Ceraikan aku. Jantan sial

Salam admin dan pembaca semua. Aku Ariff Budiman sekali ingin berkongsi pengalamanku.
Milah atau nama penuhnya Jamilah, merupakan seorang gadis yang cantik di usia remajanya. Dia merupakan salah seorang dari anak Pak Zainol yang merupakan seorang guru silat ketika itu. Ramai jejaka yang ingin menghampiri Milah tapi memandangkan ayahnya seorang guru silat maka niat itu terpaksa di lupakan. Mereka hanya dapat memandang dari jauh bila Milah keluar untuk ke tempat kerja. Dalam diam Milah telah bercinta dengan Ikmal. Ikmal tidak pernah menunjukkan sikap ingin mencuba memilikki Milah tapi akhirnya dia yang dapat menambat hati Milah. Maka terdengarlah suara-suara sumbang bagaimana Ikmal dapat memilikki Milah. Ramai yang kecewa bila mendapat perkabaran Ikmal telah masuk meminang Milah dan telah di terima keluarganya.

Majlis perkahwinan telah berlangsung secara sederhana. Itu permintaan Ikmal sendiri sebab dia tahu ramai yang ingin memilikki Milah jadi dia tidak mahu terlalu menunjuk-nunjuk. Walaupun ramai rakan – rakan yang kecewa tapi mereka tetap datang membantu. Mereka juga sedar jodoh pertemuan di tangan tuhan. Selepas selesai majlis persandingan, ikmal dan isterinya Milah turun lalu berjumpa kawan-kawan Ikmal. Begitu riuh usik mengusik sewaktu Ikmal berjabat salam dengan rakan-rakan. Milah hanya mampu tersipu-sipu malu menahan usikan rakan-rakan Ikmal.
“ Tahniah Mal. Pakcik doakan Ikhmal bahagia bersama Milah “. Kataku kepada ikmal
“ Terima kasih pakcik. Doakan kami bahagia hingga ke akhir hayat “. Kata Ikmal

Selesai majlis perkahwinan, maka kami pun pulang dan membawa diri masing-masing. Selepas sebulan lebih perkahwinan mereka, tiba-tiba aku mendapat panggilan talipon dari Ikmal.
“ Assalamualaikum pakcik. Saya Ikmal. Ayah minta pakcik datang rumah kejap. Isteri saya dok mengamuk teruk ni “. Ringkas kata-kata Ikmal. Selepas selesai kerja-kerja, aku terus ke rumah Ikmal. Terkejut aku bila tiba-tiba Milah menendang Ikmal..
“ Jantan sial…Kau ceraikan aku. Kau memang sial jantan tak guna “. Kata Milah. Ikmal menyambut kedatangan aku.
“ Pakcik sendiri dah nampak kan. Dalam 3 hari ni perangainya cukup berubah. Tiba-tiba saja dia bersikap macam ni “. Kata Ikmal kecewa

“ Sabaq Mal. Itu bukan Milah. Ada yang guna sihir pemisah untuk pisahkan hangpa berdua “. Kataku
“ Ni jantan sial mana pula yang mai. Berambus balik. Buat apa kacau rumatangga orang lain “. Kata Milah
“ Minta maaf pakcik. Milah sebelum bukan macam ni. Perangai dia elok saja “. Kata Ikmal
“ Takpa Mal. Tolong pegang Milah sat “. kataku kepada Ikmal lalu aku bacakan ayat 10 dari surah Yasin. Itulah surah yang perawat minta aku baca kepada isteriku tatkala dia bermasaalah. Selepas selesai aku baca lalu di hembus ke ubun-ubun Milah. Milah terduduk dan terus di baringkan.
“ Pakcik boleh tolong rawat isteri saya tak “. Tanya Ikmal
“ Maaf. Pakcik tak pandai sangat tapi pakcik boleh panggil perawat. Kalau dia tak sibuk, dia boleh datang “. Kataku. Aku melangkah keluar lalu menghubungi perawat.

“ Insyaallah dalam masa sejam setengah lagi saya sampai. Ada kes ni. Pakjang buat lah dulu apa yang pakjang tau “. Kata ustaz. Aku beritahu perawat yang Milah sedang tidur dan perawat kata itu yang baik. Dalam masa sejam terdengar suara memberi salam. Tiba-tiba Milah bingkas bangun
“ Hangpa panggil sapa mai pulak ni. Ish..ish kacau saja “. Gerutu Milah sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bila dia bertentang mata dengan perawat terus di tolehnya ke lain
“ Awat…Malu ka “. Tanya perawat. Namun Milah diam tidak bersuara.
“ Pakjang. Macam mana. Apa yang pakjang nampak “. Tanya perawat
“ Benda tu ada di tangga ustaz. Muka dia penuh dengan isi yang di tarik-tarik. Macam nak hancur “. Aku memberi perincian. Ustaz terus mencebik
“ Ish pakjang. Seriau saya dengar “. Kata ustaz. Mungkin ustaz hanya bergurau. Apalah yang mereka takutkan sangat tapi itulah sikap merendah diri.

