Cerita EL 5: “ASTRAL PROJECTION” ini ke rasa sakitnya macam mana Mailakat Maut cabut nyawa kita?

Aku sendiri tak faham sampai la sekarang kenapa aku boleh kawal mimpi aku sendiri? Sampai kadang kadang aku takut nak tidur sebab mimpi aku selalu yang pelik pelik, mimpi hantu lepas tu terkejut terus bangun dari tidur tu, aku dah MUAK! Tapi kadang kadang mimpi yang, entah la. Susah nak jelaskan.

Astral Projection kelebihan bila seseorang boleh mengawal rohnya keluar dari badan ketika mimpi ke ALAM LAIN!”.

Macam pernah dengar? Yup, itu antara deria ke 6 dalam cerita hantu Insidious! Ayah dia & anak dalam cerita tu ada kelebihan astral projection “Kawal mimpi”. Ayah dia masa budak ada kelebihan tu, sampai ada benda (hantu) dan sekarang ni anak dia pon ada kelebihan macam tu jugak. Kalau korang tau cerita tu, korang mesti faham. Apa yang aku boleh buat masa mimpi sama dengan cerita tu, sejak kena kacau dengan Hantu raya & macam macam hantu lagi sampai aku dah “BOSAN” (baca cerita tajuk Cerita EL, Cerita EL 2, Cerita EL 3, Cerita EL 4).

Kadang kadang aku mimpi kena kacau hantu, then aku tau aku dalam bahaya & aku tau yang aku tengah mimpi je. So aku push diri aku untuk bangun! Selalunya 100% menjadi, aku akan terus bangun dari tidur dengan keadaan terkejut. Dalam cerita tu, bila orang dalam keadaan Astral Projection, roh dia akan berjalan/terbang sana sini. Memang seronok boleh kawal mimpi sendiri, tapi ada benda yang “TAK BAIK AKAN JADI” ada benda yang boleh nampak kita, yang pasti bukan orang (Jin&Syaitan) tu boleh nampak roh yang terbang ke sana sini, dorang akan kejar sebab nak masuk dalam badan roh yang terkeluar tu. (Dalam cerita Insidious tu la) Hmmmmm. Tapi, sebab tu ke haiwan tu kejar ikut aku sampai rumah? Tapi kalau betul aku ada kelebihan “Astral Projection” , benda ni betul ke? Ada tulis dalam Al-Quran?

Cerita EL 4 sebelum ni aku ada cerita pasal pengalaman astral projection aku, and ramai cakap benda tu normal! Aku tak fikir tu NORMAL, Ustaz sendiri yang cakap dan sebab lain ada benda yang aku tak cerita lagi. Antaranya:

1. Aku boleh tau masa depan
Sejak kena kacau dengan Jin tu, aku selalu boleh tau masa depan. Banyak kali. Bukan dejavu, sebab dejavu kita takkan ingat benda tu berlaku sampai lah kejadian tu tiba. Tapi aku ingat benda tu sampai kejadian. Dalam vision tu, aku nampak bayangan uncle aku, dan esoknya memang aku jumpa dia. Lagi, before Ustaz pagar rumah aku, aku rasa rumah aku ada benda yang tak baik. Then aku nak sangat apa benda yang menghuni rumah aku selain family aku, tiba tiba aku nampak Vision orang kecik kecik (ramai sangat) pegang tombak & kapak dalam rumah aku. Pergi jumpa Ustaz dia cakap, ada Jin Hutan ramai dalam rumah ni.

Aku cerita yang aku selalu nampak benda yang akan berlaku, muka Ustaz cuak. Dia cakap, “Manusia tak sepatutnya tau masa depan” dia terus urut kepala kau dan baca ayat ayat Al-Quran. Lepas tu aku terus tak dapat nampak bayangan masa depan. Terbang tu tak payah cerita, banyak kali aku terbang, aku terbang takutkan orang yang tengah jalan. Ada sekali tu aku terbang, ada benda kat kiri kanan aku terbang jugak, sekali aku toleh. Hantu! Tapi aku buat dek je, sebab dorang macam macam terus aku terbang mana mana tempat yang aku suka. Paling teruk.

