CERITA EL 3: Cara nak Buang Saka Sakat Jin Iblis!

Balik class, aku baring atas katil main game dekat phone. Aku pakai earphone mase tu, dengar lagu. Tak lama tu, lagu stop sendiri, senyap, then bunyi macam radio tak dapat siaran, tiba tiba je dengar suara perempuan panggil mengilai nama aku

“ Arizzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz ~~”

Sejibik cara panggil tu macam Pontianak panggil name orang dekat tv tu, korang dapat bayangkang! Bunyi tu bukan dari luar tau, aku kan pakai earphone, so macam dengar lagu la. Betul betul menusuk masuk telingga! Ok, meremang bila tulis ni. Hahaha.. Gila, ape lagi, aku lempar phone aku tu then lari keluar bilik. Check dekat Ustaz, saka belah my dad. Hari tu yang Pontianak terkam aku tu (boleh search 2 cerita aku dah publish, taip je “CERITA EL & CERITA EL 2” mesti jumpa.) Penat weh kena kacau je selalu ni, sejak Hantu Raya terperangkap dalam badan tu, makin ramai setan yang suka aku.

Semua “connection” saka dengan aku dah di Potong/Buang dengan Ustaz from my Dah & Mum side. Tapi kena kacau lagi, why? Dia datang balik? NO!! dengan izin Allah, InsyaAllah dia takkan datang balik, semuanya sebab “connection”! Tak faham? Meh aku Explain, aku ada cerita kat orang yang Ustaz Zul ni pandai buang saka. Then orang tua tu cakap aku syikiri and marah aku ! Mane boleh buang saka la, ape la. Nasib dia pakai songkok Haji, rasa nak tumbuk je, tapi lantak kau nak percaya ke tak, janji Family dah tak ada saka sakat ni.

1. “Saka Connection”
“Connection” saka ni kuat, kalau dulu dia janji nak ikut/berdamping dengan Family Husin sampai kiamat, sampai 100 keturunan pon dia akan ikot. Ok aku bagi contoh keturunan family aku.

Hj Husin > Hj Kasim > Hj Razak (Atuk) > Ismail (Dad) > Ariz (Me)

Tadi aku ada mention kan, aku dah buang/potong “connetion” saka, tapi yang aku cuma potong dari

Ismail (Dad) > Ariz (Me) je..

So aku & my dad dah tak ada connection dengan saka. TAPI, my dad aku ada adik beradik yang lain. Hj Razak (Atuk) > Adik beradik my dad. Benda tu memang dah tak ada kat aku or my dad, tapi setan tu still ada kat Uncle & Auntie aku so setan tu leh still kacau aku, tu yang dengar Pontianak mengilai nama aku. Faham? So after that, my dad panggil semua 10 orang adik beradik dia berubat. Yang duduk Sabah pon dia sponsor ticket suruh balik sebab tak aku kena kacau lagi. Selain dari “connection” ada satu lagi benda yang korang kena tau.

2. “ Saka Platform”
Saka ni dia ada platform dia sendiri, bukan main turun macam tu je. Macam Family daddy aku ada 10 adik beradik. Saka punya platform dua orang, dua orang! So, platform dia ada “5” ! Ustaz Zul dia scan semua family Daddy aku, then dia pasangkan semua berdua dua. My Dad + Pak Su, Mak Ngah + Mak Lang & sampai la semua la 10 orang. Tapi yang perasan kan, family daddy aku yang dipasangkan berdua dua ni la yang paling rapat antara satu sama lain. Paksu aku manja & rapat dengan Daddy aku, Mak Ngah rapat dengan Mak Lang. Itu yang aku perasan, tapi aku tak tau WHY saka tu pilih base on that. Ape sebab aku explain Platform ni?

Sebabnya, Saka tu turun kan semua adik beradik ayah aku. Kena kacau kaw kaw dengan tak je beza nya, tapi SEMUA ADA! Mak lang mimpi bayi mintak dokong la. Mak ngah aku kena kacau kaw kaw, sampai pengsan, suami dia nampak ada Hantu nak gigit dia. Platform ni sebenarnya trick Saka. Contoh, My Daddy kena kacau, then pergi berubat dah potong/buang saka semua, tapi kena kacau lagi (macam kes aku) why? Sebabnya, platform My Daddy + Pak Su. Saka ni dia still ada kat Pak su aku, berjuta kali pon my dad pergi berubat, tak akan baik. Sebab “platform” saka pak su ada agi. Dia boleh kacau balik. Nak baik? Buang sama sama! (Kalau korang pergi berubat tak baik baik, maybe sebab ni). Sebab tu Ustaz akan pasangkan berdua dua. Macam kes orang lain, ada yang anak bongsu dia pasangan dia dengan Mak dia. So, dua dua orang kena beruabat.

