CERITA EL 8: Berkawan dengan Pontianak.

Sampai di Stesen LRT Cheras aku terus capai Kad Touch n Go dan sentuhkan pada pintu masuk. Aku terus berjalan menghala ke arah Train yang akan menghala ke pusat bandar. Sesetengah orang tak suka naik public transport yang padat macam sardin, tapi aku tidak! Lagi lagi bila hari minggu, walaupun aku ada kereta sendiri, tapi aku lagi suka naik LRT kalau nak menghabiskan hujung minggu dengan kawan kawan di Pavillion atau KLCC. Aku terus duduk dekat bahagian hujung tempat menunggu. Mata leka bermain telefon bimbit tanpa mengisahkan orang yang lalu lalang keluar dan masuk LRT. Selang beberapa minit, dari pandangan anak mata ada bayang yang samar samar lalu di hadapan aku, dari arah kanan ke kiri. Walaupun mata aku memandang tepat pada telefon bimbit, tapi aku masih nampak jelas keadaan sekitar. Tiba tiba terasa angin lembut menerpa ke muka,

“Hai”

Aku terus menoleh ke arah kiri aku. Kosong. Tiada siapa. Aku toleh ke arah kanan. Ada lelaki yang sedang duduk selang sebuah dari aku.

“Huh” aku tersengih sendiri.

Aku senyum menahan gelak sambil mengurut dahi aku yang luas. Suara seorang wanita yang tak pernah aku dengar seumur hidup aku, tapi aku mengenali siapa pemilik suara itu.

EL: Hoi. Kau ke tadi?

Dia : Yea aku la siapa lagi. Hahahaha.

EL: Hahahahaha, Sengal lah!

Siapa? Suara perempuan tu adalah suara Pontianak yang mengacau abang aku yang tinggal di JB. Sebenarnya semuanya bermula lepas aku memberi amaran kepadan mahluk itu supaya jangan mengganggu abang aku lagi, sejak itu aku mula berkawan dengan dia. Hampir setiap hari aku bercakap dengan dengan dia siang dan malam.

Pontianak: Saja melawat. Selalu kita bercakap dari jauh, tiba tiba teringin nak tengok muka kau macam mana.

EL: Hahahaha. Asal? Rindu ke?

Pontianak: Hmmm. Rindu la jugak. Sebab dah lama ada kawan bercakap.

EL: Aik? Kau tak ada kawan ke?

Pontianak: Hmm.. Tak

EL: Lepas ni jangan nak datang datang lagi yea, tunjuk muka ke apa, aku tumbuk nanti!

Pontianak: Haha. Jangan risau, aku tak akan kacau kau. Lagi pun hijab kau tebal. Kau sendiri tau kan?

EL: Yeke? Aku memang jarang nampak hantu hantu ni, kecuali masa aku kena kacau dengan saka tu.

Pontianak: Kan? Kau sendiri cakap kau susah nak nampak Jin. Masa kau kena kacau tu, memang patut la kau boleh nampak, sebab Jin je boleh nampak Jin.

EL: Oh. Maksud kau aku Jin la masa tu?

Pontianak: Hahahaha. Gurau je. Lagi pun aku saja nak tengok sekejap je rupa wajah kau.

EL: Jadi? Handsome tak?

Pontianak: Handsome rupanya kau ni.

“ HAHAHAHAHAHAHAHAHA”

Alamak! Aku terus pandang kiri dan kanan aku, orang sekeliling memandang dengan muka hairan. Mana tidaknya, duduk seorang diri dan tiba tiba gelak sekuat hati.

EL: Tak guna! Kau la ni! Tiba tiba aku gelak sorang sorang, kuat pulak tu! Habis semua pandang aku macam pandang orang gila!

Pontianak: Hahahahahahaha. Padan muka kau. Kalau gelak tak ingat dunia.

EL: Kau la ni, cepuk kang!

Pontianak: Aku pulak, sapa suruh panggil aku dekat tempat ramai orang.

EL: Dah aku rasa kau datang tadi! Dah! Balik JB sana, semak je kat sini.

Pontianak: Kau sendiri tau kelajuan Jin kan?

EL: Yeaaaaa. Sepantas Kilat sangat!

Tiba tiba terdengar ada orang panggil aku.

Ilham: EL! Buat apa lagi tu? Jom, train dah nampak tu.

EL: Kau lambat sangat sampai, dah dekat 10 train aku lepas. Kalau tak aku dah sampai Bukit Bintang dulu.

Train baru berjalur merah yang akan membawa kami kearah pusat bandar pun sampai. Aku dan Ilham terus masuk dan duduk bersebelahan.

Ilham: Ada cerita ni. Kau tau tak EL.

EL: Apa dia?

Ilham: Kawan aku vacation dekat Port Dickson last week, duduk dekat Hotel yang kita pergi hari tu. Ada HANTU weh kat situ!

EL: Laaaa, nama pun PD kan? Semua hotel PD berhantu beb. Hahaha.

Ilham: Masalahnya bilik sama yang kita sewa hari tu!

EL: Errr. Oh yea?

Ilham: Hari tu kan kau tak ikut kita orang swimming dekat pool besar dekat luar sebab kau demam, kau tak kena kacau ke sorang sorang?

EL: Entah.

Ilham: Aik? Lain macam je jawapan kau? Kau tak nak cerita yea?

Aku cuma tersengih memandang Ilham. Dalam hati aku terdetik (Bukan tak nak cerita, kalau aku cerita kang nanti korang tak nak tidur situ malam tu. RM700 semalam bro harga hotel tu! Kau ingat?!)

Pontianak: Apa yang RM700?

EL: Ehhh. Tersalah orang pulak. Ada lagi kau? Ingat dah berambos.

Pontianak: Hahaha. Kau ni, kau je kan yang boleh tamatkan call telepaty kau ni.

EL: Tak ada apa, ada hantu dekat Hotel Port Dickson masa aku vacation dekat sana. Tapi aku tak cerita dekat kawan aku. Ramai betul kan kerabat kau? Cis.

Pontianak: Kau sendiri tau kan berapa nisbah Jin dan Manusia?

EL: Yea aku tau, nisbah manusia hanya 1%, bilangan jin 9% dan malaikat adalah 90% (Nisbah 1:9:90) ada sebut dalam hadis Rasulullah S.A.W.

Pontianak: Haha. Kau ni memang suka bab hantu hantu ni kan?

EL: Memang aku suka benda benda ghaib ni, macam UFO, Mahluk Asing, Stonehenge, Easter Island, Pyramid, & Peru Nazca Lines. Aku sanggup beli buku kot nak baca benda benda tu.

Pontianak: Hahaha. Maksudnya otak kau sama taraf la dengan muka handsome kau tu.

EL: Tak habis habis. Kenapa? Jatuh hati dekat aku ke?
Pontianak: Sikit la.

EL: Hahahahahaha. Kau ingat apa? Pontianak Harum Sundal Malam ke gila?

Pontianak: Apa tu?

EL: Oh! Itu tajuk movie, Manusia berkahwin dengan Pontianak! Cucuk Paku dekat tengkuk! Tadaaaa! Jadi Manusia! Tadaa. Cantik pulak tu.

Pontianak: Hahaha. Kau percaya ke cerita macam tu?

EL: Dah tentu lah tak! Hahahaha. Nak tanya ni.

Pontianak: Apa?

EL: Kenapa kau pilih jadi Pontianak? Rupa sebenar Jin kan asap, lagi pun kenapa tak pilih Pochong ke? Hantu galah ke?

Pontianak: Kau memang manusia yang bijak. Saja, aku pilih tu sebab tu bentuk yang manusia paling takut!

EL: HAHAHA! Cuba la jadi Pontianak macam cerita Twilight Saga tu, Cantik! Hot! Baru orang suka beb.

Pontianak: Haha. Kau memang budak yang pelik. Tapi aku suka kau.

EL: Tapi sakit kan?

Pontianak: Sakit apa?

EL: Bila Jin nak menjelmakan diri supaya orang nampak?

Pontianak: Betul! Sakit sangat! Macam terbakar!

EL: Jadi? Kenapa buat jugak

Pontianak: Untuk menyesatkan cucu cicit anak adam?

EL: Bertaubat lah weh! Bila bila je kau boleh m**i!

Pontianak: Siot! Hahahaha.

EL: Cakap pasal terbakar. Manusia dan Jin yang buat dosa akan ada yang masuk Neraka.

Pontianak: Betul.

EL: Manusia di perbuat dari tanah, mesti la sakit sebab api bersentuh dengan tanah. Kalau Jin? Jin di perbuat dari api kan? Sakit tak kena api?

Pontianak: Kau rasa? Haha.

EL: Aku rasa sakit. Contoh, kalau aku kena tampar dengan orang. Tanah bertemu Tanah, rasa sakit. Jadi Api bertemu Api, sakit la jugak.

Pontianak: Hahaha. Kau manusia yang cerdik. Betul la tu. Ada apa apa lagi nak tanya?

