CekDa by Dean
Assalamualaikum semua, Dean muncul lagi. Terima kasih min siarkan cerita aku dan agak mendapat sambutan daripada rakan-rakan fiksyen Shasha. Aku ambil daripada kisah benar dan telah aku serikan mengikut gaya bahasa aku sendiri untuk kamu semua. Kali ini aku ingin menceritakan kisah berkaitan mak cik yang aku kenal di kampung berdasarkan pengalaman orang terdekat aku. Jom mula!!!
Cekda merupakan insan yang aku kenal amatlah penyayang, lemah lembut, dan pemurah orangnya. Cekda mempunyai suami yang penyayang (Pak uda) dan seorang anak lelaki yang aku panggil abang Ri.
Pengalaman Kakak
Aku sebagai kakak, tempat dan nama sebenar telah diubah. Kejadian ketika umur aku 7 tahun. Aku pergi bersiar-siar sekitar Kawasan rumah dengan rasa gembira riang raya disebabkan hari ini adalah hari cuti sekolah dan aku ambil peluang ni untuk bermain diluar rumah dengan kembarku. Tiba-tiba terdengar bunyi bising daripada bahagian dapur rumah Cekda.
Ketika itu jam baru menunjukkan sekitar pukul 10 pagi. Perasaan hairan semakin memuncak bila semakin lama semakin kuat pula bunyi seolah-olah orang sedang mengemas didapur. Kedengaran alatan dapur berlaga sesame dengan kuat waktu tu. Aku dan kembar aku mula merancang sesuatu yang kami sendiri ragu-ragu kerana Cekda pernah berpesan jika dia tiada dirumah jangan berani kerumahnya tanpa apa-apa alasan diberikan.
Tapi waktu tu dengan rasa ingin tahu, kami tetap juga ke rumah Cekda untuk memeriksa apa yang berlaku. Kami tahu waktu begitu Cekda pasti tiada dirumah. Kami memulakan langkah kecil kami berdua. Jarak rumah Cekda dengan rumah kami hanya lebih kurang 50 meter sahaja. Semakin kami mendekati rumah Cekda semakin perlahan bunyi segala pinggan mangkuk periuk yang berlaga tadi.
Pada awalnya kami berlari anak keriangan kemudian mulai berjalan perlahan apabila kejadian tu semakin aneh. Semakin aneh kenapa??? Ye aneh kerana apabila jarak kami semakin dekat dengan rumah cekda semakin perlahan bunyi perkakas dapur tu berbunyi.
Aku dan kembarku tetap juga ingin meneruskan ekspidisi kami hingga selesai. Sesudah sampai dipintu bahagian dapur rumah Cekda kami seolah-olah terdiam kerana bunyi tersebut serta merta hilang dari telinga kami. Perasaan berdebar mulai terasa. Kembarku yang sedikit pucat tetapi tetap berani mula membuka pintu dapur rumah Cekda dan aku cuba untuk menidakkan Tindakan kembarku supaya kami berpatah kembali tetapi tetap juga diteruskan niatnya.
Dan bila daun pintu dapur Cekda dibuka kami hanya nampak dapur usang yang kemas rapi tersusun dan tiada sedikit pun kesan mana-mana manusia menggunakan pekakas didapur. Ketika tu aku dan kembarku saling berpandangan,aku perasan yang keadaan sekeliling kami jadi begitu sunyi dan sepi hinggakan bunyi burung dan serangga pun takde waktu tu. Kembarku cuba melangkah ke ruang dalam dapur dan diikuti aku. Rumah Cekda walaupun sedikit tua usianya tetapi kemas dan bersih cuma aku perasan saat kaki aku melangkah ada sesuatu perasaan yang kurang senang kerana aku rasa seperti diperhatikan. Kembarku mula berceloteh”haaa.. tengok takde pape pun kan”aku Cuma diam membisu kerana masih binggung kenapa bunyi yang tadi kuat boleh dengar dari jarak yang jauh kini sunyi sepi tiada tanda.
Sunyi sungguh dalam rumah Cekda ni cam aku berada dalam hutan tebal. Betul-betul sunyi korang tau. Tiba-tiba kembar aku ni mula berbisik “kenapa rumah ni tak cam kita selalu pergi dengan mak”aku pun perasan dengan sapaan kembar aku ni sebab rumah ni nampak lebih oldskull bak kata orang dari kebiasaan sewaktu kami datang dengan mak kami.
