kali keberapa entah da tau dan da faham sangat da peraturan bile masuk hutan ni.

Tapi malang bagi kami bila tahun ni, ade yang berlagak dan salah niat ikut sekali. Dia tak kene pape tu yang buat kami marah sangat2 kat dia. Orang lain yang jadi mangsa keceluparan dan berlagak dia tu. Kami start mendaki pada pukul 8 pagi, awal2 mendaki takde pape lagi, checkpoint pertama semua orang sampai dengan jayanya. Kami sampai lebih kurang pukul 9 pagi, lepas rehat 5 minit kami bergerak group by group, dalam 5 orang ke 10 orang 1 group. Nak sampai checkpoint ke2 ni jalan tutup sebab pokok tumbang, jadinya En. Halil arahkan kami pusing ke kanan ikot arah tepi sungai, so sape orang last tunggu group seterusnya sampai. Ok aku yang last aku tunggu bff aku sampai dan bagitau kne ikot belah kanan. Dorang sume iyekan aje.

So aku sambung balik jalan sebab da kene tinggal dengan group aku. Bile sampai checkpoint ke2 dalam hati aku cakap ‘la xsampai 10 langkah pon, tau tadi jalan je dengan dorang.’ Tunggu punya tunggu da 10 minit berlalu, tapi takde 1 group pon yang sampai lepas aku. Tetiba datang kawan aku si Izani terhencut2 cakap dorang sume kene serang tebuan tanah. Kitorang yang da lepas macam speechless macamane boleh kene serang?.. kami lalu tadi elok je. Keadaan jadi kecoh sebab ramai yang kene sengat termasuk bff aku yang pompuan. Aku da nanges2 tengok dorang semua.

Lepas keadaan reda renjer amik keputusan bawa turun semua yang cedera. Yang masih kuat diberi pilihan samada teruskan atau ikut turun. Wohoo mase ni sedih tak ingat aku da nak ikut dorang turun tapi bff aku tak bagi. Katanya tolong teruskan pendakian dorang. Ceh sedih tak ingat kan kitorang. Drama sangat hahahahahha. Tapi memang sedih, nasib bff aku yang lelaki 2 orang tu ade, sorang group dengan aku sorang group dengan adik aku. So kira ade geng lagi la, huhu.Group aku dengan group adik aku ni dok borak2 la bukan jauh pon dalam 10 langkah je, tapi kami ni terpisah oleh pokok2, batu2 dan bukit kecik sepanjang laluan mendaki tu.

Group aku pon da terpisah disebabkan cikgu Amri aku ni kepenatan, dia ade athma. Tinggallah aku dengan si Ali ni je sambil sesekali borak2 ngan group adik aku tu. Group adik aku pon da ketinggalan dengan geng2 yang tak sabar nak sampai atas. Aku dengan Ali ni sesekali akan stop tok pastikan yang group kitorang tak terpisah jauh dari cikgu Amri. Ustaz Zamri dan 2 orang cikgu wanita da turun temankan kawan2 yang terkene serangan tebuan tanah tadi. Kami yang meneruskan mendaki pon da tinggal separuh je. Sebab ramai yang da lemah semangat bile kawan2 ramai yang cedera. Aku pon sebenarnya ade rase down gak sebab bff aku takde. Sesekali aku macam ternanges gak bila teringat. Ok mase ni budak2 lagi memang cengeng la cite dia.

Si Amad dia xtinggalkan adik aku, dye jaga adik aku n kawan adik aku. Sebab aku da pesan, muahaha. Berani tinggalkan aku sekeh dia nanti. So sepanjang jalan ni kami berlima ni berborak la. Bagitau bentuk muka bumi, n tanya keadaan masing2 ok ke, pancit ke. Sesekali buat lawak sebab nak hilangkan stress kepenatan tu. Semua first time daki gunung mase ni, besenye kami camping juz ade nightwalk dan hiking je. Tetiba kat telinga aku ade dengar suara perempuan dan dua lelaki bercakap2 dengan kami….. Maksud aku ape yang aku dok borak2 dengan kawan2 aku tu depa join sekali. Tapi aku takde lah nak pikir bukan2 sebabnya macam aku cakap tadi jarak antara 1 group tu tak jauh pon. Tapi ade perbualan mereka tu yang terkeluar dari tajuk perbincangan kami.