EL: Tak ada. Haha. Okey lah, aku nak keluar train, bye!

Seharian puas berjalan, aku sampai di rumah kira kira 12:00 malam, aku baring di atas sofa sambil menonton movie dan tiba tiba aku terfikir satu perkara. Macam mana dia boleh jumpa aku?

EL: Hoi! Tidur dah ke?

Pontianak: Hai beb! Puas jalan? Ini dah malam gila!

EL: Kejap! Kenapa cara kau bercakap dah macam manusia? Takut aku!

Pontianak: Aku belajar dari kau la. Hahaha.

EL: Hahaha. Aku pulak? Lain betul yea kau masa mula mula kita kenal. Hahaha. Mula mula kau garang gila, marah marah aku!

Pontianak: Bukan garang, tapi takut! Takut dengan kau!

EL: Sengal! Haaaa. Macam mana kau jumpa aku? Kau tak sepatutnya tak tau aku dekat mana! Kau sendiri tak nampak aku bila kita bercakap, kau cuma boleh dengar aku je kan?

Pontianak: Betul! Aku memang tak boleh nampak kau, cari kau dekat mana. Tapi,

EL: Tapi apa?

Pontianak: Rahsia! Hahahaha

EL: Jawab cepat! Kalau tak aku baca Ayat Ruqyah & Ayat Kursi! Cepat!!

Pontianak: Jahat la kau! Hahaha

EL: Jawap cepat, kalau tak aku baca!

Pontianak: Yea aku jawab, tapi ni rahsia kita berdua je tau?

EL: Kau ingat aku Pakwe kau ke?

Pontianak: Hahahaha.

Sebulan berlalu, hampir setiap hari aku bercakap dengan dia. Bermacam perkara yang kami bual kan, bukan berbual kosong, tapi berkongsi Ilmu pengetahuan. Berkawan dengan mahluk yang bukan dari kaum Manusia ni memang tak pernah terlintas di fikiran aku. Tapi itulah hakikatnya. Tiba tiba aku teringat batas dan fitrah seorang manusia. Betul ke apa yang aku buat selama ni? Traffic light masih berwarna merah, terasa waktu berhenti seketika. Hujan renyai mula membasahi bandar Shah Alam.

EL: Hai!

Pontianak: Hai! Sihat ke?

EL: Sihat.

Pontianak: Buat apa je?

EL: Jalan jalan dekat Shah Alam dengan member. belajar dulu. Aku nak cakap sikit dengan kau ni.

Pontianak: Apa?

EL: Abang aku pun dah lama pindah dari rumah sewa lama dia tu. Kau pun dah tak kacau dia. Jadi aku fikir, tak ada sebab untuk aku berkawan dengan kau, jadi ni kali yang terakhir kita bercakap.

Pontianak: Yea. Aku faham. Haha.

EL: Kau tau kan, Manusia di larang berkawan dengan Jin, mahupun Jin Islam atau Jin Bukan Islam.

Ponitanak: Aku tau. Kau memang manusia yang bijak.

EL: Maaf lah yea, Allah S.W.T pun tak bagi Manusia berkomunikasi dengan Malaikat, padahal semua Malaikat adalah makhluk Allah yang taat! Apa lagi Jin? Para Nabi dan Rasul alahimussalam pun berbuhung dengan Malaikat masa menerima wahyu je.

Pontianak: Hahaha. Kau antara Manusia yang berilmu pernah aku jumpa. Tapi macam mana kalau aku masuk Islam suatu hari nanti?

EL: Kalau kau Islam sekalipun, tapi kau Jin makhluk ghaib, kau tau kan yang aku sebenarnya tak percaya apa yang kau cakap 100%? Maaflah. Ini hakikiat. Sebab aku tak tau kau kalau kau bohong.

Pontianak: Hahaha. Aku tau kau jenis Manusia yang berakal. Sebab tu aku suka kau, kau suka menimba ilmu. Tapi kau kan bukan mintak nombor ekor atau pertolongan dari aku kan? Kita Cuma bercakap je. Aku tak rasa la benda ni salah. Tapi aku hormati apa pun keputusan kau.

EL: Entah la. Ilmu pengetahuan aku masih cetek. Tapi rasanya ni keputusan yang terbaik.

Pontianak: Yea. Faham. Hehe

EL: Jangan rindu aku tau.

Pontianak: Hahaha. Tak pun! Kau selalu kacau aku, bukan aku yang kacau kau.

EL: Hahahaha. Jangan la marah.

Pontianak: Tak marah pun la.

EL: Okey, jadi jumpa lagi. Eh!! Tak! Bukan! Jangan jumpa aku! Okey?! Aku takut!

Pontianak: Hahaha. Kau takut? Tipulah!

EL: Haha. Yang penting, jangan kacau orang lain okey? Faham?

Pontianak: Yela manusia.

EL: Sebelum tu, kau ada terfikir nak masuk Islam?

Pontianak: Mungkin, satu hari nanti.

EL: Alhamdulilah! Bagus la.

Pontianak: Yup, sebab kau tunjukan aku keindahan Islam.

EL: Haha. Tapi masuk Islam bukan sebab aku, sebab Allah!

Pontianak: Mestilah. Seronok kenal dengan kau.

EL: Aku pun.

Pontianak: Haha. Assalamualaikum.

EL: ……………. Walaikummusalam.
Itu ayat terkahir aku bercakap dengan dia. Aku terkedu waktu terdengar dia memberi salam. Aku pun sebenarnya tak patut berkawan dengan benda tu, walaupun dia tak kacau aku. Tapi Manusia memang di larang oleh Allah berkawan dengan Jin. Mungkin satu hari nanti dia masuk Islam. Dia pun macam manusia juga, bila bila je dia boleh dapat Hidayah dari Allah S.W.T. Aku Jatuh Cinta dengan dia? Hahhaha. Ingat cerita Pontianak Harum Sundal Malam ke? Tak adalah. Kawan je. Kawan lain dari yang lain. Pengalaman yang sangat menarik, aku tak sangka semua dugaan selama ni membawa aku ke arah pentujuk yang sebenarnya, betapa besar kuasa Allah S.W.T. Walaupun dia baik dengan aku, tapi aku teringat kata kata ni,

“Sebaik baik Jin, Sejahat jahat Manusia”

Pernah dengar kan? Tapi aku ragu ragu dengan ayat ni, sebab tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al – Quran dan Hadis. Entah lah. Sebab generasi awal Jin pernah diiktiraf sebagai Rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan Jin. Wallahu a’lam. Rasanya dah dekat 3 bulan sejak kali terakhir aku bercakap dengan dia. Setakat ni bila aku berkomunikasi dengan Jin, aku yang akan mulakan dulu. Tak pernah aku dapat panggilan dari Jin lain atau pun dari Si dia. Tapi kadang kadang masa aku baring dan hentak melapkan mata, terdengar suara perempuan ketawa, suara perempuan menengur aku. Bunyi tu bukan datangnya dari luar, dari fikiran aku sendiri. Halusinasi aku sendiri, atau dia cuba nak berhubung dengan aku?

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4]

259 thoughts on “CERITA EL 8: Berkawan dengan Pontianak.”

  1. Hahahahahaa. Boleh ek pontianak ckp baik2 mcm tu? Lg satu kalau bukan islam bagi salam, kita tak bole jawab salam tu. Tu je nk bgtau bro. Huhuu

    Reply
      • betul.. aku dlu pernah jugak ‘berkawan’ dgn jin ni. last jumpa tahun 2010. perangai dia sama je mcm kita manusia. cara dia ckp mcm kita2 la. suka dgr lagu. ada lagu best dkt radio lagi dia kuatkan. tp skrg aku tak kawan dh dgn dorg. kdg2 ada juga rasa nk sembang lg. seronok layan dorg ni sbb kita tahu dorg ni jin tp ckp mcm manusia tu yg menambahkan klakar. pdhl dorg mmg makhluk mcm kita jugak. dorg pun rasa mcmtu jgk dgn manusia. haha. believe it or not, they are real. itulah pengalaman aku

        Reply
        • Saya percaya.. sbb ade pengalaman yg sama.. tinggal dengan family angkat.. family tu ade sorang anak pempuan umur 14thn mase tu.. kene histeria kt skola.. hijab dia terbuka.. selalu nampak hantu yg berkeliaran tak kira siang atau malam.. dalam kekusutan dia nak biasakan diri dengan mata baru dia… tiba2 datang 1 benda ni nk jaga dia.. sbb kesian tgok dia nk lawan hantu ni yg kacau xkira mase.. yang terkejut tu sbb benda tu cakap… ni opah pd budak pempuan ni… so bile dia masuk kat badan budak ni.. kami yg berdekatan budak ni dapat sembang ngan opah ni… opah ni guna bahasa perak.. sembang la ape nak sembang…mula2 tu takut.. lama2 sbb da biasa takut tu hilang.. opah selalu sembang pasal ehwal semasa.. bile dia da penat .. dia nk keluar dr badan budak tu.. dia mesti ingatkan yang lain2 ni jangan tinggal solat.. citer ni lama da.. kadang2 teringat gak kat opah…

