Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh & Salam Sejahtera kepada semua kawan-kawanku sekalian. Terima kasih diucapkan kepada admin Fiksyen Shasha kerana sanggup menyiarkan kisahku yang tidak seseram seperti penulis lain di sini. Aku tujukan khas cerita ini untuk semua pembaca tegar yang selalu dilanda persoalan misteri mengenai rutin kehidupan makhluk puaka ketika berkenduri-kendara mengganggu manusia.
PARANORMAL DEE FEN & RAKAN-RAKAN.
“Allahuakbar…Allahuakbar, kalau cheq guguq sekarang cheq guguq syahid. Bismillahirahmannirrahim.”
Petang itu, sebuah kumpulan pengkaji paranormal yang berasal dari Singapura telah bertolak ke Johor Bahru untuk menjalani penggambaran dokumentari mengenai kewujudan alam bunian di sana. Kumpulan KEROPOK yang dianggotai oleh Dee Fen, Shima, Suhana, dan Daeng itu adalah sebuah kumpulan yang bergiat aktif dalam mengkaji dan merungkai segala fenomena misteri yang seringkali berlaku di kalangan masyarakat setempat.
Tugasan pada kali ini cukup berbeza daripada tugasan sebelumnya kerana buat pertama kalinya mereka akan membongkar kisah di sebalik kewujudan alam bunian yang sering menjadi bualan masyarakat sebelum ini. Shima dan Dee Fen adalah pasangan suami isteri yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, Suhana pula adalah sepupu kepada Dee Fen, manakala Daeng adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang berasal dari Kedah dan baru sahaja menganggotai kumpulan tersebut sejak beberapa hari yang lepas.
Mereka tiba di lokasi yang ditetapkan itu ketika jam sudah menghampiri 7 malam. Bangunan buruk yang berusia ratusan tahun di Tanjung Puteri itu menjadi subjek kajian mereka untuk kali ini. Masing-masing mula memainkan peranan dengan memasang peralatan dan kelengkapan untuk penggambaran pada lewat malam itu. Sebaik selesai dengan tugasnya, Dee Fen telah keluar untuk bertemu dengan rakannya manakala Shima dan Suhana hanya berehat di dalam bangunan sambil berbual kosong sesama mereka. Daeng pula sedang bersendirian di luar bangunan itu sambil menyanyikan lagu-lagu nasyid daripada kumpulan nasyid kegemarannya.
“Beb, kau rasa betul ke ada orang bunian kat dalam ni?” Soal Suhana dengan penuh tanda tanya.
“Aku rasa orang bunian ni tak tinggal kat tempat-tempat macam ni. Maksud aku takkanlah bodoh sangat diorang tinggal kat sini.” Bidasnya lagi.
Shima diam membisu sambil mematahkan ranting-ranting pokok yang sudah m**i tanpa menjawab persoalan yang dikemukakan itu. Dia termenung jauh tanpa sebarang bicara.
“Shima. Aku tanya ni. Kau ni senyap je kenapa? Kita datang sini nak shoot sambil enjoy. Bukan nak bersedih beb…”
“Oittt…Cik puteri cantik, awak dengar tak ni?” Soalnya lagi sambil menepuk kepala Shima berulang kali.
“Woi kau ni kurang ajar betul. Berani tepuk kepala aku? Ingat aku tak bayar zakat ke?” Tangan Suhana ditepis dengan kasar tatkala dia melontarkan katanya yang penuh maksud mendalam.
“Aku gurau je beb.”
“Tu bukan gurau. Tu cari pasal namanya!”
“Dah tu aku tanya kau tak jawab tadi, so aku guraulah macam tu…” Jelas Suhana lagi.
Ketika mereka berdua rancak bersembang, Shima ternampak susuk tubuh seorang manusia sedang memerhatikan mereka di pintu hadapan bangunan itu.
“Su…cuba kau tengok kat pintu tu…Macam ada orang berjalan ke sini…”
“Syyy…Diam beb…” Dalam kesamaran malam, dia memerhatikan dengan terperinci susuk kelibat yang sedang berdiri di pintu besar bangunan itu.
Kelibat tersebut berjalan mendekati mereka.
Tap tap tap tap. -Bunyi tapak kaki sedang berjalan-
Tap tap tap. -Bunyi derapan tapak kaki tersebut semakin perlahan-
“Shima, orang tu dah hilang!” Lagak gaya Suhana saling tak tumpah seperti agen penyiasat James Bond ketika mengendap-ngendap mencari kelibat itu.
“Wehhh!!!”
“Su!, hang watpa duk kona baring situ? Cheq kat belakang ampa ni…” Sergah Daeng ketika sedang memeriksa kamera yang terletak di belakang mereka itu.
“Ui mak kau kona baring. Mak aku kona leper masuk jamban…” Shima terkejut lalu melatah secara spontan.
“Cis! kepala bana betul kau ni. Buat suspen je…Datang tak bagi salam!” Bentak Shima.
“Sorry kak…Cheq masuk ka sini nak tengok kamera dah setup ka belum…” Terangnya bersahaja.
“Abang Dee Fen tak cakap apa-apa ke kat kau sebelum dia keluar tadi?” Soal Shima.
“Takdak pulak. Awat kak?”
“Takde apa…”
“Su…Alang-alang si Daeng ada kat sini why not kau dengan dia bermesra dulu, menjalinkan silaturahim…”
“Eiii, kau ni pehal beb?” Dalam nada serius dia bersoal balas.
“Takdelah aku tengok korang ni macam forever alone je, so kau tak nak try ke Su?”
“Eiii…sorrylah…not my taste beb…” Terang Suhana dalam penuh ego.
“Daeng…dia cakap kau bukan taste dia pulak…”
“Err err sebenaqnya cheq belum bersedia lagi nak bercouple…Errr…” Jawab Daeng dalam penuh sopan santun dan sedikit gagap.
HAHAHAHHAHA HAHAHAHA. Shima dan Suhana ketawa mendengar jawapan darinya.
“Tak bersedia, ke kau ni…itulah…”
“Itu apa?” Soal Shima.
“Kunyit Raver. Hahaha.”
“Bodohlah kau ni Su. Kesian Daeng”
“Err…Kak Shima, Kunyit Raver tu apa?” Soalnya penuh kemusykilan.
“Jangan dilayan si Suhana ni Daeng…”
“Kak Shima, KUNYIT RAVER tu pebenda sebenaqnya? Cheq nak tahu!” Daeng tiba-tiba sahaja menghentak-hentakkan kakinya dan terus bertanya tentang istilah tersebut.
“Kak Shima, Su!”
“Kunyit Raver ni GAY…” Serentak Shima dan Suhana menjawab soalan panas tesebut.
“Sampai hati ampa semua tuduh cheq lagu tu! Cheq bukan gay! Sumpah, cheq belum ready lagi…” Jawabnya dalam nada sedih sambil menyeka air matanya yang sedang berlinangan itu.
“Adoii…Kau ni Su…Aku nak kau mintak maaf kat Daeng sekarang jugak!!!”
“Takpalah kak Shima. Cheq dah selalu diejek dan dibodohkan oleh depa yang takdak hati perut.” Bicaranya dalam penuh syahdu dan tersedu-sedan menahan sebak di dada.
“Daeng, kak Shima mintak maaf. Salah akak. Maafkan akak ye…”
“Woi Su…aku cakap dengan kau ni! Cepat mintak maaf kat Daeng!” Jeritnya pada Suhana.