Aku masih lagi dalam keadaan takut sebenarnya tetapi masih lagi berlegar-legar dalam rumah Cekda tanpa kebenaran Cekda. Aku masih lagi merasakan seperti diperhatikan setiap pergerakan aku. Kembar aku menyapa aku supaya senyap dan ya kami berdua terdengar derupan seperti kaki seseorang berjalan didalam sebuah bilik seakan-akan menghala kea rah kami. “nakkkk Nakkk Nakkk tunggu ya Cek datangggg….” Ya Allah waktu tu aku rasa kaki aku ni nak melangkah yang teramat berat seperti diletakkan batu berpuluh kilogram.
Kembar aku mula menunjukkan reaksi ketakutan kerana suara yang kami dengar amatlah garau seperti lelaki tetapi bercampur suara perempuan. Angin diluar bertiup kencang seolah-olah rebut akan datang serentak cuaca kelihatan mendung daripada celah -celah tingkap. Aku dan kembar aku erat berpelukan kerana ketakutan. Bunyi seretan kaki tersebut makin hampir kepada kami dan hilang. Kemudian angin mula bertiup hinggakan daun tingkap terbuka.
Bunyi hilaian kasar bercampur nyaring menjengah ditingkap hinggakan kami terduduk menangis sambal menutup mata. Dengupan jantung aku waktu itu seakan berhenti apabila melihat susuk besar hitam berbulu nampak seakan menjeling kearah kami dengan matanye putih kesemuanya beserta senyuman sinis. Dalam hatiku Tuhanku selamatkanlah aku dan kembarku. Aku cuba kuatkan semangat untuk melihat makhluk tersebut dan senyuman sinis tadi bertukar dengan mulutnya terbuka luas dan minitiskan air liur seakan merah berlendir ke arah kami semakin dekat.
Sudahhh!!! Jangan kau kacau anak-anak aku!. Terdengar satu suara menjerit dan kami pengsan. Aku tersedar dirumah dan emak aku tersenyum mesra bertanyakan adakah aku lapar. Pada waktu aku sedar terasa badan aku sakit lenguh dan sengal-sengal mungkin tanda aku ingin demam. Pada malamnya ayah ada bacakan air untuk aku dan kembarku pulih semangat kembali. Seminggu aku dan kembarku demam dirumah tanpa bersekolah. Segala cerita berkaitan dengan aku dan kembarku dirumah Cekda tidak pula emak, ayah, dan Cekda bercerita. Mereka seperti biasa melayan kami seperti tiada apa yang berlaku. Cekda tidak pernah pula melarang kami agar ke rumahnya sewaktu dia tiada begitu juga dengan mak ayahku.
Hampir setahun kejadian tersebut berlalu, aku dan kembarku sentiasa ceria bermain dihalaman rumah pada waktu cuti persekolahan akhir tahun. Ketika seronok bermain hampir jam 6 petang tiba-tiba aku terdengar sapaan daripada Cekda memanggil aku. “adikkk…. adikkk…. adikkk…” aku yang Ketika itu khusyuk bermain tersentak dan berhenti seketika lalu menoleh kearah kembarku. Kami saling mengangguk menandakan kami berdua dengar panggilan daripada Cekda tersebut.
Dengan hati yang senang dan ceria kami berdua terus kearah rumah Cekda kerana Cekda seorang yang pemurah sentiasa memberikan kami makanan, keropok, gula-gula dan tidak lupa juga mainan. Mungkin ada sesuatu yang Cekda mahu hadiahkan kepada kami yahoooo. Sesampai dihadapan rumah Cekda aku serentak adikku memberi salam menandakan kami telah sampai. Malangnya salam kami tidak disahut oleh Cekda dan telah beberapa kali tetap sunyi sepi. Kami mengambil keputusan ingin kembali ke rumah dan ditegur oleh Cekda “masuklah ke sini Cekda ada didapur niii..” kami dengan perasaan gembira terus masuk dan mencari cekda didapur.
Aku yang melihat Cekda duduk mencangkung didapur serba pelik terus memperlahankan langkah sambil memegang tangan kembarku. Kembarku seolah faham dengan situasi tersebut. Aku menyapa Cekda daripada belakang. “ Ye kenapa Cekda panggil kami” sambil membasuh sesuatu didapur Cekda hanya tersenyum tanpa mengeluarkan suara. Kini giliran kembarku menegur pula, kali ini Cekda berpaling kepalanya berpusing kebelakang tanpa mengerakkan badannya dan tangannya tadi dihadapan seolah mencengkam ke lantai rumah menghala ke arah kami berlumuran d***h sesuatu yang hidup ditangan dan mukanya.