Suara perempuan:- Hahaha kasihan manusia2 ni, kepenatan.
Suara Lelaki 1&2:- Hahahaha
Suara Lelaki 1:- Bersusah payah membuat kerjaan seperti ini.
Suara Lelaki 2:- Baguslah mereka datang seperti ini, dapatlah kita bermain2.
Suara perempuan:- Manusia ini hanya mendatangkan kerosakan kepada tempat kita.
Suara Lelaki :- Benar, mereka ini makhluk yang sangat tidak tahu bersyukur.
Aku:- Korang cakap ape ni? (Sambil mencungap yang amat sebab tengah panjat bukit botak yang takde pemegang dan tiada jalan)
Suara Perempuan:- Syhhh diam, dia boleh dengar cakap2 kita.
Adik aku:- Bila masa pulak kitorng bercakap ni?

Aku blurr sangat2 masa ni, tapi kepenatan tu tak boleh nak cakap dan aku lebih pikirkan untuk sampai ke puncak dengan cepat. Waktu ni sebenarnya da ade sorang peserta dah pon sampi ke puncak, sorang2 sebab tak dengar cakap, n sangat selfish taknak tolong kawan2. Humang aih aku memang berjaki dengan dia pasal nih. Korang nak tau sebab ape dia join camping kali ni walaupon dia sangat2 berbulu dengan aku n bff aku, Sebabnye dia nak berdating-datingan dengan makwe dia. Kan da salah niat tu, haishhh. Tapi selalu terhalang, sebabnya ustaz aku yang hensem tu cikgu kelas dorang, muahaha padan muka. Ustaz tau da sebab dorang ni macam belangkas kat sekolah, walaupon dia tu anak cikgu HEM yang bapak garang.

Ok sambung balik, sebaik melepasi bukit botak ni, aku dengan Ali ni dok jenguk Cikgu Amri dan kawan2 aku dorang baru nak panjat bukit botak tu. Bila si Ali ni tanya dorang, perlukan bantuan ke cikgu suruh kami jalan dulu. Tapi aku betul2 da pancit masa ni, akududuk mencungap2 sampai la si Amad ni patah balik cari aku lepas dia pastikan adik aku n kawan dia da selesa berehat dekat puncak. Si Amad ni pujuk2 aku suh jalan balik sebab da dekat katanya. Huh memang pon xsampai 50 meter pon Puncak tu. Hampeh sangat.

Kami menikmati pemandangan indah dan udara segar ciptaan Allah kat puncak gunung tu. Ade group turun ikot belah Selangor, kami jengah la ooo bez jugak tapi cikgu habaq tak boleh, ikot permit, jadinya kami akan turun ikot belah Negeri Sembilan gak. Gunung ni dalam Negeri Sembilan ye kengkawan. Cukup sejam amik gambo kenangan dan berehat, kami turun. Waktu turun takde ape yang jadi kecuali kami 5 orang jumpe ular yang sangat transparent boleh nampak segala urat, aku taktau ular ape tapi ular tu tak pedulikan kami pon, walaupun kaki si Ali ni da bertembung kepala ular tu. Melompat jauh kawan tu hahahaha. Tapi ular tu je steady.

Kami sampai bawah jam 2, kawan yang teruk masih kat spital, yang tak teruk da balik n berehat, kami pon sampi bawah makan n berehat. Bangun tido petang tu, kami semua cepat2 bersiap untuk masak makan malam. Kawan2 yang cedera pon da balik. Kesian lebam2 dan bengkak muka n badan dorang sume. Malam tu aktiviti bebas, tapi kami diwajibkan berkumpul. Aktiviti sepatutnya dibatalkan. cikgu Amri dan ustaz kumpulkan kami untuk brainwash. Memang kene marah dan membebel la cite dia tapi orang yang buat salah tu tak mengaku. Ustaz dengan cikgu tanya bertubi2 sampai dia terkantoi sendiri. Cikgu Amri cakap dia dan sape2 yang terlibat dan tau niat dia akan diblacklist dari ikot camping lepasni dan dibuang dari Persatuan kami. Huh padan muka, ayah garang pon nak wat perangai lagik. Kami semua marah, sebab menyampah gile dengan dorang. Nak bercouple, berdating kat luar bukan dalam hutan ni. Tak pasal2 orang lain dapat bala.

Lepas sesi brainwash, kami duduk je dalam kumpulan, Hani yang sakit bengkak2 muka sebab kene 13das sengatan tebuan tanah ni baring kat peha aku pastu dia bagitau,

Hani:- Urmmm cube korang tengok kat khemah kita tu, sape pompuan yang dok depan tu?.
Kami toleh kepala ke khemah berjemaah, masing2 terkedu, mane ade orang.
Dila:- Mane ade orang Hani, ko da kenape?.
Hani:- Ade cube korang tengok betul2.