“Daeng…Aku pun nak mintak maaf. Aku memang jenis camni. Bergurau kasar. Tolong maafkan aku.”
“Baiklah, cheq maafkan ampa berdua.”
“Cheq nak amik angin kat luar sat. Kalau ada apa-apa roger cheq na.”
“Ok Daeng.” Jawab Shima bersahaja.
Daeng beredar dari situ dan keluar untuk mengambil angin malam di luar bangunan itu.
“Hmm. Nampak macam gengster tapi dalam hati ada taman jugak si Daeng ni.” Ujar Shima.
“Ni kau punya pasal, kalau kau tak buat lawak forever alone tu aku rasa benda ni takkan jadi macam ni beb…”
“Sorrylah Su…Aku nak ceriakan suasana je. Tapi budak Daeng tu aku tengok baik je. Nak kata nerd bukan nerd…strict pun bukan. Dia ni innocent boylah.”
“Huh? Innocentlah sangat…”
Daeng terus merayau-rayau seperti tiada hala tuju sambil menyanyikan lagu Ainul Mardhiah (InTeam). Dia berangan seperti sedang menyanyikan lagu tersebut di sebuah konsert berskala besar. Gayanya saling tak tumpah seperti artis nasyid yang sedang membuat persembahan di atas pentas.
“Daeng, Daeng.”
“Daeng!”
Tersentak Daeng ketika itu apabila terdengar seseorang sedang menjerit memanggil namanya. Dia cam akan suara tersebut lalu dia menyuluh lampu picitnya di sekitar kawasan tersebut untuk mencari dari mana datangnya suara itu.
“Daeng. Kat sini.” Suara itu muncul lagi.
“Daeng, Daeng, Daeng.”
Dia ternampak seorang manusia sedang memeluk pokok ara di belakang bangunan itu bersendirian. Dia menghampiri manusia itu lalu melihatnya dengan teliti dan dia begitu yakin bahawa manusia itu adalah Dee Fen. Bau haruman bunga kemboja yang tajam tiba-tiba sahaja menusuk hidungnya ketika itu.
“Abang Dee Fen wat apa kat sini? Duk dalam gelap peluk pokok pulak tu?”
“Tadi cheq dengaq suara abang dok manggil-manggil kami dari tadi.”
“Abang Dee Fen?”
“Fuh, penat seyh.” Dee Fen menggeliatkan badannya dan menuju ke arah Daeng.
“Daeng, kau buat apa tu?
“Saya tengah duk perati abang Dee Fenlah. Pergh bau perfume apa ni? Kuat menyengat hidung cheq ni.”
“Owh, nilah bau perfume bunga kemboja bro. Wangi tak?”
“Wangi apa? Sakit hidung cheq. Awat peluk pokok tu tadi?”
“Aku peluk sebab bersenam tadi. Bersenam batin.”
“Senaman batin jenih apa lagu tu? Dahlah tu, depa semua duk tunggu kita kat dalam sana. Awai pulak abang Dee Fen balik? Tadi habaq ada discussion?”
“Owh, kawan aku cancel meeting tadi, last minute cancel. Tak jadi sebab dia ada hal. Jomlah kita ke dalam Daeng.”
Daeng berasa tidak sedap hati apabila mendengar penjelasan daripada Dee Fen tetapi dibiarkan sahaja perasaan itu berlalu dengan sendirinya. Dia hanya ingin menyudahkan tugasnya pada malam ini.
“OK semua, datang kat sini sekarang.” Dee Fen mula memberi arahan.
“Suhana, kau pergi ke bilik orang b***h diri kat tingkat tiga dan start recording kat situ. Kemudian kau cover recording untuk seluruh area tingkat tiga, dua, dan satu.”
“Bangang, lahanat betol, ingat aku robot ke nak cover semua level.” Getus Suhana dalam diam.
“Kau OK tak Suhana?” Soal Dee Fen.
“Ermm. Saya OK je bang.” Suhana rela dalam terpaksa. Dalam masa yang sama dia terus memaki-maki Dee Fen di dalam hatinya.
“Sayang pulak cover ground floor dan monitor progress diorang.”
“Ok baby…” Shima.
“Ok, semua bergerak sekarang.” Arahnya lagi.
“Abang Dee Fen…Abis tu cheq nak wat apa? Nak ikut sapa?”
“Daeng…Erm…Ok Daeng, kau pergi kat tingkat atas sekali dan duduk kat situ sambil buat apa-apa yang patut.”
“FAHAM SEMUA?”
“Erkkkkk…Abang Dee Fen, awat cheq kena duk sorang-sorang kat hujung ataih sana? Bukan ada apa pun? Kamera pun takdak kat situ…”
“Kau ikut saja arahan tu.”
“Dah tu cheq nak buat apa kat situ? Duk lepaq saja ka?”
“Alah banyak soal betul kau ni. Kau buatlah apa-apa yang kau rasa kau nak buat!” Tegas Dee Fen sambil memegang bahu Daeng.
“Sayang pun tak faham kenapa Daeng kena duduk kat level atas sekali? Macam dia goyang kaki je baby?” Soal Shima.
“Korang dah dengar arahan aku tadi. Jangan banyak soal. Sekarang semua bergerak!” Dee Fen seakan-akan mengelak daripada menerima soalan dan tergesa-gesa untuk memulakan penggambaran itu.
“Argh…Satu lagi, sila tinggalkan smartphone dan gadget korang di sini supaya proses rakaman berjalan dengan lancar nanti.” Arahnya lagi.
“Habih tu kalau jadi apa-apa emergency nak wat lagu mana?” Soal Daeng.
“Korang semua dah ada walkie talkie. Gunakannya untuk communicate sesama kita. Faham semua?”
“Tapi abang Dee Fen…” Suhana seakan protes dengan arahan tersebut.
“Takde tapi-tapi. This is my order! Korang faham ke tak faham ni? Phone korang letak kat dalam kotak ni sekarang jugak!”
Mereka semua meletakkan telefon dan gajet di dalam kotak yang disediakan oleh Dee Fen itu.
“Ok sekarang semua bergerak ke lokasi masing-masing.”
Masing-masing mula bergerak ke lokasi yang telah diarahkan itu pada tepat jam 9 malam. Perancangan asal untuk penggambaran adalah pada tengah malam tetapi telah disegerakan oleh Dee Fen atas alasan kesuntukan masa. Daeng hanya sehelai sepinggang menuju ke tingkat atas bangunan itu tanpa diketahui motif sebenar tugasnya. Suhana diberikan tugas yang cukup berat dimana dia perlu membuat rakaman di hampir keseluruhan bangunan itu seorang diri. Shima pula ditugaskan untuk berkawal di aras bawah bangunan itu. Manakala Dee Fen hanya menemani isteri kesayanggannya itu.
“Baby, you pakai minyak Attar ke apa ni? Bau macam bunga kemboja je?” Soal Shima sambil mencium-cium baju suaminya itu.
“Hahaha. Wangi tak?”
“Bolehlah…Tapi bau feminin sangat. I tak pernah pun bau perfume ni sebelum ni, you baru beli erk?”
“Takdelah, I dah lama beli, you je yang tak tahu. Ni perfume bunga Kemboja.”
“Hmm ok…But next time you jangan guna lagi perfume ni baby. I tak suka. Bau macam pelacur tua. Ok?”
“Pelacur tua? Haha, Ok sayang.”
Suhana terus memaki hamun dan menyumpah Dee Fen ketika dia menuju ke bilik tersebut. Bilik yang terletak di tingkat tiga bangunan itu sangat kotor, dipenuhi dengan kain-kain buruk, dan berbau seperti bangkai.
“Keropok Crew, Su’s reporting…Aku dah ada kat dalam bilik yang korang cakap tempat orang suicide tu. Boring nak mampus. Sekor jembalang pun takde kat sini.” Dia melaporkan terus perkembangannya kepada semua krew melalui walkie talkienya.
“Ok. ROGER.” Daeng.
“ROGER.” Dee Fen.
“Kau jangan cakap besar Su…ROGER.” Shima.
“Wahai orang bunian, muncullah kau sekarang di depanku. Tunjukkan tanda kehadiranmu sekarang.”
“Bosanlah. Korang ni ada ke tak ada sebenarnya? Don’t waste my time ok!” Rungutnya dalam kebosanan ketika merakam video di dalam bilik tersebut.
BERDEGANG
Bunyi dentuman seperti pintu dihempas dengan kuat jelas kedengaran dari luar bilik itu. Dia terus keluar dan merakam setiap bilik yang berada di situ.
“Wahai orang bunian, kalau betul korang ada kat sini sila munculkan diri korang sekarang. Aku nak tengok. Apa barang main tutup pintu tadi? Tunjuklah muka korang kalau berani! Aku cabar ni!” Suhana begitu berani dan mencabar kewujudan orang bunian dan makhluk halus yang berada di siti.
“Keropok Crew, aku dah buat inspection and full coverage kat bilik b***h diri and seluruh level 3 ni. Ada bunyi dentuman pintu je tadi. Aku nak move on ke level 2 pulak. Roger.”
Tiada sesiapa yang memberi respon kepadanya.
“Geng-geng Keropok, cheq ada problem besaq ni. Cheq tak jumpa tangga nak turun balik ni. Suasana kat sini piao seram bak hang. La ni bateri torchlight cheq dah total drain. Mintak tolong sapa-sapa pakat mai datang selamatkan cheq la ni jugak.” ROGER ROGER.
“Kau lepak je kat situ dulu bro. Baca ayat Qursi banyak-banyak. ROGER.” Shima sepantas kilat memberi respon kepada Daeng.
“Sumpah cheq tak tahan…Ada benda sebelah cheq ni, tapi cheq tak nampak, bunyi kroh kroh…Allahuakbar… Suhana…hang mai sini sat…Abang Dee Fen, kak Shima mai sini la ni jugak, cheq nak turun. Tolong cheq…Allah…”
“Baby, kesian kat Daeng tu. Jomlah kita naik atas kejap. Kalau jadi apa-apa kat dia nanti kita jugak yang susah.” Rayu Shima kepada suaminya itu.
“Hahahahaha…Hahahaha”
“Gelak pulak dia ni. Baby! Jomlah…”
“Biarkan sahaja dia di situ, anggaplah ianya sebuah pengalaman terindah baginya. Hahahahaha. Hahahaha.” Jawabnya sambil tertawa kegembiraan.
“Ya Allah cheq seram ni. Ampa semua takdak hati perut langsung. Duk pikiaq diri ampa saja. Cheq dah nak m**i pun ampa tak kisah langsung.”
“Daeng, kau tunggu kat situ, aku on the way. ROGER.” Suhana.
“Cepat sikit Su, geli geleman dah cheq ni. Ada banyak benda kat sini, bukan sekoq ja…banyak…kat sebelah duk bunyi kroh kroh manjang, kat belakang bunyi cikaro menangis…cepat sikit naaaa!” Rayunya dalam tangisan.
“Aku on the way ni. Kau rilek and maintain je bro!”
“Kau kat mana? Aku dah sampai ni.” Keropok crew, Su’s at the top floor…Kau kat mana Daeng? Roger.”
Disuluhnya ke seluruh kawasan di tingkat atas itu tetapi kelibat Daeng langsung tidak kelihatan. Apa yang kelihatan hanyalah beberapa ekor tikus yang sedang berkeliaran mencari makanan.
“ROGER ROGER ROGER. Hang kat mana Su? Allahuakbar, parah dah cheq lagu ni. Ada benda angkat cheq ni…Cheq terapung-terapung dah ni. Hang kat mana? Awat lama sangat?” Daeng terus bersoal dan mengharapkan bantuan daripada Suhana.
“Daeng. Kau kat mana sebenarnya ni? Aku kat tingkat atas ni. Kosong je. Kau nak mainkan aku erk?”
“Cheq kat tingkat ataslah, hang kat mana? Kat sini gelap gelita. Cuba hang suluh lampu, cheq nak tengok.”
“Mamat ni entah betul entah tidak. Takkan aku tersilap level? Tak mungkin.”
“Daeng, kau naik sampai tingkat berapa tadi?”
“Cheq naik sampai kat atas sekalilah. Tingkat lapan.”
“Tingkat lapan? Wei, bangunan ni ada enam tingkat saja Daeng. Mana datang lagi dua tingkat?” Shima tiba-tiba memberi respon kepadanya akibat terkejut dengan jawapan yang diterima itu.
“Sumpah kak. Cheq kat tingkat lapan.”
“Chop…Apa pulak ni Shima? Aku sekarang kat tingkat sembilan, maknanya dia ada kat bawah akulah sekarang ni. Daeng, kau tunggu kejap, aku turun.”
“Cepatlah Su…hang jangan torcer cheq lagu ni.”
“Wei, bangunan ni ada enam tingkat je. Mana ada sampai tingkat sembilan. Korang ni jangan main-main boleh tak? Kang kalau jadi apa-apa naya kita semua nanti.” Tegas Shima lagi.
Menurut sejarah lampau, bangunan tersebut pernah digunakan oleh pegawai-pegawai British sebagai pejabat pengurusan pentadbiran mereka. Banyak tragedi berdarah yang pernah berlaku di situ. Antaranya peristiwa pembunuhan beramai-ramai rakyat Indonesia dan China di situ. Mereka semua telah ditembak m**i ketika disoal siasat oleh pegawai-pegawai British pada masa dahulu kerana disyaki berkomplot dengan beberapa orang pegawai tinggi dari Istana untuk menjatuhkan penasihat British ke Johor ketika itu iaitu Douglas Campbell. Ada juga kes b***h diri yang melibatkan pasangan berbangsa India kerana tidak mampu membayar hutang ceti haram beberapa tahun dahulu. Kesemua kejadian tragis itu berlaku di dalam bangunan tersebut.
Apa yang menjadi misteri adalah Daeng sedang berada di tingkat lapan manakala Suhana pula di tingkat sembilan. Dee Fen pula seolah-olah melepaskan tangannya dan tidak menghiraukan masalah yang sedang menimpa Daeng dan Suhana. Tiada langsung nilai tanggungjawab pada dirinya itu. Suhana dengan gigihnya mencari Daeng tetapi dia masih belum bertemu dengannya.
“Wei Daeng, aku kat floor lapan dah ni. Kau kat mana?”
Disuluhnya lagi di seluruh kawasan tersebut tetapi hampa kerana kelibat Daeng masih lagi tidak kelihatan di situ.
“Ok, fine. Kau keluar sendirilah bro. Aku dah penat ni. Bateri kamera and torchlight aku pun dah nak out ni. Tinggal beberapa bar saja lagi. Jangan main-main ok?”
