CERITA EL 6: Aku bercakap dengan siapa ni? …… Jin? Haaa?

Sejak setahun dua ni, hidup aku Normal macam dulu. Pergi bercuti, tengok Movie, lepak & boleh balik lewat malam dengan kawan kawan. Solat pun tenang je, setiap malam baca Ayat Kursi banyak banyak sampai aku terlelap. Kalau tak tu, setiap 3 bulan kena jumpa Ustaz. Dah buang yang tu, Jin jembalang lain pulak tegur nak berkawan dengan aku. Senang cerita dalam tempoh 5 tahun macam macam dugaan Allah uji aku. Kalau korang ada baca 5 cerita aku publish sebelum ni, korang akan tau betapa banyak nya Jin/Iblis lahanat ni dah kacau aku. Sampai aku dari Takut jadi Berani, dari Berani jadi Fed up, dari Fed up jadi Menyampah! Aku ingat dah berakhir 5 Tahun pengalaman dengan benda benda halus ni, Hahahaha. Tapi tak, Allah S.W.T masih sayang & nak uji hamba dia yang lemah ni.

Ada satu malam tu aku tengok music video KPOP dekat YouTube pakai phone aku, telinga sumbat earphone. Aku tengok video Cover Dance, masa tu video tu baru mula, saat 0:05. Time tu music tak start lagi, so senyap sunyi je sebab dah pukul 1:00 pagi. Tiba tiba ku dengar ada orang gelak!!!!

“Hehehehehehehehe”

Damn! Lagi sekali?!!! Aku terus cabut earphone aku. (Antara 6th sense aku ni bila kena kacau, aku akan terkejut & kadang kadang aku terus lari pergi jauh dari tempat aku kena kacau. Tak kira la, nampak pochong ke, atau dengar Pontianak mengilai ke, aku memang macam tu. Sampai pernah aku berlari keluar kaki ayam dari rumah sebab aku terasa ada benda. Benda tu spontan! Aku tak rasa takot, tapi aku tau aku nak kena kacau & aku kena bla dari situ. Kadang kadang fikir bahaya kot, kang aku lari ke tengah jalan kereta langgar aku? Humm..? Tapi tiap kali benda tu nak jelmakan diri atau buat bunyi bunyi. Aku akan rasa aura yang semacam, Tak tau nak jelaskan macam mana.) Aku tak puas hati malam tu! Aku ambik phone & play balik video tu. Saat ke 0:05 ! Senyap! Apaaa?! Jadi benda apa yang aku dengar tadi?
Malam tu aku tidur dengan perasan marah sangat, sebab dah menyampah! Asyik asyik kena. Dalam 5 Tahun dah dekat beribu kali kena kacau! Aku pon dengan hati yang marah terdetik dalam hati

“Sape yang kacau aku tadi haaaa?! Tak guna betul! Kau ingat aku takut dengan kau?! Aku dah jemu la kena kacau dengan Jin jembalang ni! Laha***!”

Aku langsung tak fikir takut, nak muncul muncul la. Aku dah geram sangat. Aku dah jaga solat, solat sunat, baca Ayat Kursi pagi petang siang malam. Masih kena kacau? Apa lah nasib aku ni? Sampai bila? Tengah marah mengelegak tu, tiba tiba aku dengar suara

“AKU!”

Aku terdiam. Kaku. Terkejut, buat pertama kali dalam seumur hidup, ada suara bercakap dalam minda/fikiran aku sendiri. Tu bukan suara dalam hati aku, tu bukan aku. Apa benda tu? Lama juga aku fikir. Suara aku sendiri ke? Aku cuba tanya diri sendiri sendiri dalam hati

“Sapa yang cakap ni?!”

Tiba tiba ada yang jawab “Aku benda yang kacau kau tadi.”

Dari baring aku terus duduk. Haaaa? Apa? Hahahahahahaha. Aku gelak kuat kuat sorang sorang. Yeah! Aku dah jadi gila, cakap sorang-sorang dalam hati, ada benda balas pulak tu. Hahaha. Boleh masuk Tanjong Rambutan kalau dah melarat. Serius, masa tu aku dah fikir aku gila, so aku pun layankan la suara hati yang dah lama tak bercakap tu. Hahaha

Aku: Kau yang kacau aku?

Suara: Yea. Aku

Aku: Kenapa kau kacau aku?! Sape kau?!

Suara: Aku Jin, sebab aku suka kau.

Aku: Dari mana kau?! Kau kat mana sekarang ni?!

Suara: Aku asal dari sekitar rumah kau, tadi aku nampak kau balik dengan kawan kau. Aku nampak kau lepas tu aku ikut kau balik. Aku kat atas bumbung, aku tak boleh masuk sebab rumah kau dah kena pagar”

Aku terdiam lagi! Okkkkkkkkkkkkkkkkkkk! Aku memang dah gila ke? Malam tu memang aku keluar lepak dengan kawan aku, balik tak la malam sangat dalam pukul 11:00 malam macam tu.. Bukan tu je yang betul, memang betul rumah aku dah kena pagar dengan Ustaz (baca cerita EL 4).

Aku: Tapi macam mane aku boleh dengar kau gelak jugak?!!! Kan rumah aku dah pagar.

Jin: Aku memang tak leh masuk, tapi aku leh sambungkan deria aku dekat kau, tu yang kau dengar.

Aku: Kenapa kau nak buat jugak macam tu?!

Jin: Saja, tau bagitau kau yang aku ada!

Aku diam kan diri. Aku cuba fikir cara waras, aku memang percaya Jin ni (Daaaa.. kena kacau berpuluh kali. Gila tak percaya?! Haha.) Tapi aku tak percaya aku boleh berkomunikasi dengan benda tu cara “Telepathic”! Sejak bila aku jadi Professor X cerita X-MEN?! Haaaaaaaaaaaa! Tak nak masuk tanjung rambutan, aku muda lagi!Haha. Setengah jam jugak aku berfikir. Aku jeling jam dah pukul 1:00 pagi Tak puas hati lagi, nak pastikan aku tak gila, aku cuba lagi. Aku pejam mata & aku panggil Jin tu dalam hati

Aku: Hoi Jin! Aku nak cakap sikit! Kau kat atas bumbung lagi ke?!

Jin: Yea, apa dia?

Aku: Berape umur kau?!

Jin: 400 Tahun.

Aku: Kau Islam ke?!

Jin: Bukan

Aku: Kau asal mana?

Jin: Indonesia!

Aku: Kau apa?! Pontianak?! Pochong?!

Jin: Bukan, aku Jin.

(Maksudnya dia tak ubahkan diri ke Hantu Melayu. Sebab Jin/Iblis ni bentuk asal dia asap je, dia jelmakan rupa lain untuk buat kita takut dan aku tau, kalau Jin/Iblis ni nak jelmakan diri sampai Manusia boleh nampak, sakit yang teramat sangat! Kalau korang ada nampak hantu tu, untung la, dia sanggup menahan kesakitan sebab nak bagi kau nampak dia. So Sweet gitu! Hahahaha)
Ada yang pelik perbualan kali ke2 aku, cara dia jawab lain.. aku tanye lagi.

Aku: Kau asal dari Indon?! Bukan kau dari sekitar rumah aku ke tadi?

Jin: Aku saka belah MAK KAU!

Aku: Haaaaaa…

Okey bye, aku terus tarik selimut tidur. Sudah! Rasa nak lari satu bilik masa tu sambil menjerit! Berapa banyak Jin/Setan la dekat atas bumbung aku ni? Rupanya tu bukan Jin yang kacau aku tadi, ni Jin lain. Aku tersalah frequensi radio ke ape?! Ke kalau guna “Telepathic” ni, semua setan/jin/iblis ni leh dengar panggilan aku?!

Esok pagi nya aku try lagi “Telepathic” aku untuk pastikan aku tak masuk tanjung rambutan. Saje cuba waktu pagi, mane tau malam tadi aku meroyan sorang sorang (ni baru la namanya meroyan, kalau laki kau pergi karaoke pegang tangan perempuan lain tu bukan meroyan ok. Hahaha.)

Aku: Hoi! Kau kat mana?!!!!!

Lama tunggu. Senyap, tak berbalas, pagi tak de hantu kot. Tido ke? Aku tak puas hati cuba lagi. Tak ada sape jawab. Tiba tiba teringat cara Ustaz aku dia ubatkan orang, dia selalu mintak Nama & Alamat untuk scan orang tu ada kena kacau atau tempat tu ada Jin duduk. Aku syak Saka tu dekat nenek aku, so aku pejam mata, dalam hati aku sebut nama penuh nenek aku & alamat rumah dia duduk. Tenang je rasa masa tu, confirm tak jadi. Baru nak berhenti, tiba tiba aku rasa semacam. Ada aura tak baik, hati terus jadi tak tenang. Rasa gelisah….

Jin: Kau nak apa haaaaa?!!!!!!!

Hahaha. Dia marah la pulak.

Aku: Aik. Mane kau pergi? Lari dah?

Jin: Aku dekat sini (rumah nenek)

YES! Menjadi! Hahahahahaha.. Okey aku tak gila, berjaya lagi. Kali ni aku tanya dia macam macam. Sebab aku memang minat dengan Hantu hantu ni, bace cerita hantu, tengok cerita hantu. Lagi lagi cerita James Wan, Insidious, Annabelle, & Conjuring.. peh ! lagi lagi VALAK! Hahaha.. Tapi aku ni kuat terkejut, tapi jerit macam Jantan ok. Pernah haritu aku tengok cerita Conjuring, sebelah aku awek, part terkejut tu awek tu terkejut sampai menjerit kuat gila! Errr… sebenarnya, dia terkejut bukan sebab Hantu Conjuring tu keluar, tapi sebab terkejut dengar aku menjerit KUAT GILA.. Hahaha.

Aku tak tau la aku ni “GILA” ke ape, tapi hampir 5 tahun kena kacau dgn Jin ni, tiba tiba aku boleh berkomunikasi dgn dorang guna batin. Aku pon tak tau aku ni normal ke tak.. Ustaz cakap Jin boleh nampak Jin, Manusia tak leh nampak Jin. Kalau Manusia boleh nampak Jin, mungkin ada Jin dengan dia. ke memang Allah bagi aku kelebihan lain? Ni la kelebihan yang aku maksudkan dalam Cerita EL 5.

Aku ada baca ramai komen negative bila penulis tulis ayat “kelebihan”. Poyo la berlagak la ape la. Macam ni aku cakap, kau ingat ada ke orang yang nak ke kelebihan nampak Jin/Iblis/Setan ni?! TAK ADA SAPA NAK OKEY. Sebab benda ni tak ada kebaikan pun, langsung tak! Kau sendiri tak rasa macam perasaan orang yang ber kali kali kena kacau, asyik asyik kena jumpa Ustaz berubat. Fed up tau tak! Cuma nak cakap satu je, respect semua punya pengalaman, kau tak kena batang hidung kau, boleh la cakap macam macam. Aku sendiri suka cakap “KELBIHAN” sebab positive word! Aku tak suka cakap negative word, buat diri sendiri rasa down.? Aku sendiri tak tau benda ni kelebihan atau pun bukan, tapi aku selalu cakap dengan diri sendiri itu kelebihan, walaupun jauh dari sudut hati aku, aku tau sebenarnya benda tu bukan kelebihan, tapi mungkin SAKIT.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

EL
rate (4 / 1)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

79 Comments on "CERITA EL 6: Aku bercakap dengan siapa ni? …… Jin? Haaa?"

avatar
31

Assalamualaikum el. Syok baca citer el..seram ade jugak, lucu pun ade…part borak ngn jin mcm el wt rilek wt peace je..by the way, bole scan x? Saya bg no tel ye..jika el free n ada extra enrgy bolela scan kami sambil isi masa terluang hikhik…
0179881323

CERITA EL

Insyallah 🙂

31

Tq el…rasa hepi sgt bila penulis reply…

Ni rupanya perasaan die…happy…

Tq again

siAnis

Hi EL! I ingatkan ni El yang (shewasokay) dekat twitter tu. But masa you kata jin tu communicate reply ‘AKU’ tu sumpah meremang gila weehhhhhh T.T

CERITA EL

Hahaha, Sape tu?

Emiena

Salam menarik kisah2 ni, EL apa FB nk follow blh?

CERITA EL

Identiti RAHSIA. hehe

CERITA EL

btw, Thanks 🙂

MamiApip

salam El, hakak nk tanya ja….sama ke kes kita (kawal mimpi or tido) kalau mcm hakak ni selalu bley bgun tepat waktu yg hakak nak..sampai suami hakak kata akak ni letak alarm jam ke dalam kepala otak..huu
pastu,contoh mcm hakak terbgun awal 5min dari waktu sepatutnya,hakak akan proceed tido,tapi otak hakak mcm xtido..cmne ek? hakak bley dgr,bley rasa smua..cuma badan xbley bangun then hakak mcm biasa akan paksa diri bangun dan..tuppp..tepat waktunya..
1 lagi, selalu akalu ada apa2 bnda perlu ada penyelesaian…hakak mcm selesaikan dalam mimpi..esok bangun pagi..dah ada solution..normal x El?

CERITA EL

Kawal tidur tu TAK NORMAL kak. tapi klu selalu bangun tepat WAKTU YANG KITA NAK tu normal. Hahaha. sbb minda kita dah set nak bangun masa tu. actually otak manusia lagi hebat dari jam penggera, saya memang selalu bangun awal 5 minit dari waktu saya nak bangun. huhu

Izmal Hussein

Dalam badan semua orang memang ada banyak entiti lain selain kita (roh). Ada akal, nafsu, malaikat pendamping, jin (karin), semua bersama-sama ngan roh berperang 24jam, menggalakkan kita berbuat baik atau berbuat jahat. Dan terdapat kes, yang diberi peluang berbicara dengan entiti-entiti ini. Yang paling penting, kenal siapa yang bersuara dan apa tujuan dia (baik atau jahat). Berhati-hati jangan termakan pujukan jika entiti berniat jahat yang berbicara. They are very elusive.

CERITA EL

Huhu. Dalam badan ada Jin tu tak normal bro. Hahaha

Denasor

Bukan kelebihan sama sekali tp penyakit.. mesti ada tukarannya. Bdn mesti akan ada sakit2..

CERITA EL

badan aku tak sakit.. cuma kena kacau je

‌?‌?
rate :
     

Nice..best nya “kelebihan” yg ada pada el..

CERITA EL

tak sbb sbb selalu kena kacau. huhu

Fieya

Aku miss episod ni rupanya. Haa..betul la. Kita nmpk jin..sbb jin ada dgn kita. Kita guna mata dia. Ye la..kdg aku pun rasa aku ni sewel..kawan pun ada sruh aku gi spital check mental

CERITA EL

Hahaha. tak pe. leh baca slow2

wpDiscuz