Ceramtot: Kisah di Berek Polis Seremban

Ceramtot 3 (Cerita Seram Kontot)

Kisah sebelum ini –> https://fiksyenshasha.com/kisah-seramku-sekitar-tahun-90an/

Nama aku Jai. Cerita pengalaman zaman hingus aku. Sekitar tahun 90 an. Aku tinggal di berek polis Seremban. Blok berek tempat tinggal aku tu terasing sikit & hanya 2 blok sahaja, berbanding blok berek² yg lain ada sekitar 10 blok termasuk tempat aku mengaji (Ceramtot 2).

Tandas rumah berek terletak di kaki lima belakang luar dapur yang mana pintu tandas mengadap pintu tandas berek belakang. Meskipun jarak antara berek jauh, namun boleh juga skodeng aktiviti mak² memasak. Siap ada yg boleh bersembang (bersembang ala menjerit). Di antaranya aku. Nampak je kelibat kawan aku kat kaki lima dapur, terus aku jerit panggil. “Epul jom main rounders”. Kalau tak rounders, konda kondi, galah panjang, lompat getah. Perempuan ke lelaki ke semua pakat balun main.

Satu malam, mak kat kaki lima dapur. Sidai kain. Aku & adik aku pula amik bangku cangkung panjat tepi pagar nak tgk suasana malam. Sekurang² dapatlah kepala kami melebihi paras pagar.

Cahaya bulan pun cantik dan terang. Nampak la suasana malam yang indah belakang berek, sesekali aroma bau najis naik sbb loji najis kat belakang berek. Urm dah biasa bau. Tetiba mata aku tertengok tingkat atas berek belakang. Tingkat atas sekali ialah tempat tangki air. Tengah aku tenung² tengok kat area tangki air tu, ternampak mcm byg gelap bergerak².
“Eh dik, tgk kat atas tu. Ada org la.”
“Mana?”
“Tuh.”

“Mak, org tu buat apa kat atas mak?”
“Mana?” Sambil aku tunjuk jari hala ke arah itu.
“Dia repair tangki tu”.

Aku pun beralih tengok lain.
“Eh org tadi terbang la mak mcm Superman”. Aju adik aku.
“Mana dik?”
“Tuh”.
Alamak memang terbang la. Terus turun dari bangku kecil tu dan seraya itu mak terus bersuara.

“Dah² jom masuk”. Mak segera tutup pintu dapur.

Sementara di ruang tamu, adik aku bersuara.
“Kak.. kak.. tadi kitorang tgk Superman terbang”..

Ceramtot 4 (Cerita Seram Kontot)

Nama aku Jai. Cerita pengalaman zaman hingus aku. Sekitar tahun 90 an. Aku tinggal di berek polis Seremban. Disebabkan dek sikap penakut, time berak aku takkan sesekali tutup pintu. Tidak akan tutup, baik siang atau malam. Kenapa? Aku rasa bila buka pintu, aku akan dgr suara riuh org. Maka aku rasa ada org yg temankan aku. Kesimpulannya sangat tenanglah aku memerut dengan melihat keindahan suasana di luar.

Satu malam. Yang telah meragut segala ketenanganku. Jam lebih kurang pukul 8.00 malam. Sebab aku ingat lagi. Time tu takde siapa pun yang boleh kacau abah tengok berita tv. Mcm biasa rutin bgtau mak.
“Mak, org nak berak”. Bila sekrg ni terfikir, nak berak pun nk bgtau mak.

Pijak bangku kecil, buka suiz lampu jamban. Pintu jamban kubuka seluasnya. Siap sendal pintu tu dgn bangku supaya tak tertutup. Maka operasi penyahtinjaan berlaku.

Plup. Lampu terpadam. Berek belakang pun gelap. Suasana gelap. Ayat yg keluar kat mulut aku. “Sape tutup lampu nih! Bukak balik!”.

Diluar kesedaran. Mana ada org tutup lampu. “Maaaaaakkkk!!!!!”
“Eh apa jerit² nih”. Mak tetiba menjelma dgn torchlight.
“Lampu padam”
“Letrik takde lah. Dah cepat berak”.
“Cepat sikit”.

Seusai sahaja dari operasi di jamban, aku dgn mak ke ruang tamu.
“Padan muka” ejek kakak aku.
Kami main bayang² lilin. Dalam masa itu, mak abah bersembang.
“Abg, ada duit nanti, kita tutup kaki lima dapur belakang”
“Awat? Nanti tutup angin tak masuk”.
“Macam² la Abg nampak”
“Hang nampak apa?”
“Kelibat hitam besar bertenggek kat tembok pagar dapur. Masa Yah pegi Jai jerit kat jamban tadi. Yah pun suluh kat tembok pagar, benda tu terus terbang”
“Burung kot, ye lah gaji bulan depan. Nanti Abg bgtau kat anak Pak Jenal minta tlg buatkan”.

“Superman lagi ke?”

Ceramtot 5 (Cerita Seram Kontot)

Nama aku Jai. Cerita pengalaman zaman hingus aku. Sekitar tahun 90 an. Aku tinggal di berek polis Seremban. Sihir & bomoh. Aku kenal benda ni masa darjah 2. Kenapa? Kami sekeluarga kena sihir. Meskipun aku tak faham apa itu sihir dan kesannya. Dalam usia semuda itu, aku sekeluarga telah lalui.

Abah aku polis. Berpangkat Koperal. Abah selalu outstation. Satu malam abah bgtau mak.
“Yah, hari ni tak payah masak. Kita makan luaq. Abah belanja.”