“Kalau hang ada kat tingkat lapan mesti ada tulis nombor lapan besaq-besaq kat dinding sebelah tangga. Kalau hang suluh lampu confirm hang akan nampak banyak benda tu sebab depa semua duk kerumun sekeliling cheq dari tadi. Ada macam-macam bunyi. Bunyi mengilai, menangis, menjerit, kroh-kroh…Cheq dah nak gila ni!” Terangnya dalam panjang lebar dalam nada ketakutan.
Suhana menyuluhkan lampu picitnya ke arah dinding di situ dan dia ternampak nombor angka 8 di situ. Dia kini berada di aras yang sama dengan Daeng.
“DAENG, OH DAENG!, KAU KAT MANA? Aku dah kat level lapan sekarang ni!” Jeritnya sekuat hati di situ. Malangnya tiada sebarang sahutan yang diterima. Disuluhnya lagi di seluruh kawasan tersebut tetapi Daeng memang tiada di situ. Setiap bilik dijelajahi dan dirakam sebagai bahan kajian dan rujukannya.
“Nasib kaulah Daeng. Aku dah malas nak amik port. Aku dah letih gila b**i ni.” Keluhnya sendiri sambil meneruskan rakaman tersebut.
“Daeng, akak nak naik ni, kau stay kat situ Ok?”
Tiada sebarang respon yang diterima.
“Daeng? Tolong jawab boleh tak? Kau pulak kat mana Su?” Soalnya lagi.
Suhana juga tidak memberi sebarang respon daripada pertanyaan itu.
“Baby. We must do something. Daeng tak respon, Suhana pun sama…” Ujar Shima dalam kebimbangan.
“Alah sekejap lagi diaorang turunlah. Sayang tahu tak diorang sendiri yang cari penyakit…”
“Cari penyakit?” Shima terkejut dengan jawapan ringkas daripada Dee Fen.
“Baby…You cakap apa ni? Sayang tak faham ni…Dia cari penyakit?”
“Yelah…lain kali fikir dulu sebelum bertindak…”
“DIAORANG TU JENIS LEMBU KENA CUCUK HIDUNG!”
“OMG!!! What the hell are you talking about? How could you…”
“Daeng dan Suhana tu krew kita, you tak kesian ke kat diorang? Jom kita naik selamatkan diorang…Baby?”
“Kalau awak nak naik awak naiklah. Saya nak tunggu kat sini. Kejap lagi kawan-kawan saya nak datang…” Tegasnya lagi.
“You tak cakap pun pasal kawan-kawan you tu. Takde pun dalam plan kita pasal kawan-kawan you. Tiba-tiba je…” Rungutnya lagi.
“Siapa kawan-kawan you?”
“Siapa? I tanya ni!”
“Dee Fen! I ask you! You tunggu siapa?”
“Hey!” Shima seperti m**i akal dan terus mendesak suaminya untuk menjelaskan perkara yang sebenar-benarnya tentang kawan-kawan suaminya itu.
“Baby!” Jeritnya sambil menumbuk-numbuk bahunya.
“Diorang tu kawan-kawan lama I. Diorang duk kat area-area sini jugak. Kalau you nak naik ke atas silakan my princess, I tak larang and I tak marah. PUAS HATI?” Jawabnya dengan selamba tanpa sebarang perasaan bersalah. Direnung wajah isterinya sambil mencubit pipinya itu. Shima menepis tangannya berulang kali.
“Fine! I naik sekarang. Goodbye!” Air mata Shima berguguran apabila memikirkan perangai suaminya yang tiba-tiba sahaja berubah. Tanpa membuang masa dia terus menggagahi dirinya untuk mendaki setiap anak tangga yang berada di bangunan itu. Dia nekad untuk menyelamatkan Daeng dan Suhana yang sedang ditimpa dengan masalah itu. Apabila dia tiba di tingkat enam, lampu dan kipas di seluruh aras tersebut hidup dengan sendirinya. Setahunya bekalan elektrik sudah lama tiada di bangunan itu dan dia mula merasakan sesuatu yang aneh sedang berlaku di situ.
Dia berjalan dan terus berjalan. Kelihatan begitu banyak bilik di situ. Berulang kali dia memekik memanggil nama Suhana dan Daeng tetapi hampa kerana panggilan itu langsung tidak berbalas. Satu persatu bilik dijelajahinya dan keadaan di setiap bilik adalah sama sahaja, kosong dan sunyi. Tiada sesiapa pun yang berada di situ. Dia tiba di bilik terakhir yang terletak di hujung aras tersebut. Di muka pintu tersebut tergantung potret seorang lelaki memakai songkok senget dan di bawahnya tertera tulisan jawi yang membentuk nama ‘Yang Mulia Engku Qadir Bin Engku Sulaiman’. Berkali-kali dia mengetuk pintu itu tetapi tiada sesiapa yang tampil keluar dari bilik itu. Dengan cermatnya dia memulas tombol pintu itu lalu melangkah masuk ke dalamnya dengan penuh curiga. Hembusan angin mengena tepat pada wajahnya. Aneh kerana bilik tersebut tidak bertingkap. Perasaan ingin tahu menyebabkannya mencari-cari dari mana datangnya hembusan angin itu. Tanpa disedarinya pintu itu telah tertutup dengan sendirinya disusuli pula dengan lampu yang tiba-tiba sahaja terpadam. Bulu romanya meremang, jantung berdegup kencang, dan sepatah kalimah suci pun tidak mampu dilafazkan olehnya. Dicarinya lampu picitnya tetapi lampu itu tiada di sisinya. Mungkin ia tercicir di salah sebuah bilik yang telah dikunjungi olehnya tadi. Lalu dia mencapai iPhonenya untuk digunakan sebagai sumber cahaya untuk menerangi kegelapan di dalam bilik itu.
Sejurus kod kunci iPhonenya dinyahaktifkan, terlihat oleh dia banyak notifikasi misscall dan notifikasi di whatsapp daripada suaminya yang belum dibaca lagi. Darahnya semakin berderau dan jantungnya seakan terhenti apabila satu persatu mesej daripada suaminya dibaca dengan teliti.
1 April 2017
Sayang dengan diorang tunggu dulu boleh tak? I mungkin lewat sikit sampai, dalam jam 10 something, tengah meeting pasal our latest project. {8:50 PM}
Sayang, baby call kenapa tak angkat? Korang semua kat mana? {9:20 PM}
Angkatlah! Urgent ni! :O {9:22 PM}
Aduiiii…Korang ni!!! 🙁 {9:22 PM}
I call Daeng tak dapat, Suhana pun sama jugak. You cakap kat diorang camni, campak phone tu dalam tong sampah kalau tak reti nak jawab call & reply mesej! Panas betol rasa! {09:40 PM}
Zzzzzz…. {09:43 PM}
Sayang, kalau you merajuk pun biarlah logik sikit, angin takde ribut takde you senyap je…Call tak angkat, mesej tak reply, & whatsapp tak read langsung…Kenapa ni? {09:50 PM}
I ada tapaw makanan tadi. I letak kat dalam kereta. Nanti korang makanlah coz I dah makan tadi. Now OTW jalan kaki ke masjid nak tidur kat sana. Kat sini banyak nyamuk & quite spooky. Bye…Love you SAYANG. {10:30 PM}
Zzzzzzzz….zzzzzzz…. {11:01PM}
Aik…Facetime pun reject? {11:03PM}
Apa-apahal call me back coz I dah ada kat masjid ni…Ada ceramah Ustaz Don pulak tu…Kirim salam kat Suhana & Daeng. Nanti you inform kat diorang yang shooting malam ni postpone ke malam esok. {11:10 PM}
Gerangan makhluk apakah yang telah menyamar menjadi suaminya semenjak dari awal lagi? Makhluk apakah yang telah bersama dengannya ketika dia berada di bawah tadi? Makhluk apakah yang telah memberi arahan kepada mereka semua untuk melakukan penggambaran itu? Dalam ketika itu pintu itu diketuk bertalu-talu dari luar dan kedengaran namanya dipanggil acap kali oleh makhluk yang menyamar menjadi suaminya itu. Dia ketakutan, buntu, dan mahu sahaja dia menjerit sekuat hati untuk meminta pertolongan tetapi apakan daya kerana dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Dia cuba untuk menghubungi suaminya namun malangnya tiada sebarang signal yang tertangkap oleh iPhonenya itu.
“Sayang…sayang…”
“Baby kat luar ni, keluarlah…Takkan merajuk kot?”
“Sayang…please…”
“I tahu you ada kat dalam sayang…Takkanlah you merajuk pasal tadi?”
Shima semakin takut dan untuk menyelamatkan dirinya dia memberanikan diri dan berpura-pura seperti makhluk itu adalah suaminya yang sebenar. Pintu itu dibuka dan dia keluar dari bilik itu dengan seribu macam perasaan yang melanda. Suasana di situ kini gelap tidak seperti sebelumnya di mana lampu terang menerangi seluruh aras itu.
“Hah…that’s my girl.” Makhluk jelmaan Dee Fen menyuluh mukanya dengan lampu picit.
“Baby…kawan-kawan baby dah sampai ke?” Dengan tenang dia bertanyakan soalan tersebut.
“Diorang semua dah ada kat bawah tu. Jom sayang, I nak kenalkan you kat diorang.”
“Habis tu Daeng dan Suhana apa citer? I cari diorang kat sini tapi diorang takde pun?”
“Owh…Tadi masa baby on the way ke sini baby berselisih dengan diorang. Diorang selamat je. Dahlah tu. Jom sayang…”
“Jap I nak call Daeng nak suruh dia amik makanan kat dalam kereta.”
“Makanan?” Soal makhluk itu lagi.
“Yerlah, kan you ada beli dinner tadi…”
“Owh, ya tak ya jugak…Terlupa pulak.”
“Ish kenapa dia tak angkat phone ni?” Rungut Shima sambil memerhatikan setiap inci tubuh jembalang tersebut.
“Biarkanlah dia sayang. Mungkin dia busy sebab tadi baby dah suruh dia dan Suhana pergi locate tempat lain untuk outdoor shoot nanti.”
Shima memerhatikan dengan terperinci setiap inci tubuh dan wajah makhluk jelmaan suaminya itu. Terdapat kelainan yang ketara pada telinga dan jarinya. Telinganya agak runcing dan tidak bulat seperti suaminya. Jari-jemarinya juga agak panjang dan jauh berbeza daripada saiz jari suaminya itu. Berdasarkan daripada pengalamannya, dia percaya bahawa makhluk tersebut adalah seekor langsuir dan pasti ada sesuatu yang telah menyebabkan langsuir itu menimbulkan masalah pada mereka semua. Bauan bunga kemboja yang kuat meyakinkan lagi bahawa ianya adalah seekor langsuir.
“ROGER ROGER, aku dah jumpa budak sengal ni. Apa-apa hal jumpa kat bawah. Kitaorang on the way.”
“Kak Shima, abang Dee Fen, nasib baik ada Su kalau tak mampuihlah cheq kat situ tadi. La ni kami selamat dan kami nak turun sekarang.”
Suhana dan Daeng melaporkan terus keadaan terkini mereka kepada Shima dan Dee Fen. Walkie talkie mereka berbunyi dengan jelas ketika menerima laporan tersebut. Langkah langsuir jelmaan Dee Fen itu terhenti dan terus bertoleh memandang Shima dalam renungan yang penuh tajam. Dia merapatinya dan mendakapnya dengan penuh erat. Dibelai-belai rambut dan wajahnya. Shima ketakutan, jantung berdegup kencang, dan dia terdiam akibat ketakutan.
“Sayang…Sebenarnya baby nak sedapkan hati sayang je tadi. Baby tak nak sayang risau sebab tu baby tipu sayang…”
“Maafkan baby…”
Shima diam membisu. Membisu dalam ketakutan dan berserabut memikirkan masalah yang sedang menimpanya.
“Sebenarnya I buat party surprise untuk you kat bawah. Ala-ala Halloween party gitu. Jom kita turun.”
Shima seakan-akan dipukau dan terus mengikuti langkah langsuir itu. Setibanya di aras bawah, dia terkejut apabila melihat pelbagai rupa bentuk hantu puaka sedang berpesta di situ. Jumlah mereka dianggarkan berpuluh-puluh ekor di situ. Seluruh kawasan itu terang berderang disinari oleh cahaya dari api yang dibakar di sekeliling kawasan itu. Kedengaran lagu-lagu joget melayu lama rancak dimainkan oleh kugiran hantu puaka di situ. Anehnya sistem bunyi di situ adalah berdefinisi tinggi seolah-olah seperti sistem bunyi di sebuah konsert artis ternama antarabangsa.
“Kawan-kawan. Nilah isteri aku yang aku ceritakan tu. Ho ho ho…” Terangnya kepada semua tetamu puaka tersebut.
Kesemua hantu puaka itu bersorak gembira dan ada yang bertepuk tangan dan ada juga yang bertepuk kaki apabila langsuir itu memperkenalkan Shima kepada mereka semua.
“Baby, kenapa diorang semua ni lain macam je I tengok?”
“Lain macam mana tu sayang?”
“Semuanya macam hantu. Tengok yang berbungkus tu, terkinja-kinja macam beruk. Ha yang hijau kecik tu macam toyol.”
“Inikan party Haloween, baju semua mestilah ikut tema parti. Yang kecik-kecik tu anak diorang, apa yang nak dihairankan?” Jawabnya dengan yakin.
“Kitakan ada agama! Parti-parti macam ni dilarang dan salah dalam Islam. You tak takut dosa ke?” Soal Shima dengan serius.
“Ala. Takpe. Sekali ni je. Dah settle nanti kita bertaubat balik, bukan susah pun…” Jawab langsuir itu dalam tawanya.
“Itu apa yang tengah terbang tu?”
“Owh itu drone yang disangkutkan baju.”
Penipuan langsuir itu semakin menjadi-jadi dan jawapannya sangat tidak masuk akal. Mahu sahaja Shima membuka langkah seribu namun dia tahu bahawa dia tidak dapat lari kerana jumlah hantu puaka itu ramai dan dia pula berseorangan.
Seorang nenek tua yang berbongkok menghampiri mereka dan memandang Shima dengan penuh ceria sambil mencium pipinya. Shima membiarkan sahaja perbuatan nenek tua tersebut. Pada pengamatannya, nenek tua tersebut mungkin adalah seorang nenek kebayan.
“Lawo betina kome Nok Lang…” Jelas nenek kebayan itu dalam loghat pekat Perak pada langsuir itu.
“Siapa Nok Lang?” Pantas Shima bersoal.
“Nok Lang jantan kome ni lah…” Jawab nenek kebayan itu lagi.
“Sejak bila nama you jadi Nok Lang ni baby? Nok Lang ke langsuir?…Suami I langsuir ke?” Dengan teliti dia memandang langsuir itu sambil bertanyakan soalan maut itu.