2. Roh tersekat!
Masa aku kat UiTM, aku suka tidur petang lepas balik kelas! Sedap tidur tengah hari ni, yela bangun awal. Tidur lewat. Tengah syok tidur tiba tiba aku sedar. Aku pun bangun la nak duduk. Aku rasa pelik, sebab aku tak boleh nak duduk! Bukan kena tindih. Aku tersekat antara posisi Baring & Duduk! Pandangan aku kabur & bergegar! Tapi aku still boleh nampak sekeliling bilik aku, masa tu … Allah je tau perasan aku bila aku toleh belakang. Aku nampak badan aku tengah baring! Aku terus jerit sekuat hati! Nak baring tak boleh, nak bangun tak boleh! Dengan pandangan mata aku bergegar macam gempa bumi! Dalam keadaan macam tu pon aku still boleh nampak roommate aku duduk atas katil dia makan MAGGI. Aku jerit nama dia, tapi dia tak dengar. Masa tu aku fikir aku ni ke keadaan Malaikat Maut bila cabut nyawa?! Demi Allah, aku menangis gila time tu! Menjerit macam orang gila, melalak melolong mintak tolong! Takut sangat sebab tak boleh buat apa. Aku push untuk sedarkan diri walaupun aku tau ni bukan mimpi, sebab pandangan aku cerah. Kalau sebelum ni aku “astral projection” semua dalam keadaan gelap. Aku paksa jugak untuk bangun.

Bila aku tersedar je, aku terus duduk! Badan aku berpeluh peluh! Roomate aku tengok aku bangun kelam kabut macam tu. Aku terus tanya dia,

“Ada dengar aku mengigau ke tadi?! Jerit ke?! Cakap sorang sorang ke?!”.

Dia cakap tak, tapi posisi dia duduk tu memang sama macam aku nampak tadi tu & dia memang tengah Makan MAGGI!! Ok, pelik. Aku sendiri tak tau apa yang jadi masa tu. Tuhan je tahu.

Semua benda yang jadi dekat aku tu, TAK NORMAL! Sampai ada tahap aku takut nak tidur lagi, sebab kalau tidur je mesti ada benda yang pelik pelik jadi. Sekarang aku dah tak boleh buat Astral Projection lagi sejak Ustaz dah tutup. Walaupun aku kadang kadang rindu gift aku tu, tapi untuk kebaikan. Berapa tahun lepas tu hidup aku Normal macam orang lain, tapi sayang…. sekejap je rupanya…. Hahaha.. lepas tu dari mana dan bila, Allah bagi aku kelebihan yang lain dari yang sebelum ni dan yang jarang orang ada. Tapi aku ada soalan untuk korang, kalau orang yang ada kelebihan boleh Nampak Jin/ Hantu ni, tu KELEBIHAN ataupun PENYAKIT?! 🙂

57 comments

  1. Boleh jadi dua..satu mmg gifted dan satu lagi keturunan punya..(maaf jika tersinggung, its ok..klu ‘ada’ bukan salah awak..awak mungkin tak tahu) untuk ujikaji pada diri sendiri..tipsnya, buat yang wajib, solat sunat tahajud, solat sunat taubat, solat sunat istikharah, dan baca alquran seberapa banyak yang boleh amalkan di setiap waktu atau setiap hari..kalau tak ada masalah di sepanjang proses tu alhamdulillah..kalau tak boleh (mengantuk, malas atau apa saja yang buat waswas dan menghalang/menganggu proses tersebut) sila cari tempat perubatan islam yang betul..????

  2. omg..blh npk mase depan beb…mybe tu cmne gmbr mmpi je..biase la tu gngu…dlu pon pernah kne…igt dah bangun…rupe2 tdo lg…klu tido ptg lps asar biase la tu…

  3. Aku pn mcm penah rasa jgak…masa study dulu….yg aku tau aku tido,aku mimpi,dlam mimpi tu aku nmpk aku tido n berlaku kejadian dlam bilik tu(barang roomate aku terjatuh n terus hilang,aku ternampak barang tu terperosok bawah almari,almari tu plak bkannya ada ruang yg boleh menampakkan apa yg ada bawah almari tu,takda ruang…!!!pelik jgak mcmana aku tau barang tu duk situ…)lepas tu aku tersedar,..elok jer sedar tu berlakulah sebiji apa yg aku mimpi tadi tu.(kecoh mmber aku cari barang dia yg jatuh tu tapi tak jumpa,aku bangun jer terus cakap kat dia cuba angkat almari tengok bawah almari tu…mmang betul brang tu ada bawah tu!!!….semua pandang aku,hairan mcmana aku boleh tau..aku cakap aku pun tak tau nak xplain mcmana…)…acaner tu ea???kisah aku plak macam mana???

      1. hahaha!!wallahualam….
        dia tak datang hari2…ada masa2nya jgk nak jadi mcm tu….bila mimpi yang tak elok,aku jadi takut…takut jadi betul…

  4. Ape yang kau alami ni EL, same je kelebihan kau and aku. Cume tak paham kenapa ustaz tu tutop kelebihan kau. Aku ingt aku orng paling pelik kat dunia ni. Ok, aku da jumpa kwan same-same pelik. hahahaha

  5. Alhamdulillah Ustaz dah tolong tutup gift tu. Ujian dari Allah tu, EL. Kalau silap menghadapi ujian tu, boleh menyimpang. Alhamdulillah ustaz dah tutup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *