Assalamualaikum Ya Habibi Ya Salam kepada pembaca-pembaca di page Fiksyen Shasha sekalian. Diharapkan korang terhibur dan gembira dengan ceritaku yang lepas iaitu PONTIANAK DI DEPANKU dan SI ABANG POCONG. Janganlah korang letakkan ketakutan yang melampau kepada mereka kerana mereka juga ingin menumpang kasih, bermanja, bergurau senda, dan telah diciptakan sebegitu rupa untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketakwaan korang kepada Allah SWT. Pada kali ini aku nak berkongsi kisah mengenai Langsuir yang pernah mengganggu dan selalu mendatangkan kesusahan sekiranya aku terserempak dengan mereka. Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim aku zahirkan cerita ini.
Daripada pemerhatian aku, Langsuir ini boleh dikategorikan sebagai sub spesies kepada Pontianak tetapi dalam versi ‘HARDCORE’. Penilaian seram berdasarkan rating pula berada pada skor 4/5. Berada pada skor tinggi kerana boleh menyusahkan, membebankan, dan mendatangkan kesengsaraan akibat diganggu secara melampau dan berterusan. Jeritan dan pekikan suaranya tersangatlah bingit dan kuat. Dia boleh bertukar rupa menjadi seorang perempuan tua yang sangat hodoh ataupun berubah menjadi seorang gadis yang sangat ayu dan jelita dalam masa yang singkat sahaja. Dia boleh menggoda mangsanya dengan mudah dan mempunyai tipu helah yang sangat hebat. Mangsanya boleh jatuh sakit, trauma, dan ada sesetengah kes boleh mendatangkan kecelaruan minda, delusi, dan halusinasi melampau (Skizofrenia).
Aku sebolehnya ingin mengelakkan diriku daripada bertemu dengannya kerana keangkerannya adalah berbeza dari makhluk-makhluk halus jenis lain yang biasa aku temui. Aku boleh diibaratkan seperti menyeru dirinya datang kepadaku dengan menulis cerita ini. Setiap lafaz kata yang membabitkan namanya jika disebut dengan berulang kali boleh menyebabkan dia datang tanpa diundang. Sekiranya korang tiba-tiba terdengar seperti jeritan dan pekikan perempuan yang sangat kuat di tengah-tengah malam, berkemungkinan seekor Langsuir sedang berkeliaran mencari mangsanya dan jangan bimbang kerana pada waktu tersebut dia berada pada jarak yang sangat jauh dari lokasi korang. Walaubagaimanapun jangan sesekali ditegur dari mana datangnya punca suara tersebut kerana sejarah yang melibatkan diriku dengannya telah membuktikan bahawa dia mempunyai pendengaran yang sangat sensitif dan peka apabila terdengar ada orang sedang menyebut namanya.
Dia akan muncul tanpa dipinta apabila dirinya diseru-seru. Kelajuannya bergerak adalah seperti Pontianak. Dia boleh terapung, terbang, dan berjalan dengan pantas. Manakala sekiranya korang terdengar bunyi jeritan dan pekikan suara perempuan yang halus dan tidak kuat maka yakinlah bahawa Langsuir tersebut sedang berada di situ dan kebiasaannya dia akan memerhatikan wajah mangsanya sambil bermain-main dengan kukunya yang tajam. Ada kalanya dia tidak menjerit dan terpekik sebaliknya dia menangis dan sekiranya korang terdengar bunyi tangisan perempuan di situ maka bersiap sedialah kerana dia hendak memunculkan jasadnya di depan korang. Penampilannya adalah seperti seorang perempuan, kulitnya berkedut-kedut dan pucat lesi, berambut panjang, bermata sepet, bertaring, lidah terjulur keluar, berkuku tajam, dan berjubah putih. Baunya hanyir seperti d***h, masam, dan sedikit hapak. Dia boleh menjelma pada bila-bila masa dan di mana sahaja walaupun di siang hari.
Langsuir wujud di semua tempat di dunia. Ciri-ciri fizikal, perangai, dan habitatnya adalah sama. Lokasi tempat tinggalnya adalah di dalam hutan, semak, kubur, dan di rumah/bangunan kosong. Perangainya juga sama seperti Pocong dan Pontianak iaitu gemar memasuki rumah manusia dan membuat lawatan sambil mengacau penghuninya terutamanya pada waktu malam. Kehadirannya dapat dikenalpasti apabila korang terdengar seperti bunyi orang berjalan kaki di luar rumah/bilik, bunyi ketukan pintu rumah/bilik, bunyi seperti air paip sedang mengalir di dalam bilik mandi, tandas, ataupun di dapur. Penampakan helaian rambut panjang yang gugur di dalam tandas juga adalah bukti bahawa dia berada di situ. Kebiasannya mereka akan menginap secara percuma di bilik-bilik kosong yang tidak digunakan seperti di rumah/hotel/chalet/homestay.
Bunyi orang bersiul dan bunyi seperti ular berdesir juga merupakan salah satu dari tanda bahawa dia berada di situ. Makanan dan minuman akan cepat basi sekiranya dia berada di situ. Dia juga jenis suka bergurau senda secara agresif di mana dia akan menakutkan-nakutkan mangsanya dengan mengalihkan barang-barang, menjatuhkan barang-barang, menguis-nguis muka mangsanya yang sedang tidur/berbaring dengan mengibaskan rambutnya, serta boleh mengganggu sistem bekalan elektrik dan elektronik dengan jayanya. Di sini aku akan bercerita mengenai pengalamanku ketika kali pertama bersuai kenal dengannya. Ceritanya agak panjang tetapi terperinci. Sekiranya korang tidak mahu membacanya dipersilakan untuk beredar kerana aku hanya ingin berkongsi pengalaman yang aku pernah lalui dahulu.
Ceritanya begini, pada tahun 2005 ketika tengah menunggu keputusan peperiksaan SPM, aku bekerja sementara sebagai pembuat batu nisan dan kepok kubur di sebuah bengkel yang berdekatan dengan rumahku. Aku dianggap legenda dikalangan sahabat-sahabatku kerana pada usia yang begitu mentah aku sanggup berkecimpung di dalam bidang yang boleh dikatakan agak tidak sesuai dengan usiaku pada waktu itu. Walaupun gajinya tidaklah seberapa mana tetapi yang penting ianya halal dan dalam masa yang sama aku mendapat kemahiran dalam menghasilkan binaan batu nisan, kepok, & struktur kubur. Banyak kisah seram yang diceritakan oleh majikan dan rakan sekerja yang lain kepadaku.
Apa yang mereka ceritakan ada yang betul dan ada yang seperti ditokok tambah kerana sebagai insan yang dianugerahkan dengan pancaindera keenam aku jarang melihat jelmaan yang menakutkan sepanjang berada di situ. Kadang-kadang kami semua terpaksa bekerja sehingga lewat malam untuk menyiapkan tempahan yang dipesan oleh pelanggan. Tugasku ketika itu adalah menuang simen ke dalam acuan nisan dan kepok. Tugas yang agak mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Sekiranya tersilap langkah, batu nisan dan kepok tersebut boleh retak dan tidak mampu bertahan lama lebih-lebih lagi apabila selalu dimamah haba matahari.
Pada suatu hari seorang pelanggan wanita telah datang ke bengkelku sambil membawa sepasang batu nisan yang agak buruk dan berkulat untuk tujuan pembersihan dan pembaikan semula. Majikanku telah menyerahkan tugas itu kepadaku dan dia memberi tempoh selama empat hari untuk aku menyiapkan batu nisan itu. Tugas tersebut adalah mudah kerana untuk membersihkan batu nisan tersebut aku hanya perlu merendamkannya ke dalam larutan minyak tanah yang dicampur klorin dan memberusnya dengan berus sabut untuk menghilangkan daki dan kulat. Ketika aku kusyuk memberus nisan yang pertama, bulu romaku tiba-tiba berdiri dengan sendirinya dan aku ternampak satu entiti putih bercangkung di sebelah kananku sambil mengilai halus.
Aku beranggapan bahawa itu adalah seekor pontianak dan aku menyuruh dia beredar dari situ secepat mungkin kerana aku ingin menyiapkan kerjaku tanpa diganggu. Kebiasaanya pontianak akan beredar selepas aku menghalaunya tetapi situasi kali ini berbeza. Hilaiannya yang berselang seli dengan tangisan yang kuat telah menyebabkanku hilang fokus pada kerja. Aku berhenti sebentar lalu aku amati rupanya dengan teliti dan aku dapati wajahnya berbeza daripada pontianak yang biasa aku temui, matanya agak sepet, muka kelihatan pucat lesi seperti mayat, bertaring dan lidah terjelir-jelir, manakala kukunya begitu tajam dan panjang.
Aku benar-benar terkejut, mana mungkin seekor pontianak berpenampilan seperti itu. Bulu romaku meremang seremang-remangnya, peluh melencun membasahi baju, jantung berdegup kencang, dan dalam keadaan terkebil-kebil aku membaca ayat Qursi sambil merenung tepat ke matanya. Dalam masa yang sama dia mula berdiri lalu terapung dan bergerak perlahan ke arahku, kedua-dua tangannya dihalakan ke leherku, dia memegang leherku dan mula mencekikku. Manakala lidahnya menjilat-jilat mukaku dengan rakusnya. Aku berasa geli kerana lidahnya begitu kesat seperti pasir dan berbau d***h. Dengan tenaga yang ada aku menolaknya dan melepaskan beberapa tumbukan padu ke dadanya sambil melaungkan kalimah Allahuakbar.
Dia menjerit dan mengilai dengan begitu kuat sambil terbang keluar menerusi lubang tingkap yang terdapat di belakang bengkel tersebut. Sejurus itu aku merasa begitu sakit di sekeliling leherku lalu aku berlari menuju ke tandas lantas membasuh muka serta leherku. Aku terus berjumpa dengan majikanku dan memohon untuk pulang awal kerana berasa tidak sihat. Aku sampai ke rumah ketika waktu maghrib dan aku beritahu pada Tok Wan tentang kejadian yang telah berlaku itu. Menurutnya makhluk yang menggangguku itu adalah seekor Langsuir. Tok Wan memberiku minum segelas air putih yang telah dirukyahkan dan aku dinasihatkan untuk sentiasa berada dalam keadaan berwuduk supaya tidak berlaku sebarang gangguan dari makhlus halus.
Pada tengah malamnya, badanku terasa begitu panas seperti berada di dalam ketuhar pemanggang, leherku berdenyut-denyut kesakitan. Aku memberitahu kepada ibu dan bapaku tentang kesakitan yang sedang aku alami itu dan mereka terus membawaku ke hospital. Pada waktu itu aku mengesyaki mungkin langsuir tersebut mempunyai bisa atau racun di tangannya ketika dia mencekikku. Doktor yang memeriksaku menyatakan bahawa suhu badanku adalah normal dan apabila dia memeriksa leherku dia melihat terdapat kesan lebam dan merasakan seperti terdapat beberapa biji ketulan keras berada di leherku. Dia mengesyaki terdapat ketumbuhan dan dia mencadangkanku untuk dirujuk kepada pakar ENT (Ear, Nose, & Throat). Doktor itu bertanya lagi punca sebenar mengapa leher aku menjadi begitu tetapi aku terpaksa berbohong dengan mengatakan bahawa leherku tersepit di celah tingkap kereta pada petangnya.