Kami toleh lagi n still macam tadi xde orang, tapi si Hani ni berkeras ade orang. Sudahnya si Dila volunteer nak gi cek kat khemah. Aku suh dia bawak Ali or Amad. Tapi si Amad taknk sebab takut, jadinya si Ali la jadi mangsa kene teman. Tapi memang kami nampak takde orang. Dila patah balik ke tempat kami.

Dila:- Mane ade sape2 Hani, ko nampak kan aku siap bukak pintu khemah lagi.
Ali:- Ha’a la mane ade orang
Hani:- Pompuan tu jengah tengok muka ko tadi, ko tak perasan ke?.
Dila: Ermm.. tak perasan pon…
Hani :- Dia jeling ko lagi Ali. Muka dia pucat sangat, pakai telekung tu dok depan pintu khemah.
Aku:- Hani da la takyah peduli makhluk tu, ko nak demam ni panas la badan ko. Tido je lah.
Hani:- Eh dia da terbang pergi lah. Aku takut. Tu ape benda?… Sambil nangis.

Kitorang ramai2 terdiam, pastu aku sambung pujuk suruh dia tido. Lepas dia tido, dorang ramai2 pergi ke khemah tengok2kan. Lepas pasti takde pape or sape2 kami berkumpul balik. Semua geleng kepala tanda takde ape2 yang mencurigakan. Aku masa ni teringat benda yang aku nampak petang semalam dan yang aku dengar mase mendaki tadi, tapi nak cerita memang takla. Tunggu balik esok. Mase ni ustaz dok round kawasan perkhemahan kami. Aku memang da rase ade benda tak kene.

Mase ni si Hani ni tetibe meracau, ustaz pesan suruh jage dan bacakan ayat2 suci Al-Quran kat dia dan kawan2 yang cedera macam dia, sebab ustaz cakap dorang da lemah semangat. Aku da lah cuti nak tolong macam mane. Berzikir je la kami mase ni. Lama2 memang dia tido. Tepat kol 11 malam, kami semua diarahkan masuk ke khemah. Aku taktau ape yang jadi malam tu.

Esok pagi2 kami bangun dengan keletihan, tapi da nak balik. Ok la takde pape yang serius jadi. Kami sampai sekolah awal dari perjalanan mase pegi. Balik dengan gembiranya. Dan kawan aku yang kene 13 das tu MC seminggu. Naik sekolah pon mata dia sepet lagi sian dia.

Lepas si Hani ni naik sekolah baru la kami berkumpul dan bercerita, ape yang jadi mase kami berCamping tu. Aku tanya si Zaini kan aku suh ko ikot aku ikot laluan belah kanan, kenape renjer cakap korang jalan ke kiri?.. Zaini cakap dia nampak aku jalan ke belah kiri, sedangkan takde laluan, dorang da pelik, tak sempat nak patah balik ade yang da terpijak sarang tebuan tanah tu. Sebab tu dorang kene serang. Aku menyesal gile sebab tak tunggu korang sampai. Sampai sekarang ade rase tu. Sori sangat2 korang. Tapi aku da minta maaf eh, so takyah nak kecam aku.

Cerita Hani, memang dia nampak perempuan bertelekung putih tu. Jelas sangat wajah yang pucat, tapi sangat lembut dan ayu, Hani cakap pompuan tu cantik. Wajah dia yang nampak bersedih macam menanggung beribu sesalan. Ade yang dapatkan cerita, katanya perempuan tu m**i dirogol beramai2 di kawasan air terjun tu. Betul atau tak, aku tak pasti. Wallahualam.

Ustaz bagitau memang kami disesatkan dari mula lagi di Bukit Putus tu, itu sebabnya kami lambat sampai. Dan ketibaan kami memang ditunggu. Kan aku bagitau ade camping bomba kat bawah tu, dorang ramai dan dah tentu bising, so mengganggu ketenangan jin2 tu la. Baru aku faham kenapa Ravi macam susah hati dari mula, rupanya masa yang diambil tok sampai lama sangat.