Ustaz duduk di depan Milah. Milah terus jadi tidak tentu arah. Sekali sekala dia akan menolak suaminya Ikmal. Ustaz terus membaca surau Al Baqarah. Milah mula menangis
“ Sudah la. Aku sakit. Jangan di baca “. Kata Milah tapi tidak di endah Ustaz. Dia terus membaca ruqyah. Tiba-tiba ustaz berhenti
“ Siapa yang hantar kamu “. Tanya Ustaz. Namun Milah terus diam. Ustaz terus mengambil kayu dan memukul bantai. Milah kesakitan sambil mengurut badannya
“ Sakittttt…..”. Kata Milah

“ Aku tanya sapa yang hantar kamu “. Tanya ustaz
“ Toni ( bukan nama sebenar ). Dia suka Milah dan marah bila Milah kahwin dengan orang lain “. Jawab Milah
“ Habis kenapa kamu bantu dia. Kamu islam ke kafir “. Tanya ustaz
“ Aku kafir. Tok bomoh ugut nak hancurkan keluarga aku kalau tak tolong Toni “. Kata Milah
“ Tengok pakjang. Kadang-kadang bomoh ni cukup jahat. Depa yang ugut jin agar merosakkan manusia. Tak semua jin tu jahat tapi terpaksa di sebabkan manusia “. Kata ustaz. Ustaz terus membaca surah Al Jin lalu mengeluarkan sesuatu dan di tunjuknya kepadaku

“ Pakjang…Ni apa “. Tanya ustaz
“ Buluh..ustaz “. Ringkas jawab aku sambil melihat sejengkal buluh yang di pegang ustaz. Memang secara zahir tiada siapa yang dapat melihatnya. Ia di masukkan secara ghaib ke dalam rahim Milah
“ Orang tu boleh letak dekat rahim Milah. Dia tak nak Milah lahirkan zuriat. Itulah dendam dia.
“ Ada berapa dalam badan Milah “. Tanya ustaz kepada Milah
“ Ada 10. Anak-anak aku pun ada sama “. Kata Milah

Tiba-tiba Milah bingkas bangun. Dia ingin menyepak ustaz tapi di pegang Ikmal. Ustaz sekali mengambil kayu lalu memukul bantal. Terkulai layu Milah jatuh dan meronta-ronta kesakitan.
“ Tu bukan Milah yang sakit tapi jin yang ada di dalam badan dia. Saya hanya memukul bantal sebagai isyarat yang saya memukul jin. Sebab itu dengan izin Allah jin itu yang sakit “. Kata ustaz
“ Kamu nak keluar atau tidak “. Tanya ustaz
“ Kalau aku keluar, bomoh akan bunuh anak-anak aku “. Kata Milah
“ Macam ni. Aku berjanji akan selamatkan keluarga kamu dari gangguan tok bomoh dengan syarat kamu keluar dari badan Milah. Kalau kamu peluk islam, aku akan hantar kamu dan keluarga kamu ke madinah tapi aku tak paksa “. Milah hanya diam saja mendengar tawaran ustaz
“ Betul ka kamu berjanji nak tolong aku dan keluarga aku “. Tanya Milah kembali

“ Insyaallah. Itu janji aku. Kamu nak peluk islam “. Tanya ustaz dan Milah hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju.
“ Baik. Kamu ikut aku baca shahadah “. Ustaz membaca shahadah lalu di ikut dengan perlahan oleh Milah. Selepas selesai shahadah, ustaz terus berkata
“ Sekarang kamu telah pun islam. Aku akan hantar kamu dan keluarga kamu ke Madinah. Di sana tugas kamu hanyalah beribadah kepada Allah “. Kemudian ustaz menarik satu persatu lalu di masukkan ke dalam botol. Seperti biasa sebelum di masukkan dia pasti akan menunjuk sesuatu di atas tapak tangannya.
“ Pakjang nampak tak di dalam botol ni “. Tanya ustaz
“ Banyak ustaz “. Kataku dan ustaz tersenyum

“ Sebelum saya memasukkan jin yang ada di dalam badan Milah, ada jin di sini telah dengar lalu minta keizinan agar dapat hantar depa sama ke Madinah. Tu yang pakjang nampak banyak “. Barulah aku mengerti. Bila Milah sedar kembali aku bertanya ustaz.
“ Ustaz. Bagaimana kalau depa hantar balik “. Ustaz terdiam
‘ Kita kena buang la “. Kata ustaz
“ Pasai apa kita tak hapuskan saja bomoh yang buat macam tu “. Aku berkata demikian sebab aku telah merasai azabnya orang telah di sihir.

“ Bab menghapuskan orang lain tu bukan kerja kita. Itu kerja Allah. Kita hanya ikhtiar membuang saja “. Aku hanya terdiam tapi terfikir juga aku, mungkin sebab itukah aku tiada kesempatan menjadi seorang perawat. Niat aku kalau ada yang menghantar sihir aku akan hapuskan orang itu. Membuat orang lain menjadi sengsara. Hanya Allah yang mengetahuinya. Allah juga mengetahui betapa merananya orang yang di sihir. Menangis kesakitan dan ada kalanya menjadi bahan ketawa orang lain bila melihat di di sihir sedangkan dia sendiri tidak menyedarinya.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ariff Budiman
FB Penulis

Seorang yang suka menulis

19 comments

  1. jantan tak move on aje sanggup wat mcm ni…mcm la takde awek lain…kalau lelaki tentu dia pasrah je tak berjodoh dgn awek yg dia suka…

  2. Cerita ni lebih kurang sama keadaan aku dgn wife. Kami dikenekan dgn sihir pemisah. Start dari tunang smpi la dah kahwin. Keguguran bila kandungan dh capai 3 bulan dan macam2 lg. Dh masuk 3 tahun sihir ni dan masih lg berlaku. Sekarang ni aku tgh belajar cara nak berubat dr ustaz yg ubatkan aku. Alang2 dh kene sihir, blaja la skali cara berubat utk kegunaan masa akan dtg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *