#Cerita Ahmad (Abang Misteri)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca FS. Terima kasih kepada admin FS jika sudi publish cerita aku untuk kali ini. Entri pertama aku adalah #Cerita Ahmad. Kejadian di tempat parking kereta ketika aku pulang dari kerja. Kisah kali ini aku nak kongsi satu lagi pengalaman di tempat kerja aku yang mana kisah kali ini betul-betul buat aku terkedu. Aku juga ingin memohon maaf jika cerita kali ini tidak begitu seram. Hanya sekadar perkongsian secebis kecil pengalaman tentang kehidupan. Tetapi kisah kali ini membuatkan aku lebih terbuka dalam memikirkan alam ciptaan Tuhan ini.

Seperti yang pernah aku perkenalkan diri aku sebelum ini, nama aku Ahmad, bekerja sebagai seorang jurutera di salah sebuah kilang di Pasir Gudang. Kejadian ini berlaku sekitar tahun lepas (2016) jika tak silap aku. Aku punya seorang rakan setugas, Naim namanya dan beliau juga merupakan seorang jurutera namun dalam skop yang berbeza. Dengan kata lain skop tugas aku lain dan skop tugas dia lain. Namun kami satu pasukan. Malah kadang-kadang aku memberi sokongan kerja pada Naim dan begitulah sebaliknya. Naim juga banyak beri sokongan pada kerja-kerja aku. Aduh, banyak pula celoteh aku ni. Mohon maaf ya..

Nak dijadikan cerita, suatu hari  (sekitar waktu Asar), kami bersama-sama melakukan satu tugasan. Aku tidak beberapa ingat akan tugasan itu, maklumlah kadang-kadang tugasan kami bermacam ragam. Kami tidak punya jadual khusus kerja apa yang perlu kami lakukan setiap hari. Bermacam tugasan perlu kami laksanakan dan selesaikan. Pendek kata, bekerja di sini memerlukan kami semua untuk mempunyai kemahiran ‘multi-tasking’ yang tinggi. Berbalik kepada situasi tadi, aku bersama Naim dalam perjalanan ke jabatan lain. Aku dan Naim berjalan seiringan sambil borak-borak kosong. Pada ketika itu kami berada di aras bawah sekali (ground floor) dan kami ingin naik ke tingkat atas dengan menggunakan tangga.

Bahagian ini aku perlu ceritakan sedikit tentang lakaran atau ‘layout’ tempat kejadian supaya lebih mudah faham. Baiklah, pada ketika itu aku bersama Naim berjalan seiringan menuju ke bahagian tangga untuk naik ke tingkat atas. Tangga yang aku maksudkan di sini letaknya di dalam satu bahagian tertutup. Untuk masuk ke ruangan tangga ini ada dua pintu. Satu pintu di hadapan dan lagi satu pintu letaknya di sebelah sisi. Maksudnya jika aku duduk di depan pintu hadapan aku tidak akan nampak pintu di sebelah sisi dan begitulah sebaliknya. Namun apabila aku membuka pintu hadapan, aku akan terus nampak anak tangga dan pintu sisi dari bahagian dalam. Begitulah juga jika aku masuk melalui pintu sisi, aku akan terus nampak anak tangga dan pintu hadapan dari sebelah dalam. Agak-agak faham tak?

Tangga yang aku maksudkan ini sepertinya tangga kecemasan yang selalu ada di sebelah lif. Jika kita menggunakan lif, biasanya disebelahnya akan ada pintu untuk masuk ke ruangan tangga. Fahamkan?

Bezanya ruangan tangga yang ini ada dua pintu masuk.

Baiklah, sambil aku dan Naim berjalan beriringan, di hadapan kami ada seorang ‘abang’. Menariknya abang atau pekerja ini memakai pakaian yang sama dengan kami. Oh ya, untuk pengetahuan kami memakai pakaian seragam yang sama. Jaket baju sama, seluar sama, dan topi yang sama. Begitulah juga dengan abang seorang ini yang kebetulan berada dihadapan kami berdua. Memang jelas kelihatan yang abang ini merupakan pekerja kilang yang sama dengan kami. Seluar, baju, dan topi biru sama dengan kami. Aku tidak nampak wajah abang tersebut kerana kami berada dibelakangnya. Kami pun bukannya nak ambil kisah waktu itu.

