CERITA EL 2: Hantu Raya terperangkap dalam badan & berjumpa dengan Sukarno President Indonesia!

Ni cerita kedua aku, hari tu aku cerita ada Hantu merangkak bawah katil. Ada orang cakap haiwan, tapi rumah aku langsung tak ada bela kucing ke tikus ke. Yang pasti Jin. Bace link kat bawah kalau nak , korang boleh boleh bace cerita pertama aku dekat link ni http://fiksyenshasha.com/cerita-el-jadi-benda-apa-yang-merangkak-bawah-katil-aku-malam-tadi/

Lepas habis SPM aku masuk Matrikulasi. Kat sane setahun aku rasa aku kena kacau sekali je, tengah tido tu aku nampak ada orang (Hitam Legam) mencangkung atas aku then macam goyangkan aku bangun dari tido, aku ngantok sangat so buat dek je. Esok nya aku dengar kecoh, ada HANTU MINYAK kat UiTM sebelah. Aik…. Hantu GAY ke ? HAHAHA. Lepas habis matrik, aku sambung degree. Semester 3, kelas masa tu waktu pagi je. Lepas habis kelas, aku dengan Ucid plan nak makan ABC Fradoo. Then jalan jalan sampai malam. Aku dengan Ucid satu bilik, dia tidur bawah , aku tidur kat atas (katil double decker).

Kita orang memang tido tutup lampu bilik and kunci bilik. Yang ada cuma cahaya dari lampu jalan (Tingkap bilik betul betul sebelah lampu jalan). Tiba tiba kau ternampak ada benda putih terbang dekat udara dari jauh. Jelas tapi disebabkan benda tu jauh, tak berapa pasti ape. Makin lama benda tu makin besar. Maknanya benda tu makin dekat la kan, and then baru la aku perasan. “PONTIANAK!”. Tak sempat nak buat ape ape, pontianak tu terbang laju terkam aku then hilang. Satu badan aku meremang, jantung aku degup laju gila kot. Tiba tiba rasa TAKUT yang teramat sangat. Menggigil. Aku terus switch on lampu bilik. Aku buka pintu bilik seluas luasnya, Ucid nyenyak je tidur kat bawah, housemate aku yang lain tidur lena kat ruang tamu. Hati aku masih tak tenteram. TAKUT! Itu je dalam fikiran aku masa tu, tak fikir apa dah. Terus aku capai Handphone aku, tengok jam

“2:00 A.M”

Aku baca apa yang patut and terus tarik selimut bantal baring di sebelah Ucid. Dia langsung tak sedar, cis! Tido mati punya orang. Aku tak dapat tido, teringat cerita tahun lepas. Permulaan bagi semuanya. Permulaan semua ujian Allah yang berlaku menimpa aku sekarang ni.

Waktu tu semester 1, dah dekat final exam minggu . Minggu last kuliah ni, aku rasa tak berapa sihat. Aku tidur dalam kelas. Tak pernah pernah aku tidur dalam kelas. Masa waktu maghrib aku sedar satu benda yang pelik. Aku mengigil! Azan dari surau hostel jelas dari bilik. Tiba tiba rasa sakit satu badan, sengal satu badan, kejang otot. Rasa yang sangat sangat tak selesa. Macam tak tenteram bila dengar azan. Seminggu lepas tu, aku still tak larat pergi kuliah. Baring je dalam bilik, Ucid yang uruskan makan dan minum aku. Bila tiba waktu magrib, badan aku rasa sakit. Ada satu malam tu, exam bertulis badan beruniform. Masa tu aku rasa betul betul tak larat, komander yang garang gila tu pon selamba aku cakap dengan dia,

“Nak balik. Demam”