Dia tergelak besar apabila mendengar penjelasan tersebut. Sekiranya aku berterus terang aku mungkin dianggap gila ataupun berada di bawah pengaruh dadah dan sebagai seorang yang profesional mana mungkin dia boleh percaya bulat-bulat dengan cerita yang sebenar. Aku kemudiannya ditahan semalaman di wad dan pada keesokannya aku telah dibawa berjumpa dengan doktor pakar ENT tersebut. Doktor tersebut mengambil sampel d***h dan sampel air liurku untuk ujian di makmal kimia. Ujian X-Ray juga dilakukan dan hasil daripada ujian X-Ray tersebut menunjukkan terdapat dua biji ketulan kecil berada di dalam leherku. Menurut kata doktor itu, ketulan tersebut adalah nodus-nodus limfa yang membengkak akibat serangan kuman yang banyak dan tanda lebam tersebut mungkin terjadi akibat anemia.
Dia berpendapat berkemungkinan besar aku menghidap penyakit Leukimia. Penjelasan yang diberikan oleh doktor itu bagaikan panahan halilintar kepada diriku. Leukimia? Aku terkejut dan sedih tetapi dalam masa yang sama aku berfikir positif kerana aku yakin ketulan tersebut itu terjadi akibat kuman dari langsuir tersebut. Aku telah discaj dari wad pada hari tersebut dan aku dibekalkan ubat penahan sakit, antibiotik, dan krim sapu untuk leherku itu. Keputusan untuk sampel d***h dan air liur hanya akan diketahui dalam tempoh tiga hari lagi.
Kata-kata doktor tersebut terus ligat bermain di dalam fikiran, aku terus positif dan positif walaupun dilanda resah. Keluargaku juga terkejut akan perkhabaran itu dan mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa aku berkemungkinan menghidap Leukimia. Aku menyumpah seranah pada langsuir tersebut kerana punca kepada penyakit ini memang berkaitan dengan kejadian tempoh hari. Selagi hasil keputusan ujian tersebut belum keluar selagi itulah aku tidak senang duduk. Walaupun aku mendapat cuti sakit tetapi aku tetap ke bengkel untuk menyiapkan kerjaku yang belum selesai itu. Majikanku iaitu Wak Farid terus bertanyakan tentang keadaan kesihatanku dan dia menasihati supaya aku hanya berehat dan kembali bekerja apabila sudah benar-benar sembuh. Aku bertegas untuk bekerja dan aku terus menyambung kerjaku yang terbantut itu.
Aku memberus dengan lebih kuat pada batu nisan pertama itu dan hasilnya batu nisan itu kelihatan seperti baru dan ketika itu terserlahlah tulisan jawi yang tertera akan nama pemiliknya iaitu WAN ROKIAH BINTI WAN HAMZAH, Lahir 14 Januari 1895, Ke Rahmatullah 23 Oktober 1993 lalu aku sedekahkan surah Al-Fatihah kepada pemiliknya itu. Tiba-tiba aku merasa seperti ditiup hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan bau hanyir dan hapak mula menyelubungi kawasan tersebut. Aku memerhatikan sekelilingku untuk melihat sama ada terdapat atau tidak sebarang kemunculan tetamu yang tak diundang dan nampaknya tiada sebarang kemunculan di situ. Tak lama kemudian ketika aku mengambil batu nisan kedua aku secara tidak sengaja telah terlepas cakap dan terungkapkan ayat ini; “Kalau awak cantik awak datanglah tunjuk muka depan saya sekarang sebab saya nak berkenalan.”
[KEBODOHANKU BETUL-BETUL TERSERLAH KETIKA ITU. SEPERTI KATA PEPATAH; KERANA PULUT SANTAN BINASA KERANA MULUT BADAN BINASA]
Sekujur jasad di dalam jubah berwarna putih yang agak rabak seperti yang telah menggangguku pada tempoh hari kini berada di depanku. Matanya meliar-liar memandangku, bau d***h hanyir yang kuat membuatku mual dan hampir termuntah. Jari jemarinya yang kasar sudah mula merayap ke mukaku dan aku menggeliat geli seperti ulat bulu dan menggigil ketakutan. Aku cuba untuk menendangnya tetapi badanku telah terkunci rapat di situ. Dia menutup mulutku dengan tangan kirinya dan tangan kanannya bergerak ke kiri dan kanan seolah-olah memberitahu supaya jangan melakukan sebarang tindakan sekiranya hendak selamat. Apa yang aku mampu lakukan ketika itu hanyalah membaca segala surah lazim dan ayat Qursi di dalam hati sambil berdoa semoga Allah menyelamatkanku.
Pada waktu itu dia mula mengilai dalam berlagu. Maksudku dia mengilai membunyikan melodi lagu Tanjung Puteri sambil memintal-mintal rambutnya dengan tangan kanannya itu. Dia seolah-olah bermain mata denganku dan tatkala itu raut mukanya mula berubah, rambutnya yang pada awalnya panjang berserabai mula tersisir rapi, jubah yang rabak itu bertukar menjadi baju kurung putih dan ciri-ciri fizikal seorang manusia sudah mula kelihatan.