“Nok Lang tu nama I masa zaman universiti dulu, diorang suka panggil I Nok Lang.”
“Betul ke ni? Kenapa I tak tahu pun pasal tu? I kan isteri you. Dah bertahun kahwin baru malam ni I tahu pasal benda ni? Pelik yang amat ni.”
“Ala tak penting pun sayang. Nok Lang or Dee Fen sama jugak. Yang penting I sayang you ketat-ketat.”
“Nek nok sambung joget balik dengan deme semua. Kome pun marilah joget sama.”
Nenek kebayan itu terbongkok-bongkok meninggalkan mereka berdua di situ. Jumlah hantu puaka semakin bertambah dan hampir memenuhi ruangan seluruh aras tersebut. Ini adalah kali pertama di dalam hidup Shima apabila dia dapat menyaksikan pelbagai jenis bentuk makhluk puaka berkumpul beramai-ramai di dalam sebuah pesta puaka. Dia ingin menggunakan peluang tersebut untuk merakam segala aktiviti yang sedang berlaku di situ. Hasil daripada rakaman itu akan digunakan olehnya untuk rancangan paranormal terbitan syarikatnya.
“Baby, I nak record event ni sekejap. You join diorang dulu.”
“Ala sayang…Tak payahlah shoot, it’s just a common party…”
“Kalau baby tak bagi sayang shoot, sayang nak balik sekarang!”
“Please sayang…”
“No. I nak balik sekarang jugak.”
“Ok ok. You shoot jelah. I tak nak campur…”
“Thank you Mr. Nok Lang aka Dee Fen.”
Dalam keadaan cacamarba disulami perasaan takut dan gementar itu, Shima masih mampu untuk mengawal emosinya dan melaksanakan tugas hakikinya sebagai seorang pengkaji paranormal itu. Dia mengambil posisinya dan merakam aktiviti pesta keramaian puaka itu tanpa sebarang gangguan. Dalam masa yang sama dia menghubungi Suhana dan Daeng untuk memaklumkan tentang kejadian yang sedang berlaku di situ. Langsuir jelmaan Dee Fen itu tiba-tiba datang menyergah dan merampas walkie talkienya.
“Apa ni? Ini Halloween partylah. Let’s have a fun, you dah boleh stop recording dah.”
“Baby…give me back my walkie talkie!”
“Kenapa? You nak contact diorang ke?”
“Bukan, kalau I tengah record tiba-tiba ada hantu puaka ke yang datang I boleh contact you baby…”
“Takpe sayang…I dah ada kat sini. Tak payah guna walkie talkie lagi. Takde hantu puaka kat sini.”
Langsuir jelmaan Dee Fen itu seakan-akan tahu perancangan Shima untuk memohon bantuan daripada Suhana dan Daeng. Untuk meyakinkan langsuir itu, dia turut serta berjoget dan berpesta bersama dengan mereka semua.
“Damn…Itu penanggal tu!” Jerit Shima tatkala terlihat beberapa biji kepala penanggal sedang terbang melingkari kepala mereka.
“Itu bukan penanggal. Itu disco ball terbang, custom made, bentuk macam kepala manusia. Nevermind, just enjoy the party sayang…”
Kedengaran lagu joget lambak sedang dimainkan dan seraya itu hantu-hantu puaka semakin ligat berjoget dan menari sesama mereka. Shima pula sedang menari dengan seekor hantu pocong. Pocong itu terlompat-lompat dan menari dengan penuh ghairah bersama dengannya. Shima menutup kepala pocong itu dengan plastik hitam untuk mengurangkan keseraman dan kengerian daripada wajah buruk pocong itu.
Daeng dan Suhana telah tiba di situ. Mereka menyaksikan makhluk puaka dalam jumlah yang agak besar sedang mengerumuni Shima. Suhana mengeluarkan sebilah Keris berlok 9 daripada beg sandangnya lalu dibacakan dengan doa Nabi Yunus, ayat 1,000 Dinar, ayat Qursi, dan beberapa p****g ayat dari surah Al Jin lalu dihembuskan nafasnya ke atas keris itu. Sejurus itu dia terus berlari menuju ke kawasan yang dikerumuni oleh makhluk-makhluk tersebut sambil menikam mereka satu-persatu dengan keris itu. Daeng hanya memerhatikan kejadian itu sambil menyorok di celah tangga bangunan itu. Dia tidak berani dan begitu takut ketika itu.
“Hoi syaitan! Aku datang untuk menghapuskan kamu semua.”
“Kamu buat apa ni Su? Kami semua sedang berparti…Come, join us…Daeng mana?” Pelawa langsuir jelmaan Dee Fen itu kepadanya.
“Auzubillahhimimassyaitannirrojim. Bismillahirramanirrahim…”
Dia terus berlari ke arah langsuir jelmaan Dee Fen itu lalu menikam keris tersebut ke dadanya. Sejurus ditikam ia berubah ke bentuk asalnya iaitu seekor langsuir. Badannya tinggi, berambut panjang paras pinggang, matanya merah, berkuku tajam, dan giginya bertaring menyeringai. Ia berdiri dan terbang mengelilingi kawasan itu sambil mengilai dengan nyaringnya di situ. Suhana hanya mampu melihat langsuir itu berterbangan dan kudratnya membataskan keupayaannya untuk menumpaskan kesemua hantu puaka yang berada di situ. Dia semakin lemah manakala Shima pula hanya mampu membaca ayat-ayat suci untuk melindungi diri mereke ketika itu. Mereka kini terperangkap di tengah lautan hantu puaka tersebut.
“Daeng, apa kata kau keluar sekarang. Jadi anak jantan dan tolong kami kat sini.” Jerit Suhana ke arahnya.
“Kitaorang dah tak larat ni. Tolong kami Daeng!”
Daeng tercabar dengan rayuan tersebut lalu dia terus keluar dari tempat persembunyiannya dan berlari meluru ke arah sekumpulan hantu puaka yang sedang mengerumuni Suhana dan Shima.
“Allahuakbar…Allahuakbar, kalau cheq guguq sekarang cheq guguq syahid. Bismillahirahmannirrahim.”
“Daeng! Hati-hati.” Jerit Suhana.
Dengan tangan kosong Daeng mengeluarkan segala ilmu pergaduhan yang diingatinya ketika itu. Serangan secara membabi buta itu berhasil dan kelihatan banyak hantu puaka lari bertempiaran meninggalkan bangunan itu. Serangan itu juga secara tidak langsung telah menyebabkan dia tertumbuk muka Shima dengan tidak sengaja. Shima jatuh rebah hasil penangan penumbuknya itu.
Mujur ada Suhana kerana dia sempat menyambut tubuh Shima dari tersembam ke atas lantai. Daeng terus menuju ke arah langsuir itu lalu menampar dan mencakar muka langsuir itu dengan agresifnya. Secara tiba-tiba sebiji batu telah singgah ke kepala langsuir itu. Akibat kesakitan, langsuir itu terus mengilai dan mencekik leher Daeng. Daeng hampir m**i akibat tidak boleh bernafas. Sekali lagi sebiji batu singgah tepat ke belakang kepalanya. Tidak tahan dengan serangan curi itu dia berpaling lalu ternampak seorang lelaki berjubah putih, bertali pinggang haji, dan memakai topi koboi sedang berdiri di belakangnya.
“Apa kau nak? Aku tak kacau kau! Siapa kau?” Soal langsuir tersebut dalam keadaan pening-pening lalat kepada lelaki tersebut.