Saka mana boleh buang?! Mengarut! Maybe ada orang akan cakap macam tu, tapi cari Ustaz ni dia bukan buang, sebab kalau perjanjian dia nak ikut keturunan tu sampai Kiamat, memang akan ikut la sampai cucui cicit aku. Dari pandangan aku bukan buang , TAPI PINDAHKAN! Macam mana? Dia guna Kelapa! Bukan kurafat okey, Ustaz ni 100% ak percaya dia guna cara Islam btw dia Imam, family dia baik baik, & kawan Daddy aku. Macam mane dia pindahkan?
Dia akan mintak sebahagian apa yang ada kat badan kita. Organ? Hahaha.. No! Just.

1. Rambut
2. Bulu roma kaki & tangan (Kiri & Kanan)
3. Kuku ibu jari (Kaki Tangan Kiri & Kanan)

and last……………………. DARAH!

Hahahaha.. sikit je, Ustaz akan cucuk pakai Jarum Emas (RM60 satu kau harga dia, kau rasa berape banyak daddy aku dah habiskan duit untuk aku? Hummm.. Aku ni menyusahkan dorang je. Tapi ada orang yang tak berduit datang, Ustaz tu tak mintak pon bayarana Jarum or Upah). Sikit je dia cucuk, bagi syarat ada darah sikit keluar dari ………..

“Ibu jari Tangan (Kanan & Kiri) dan Ibu jari Kaki (Kanan & Kiri)”

Hahahahahahahaha. Kau rasa? Sakit gila tau tak! Lagi sakit dari kena cucuk dengan jarum Nurse. Aku dah lah takut jarum, tiap kali kena cucuk tu, rasa nak sepak je Ustaz tu. Hahahaha.. Takot lepas tu Sakit! Ok sambung, lepas tu kuku rambut, jarum emas tu, & tisu yang ada darah kita tu letak dalam telur ayam. Then Telur tu masukan dalam Kelapa tu. Tutup kelapa tu, then bungkus dengan kain putih & ikat! Dia akan suruh pasangan family tu pegang kelapa masing masing (5 Pasang = 5 Kelapa) dan baca ayat! Yang aku ingat la,

“Bismillahirrahmanirrahim. Ni bukan hak kau, dan bukan hak aku, ini hak Allah…. (tak ingat)…… Segala Saka, Sakat, Jin, Iblis, Syaitan… (tak ingat lagi)… jangan ganggu (sebut nama sendiri)…. Sampai bila bila”

Siap! Then kena pergi sungai yang mengalir, dan hanyutkan kelapa tu dekat sungai tu. Tapi ada syarat!

1. Lepas buang tu, JANGAN PANDANG BELAKANG!
2. Kalau ada orang panggil ke ape ke, buat bodoh je, jangan pandang or sahut. Masuk kereta terus blah.

Benda tu boleh je muncul nak takutkan kita supaya tak jadi buang. Buang pukul 1 pagi 2 pagi, seram beb! Gelap lagi.. Huuuuuuuuu… Malam tu aku mimpi, ada 5 bungkusan putih (maybe kelapa tu) hanyut pergi macam tu. Pernah tanya Ustaz, buah kelapa tu jadi ape? Macam mane kalau ada orang jumpa? Ustaz cakap maybe kelapa tu akan hilang/ghaib macam tu macam tu je. Tu la, ada hikmahnya aku kena kacau semua ni, kalau tak, cucu cicit keturuanan aku family aku ada saka. Sampai aku, STOP! Tak ada follow follow okey, nak follow pergi follow aku dekat Instagram. Bukan nak riak, tapi kalau tak di sebabkan usaha keras My Dad, sampai sekarang Mak ngah kena kacau kaw kaw. Pengsan. Nampak kelibat. Nampak dia sendiri kat depan. Aku bersyukur dapat AYAH yang sayang aku sangat sangat, duit dia habis berape ribu pon dia tak kisah, asal aku sihat. Alhamdulilah. Lepas tu aku dah tak ada kena kacau dengan saka belah my dad but from my Mum side?! HAHAHAHA! Jengggg! Nanti sambung, nak balik rumah, waktu office dah habis.. 😛

**** Sape sape nak buang saka aku cadangkan pergi dekat Separap, Batu Pahat, Johor. Dia Imam masjid. Tanye je Ustaz ubat ubatkan dekat orang situ, confirm semua tau & korang jumpa jumpa.. Orang dari Pahang, Kedah, sanggup datang sebab dia TERBAIK! Setakat ni semua saka & setan bersepah sepah yang kacau aku tu dah kena buang, tak pernah datang lagi. Alhamdulilah sangat. btw dialah Ustaz Zul tu (bukan nama sebenar  )

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

27 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.