Dia sudah bertukar menjadi seorang gadis muda yang mempunyai rupa paras yang agak jelita dan dalam masa yang sama aku sudah boleh bergerak. Kali ini aku mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat sahaja. Dia membongkokkan badannya lalu mengambil batu nisan yang pertama itu dan mengesat-ngesat permukaan nisan itu dengan tangannya. Tanpa banyak soal aku memberanikan diriku dengan bertanya tentang identiti dirinya dan dia berpaling memandangku dan berdiri dalam postur yang agak seksi sambil tersipu-sipu malu mengatakan bahawa dialah pemilik batu nisan tersebut. Aku terkejut dan kemudiannya…
Aku membuka mata dan kelihatan Wak Farid dan rakan sekerjaku iaitu Fauzi berada di sisiku. Aku kini berada di dalam bilik Wak Farid. Aku tanyakan apa yang telah terjadi? Mereka mengatakan bahawa mereka menjumpai aku di atas pokok Cermai di luar bengkel dalam keadaan tidak sedarkan diri. Sebelum itu mereka sudah puas mencariku di sekeliling bengkel tetapi kelibatku langsung tidak kelihatan. Mereka hanya perasan aku berada di atas pokok itu apabila ternampak seliparku berada di bawah pokok tersebut. Penjelasan mereka membuatku menjadi bingung kerana sebelum itu aku berada di dalam bengkel bersama gadis tersebut.
Aku tanyakan juga adakah mereka ternampak seorang gadis berbaju putih di sekitar bengkel tersebut? Jawapan yang diterima juga hambar kerana mereka tidak melihat sesiapa pun yang berada di situ. Wak Farid beranggapan mungkin akibat keletihan dan dalam keadaan separa sedar aku telah memanjat pokok itu dan kemudiannya tertidur di situ. Fauzi hanya mengiyakan sahaja kata-kata Wak Farid itu. Penjelasan tersebut sangat tidak relevan dan aku taklah sebodoh itu untuk tidur di atas pokok. Aku percaya mungkin ianya ada kaitan dengan langsuir yang sudah bertukar menjadi gadis tersebut. Aku mengambil keputusan untuk menyiasat perkara ini dengan lebih mendalam lagi.
Pada sebelah malamnya hanya tinggal aku seorang sahaja yang masih berada di bengkel tersebut manakala Wak Farid dan Fauzi sudah pulang terlebih dahulu pada lewat petang itu. Aku bercadang untuk membawa pulang sahaja batu nisan itu untuk disiapkan di rumahku. Ketika sibuk mengemas aku telah diganggu oleh beberapa ekor pelesit di sekitar itu dan entah dari mana datangnya seekor pocong tiba-tiba sahaja tercongok di atas tangga bilik belakang bengkel itu sambil meranduk kepalanya ke arah dinding di situ. Aku membiarkan sahaja tindakan bodohnya itu kerana aku tahu dia sedang bosan dan ingin bermain-main denganku.
Setelah semua barang keperluanku dikemas, aku mengunci pintu bengkel tersebut dan menghidupkan enjin motor EX5 cabukku dan pulang ke rumah mengikut jalan pintas kerana pada waktu tersebut jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Untuk menghilangkan rasa bosan aku menyanyikan lagu Seroja dengan penuh penghayatan dan tatkala itu juga aku merasakan seperti ada sesuatu yang sedang menumpang motorku. Aku mengintai melalui cermin sisi kanan dan aku mendapati seekor pocong sedang duduk bertenggek di belakangku. Aku yakin itu adalah pocong yang aku temui semasa di bengkel tadi. Aku membiarkan sahaja dia bertenggek di situ dan kami bersama-sama merempit sambil meredahi malam yang dingin itu.
Tak lama kemudian aku berhenti di tepi sebuah warung untuk singgah membeli makanan malamku. Aku terkejut apabila beberapa orang pemuda sedang menjerit-jerit seperti beruk ke arahku dan mereka semuanya berlari bertempiaran. Aku tersengih melihat gelagat mereka dan pada firasatku mereka semua mungkin ternampak kehadiran pocong ini. Aku perhatikan tali pengikat kepalanya dan sah ianya adalah seekor pocong tua yang sedang kebosanan dan perlukan teman untuk bermain. Tanpa membuang masa aku terus hadiahkan bacaan ayat Qursi sambil menghembus-hembus ke mukanya.
Dia hilang dan terus lesap di dalam kegelapan malam itu. Aku teruskan perjalanan pulang setelah selesai membeli makanan dan sesampainya di rumah aku membasuh kaki dan memberikan salam sebanyak tiga kali sebelum masuk ke dalam rumah supaya syaitan tidak mengikut sama masuk ke dalam rumah. Itu adalah petua yang telah diajar oleh Tok Wan dan ustazku sekiranya ingin masuk ke dalam rumah.
Leherku mula berdenyut kembali lalu aku menelan dua biji pil penahan sakit bagi menghilangkan kesakitan itu. Batu nisan yang pertama sudahku siapkan dan batu nisan kedua juga hampir siap, aku hanya perlu mengelapnya sahaja. Akhirnya pada tepat jam 1 pagi aku berjaya menyiapkan kerjaku. Aku membalut batu-batu nisan tersebut dengan surat khabar dan aku letakkannya di tepi sofa ruang tamu. Jam sudah melewati 1.30 pagi dan aku masih terjaga lagi. Sukar untuk aku melelapkan mataku kerana terkenangkan masalah yang sedang dihadapi dan dalam masa yang sama aku juga terfikir apakah yang akan terjadi sekiranya hasil ujian tersebut membuktikan bahawa aku benar-benar menghidap penyakit Leukimia? Adakah aku sempat menjejakkan kaki ke universiti? Sempatkah aku mempunyai awek, berkerjaya, dan berkeluarga?
Terlalu banyak persoalan yang bermain di minda ketika itu. Akibat kesukaran untuk tidur aku membuka tingkap jendela, aku bakar sebatang rokok Dunhill lalu aku menghisapnya sambil ditemani angin malam. Lega dan begitu damai rasanya. Sesudah itu, aku menutup tingkap jendela dan aku terkejut apabila terlihat gadis berbaju kurung yang aku temui di bengkel pada waktu siangnya sedang duduk bersimpuh di atas katilku. Langsuir berada di dalam bilikku! Aku diam dan mataku tidak terlepas dari memandangnya. Aku bimbang jikalau dia bertukar menjadi langsuir. Gadis tersebut mula menyanyikan lagu Seroja dalam nada lembut sambil memandangku. Aku syak dia telah mengekoriku sejak dari bengkel lagi kerana lagu tersebut telah aku nyanyikan ketika merempit pulang tadi.
Renungannya yang manja membuatkanku terlentok-lentok khayal sambil memandang wajahnya yang jelita itu. Aku mula terpukau. Dia berdiri dan berjalan menghampiriku. Jantungku berdegup dengan kencangnya dan hati juga menjadi tidak keruan apabila dia kini berdiri bertentangan denganku. Dia merapatiku dan dia mula memelukku. Keharuman tubuhnya seperti bauan bunga mawar membangkitkan nafsuku. Kepalanya disandarkan di bahuku dan genggaman tersebut semakin erat. Sebelum terjadinya sebarang perkara yang dilaknat oleh Allah, aku menampar mukanya dan menolaknya jatuh terjelepuk ke atas lantai. Aku masih boleh berfikir secara waras. Aku seorang manusia dan dia adalah seekor Langsuir yang menjelma menjadi seorang gadis. Mana mungkin aku boleh menjalinkan sebarang hubungan dengannya apatah lagi melakukan perbuatan maksiat tersebut?
Dia terduduk di atas lantai dan mula menangis. Matanya kelihatan merah, air mata d***h bercucuran ke atas bajunya. Bajunya mula dikotori dengan d***h tersebut dan untuk meredakan keadaan aku mengambil kain pengelap kaki dan mengesat air matanya sambil memujuknya. Dalam tersedu-sedu dia bertanya kenapa aku mengasarinya? Aku hanya mendiamkan diri. Dia menjelaskan dia hanya ingin berdamping denganku dan ingin dikasihi sahaja. Entah kenapa pada waktu itu aku merasa cukup kasihan padanya. Melihatkan wajahnya yang ayu sambil menangis itu menimbulkan suatu perasaan yang agak ganjil bagiku. Dia menangis dan terus menangis. Walaupun begitu aku bukanlah sebodoh itu untuk termakan tangisan pujukan rayu seekor langsuir. Untuk tidak membuang masa aku terus bertanyakan identiti dirinya yang sebenar dan tujuan dia menganggu dan menyakitiku sebelum ini.
Jawapan yang diterima agak mengejutkan dan tidak masuk akal. Dia mengaku bahawa dialah Wan Rokiah iaitu pemilik batu nisan tersebut. Dia sedih kerana kuburnya merangkap rumahnya telah dicerobohi. Dia semakin geram apabila batu nisan tersebut dibawa ke hulu ke hilir tanpa keizinannya. Oleh sebab itu dia menyerangku pada tempoh hari. Selagi batu nisan tersebut tidak kembali ke tempat asalnya selagi itu dia bersumpah akan menggangguku. Aku memberitahunya bahawa batu nisan tersebut telah aku bersihkan dan aku boleh membantu mengembalikan batu nisan tersebut ke tempat asalnya dengan syarat dia menghilangkan kesengsaraan yang ditanggung di leherku dan tidak akan menggangguku lagi setelah semuanya selesai nanti.
Dan aku pinta kepadanya supaya jangan sesekali menjelma dalam bentuk asalnya (Langsuir) di depanku. Aku takut, seram, dan boleh pengsan sekiranya dia berubah bentuk. Syarat tersebut dipersetujui. Sebenarnya sebagai seorang Muslim aku langsung tidak percaya bahawa dia adalah arwah Wan Rokiah kerana roh manusia sudah berada di alam barzakh dan dia hanyalah seekor jin yang difitrahkan menjadi seekor Langsuir. Tempat persinggahan kita semua selepas m**i adalah di Alam Barzakh dan bukannya di dunia lagi. Di situlah terletaknya altar egonya apabila mengaku pernah menjalani kehidupan sebagai seorang manusia yang bernama Wan Rokiah tetapi menjadi Langsuir akibat m******h diri.
Pada pagi tersebut aku telah ke bengkel dan membawa bersama batu nisan itu untuk diberikan kepada Wak Farid. Aku menyuruhnya untuk menghubungi pelanggan wanita tersebut secepat mungkin untuk memaklumkan bahawa batu nisan tersebut sudah siap dibersihkan. Pada tengahari tersebut, pelanggan wanita itu iaitu Hajah Aini telah datang ke bengkel untuk mengambil batu nisan itu. Aku menawarkan diriku untuk membawa dan meletakkan kembali batu nisan tersebut ke tempat asalnya kerana batu tersebut berat dan disamping itu aku perlu mengotakan janjiku pada langsuir tersebut supaya hidupku aman tanpa gangguannya lagi. Aku mengikut sahaja kereta Hajah Aini dari belakang dengan motor cabukku ini.