Abang tersebut berjalan menuju ke ruangan tangga yang kami mahu gunakan untuk naik ke atas. Abang tersebut membuka pintu hadapan, lantas menuju ke anak tangga dan naik ke atas. Pada waktu itu abang tersebut melepaskan pintu yang dibukanya tadi dan pintu kayu berat itu perlahan-lahan tertutup. Aku memang jelas melihat abang tersebut membuka pintu dan gambaran anak tangga memang jelas kelihatan sewaktu pintu itu perlahan-lahan tertutup. Baiklah biasanya jika kita ingin melalui sesebuah pintu yang mana pintu tersebut telah dibuka oleh orang di hadapan kita, apa yang kita akan lakukan. Tentunya kita akan sedaya upaya untuk menahan pintu tersebut sebelum tertutup kerana kita juga ingin melalui pintu tersebut. Sewaktu pintu yang dibuka oleh abang tadi perlahan-lahan tertutup, tangan aku seiringan ingin memegang tombol pintu. Malangnya pada waktu yang seragam aku memegang tombol pintu itu, pintu itu telah tertutup sepenuhnya. Kiranya aku tidak sempat menolak pintu itu pada waktu itu.

Pintu sudah tertutup, tangan pada waktu itu masih berada di tombol pintu. Yang peliknya ketika ini, pintu itu tidak boleh dibuka. Eh pelik, abang tadi kunci ke? Fikiran aku menerjah. Jika tidak silap aku, ada sedikit perasaan bengang kerana pintu yang tadi terbuka tiba-tiba tidak boleh dibuka. Naim berada di sebelah aku ketika itu. Dengan perasaan membuak-buak, aku terus ke pintu ke dua iaitu pintu di sebelah sisi. Aku terus ke pintu tersebut lantas terus membukanya.

Waktu ini hanya Allah Yang Maha Kuasa sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu. Aku sangat-sangat terkejut melihat keadaan pintu hadapan dari bahagian dalam. Rupa-rupanya pintu tersebut telah di ‘seal’ atau telah di ‘lock’ dari dalam dengan menggunakan besi kecil di bahagian atas, tengah, dan bawah. Aku terkedu, kelu, dan bermacam rasa ada ketika itu. Terkejut dan tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Apa benar? Atau sekadar ilusi. Aku bingung. Aku terus melulu memberitahu Naim (yang waktu itu masih berada di luar) bahawa pintu tersebut sememangnya tidak boleh dibuka. Naim terus terkesima seribu persoalan. “kau nampakkan abang tu masuk tadi?”, begitulah lebih kurang pertanyaan aku pada Naim. Pertama kali aku melihat wajah Naim yang berubah air mukanya kerana terkejut. Dua-dua kehairanan dan tentunya memerlukan sedikit ruang untuk berfikir.

Aku cuba yakinkan diri aku tentang apa yang baru aku lihat sebentar tadi iaitu seorang lelaki berpakaian seragam sama seperti kami masuk melalui pintu tersebut dengan jarak dia dengan kami hanya beberapa jengka sahaja. Aku bingung. Aku mendapatkan kepastian dengan Naim akan apa yang terjadi. Naim meyakinkan aku bahawa beliau juga turut melihat abang tersebut. Aku ada terfikir mungkin aku dan Naim salah tengok barangkali. Mungkin abang tadi melalui pintu sisi kot. Difikirkan balik sangatlah tidak logik. Jika abang tadi masuk melalui pintu sisi, mana mungkin kami nampak dia masuk. Pintu sisikan berada pada sudut lain. Pintu hadapan ini berada pada sudut lain.

Dua orang yang masih keliru seribu bahasa ini membuat semakan rawak di ruangan tangga. Di bahagian atas ada satu lagi pintu dan jika ada orang yang naik ke atas semestinnya ada bunyi pintu dibuka di bahagian atas. Pada waktu kejadian kami berdua langsung tidak mengetahui bahawa pintu hadapan itu sudah tidak boleh digunakan lagi. Sefahaman kami, kedua-dua pintu masih boleh digunakan. Kami berdua yang masih terkejut terus melanjutkan perjalanan kami ke jabatan lain. Ketika kami berdua pulang ke pejabat, maklumat ini terus disampaikan kepada bos kami sebagai respon mengejut.j

Persoalan hari itu terus menjadi kebingungan kami berdua sampai ke hari ini. Macam mana abang tersebut boleh masuk melalui pintu tersebut? Siapakah abang itu sebenarnya? Manusiakah atau makhluk lain? Siap berpakaian seragam lengkap lagi. Takkanlah ada kilang yang sama juga di alam yang lagi satu? Kami ada juga terfikir, bagaimana jika kami berdua sempat melalui pintu tersebut. Apakah yang akan berlaku agaknya. Rahsia alam…terlalu luas untuk diterokai..

Samson Ahmad

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

6 thoughts on “#Cerita Ahmad (Abang Misteri)”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.