“Ya zal jala iwal iqram, Ya zal jala iwal iqram! Akulah Mahaguru Tok Bentara Wan SC. Aku singgah ke sini untuk melawat sahabatku akan tetapi kamu semua telah mencemari tempat ini dengan pesta yang dilaknat Allah!”
“Tok Bentara Wan SC?” Daeng cuba mengingati nama tersebut.
“Ya! Tok Bentara Wan SC pengasas silat Kambing Kedah!” Daeng sudah teringat kembali tentang identiti individu yang sedang menyelamatkannya itu.
Langsuir itu cuba menerkam dirinya tetapi Tok Bentara sempat mengelak. Tanpa berlengah lagi dia menundukkan dirinya dan bergerak seperti seekor kambing. Bunyi amukan kambing mengembek mula kedengaran. Mmmmbeekkkk Mmmmbeekkk Mmmbeekkk. Badannya diayunkan ke depan dan ke belakang seperti dalam posisi untuk menyerang. Langsuir itu ketawa terbahak-bahak apabila menyaksikan perbuatan aneh Tok Bentara itu. Mmmmbeekkkkk Mmmmmbeeekkkk Mmmbeeeekkkk. Mmmmbeeeeekkkkk. Amukan kambing bergema kuat di dalam bangunan itu. Suasana di dalam bangunan itu menjadi bising akibat hilai tawa daripada semua hantu puaka yang masih berada di situ. Daeng dan Suhana cuba untuk menahan ketawa tetapi gagal. Shima pula masih tidak sedarkan diri lagi.
Tok bentara mula membaca ayat-ayat suci lalu dia berlari seperti kambing yang sedang mengamuk dan menanduk tubuh langsuir itu dengan sekuatnya hatinya. Tubuh langsuir itu berkecai, suasana di kawasan itu kini sunyi dan gelap. Tiada lagi pesta keramaian puaka. Tiada lagi hantu puaka yang berkeliaran di situ. Yang tinggal hanyalah Suhana, Shima, Daeng, dan Tok Bentara Wan SC sahaja.
Mereka semua kini berkumpul di luar bangunan tersebut. Mereka bertiga telah diberi minum air penawar bunga malam daripada Tok Bentara Wan SC.
“Tok nak pesan ni, lain kali jangan datang ke sini lagi.”
“Tapi tok…” Shima mencelah.
“Takde tapi-tapi. Sini bukan kawasan permainan korang. Sini kawasan berdarah, kawasan penuh kejahatan!”
“Macam mana tok boleh sampai ke sini? Tok ni siapa sebenarnya? Daeng ada beritahu tadi yang tok ni tok guru silat kambing. Betul ke?” Soal Suhana.
“Sebenarnya hari ni aku nak ke sebelah sana, ada urusan dengan orang sana. Masa aku masuk tadi aku nampak budak ni main tibai je balun semua hantu tu. Aku perhati je dari jauh. Dah tu keadaan makin teruk aku pun masuk line jugaklah. Aku Tok Bentara Wan SC. Kamu semua panggil aku TOK BENTARA sahaja.”
“Ok…Tok…Tok Bentara ada cakap pasal nak ke sebelah sana. Sebelah mana tok?” Soalnya lagi dengan penuh minat.
“Biarlah rahsia.”
“Tok tolonglah cerita, kami semua sumpah takkan cerita kat orang lain…” Rayu Shima.
“Tok Bentara…cheq mai dari Kedah nu…jauh tu…citerlah tok…kalau boleh kami nak jadi anak murid tok…”
“Haha…Jadi anak murid aku? Hang biar betoi?”
“Betul tok. Kami semua dah sepakat tadi nak berguru dengan tok. Kalau tok sudilah…” Jelas Shima lagi.
“Aku orang biasa. Orang bodoh. Kamu semua sanggup berguru dengan orang bodoh?”
“Eishh Tok Bentara ni bukan bodoh cuma tak cerdik je…”
“Apa kau merepek tu Su!!! Erm tok, dia tersilap cakap tu. Dia nak cakap yang tok ni sebenarnya orang pandai, berilmu tinggi. Kami sanggup tok. Tapi boleh tak tok cerita kat kami pasal sebelah sana dan orang sana tu? Tok belum jawab lagi soalan tu.” Soal Shima dalam panjang lebar sambil merenung tepat ke mata Tok Bentara Wan SC.
“Cuba kamu semua tengok bangunan ni. Berdiri, tundukkan kepala, dan pejamkan mata.” Arah Tok Bentara Wan SC.
“Kalau pejam mata lagu mana nak nampak tok?” Soal Daeng.
“Syarat pertama untuk jadi anak murid aku adalah mendengar dan mengikut segala arahan aku! Faham?”
“Faham tok. Maafkan cheq tok.”
Mereka bertiga menutup mata dan ketika itu Tok Bentara Wan SC telah membaca doa pembuka hijab dan menepuk bahu mereka bertiga sambil mengalunkan zikir-zikir suci.
“Sekarang dongakkan kepala dan buka mata kamu semua. Perhatikan bangunan tu.” Arahnya lagi.
“Allahuakbar, ramainya orang, bila masa diorang mai sini?” Soal Daeng kehairanan.
“Shima kau tengok tu tinggi gila bangunan ni. No wonderlah aku boleh terlajak ke tingkat sembilan and si Daeng ni trapped kat tingkat lapan tadi.”
“Yelah…dia punya tinggi dah macam menara Burj Khalifa seyh…Pergh…Eh Daeng ada awek cun kat sebelah kau tu…Jodoh kau kot…Hehe.” Usik Shima.
“Tu dia bak hang. Terbaik kak Shima!”
Ketika itu mereka telah dipertontonkan dengan kewujudan alam bunian yang berada di situ. Bangunan itu telah berubah menjadi sebuah menara yang tinggi dan bergemerlapan dengan sinar cahaya yang mempesonakan. Kelihatan ramai orang yang keluar masuk dari bangunan itu.
“Tok, cheq nak masuk ka dalam sat boleh tak?”
“Jangan!, selagi kamu semua belum berbaiah denganku, selagi itu kamu jangan berangan untuk masuk ke dunia mereka. Sekarang kamu boleh nampak mereka tetapi mereka semua tak nampak diri kamu. Sekarang kamu semua ghaib bagi mereka dan mereka nyata bagi kamu.”
“Tok saya nak berbaiah dengan tok sekarang jugak.” Jelas Shima.
“Saya pun sama.” Suhana.
“Cheq pun sama jugak macam depa berdua ni tok.” Daeng.
“Sekarang tundukkan kepala, pejamkan mata dan diam.” Arahnya.
Tok Bentara Wan SC membaca doa menutup hijab dan mengurut bahu mereka dan menepuk tangan dengan kuat sejurus selesai upacara menutup hijab itu.
“Angkat kepala dan buka mata sekarang.”
Keadaan kembali seperti sediakala. Sunyi, kelam, dan bangunan itu masih tersergam buruk di situ.
“Baru nak syok…Tapi takpelah at least kami dah dapat jawapan pasal tingkat sembilan dan tingkat lapan tu. Terima kasih tok.” Suhana menundukkan kepala tanda berterima kasih kepadanya.
“Terima kasih tok.” Shima dan Daeng serentak melafazkan ucapan tersebut.
“Maknanya betullah yang orang cakap kat bangunan ni ada bunian…” Ujar Shima bersahaja.
“Tok tadi masa saya naik kat atas sana, ada satu bilik, kat pintu tu ada gambar orang pakai songkok. Nama dia Engku Qadir kalau tak silap. Tok kenal ke?” Soalnya lagi.