Sesampainya di tanah perkuburan itu, aku terus berwuduk dan menyedekahkan bacaan surah Al-Fatihah, surah 3 Qul, dan surah Yaasin kepada arwah Wan Rokiah dan untuk seluruh penghuni tetap di tanah perkuburan itu. Aku kemudiannya memulakan tugasku dengan memacak batu nisan dibahagian kepala kemudiannya disusuli pula dengan batu nisan dibahagian kakinya. Janji yang dimeterai sudahku kotakan. Hajah Aini adalah anak sulung kepada arwah Wan Rokiah dan dia menyatakan bahawa sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke kubur ibunya kerana kesibukan kerjanya sebelum ini.
Aku tidak menceritakan peristiwa yang telah berlaku kepadaku sepanjang proses menyiapkan batu nisan tersebut kepadanya. Aku tersenyum apabila dia mengatakan bahawa ibunya dahulu adalah seorang guru pengajar Al-Quran di kampung itu dan sangat fasih berbahasa Arab semasa hayatnya dahulu. Ayat-ayat dan tafsir Quran sentiasa bermain di mulutnya. Ibunya meninggal dunia akibat sakit tua ketika usianya hampir 100 tahun. Fahamlah aku ketika itu bahawa memang benarlah si langsuir tersebut hanya berdusta dan menyamar menggunakan nama arwah Wan Rokiah.
Pada malam tersebut aku telah pergi ke kubur itu kembali untuk menuntut janjiku. Aku memanggil-manggil empunya langsuir yang mengaku dirinya sebagai Wan Rokiah itu. Dengan berbekalkan lampu suluh aku menyuluh ke segenap ruang di kawasan kubur Wan Rokiah untuk mencari gadis tersebut. Bau bunga mawar mula menusuk hidungku dan aku yakin dia kini berada di situ. Aku memanggil lagi nama tersebut dan kemudiannya bahuku seperti dicuit sesuatu. Dia kini berada di sebelahku. Aku suluh wajahnya. Ya Allah… Ayunya wajahnya. Sambil tersenyum dia berterima kasih lalu menyentuh leherku itu. Pada waktu itu aku berasa leherku seperti gatal-gatal, dan aku biarkan sahaja tangannya memicit-micit leherku.
Sambil itu aku terus merenung wajahnya dalam-dalam dan aku seperti terpukau dan terpana dengan kecantikan wajahnya itu. Sejurus selepas itu dia mengatakan bahawa semuanya sudah selesai dan aku sudah pulih dan dia berjanji untuk tidak menggangguku lagi. Lega aku mendengar penjelasan tersebut. Aku terfikir juga kenapa dia begitu cantik? Kenapa apabila dia berubah menjadi langsuir rupanya sangat buruk dan ngeri? Aku langsung tidak berasa seram dan gerun dengan dirinya sekarang tetapi sekiranya dia berubah ke rupa asalnya aku yakin aku boleh pengsan dan trauma. Aku mohon untuk pulang dan untuk kali terakhirnya aku menatap wajahnya yang ayu jelita itu. Selamat tinggal si langsuir si gadis ayu si penyamar Wan Rokiah Binti Wan Hamzah.
Keesokannya aku dan ibuku terus ke hospital untuk mengetahui tentang keputusan penyakitku itu. Aku tidak lagi merasa sakit dan ketulan-ketulan tersebut juga sudah tiada. Walaubagaimanapun debarannya tetap ada kerana sebagai seorang manusia aku harus menerima hakikat bahawa ujian yang dilakukan oleh doktor itu lebih terperinci kerana mereka adalah pakar di dalam bidang tersebut dan mereka mempunyai peralatan yang moden lagi canggih untuk mengenal pasti setiap jenis penyakit yang wujud. Masa yang ditunggu sudah tiba. Namaku dipanggil dan aku kini berada di depan doktor pakar ENT tersebut iaitu Dr. Julian.
Menurutnya hasil daripada ujian yang telah dilakukan aku tidak menghidap sebarang penyakit, darahku bersih, platelet d***h berada pada tahap normal, begitu juga dengan sampel air liurku. Dia memeriksa leherku sekali lagi dan terkejut apabila kesan lebam dan nodus limfa yang membengkak sebelum ini sudah tiada. Aku menjerit keriangan dan bersyukur pada Allah kerana melindungi dan menyelamatkanku buat kesekalian kalinya. Aku tiada Leukimia. Alhamdulillah.
Oh ya, sejak dari hari itu gadis tersebut tidak lagi kutemui dan aku yakin dia tidak berani untuk muncul di depanku lagi kerana janji tersebut sudah terikat m**i di antara aku dengannya. Aku pasti bahawa gadis tersebut sudah bertukar ke bentuk asalnya dan masih berada di situ. Walaubagaimanapun aku masih lagi terserempak dengan langsuir lain dan pelbagai musibah pernah menimpaku akibat gangguan dari mereka. Kisah itu akan aku ceritakan di edisi yang lain. Terima kasih aku ucapkan kepada korang kerana mampu membaca cerita ini sehingga ke penghujungnya. Hingga bertemu lagi kita di edisi lain. Jazzakalah Kr Kt. Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia.
CarlitoRocker 2017
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Tangisan Embun Pagi juga lagu dari Langsuir. Hehehe.. 🙂
Bila baca cerita ni.. Bru perasan da 3 cerita yg awk tulis ye.. Cerita Pontinak tu ada perasan dkt page Fs tpi cite pocong tu.. Xde nmpk pon dlm page Fs.. Carik2 mmg fs x post pon dalam fb.. Dlm blog je ada cita pocong ni..