Alangkah terkejutnya kami mulut cekda dipenuhi d***h dan berkata “adik nakkk….hahahahahahaha” hilaian bermula serta mulutnya terbuka luas dan ya langkah kami berdua bukan lagi seribu malah berjuta kami lari sambal ketakutan dan berjujuran air mata. Aku kuatkan larian sambal memegang tangan kembarku tetapi hilaian daripada Cekda tetap juga kedengaran.
Ketika kami berlari hujan mula menunjukkan reaksi untuk membasahi kami dan ya bila hujan turun hari bertambah gelap. Larian sejauh 50 meter diselangi oleh pokok durian dan kelapa sedikit sukar bagi kami berlari dengan pantas. Larian aku terhenti apabila kaki kembarku tersadung diakar pokok durian dan waktu itu aku nampak kelibat Cekda berjalan dalam posisi mencangkung dengan berlumuran d***h. Aku kuatkan semangat untuk memegang kembarku untuk bangun dan kami menyambung larian kami dalam tangisan dan ketakutan.
Sesampai dihalaman rumah kami sempat menoleh kebelakang kelibat Cekda tiada lagi. Ayah yang Ketika itu ada dirumah terkejut dengan keadaan kami yang dalam ketakutan terus membawa kami masuk kedalam rumah dan menemani kami mandi dan menyuruh kami mandi air bacaan doa daripada ayah, selesai solat maghrib ayah juga menyuruh kami minum air yang ayah bacakan doa.
Kali ini kami Cuma terkejut dan ketakutan tetapi tidak lagi demam. Emak dan ayah mula berpesan jangan lagi bermain disekitar rumah Cekda kerana ramai yang suka bergurau disana cuma bukan datang dari alam kita. Ayah juga menerangkan bahawa kami tidak boleh berkawan dengan kawan yang datangnya daripada alam lain. Walaupun aku dan kembarku masih lagi tidak faham apa yang ayah dan emak perkatakan, kami tetap mengangguk tanda patuh dengan segala arahan.
Keesokkan harinya Cekda datang kerumah melawat kami dan membawa kami mainan dan Gula-gula kegemaran kami. Cekda meminta maaf semalam Cekda tiada dirumah kerana pergi ke pekan bersama suaminya untuk membeli barang keperluan kedai runcit kecilnya.
Lama juga peristiwa tersebut berlalu tetapi masih lagi segar dalam ingatanku. Hubungan aku dengan Cekda erat seperti biasa. Usia Cekda semakin meningkat dan tidak lagi sekuat dahulu. Perniagaaan runcit Cekda juga diteruskan walaupun Cekda semakin uzur. Seingat aku Ketika itu aku sudah bersekolah menengah didaearah lain dan aku dan kembarku dimasukkan ke asrama.
Ketika aku pulang ke kg, emak menceritakan bahawa Cekda semakin uzur dan ingin berjumpa dengan aku dan kembarku. Setelah berjumpa dengan Cekda aku dan kembarku sayu melihat Cekda kerana bila bersua muka dengan kami Cekda cuba untuk kuat kerana ingin menyambut kedatangan kami dengan wajah ceria.
Setelah segala cerita dan tawa kami akhirnya kami pulang. Setelah kembalinya kami ke asrama kami dapat berita bahawa cekda telah dijemput Maha Kuasa. Aku lupa tahunnya tetapi jelas aku dan kembarku terasa kehilangan orang sentiasa menyangi kami walaupun kami bukan datang daripada keluarganya. Ketika Cekda menerima kunjungan emak sebelum Cekda menghembuskan nafas terakhir Cekda ada meminta emak menyediakan 2 batang jarum dan 2 biji limau nipis. Emak aku bertanya untuk apa dengan barang permintaan Cekda tersebut. Cekda meminta supaya emak cucukkan jarum kedua-dua tumik Cekda kemudian jarum tersebut dicucuk kedalam buah limau nipis tersebut dan dibuang kesungai.
Permintaan terakhir Cekda tersebut tidak sempat ditunaikan oleh emak kerana emak takut perbutan tersebut mengundang syirik dan dipandang pelik oleh orang kampung. Permergian cekda amat dirindui oleh kami sekeluarga dan orang kampung. Kampung kecoh dengan kisah Cekda kembali setelah semalaman dikebumikan.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Best cerita ni. Tapi pasni jangan lah bnyak typo. Sambil tu jadi sambal. 2 kali typo
BUKAN SAMBAL TAPI SAMBIL
Best cerita ni. Cekda ada saka kot. Seram!!!
Seram sis…
kalau cucuk jarum kat tumit tu selalunya pengamal ada bela hantu raya, kalau tak dicucuk nanti hantu raya tu balik dan mengacau orang