Yeh!! Tempat biasa abah bawa kami makan kat area deretan kedai makan berdepan pasar besar Seremban. Mi Hailam memang marbeles terbaik uncle cina mualaf ni masak. Tak tau lah kesedapan tu datang dari kuali hitamnya atau dapur arangnya.

Abah akan naik pangkat sarjan. Berbalik sihir tadi, awalnya kami sekeluarga tak perasan tentang perubahan yang berlaku. Namun yang paling ketara kami sekeluarga perasan ialah rambut kami semua keguguran. Meskipun bukan tahap botak namun tuduh menuduh mula melanda. Sampai tahap kami adik beradik mula tuduh menuduh rambut gugur di lantai. “Ni rambut sape ni, pendek?”. “Ni rambut sape ni, panjang?”.

Bermula dari situ juga, kebahagiaan mak abah juga terjejas. Kerap bergaduh. Kami adik-beradik hanya diam dan memerhati sahaja. Pernah mak abah gaduh, aku pun tak tau apa isunya. Yang aku ingat kakak aku panggil tengok tv cerita Wajah Sutinah (drama bersiri seram).

Satu malam, abah bawa kami sekeluarga berjumpa dengan seorang makcik yang dah berkeluarga. Abah kenal sebab makcik ni dan suaminya yang bekerja di bank. Kami adik beradik cuma pasang telinga dengar dan makan biskut cicah air teh. Alamak biskut tinggal 2 keping, Mak dah bagi hint. Jegilkan mata pada kami. Dan kami faham. Mak aku memang dah pesan awal² pada kami adik beradik jika pergi umah orang, duduk diam² dan jangan habiskan makanan yang dihidangkan.

Dari apa yang dibualkan, abah bgtau masa balik kerja. Abah selalu nampak kat tangga berek ada tulisan siam. Banyak. Kalau malam tido selalu mengigau hantu nak cekik abah. Mak pulak badan selalu sakit dan lebam². Apa aku dapat tangkap makcik tu buat kesimpulan, keluarga aku telah disihir.

Malam sesi perubatan. Kami semua ikut. Time ni merupakan pengalaman aku tentang dunia mistik perubatan tradisional. Makcik tadi jadi org penting. Tiba² suara berubah garau, ntah apa yg dibaca.
“Ada orang dengki kat awak. Awak naik pangkat. Bos suka awak”.
Oo patutlah. Maka sesi perubatan bermula.

Namun kalau bukan keizinan dan kemurkaan dari Allah, apatah lagi perbuatan yang telah mensyirikkannya, hari demi hari keadaan keluarga kami tiada perubahan. Mak mula jatuh sakit. Abah dah tak berubat lagi dengan mak cik tu. Namun abah dah buat keputusan muktamad. Pencen awal dan balik Johor.

Ceramtot 6 (Cerita Seram Kontot)

Nama aku Jai. Cerita pengalaman zaman hingus aku. Sekitar tahun 90 an. Aku dah berpindah di Johor. Alhamdulillah keluarga kami pulih.

Saka. Aku ada moyang. Moyang aku muka dia lebih tegang, muda dari nenek aku.

Pernah juga terfikir otak jahat budak-budak aku ni. Moyang aku ni tak m**i². Arwah atok pun dah setahun meninggal. Ada saka ke? Terdengar sok sek dari mak Ngah aku, Moyang aku memang ada saka.

Satu malam. Dijadikan cerita yang aku tak boleh lupakan. Sampai tahap aku buat analisis mimpi aku sendiri.

Malam tu aku tidur dengan kakak aku. Tetiba dalam tidur aku bermimpi. Didatangi seorang lelaki tua berserban senyum pada aku. Tup aku terjaga. Pelik aku berpeluh-peluh.

Aku sambung tidur lagi. Aku bermimpi lagi. Kali ini orang tua berserban tadi datang dengan pemuda berserban pulak. Dah tak senyum hanya memandang sahaja. Tup aku terjaga semula. Kali ni aku dah mula rasa takut nak tidur semula. Baca ayat Kursi sehingga aku tertidur semula.

Buat kali ketiga, aku bermimpi pemuda tadi bagi aku bungkusan hijau yang besar. Namun aku tak menerimanya. Tup aku tersedar dari tidur. Dan kali ini memang badan aku mengigil & aku serta merta menangis takut. Aku kejut kakak aku. “Nape nih?”.
“Kak, orang takut. Tak boleh tidur”.
“Dah la tidur. Esok sekolah”.

Hampeh. Last² aku tertidur semula. Dan akhirnya, off course to be continued mimpi aku tadi. Pemuda berserban tu mula bercakap. “Aku tau kau susah, ambil ni. Kau boleh bantu orang”.

Allah.. aku terjaga semula. Badan dah berpeluh² meremang. Nekad tak tidur. Bgtau kakak pun. Hampeh. Buat taik mata je. Otak mula berfikir. Orang alim ke? Hantu ke? Jin ke? Saka ke? Dia nak bagi aku barang?.

Esok balik dari sekolah, aku cite dengan mak. Kakak pun pasang telinga dengar. Abis je cerita, Mak tanya aku.
“Nape tak amik. Kot² harta karun ke?”.

Maaakkk!!!!
Mengekek² kakak aku ketawa.

Bila dah besar ni, aku buat andaian dan tafsiran. Mimpi aku tu mungkin ada kena mengena tok nenek punya saka.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Jai Nee

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]

3 thoughts on “Ceramtot: Kisah di Berek Polis Seremban”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.