Terbaekkk carlitorocker.ko mmg kental.aku pernah kena 3 sekali `animal’ nyerang mse `membuang/menanam’ di kubur.mungkin ada mse nt aku mungkin kongsikn crita2 aku kt sni. Mj12 pernah siarkn kisah yg aku anta tp aku dh lupa pe tajuk tp kena mengena dgn tajuk kubur. Maklumlah dh bertaun2
best cerita awk… alhmdulillah awk dpt deal dgn langsuir tu…untuk sembuhkan penyakit awk… apa pun mmg awk seorang yg berani… smg kelebihan yg awk ada ni awk dpt gunakan di jalan yg baik..
bijak awak dlm hadapi langsuir tu
Expert ko dngn makhluk² ni. Dpt jadapi dngn tenang. Lain hidup ko sbb ada deria Keenan ni bak kata org.
Maaflah ats kelemahan diri yg suka typo ni. Len Kali abaikan je typo² tu.
*hadapi
*keenam
Hadooiii…
X agak2 nk menyamar jd Arwah Wan Rokiah…
Pastu konon jd langsuir sbb m**i b***h diri…
Dari pangkal citer akk dh kira arwah meninggal umur 98tahun…
Hagak-hagakler umur camtu nk m**i b***h diri…
Sinetron btol arrr kakLang ni…
Pastu kot iye pon tu arwah, menjelma dlm bentuk asl sebelum iaitu arwah mase dh tua…
Ni menjelma dlm bentuk mse anak gadis siap free hair koo…
Hahahahahah lawak arrr nk kelentong tapi byk noo kantoooiiinye kakLang ni…
Part abg chong tu mmg taikoooo je style ko ekkk…
Siap nyanyi2 g tapau mknn lg…
Aduh.. klw saya kat tempat penulis tu agaknya dah K.O. dah.. sbb abg chong kat blkng.. T^T
Penerangan ko pasal langsuir tu jang ai, adumakkk bikin aku meremang…
Ermm.. akhirnya… lama aku tunggu citer ko ni.. sal bunian tu jangan wat2 lupa nak citer lak. =)
23 oktober 1993 tu tarikh lahir saya ?
Rare la citer kaw nih… First time ocik suker! Bukan takat suker jew.. Suker giler..
Semoga Allah kuatkan semangat kaw dlm menempuhi cubaan yg di berikan..
Kain lap kaki dibuat lap air mata Cik Lang..hahaha
Sejuk kaki aku baca citer ni. #carlitorocker2017 bkn calang2 orgnya. Mengaji pondok ke sebelum ni?
Saya sekolah biasa je Mak Cik.
Mak cik sejuk kaki saya x sonang hati sbb baca mlm2.. bayang benda kat sabelah je
Susah admin nak percaya..macam pernah dengar cerita ni tapi versi lain
dalam banyak2 hantu yang pernah kau jumpa yg mna paling scary??
Yang datang dalam bentuk kabus hitam. Bermata merah tanpa mulut dan hidung, takde kaki & terapung memanjang. Skor 5/5, skor paling tinggi. Mendatangkan kemudaratan dan membawa maut. Dia adalah salah satu dari elemen santau dan sihir. Aku tak tahu nama panggilan dia. Aku gelarkannya Puaka Kabus Hitam. Sejenis jin yang tak bercakap, takde suara, errr ngeri.
Rasanya pernah baca Rasulullah ubatkan Saidina Ali yang kena angin ahmar dan setelah dibacakan ayat Quran oleh Rasulullah, angin atau kabus hitam keluar dari mulut Saidina Ali.
Ingat-ingat lupa sebenarnya kisah yang saya baca tu.
Mungkinkah itu sejenis kabus hitam yang tuan maksudkan.
weii.. serieslaa… tu benda apa ya??? dlu aku pernah sakit2 yg tanda nk dpt saka laa.. pernah la stiap mlm benda hitam kabus mata merah mcm org main laser tu teman aku tdur. slalu ada kat sdut blik..pernah aku tengok dy n dy dtg kt aku..aku kalih belah lain la,, time tu aku xlarat dh n xyakin sgt apa yg aku nmpak tu.. harap kau ada ceritakn psl benda tu, knapa dy lg seram dr langsuir plk pdhl xckp apa2..mlut pun xda.. n apa mudarat/bhaya yg dy bleh cause? & ada kemungkinn x dy bleh blah cmtu ja klu org yg kna tu xpernah berubat? sakit aku tu dkt 2 tahun. lps 2 tahun tu, sakit aku hlg tp smpy skrg klu aku tdur rasa la ada yg dduk main kaki, lutut, telinga, cuit bahu, kdg2 smpy meraba & tdur sama. hijab aku kuat, bila aku buka mata mmg xpernah dpt tgok apabenda yg kacau aku tu xkira mcmmna sakannya pun dy main kt bdn aku. cma dlm 2 tahun dlu ja aku duk nmpak. myb benda lain kot yg kcau aku skrg ni kn, aku pun xtahu la.. sbb fkir balik si htm tu xpernah aku nmpk buat apa2 kt aku, cuma berlegar2 kt dlm blik aku ja la dlu. tp since sakit dlu tu aku dptla penyakit hyperthyroid, xbaek2 dr 10 taon lps smpy skrg. serieslaa aku slalu nmpk dy dlu, aku egtkn tu saka palesit. tp aku xrasa la aku kena santau/sihir time tu sbbnya masa tu umur 17 tahun, dunia aku sekolah ja, skolh agama plk tu, so sapa ja buang masa, duit & tnga nk santau/sihirkn aku yg berlife boring cmtu
alamak sori. pnjg nk mmpus aku terkomen
You’re awesome. Seriously. Aku dulu time dekat U budak creative art majoring script writing. Aku buat skrip seram masa final year. Well, masa buat skrip tu macam-macam berlaku dekat aku. Syukur Alhamdulillah, Allah jaga aku selalu. Hanya dengan amalkan solat sunat dan doa. Hati aku dikentalkan. Ada masa nanti, aku share dekat FS tentang pengalaman itu.
Good job dude.
MissAD…Samalah…masa aku tulis cerita Langsuir ni AlMalaun Ponti yang datang mengunjung…banyak kali, yang paling worst dengan pailang & kurang ajarnya main switch off extension adapter lappy aku. Nasib baek word autosave kalau tak menangis aku nak retype balik. Dia camni je…Apa yang kita sebut, kita tulis tu semua adalah kalam memanggil. Ada khadam di sebalik setiap perkataan. Share story kau nanti MissAD.
sy rasa…dlm banyak2 stroy yg en.carlitorocker terjemahkan, cerita ni la yg paling memberi impak…sebab..malam tadi sy suruh husband sy baca cerita ni, tapi dia boleh pulak cerita secara lisan..sampai pertengahan cerita ni tiba2 lampu siling berkelip2 macam nak m**i tu.. tp yg pelik cuma lampu kat hall tempat kami duduk je yg berkelip2, lampu kat ruang lain okay je..dalam hati masing2, ah!!sudah…terus husband sy stop pembacaan secara lisan die tu..
Part jumpa rambut kt rumah tu sama mcm ayah saya cakap, langsuir la tu..saya jumpa rambut 2x dlm rumah. first time masa nk mandi tgk rambut pnjg kemain bergulung2 kat gelang kaki..amik, pegang, try putuskan, buang..2nd time jumpa dlm bakul baju baru basuh. amik, ukur, gulung2kan, buang, amik blk sbb husband nk tgk, simpan dlm kotak, test bakar, simpan blk..yg tu pnjang 1.5 mtr. Lps tu terus mnta ayah dtg tgk2kan rumah.
“….serta boleh mengganggu sistem bekalan elektrik dan elektronik dengan jayanya”
peh… yang ni memang kelakar seram
memang betol pon….huhuhuhuhu
Carlitorocker, apa beza polong dengan pelesit ?
kalau ada cerita, bagitahulah kat sini ?
Best
Pandai ‘dia’ manipulate nak bagi ko keliru kan
Nasib ko mampu fikir dengan waras
Hehehehe….
Teruskan yer share
Mmg terbail bro ceritang ang…
Cuma bg den part time mula2 baca rasa cam tengah baca lirik lagu siap nyayi gie… sebijik dan hampir nak sama dengar lirik lagu rusty blade langsuir liar.. nah pasti ada antara korang reprt baca balik kan.. nah lirik jom sama2 nyayikan…
Bulan tua di sebalik awan
Suasana sungguh mengerikan
Langsuir liar mencari mangsanya
Rupa wajah amat menggerunkan
Rambutnya terhurai
Mata kemerahan
Pabila menjelma kau kan diserang
Rambutnya terhurai
Mata kemerahan
Pabila menjelma kau kan diserang
Bila keseorangan
Berwaspada..
Ia menghampiri
Menakutkan..
Dan jika kau lemah
Jadi mangsanya..
Jangan takutkan dia
Jika beriman..
Patutlah tiap kali ralit melayan fiksyen shasha..mesti ada je gangguan..mcm ade sesuatu yg memerhati, yg menemani…tp sekejap la, dlm 2,3 hari then xde..huhu…bile ade gangguan, sy stop kejap lyn fs…then layan balik, ade pulakkk yg dtg ganggu huhuhuu..main buka tutup lampu la, main ketuk2 pintu rumah la..rupanya bila kita baca pun diorg tahu ye..sy teringin nk tulis pengalamn seram juga tp tak tertulis lg..duk mikir gitu lah..baru niat dah ade yg dtg ganggu..jd takde kekuatan lg nk menulis, tak kuat nk hadap takut ade yg meneman mse tgh taip. *aku sgt penakut*
Saya suka baca semua kisah dlm FS ni.. sy nk tau sgt betul ke duyung yang jelita tu betul2 wujud?
melebih2 pula ceta ko ni… mcm la terer sngt….
Nice
Deki taik ni
Bagus
Caya dngan x caya ni 50/50..kalau betul bagus kalau x betul tu hang dengan Allah..
cerita best..lawan pn ade hahahha tapi mmg seram aku dok terbayang y pocong dok hentuk2 kepale dy teu..
Jarang2 ad anak muda melayu mcm carlitoroker nih.. Gua salute lu bro..😎
weiii seram gilaa nk m**i.. gila kental hati kau.. baru ja aku terfollow kau. meh aku nk menjejak kasih smua cerita kau sni
membongak je la hidup ko ni
Ngotok ko beruk
Gaya yang baik, tidak meleret2 dan beri impak.
Wah…lme giler x bce citer carlitorocker nie…
Slh satu penulis yg the best,selain deefen,arwah kucing kelabu n cikedot
Kabus hitam = kepala angin saka/sihir
Baru ni adik saya meninggal.. Ada org nmpk kabut hitam disekeling.. Adakah itu maksud ada sihir