Ingat kena maki ke ape ke, maybe time tu memang muka aku nampak sakit. So, dia terus bagi aku balik. Siap hantar keluar lagi. Then sampai rumah je. Aku rasa lain macam . Tiba tiba aku mengerang marah & lepas tu nangis pulak. Malam tu aku tidur dekat bilik depan. Tengah nyenyak tidur, tiba tiba aku rasa nak muntah! Berlari aku pergi keluar bilik, tak sempat, dekat situ jugak aku muntah. Perut aku rasa sakit sangat, rasa perit! Satu rumah bangun disebabkan aku. Bukan sekali, 2, 3 kali aku muntah. Lepas tu, aku tidur duduk, sebab sakit sangat perut. Masa nak lelapkan mata aku terdengar ada orang berjalan di luar rumah. Bunyi batu bergolek. Tak fikir hantu Cuma fikir mati je. Esoknya, tukang urut datang. Dah siap urut satu badan aku, dia cakap dengan mama.

“Badan dia panas, macam ada benda yang tumpang”.

Pagi tu aku cergas, walaupun tak bercakap sangat. Tapi malam esoknya tu aku dah jadi macam Mayat Hidup! Aku langsung tak larat nak bergerak. Sampai makan dekat atas katil. Terus papa bawak aku pergi berubat. Badan aku lembik sangat, sampai orang kena papah aku keluar bilik. Sampai je dekat rumah Dukun tu, aku tak nak keluar kereta, then sampai giliran aku berubat, aku duduk depan dukun tu. Dukun tu baca ayat ayat pelik, laut cina selatan, penjaga la ape la. Tapi ada ayat Al-Quran gak, aik. Pelik, then dia tiba tiba tanya aku soalan,

“Siapa Kau?!”

Aku tak menjawab soalan dia, tapi aku tau jawapanya sebab aku still sedar walaupun Jin tu yang kawal badan aku. Rupanya HANTU RAYA. Dukun terus tanya macam2 soalan, aku tak jawab, cuma kepala aku angguk & geleng je. (Angguk angguk, geleng geleng, ikut tunjuk saya saya kiri kanan ikut saja *ingat lagu lama tu Hahaha.) Rupanya ada setan tu tersekat dekat badan aku, Hantu Raya tu dah tak bertuan, tuan dia dah mati, so dia merayap then tiba tiba berlanggar dengan aku, then stuck tak boleh keluar. Nasib baik dia nak keluar, keluar je dari badan aku, mata aku celik seluas luasnya! Alhamdulilah. Sehari lepas kena kacau dengan Hantu Raya tu, badan aku sihat macam dulu, tapi kejap je, petang tu aku dah rasa lain macam. Damn! Sudah! Malam tu jugak aku pergi jumpa dukun tu lagi sekali Tapi kali ni lagi teruk, sebab Jin Kuda Kepang!

Sudah, kuda kepang pulak. Rupanya yang sampuk aku ni Raja Jin Kuda Kepang. Dah lama orang tak main kuda kepang kat area sini (main kuda kepang yang betul betul naik “seh” tu dulu selalu tengok. Jarang nak jumpa sekarang ni, syirik kot benda macam tu. Nampak Api je terus nak pergi terkam. Seronok cerita kuda kepang ni, nak cerita tapi panjang lak nanti. Haha. ) Agaknya la kalau time tu pasang muzik kuda kepang tu, mau melompat aku! Hahaha.

“Islam tak”, tanya dukun. “TAK”, lagi teruk Jin tu tak nak keluar, paksa keluar tak nak jugak. Time tu aku sedar je, bila di tanya dari mana, tu haaaaaaaaaa… Nun jauh sana, dari Candi Borobudur dekat Indonesia tu. Last last, dukun tu dah fedup. Dia panggil Perdana Menteri Indonesia Pertama Sukarno datang! Bapak lah! Dalam hati aku, betul ke tak ni. Dukun tu suruh tengok luar, nampak tak Sukarno tu kat luar. Dukun tu cakap Sukarno datang naik Kuda putih.

(Seram? Kelakar? Tipu? Entah lah, tapi benda tu memang betul jadi kat aku. Dukun tu panggi Sukarno tu sebab dia Perdana Menteri pertama Indonesia, semua orang indon suka dia, maybe termasuk sekali la hantu jin jembalang ni. Wallahu ‘ alam. Tak tau la roh dia betul ke, jin syaiton menyamar ke ape ke. Dia datang bawak Daun Batang Pinang kat belakang (Alaaa.. yang duduk kat atas daun tu then orang tarik)

“Nampak daun Pinang tu? Keluar, pergi naik atas tu. Wak Sukarno bawak kau balik pergi Indon”.
Aku sendiri tak percaya, tapi masa tu memang benda tu terus keluar dari badan aku. Then aku ok balik, sebabkan selang sehari je aku dah kena kacau dengan hantu lain, aku mintak pendinding dengan dukun tu. Dia pon bagi aku satu tali ikat dekat perut. Seminggu lepas tu semuanya okey je. Tapi aku ada mimpi benda yang tak baik. Papa still rasa yang aku belum sembuh lagi, dia bawak aku pergi jumpa Ustaz Zul. Sampai sana, Ustaz tu scan badan aku. Then dia cakap,
“Pendinding yang dukun tu bagi Pocong!”

Damn. Gila la, seminggu aku tidur dengan pendinding pocong tu. Ya Allah, kalau aku tau, aku tak nak mintak. Memang la benda tu lindung aku dari kena kacau hantu lain, tapi Pocong tu sendiri kacau aku and mudaratkan aku sendiri! Ishhh.. Tak banyak soal lagi, Ustaz Zul terus buang benda tu dan dia terus pasang pendinding ayat ayat Al-Quran bagi kat aku. Aku tak suruh korang percaya pun, tapi ini yang betul betul jadi. Sebelum ni memang percaya dengan benda benda ghaib ni (Jin Saka Sakat) tapi TAK PERNAH TERFIKIR akan diuji dengan benda benda macam ni sampai tahap yang membuatkan aku rasa banyak lagi benda benda ghaib dalam dunia ni yang kita tak tau dan sebenarnya wujud. Tapi cerita aku tak habis kat sini je, cerita ni baru jadi permulaan kisah aku dengan dengan makhluk Jin & Syaitan. Ramai cakap biar la panjang, tak nak sambung sambung. Tapi 5 Tahun kena kacau, kau rasa? Kalah buku 99 Patah Amin tu.. LOL

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

32 comments

    1. Hijab? Rasa nya Hijab aku rapat serapat nya.. sebab Jin ni kalau nak kita nampak dia, SAKIT TAU! Bukak hijab? kau tak tengok cerita Hijab tu ke? Nanti padah beb

    1. Masa tu tak tau lak dia tu dukun yang “SESAT” kalau tau tak g.. btw first experience.. not tangkal, dia macam tali macam tu.

  1. Assalamualaikum,
    saya percaya cerita awak. Saya pun macam tu jugak tapi jalan cerita lain lah. Saya di ilmu hitamkan oleh orang yang berhati busuk. Setelah saya berubat Ustaz tu ada cakap badan saya ni memang dah ada tanda atau laluan untuk makhluk halus ni masuk, jadi jangan kosong, kita harus berzikir setiap masa. Memang semua macam tu, sekali saja kita pernah kena dan dimasuki, maka jangan hairanlah jika benda tu akan masuk lagi walaupun bukan makhluk yang sama

    1. ” tanda & laluan” same la.. seminggu hantu raya tu stuck dalam badan, tu yg ada laluan utk benda2 tu senang masuk.. Hummm.. 🙂

  2. Rajin plak presiden Sukarno tu melayan bomoh n raja kuda kepang tu kan. Hahahaha. Part tu buat aku gelak macam cik akak putih tau. Aku rasa kau akan ada kisah hebat dan pengalaman hebat in future

  3. Cerita dari EL terbaik. Straight to the point. Takde meleweh dengan intro yg takde kena-mengena dan takde “lawak-lawak hambar” mencelah yang boleh spoil mood cerita. The best, EL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.