Aku ceritakan ape yang aku nampak petang kami sampai tu, dan kelibat tu bersinar. Ustaz panggil sebab dia nampak ape yang aku nampak. Tapi hijab aku tak terbuka jadinya aku tak nampak jelas ape benda tu, ustaz cuma cakap jin. Waktu student U sampai tu pon, kawan yang buat patrol nampak Kak Pon bergayut atas pokok tepi khemah aku. Aku tau, dia kejarkan pad kami yang tak bersih tu. Tu sebab aku suh jage kebersihan, Setan suka ko tau?. Tapi kami bukan saje2 simpan ea.

Dan aku ceritakan suara yang aku dengar mase pendakian dulu, ustaz cakap jin tak suka kehadiran kami disebabkan kawan yang niat nak berdating tu. Tapi kami bernasib baik sebab ustaz yang ikut camping kali ni. Seminggu sebelum kami naik, 12 student sebuah U kene sampok kat puncak gunung tu sebab tak jage kebersihan dan buat bising. Patut la kene tempias, tapi kenapa aku sorang je yang dengar suara tu, aku pon tak tau jawapan dia.

Ok da habis, penat aku taip da 2 bulan baru setel sebab banyak hal yang jadi kat opis nih. Nak mintak korang semua doakan umi aku, sebab ade saka keturunan yang nak masuk menguasai badan dia, ni tengah berubat dengan makcik aku, dia ustazah. Yang ni lenkali aku cerita ok.

#akuA’an

#akuA'an

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2.5]

12 thoughts on “Camping”

  1. alhamdulillah syukur, baru baru ni naik gunung tu, tak ada apa berlaku kecuali kawan lutut dia injured sebab tak pernah hiking sangat. apa pun niat kena betul dan kalau nampak sampah masa daki tu kutip la ye, botol, plastik dan memacam lagi ambik bawak turun. jaga kebersihan masa daki haritu byk la sampah, sempat la kutip mana dan.

    Reply
  2. Gunung Datok eeiii…
    Heheheheheh…

    Akk dlu mse sek men panjat gunung tu start kol 12.30malam…
    Abg urusetia yg lead tu sebok berkepit ngan awek die bercintan cintun…
    Udahnye baru gerak setgh jam group ktorg dh sesat barat…
    Pastu ktorg azan then patah blk smle…
    Alhamdulillah semua ok lepas tu…
    Cume yg mencabar sesgt dahlar ujan, gelap, mse kena part bukit botak tu mmg ngucap bebanyak sbb memasing mmg lepaskan diri sdri jer…
    Licin… Pastu xde benda nk berpaut…
    Aduuiiiii…
    Kesudahannye smpi kt puncak ktorg plak kena jage abg urusetia tu yg demam collapse abis…
    Tak kuasa akk…
    Ko sohlah awek ko yg tergeliat2 tergedik2 tu yg jge ko…
    Saket atiii…

    Reply
    • klo ade yang tergedik2 tu mmg hangen kan. dalam utan pon sempat. Jadahnye. Kalau xsilap saya la, bukan Gunung Datok yang saya panjat tuh. nama da lupe tu sebab xletak. huhuhu

      Reply
    • Cer try gunung pulai.masa tu camping pengakap boleh tahan gak kena. Antara aktiviti animal2 tu,time ktorg Tengah solat dlm 4+ org tu lagi lah animal2 tu ketawakan mengilai2

      Reply
  3. ny gunung dato kn … sye pun pernh join camp CUCMS 2015 masa to … rse seram to mmg ade tp masa mlm jer rse cm to .. kalo pg tkde la rse ape … ade jugak dgr kawan2 cte lpas blik dr camp to … tp bg sye tkde ape2 yng berlaku pun .. cuma ade la sorng pakcik ny warning haty2 bla jalan mlm2 1 org mungkn bolh jd 10 org … huhuhuh .. hahhahaa …
    *enck Din mmg best la… walaupun garang … thaks
    * first and last hiking …

    Reply
  4. rasanya kejadian ni kt Gunung Angsi,kuala pilah sebab kene lalu Bukit Putus.
    dah boleh imagine suasana persekitaran tempat ni bila bc cite ni..byk kali camping kt sini masa sekolah dulu (1995-1997) n mcm2 kejadian jgk kitorng hadap.tp semua tu jd kenangan terindah sepanjang hayat.

    Reply
    • hah tq kak lang. Betol gunung Angsi, saya lupe. klo xsilap la tengah2 bukit putus tempatnya, betul ke?. Saya x aspect kne kacau camtu sebab, camping2 sebelom tu xpnah kene kacau teruk2 sampai cedera.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.