“Ooo…Itu kawan aku tu…Datuk Temenggong sebelah sana tu. Kamu dah masuk pejabat dia tu. Macam mana kamu boleh sampai ke situ?” Dahinya berkerut ketika bertanya soalan tersebut.
“Entahlah tok…Masa diorang hilang tadi saya naik ke atas pastu tengok cerah semacam je kawasan kat tingkat enam tu. Kemudian saya masuk ke semua bilik tapi kosong je. Pastu masa sampai kat bilik yang hujung tu saya nampak gambar dia terpampang kat situ. Saya ketuk-ketuk takde orang bukak. Saya masuk pastu tiba-tiba saja lampu terpadam, pintu pun tertutup jugak masa tu.”
“Hmm…” Dengus Tok Bentara.
“Cheq pulak kena kacau kat ataih sana nu tok…Ya Allah ngerinya. Siap depa duk lambung-lambung lagi.”
“Hek eleh. Tok saya cari dia macam orang gila tadi. Suluh-suluh tak nampak. Rupa-rupanya dia tersangkut kat kepala paip pili bomba tu. Itu sebab dia melambung-lambung tu…Hahaha.”
“Hahahaha. Hahaha.” Kesemua mereka ketawa bersama-sama.
“Tapi betoi. Cheq dengaq macam-macam suara tadi. Ada bunyi pompuan nangih, bunyi pompuan ngilai pun ada jugak. Yang tak tahan tu bunyi kroh kroh manjang. Apa benda tu tok?”
“Itu mungkin hantu puaka yang memang asalnya tinggal kat situ. Tapi yang aku pelik macam mana kamu boleh masuk ke bilik Engku Qadir tu Shima?”
“Saya tak tahu tok. Wallahualam.”
“Hmm. Kalau macam tu takpelah.”
“Tok…Ada satu soalan lagi ni. Saya nak tanya ni…” Ujar Shima dalam nada resah.
“Apa dia?”
“Kenapa langsuir tadi menjelma menjadi suami saya?”
“Pada pendapat aku. Mungkin dia berminat dengan kamu, mungkin dia jatuh cinta dengan kamu. Dan masa kamu semua sampai di sini petang tadi, mungkin dia dah kenal suami kamu dan dia cuba tiru gaya dan rupa suami kamu…”
“Tapi kenapa saya?”
“Aku tak boleh nak jawab soalan tu sebab aku pun takde penjelasan pasal tu.”
“Sekarang ni memang langsuir tu dah m**i erk?”
“Apalah kak Shima ni. Tak tengok ka tadi? Tok Bentara segoq sampai hancuq berkecai langsuir tu.” Daeng mencelah dengan menggayakan gaya kambing menanduk musuhnya.
“Langsuir tu dah m**i, aku syak dialah ketua kepada semua hantu puaka tu. Dia m**i semua terus lesap.”
“Terima kasih tok sebab menyelamatkan kami semua dan atas ilmu yang tok kongsikan ini.” Shima memberi penghargaan kepada Tok Bentara Wan SC lalu menghulurkan beberapa not wang kertas RM100 kepadanya.
“Eh tak payahlah Shima. Aku tolong sebab itu memang tanggungjawab aku. Aku tak perlukan duit ni.”
“Tok saya ikhlas ni. Saya sedekah.”
“Tak payah aku cakap. Kalau kamu nak sedekah kamu sedekah kat rumah anak yatim ataupun kat masjid. Itu lebih baik.”
“Baiklah tok.”
“Tok bila kami semua boleh berbaiah dengan tok?” Soal Suhana.
“Kita semua bertemu semula pada 27 Syaban nanti. Kita berjumpa di sini selepas solat Isyak pada tarikh tersebut. Faham?”
“Faham tok.”
“Aku nak beransur ke dalam dahulu. Ada hal dengan orang sebelah sana. Jangan lupa 27 Syaban nanti. Assalamualaikum Ya Muslimin.”
“Waalaikumsalam tok.”
“Pergh tok bentara ghaib macam tu je guys!” Jerit Suhana.
“Allahuakbar!” Shima.
“Allahuakbar!” Daeng.
“Ok, semua dah settle, jom kita wrap dan cepat-cepat keluar dari sini.” Arah Shima.
Mereka bertiga pun berkemas dan mengambil semua peralatan penggambaran yang terdapat di dalam bangunan itu. Tiada sebarang gangguan ketika itu kerana Tok Bentara Wan SC telah memagar seluruh kawasan tersebut dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Secara rasminya penggambaran itu telah selesai dan mereka semua menuju ke masjid untuk menjemput Dee Fen pulang ke Singapura. Kisah mengenai Tok Bentara menjadi rahsia antara mereka bertiga sahaja dan perjanjian untuk berbaiah hanya menunggu masa sahaja sebelum mereka bergelar anak murid kepada Mahaguru Silat Kambing, Tok Bentara Wan SC. Misteri mengenai bangunan tersebut belum selesai. Siapakah sebenarnya Engku Qadir Bin Engku Sulaiman?
Cerita ini adalah cerita fiksyen semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup ataupun dengan sesiapa yang telah meninggal dunia. Nama-nama watak yang kebetulan sama dengan nama beberapa orang tokoh terkenal itu hanyalah sebagai kelangsungan kepada jalan cerita ini. Walaubagaimanapun kejadian-kejadian yang berlaku di dalam cerita ini adalah olahan semula daripada kejadian asal yang pernah berlaku kepada diri penulis pada suatu ketika dahulu. Sekian, terima kasih.
-CarRock 2017-
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
hahaha.. bila sampai part tok bentara wan sc terus aku gelak berdekah.. kaming sungguh la…
DeeFen? penulis Sihir Berdarah tu ke?
hmmmmmmmmmmmmmmmmmm kecewa
bce je part tok bentara wan sc,silat kambing tros ak gelak mcm langsuir tu..hahaha..jahanam knekan org..bgos2 troskn lg mnulis
Hahahaha lawak n best tahap trbaboom sungguh watak2 tokoh trkenal dlm cerita nie….
nak lagi best, masuk la watak M, Jerry ngn Sepul. hahaha.
aaaa frust sbb cerita rekaan dah la panjang. Pesta hantu ek? hahah Tapi kelako seram .. Layaannnn
Lepaq tu lepak ka mksdnya. Klu yg tu mksdnya…org Kedah x ckp lepak tu lepaq….lepak tu lepak la. Sorry to say this.
If I’m not mistaken.
Heee…peace
Kejadah apakah ini??!!!!
Kejadahan apakah
die lupa masukkan Sicelupar ni….
best…mcm dok rasa ja
kah kah kah.. Wan SC memunculkan dirinya
Hahahahahahahahaaaaa
Wakakakaak Adododoiiiiii perutku…medula oblongata ku juga
Sedih tul aku bace dgn khuyuknye ..rupe rekaan semata-mata..fedup aku huhuhu..
Masa kat pesta hantu joget2 tu ak dah agk dah rekaan jer…pape pun layan jerrr
ko ni pon kalo nak buat cite bior la logik sket.. ni smpai bole lawan2 gtu je.. adoiii kne pulak tu.. mane maunye kalo lawan membani buta beb.. kecewa sbb xlogik lgsg ???
ko punye cerita bnyk bunga xde street to the point org jdi bosan baca.aku baca sekerat dah bosan..
puii..
xbest langsung cerita ko..
Tak best