          Reply
  2. pergh…lain mcm. Rahsia tu mmg xblh bgtau la ye, bnde tu perkara besar atau xdehal punye…? hehe. masa mule2 bace yg die blh jmpe ko dkt station tu pun aku da trfikir, bkn ke sblum ni die bgtau die xtau ko ktne…

    Reply
  3. fiksyen tak fiksyen… kalau dh menghiburkan hati kita sbg pembaca ni… dh cukup baikk.. dia nk kongsi cerita je… btw.. i love the story… dh baca dua kali dh…

    Reply
  4. EL thorbaek..
    aku perati je komen dari atas sampai bawah hahaha..
    sekarang ni mmg tengah musim orang mem’fiksyen semua setori hehehe

    Reply
  5. EL. Bahu aku rasa berat sangat. Lenguh2. Nak angkat tangan pon rasa berat, lenguh sakit. Ko rasa ada kaitan dengan jin tak? Ke ‘dia’ tumpang? Aku timbang takdelah sampai 200kg pon.

    Reply
  6. Wah sronok bro dpt berborak dgn ponti mcm kawan2..
    Tapi betul jugak langkah ko ambil takut nnt da sronok berkawan jd lain plak…
    Beringat sebelum terkena..
    Kipidap.. update citer lg bro…

    Reply
  7. Cerita yang menarik. Saya enjoy membaca. Teruskan menulis lagi. 🙂

    By the way, macam mana nak minta tolong awak scan eh? Saya takut jugak. Dulu rajin keluar malam la apa la. And pernah jugak ada beberapa episod yang mcm ‘diganggu’ tapi tak tau sebab saya terpengaruh dengan FS and benda tu kebetulan je jadi, atau memang betul diganggu.

    Reply
      • Alahaiii. Benda tu tau ke? Tp nak baca je. Sbb siang bz. Huhu Btw mase kwcik2 dlu pernah ternampak tp jenis yg mcm…adelah..dekat rumah kazen pun ade nmpak, tp maklumlah zmn kecik, parents mane percaye. Tapi sampai ke besar igt..hoho. tp mmg kene tau yg kite patut takut Allah. Cume da besar nih, Alhamdulillah xnmpak dah. Wlwpun kwn2 sekeliling jenis ade yg dpt rase, ade yg lbh kurang mcm ni, ade yg pernah kene tp dia dpt kawal n dia pernah gurau dgn sy ‘ko nak kenal x dgn kwn aku, tp dia ade time 2 @ 3 pagi lah’ sy jwp balik, xnak aku, dah jgn nak ngengade. Huhu

        Reply
  8. Biar diaorang dengan dunia diaorang El. Selagi diaorang tak kacau kita…jangan diganggu diaorang. Moga hidayah sampai kepada mereka. El boleh scan akak tak? Anak pun selalu sakit badan. Dah check dan xray tak de apa-apa.
    Cam na ye cara nak bagi el scan?
    El menulis dengan baik. Pengalaman yang luarbiasa kalau tidak disertai dengan panulisan yang baik, mesej tak akan dapat sampai. Keep it up.

    Reply
  9. Hamoi hamoi hamooiiii…
    Teman tapi mesra ekkk…
    Ewah wah waahhhh…
    Curiga nih, hahahahahha…

    Seb bek tak sampai tahap g karok sesame…
    Mane tau Cik Ponti nk test pitching ke kaannn…
    Heheheheheh…

    Reply
  10. salam EL saya memang ingt awak ni perempuan hehehe. mcm ne nak mintak tlg awak scan saya ni? nak tahu jugak kalau ade ape ape. ☺️ thank you EL.

    Reply
  11. Best giler cite ko ni EL
    Boleh buat novel

    Mula 2 aq pun ingat ko pempuan bila baca cite ni rupa 2 yer ko laki ensem plk tu ???mesti ramai fans ko ni

    Reply
  12. ko memang dasyat lah EL. satu anugerah. nampak macam seram, tapi bila baca cara cik ponti tu cakap, rase macam nak buat girlfriend pulak. hahaha.

    Reply
  13. Dasat smpai bleh berborak dgn pontianak. Kalau boleh scan..nak minta tlg. Sblm ni anak buah ada nmpk momok kain kat rumah. Aku sendri pun slalu kene tindih n mimpi terbang/kene kejar hantu. Jodoh pun tak lekat2..ada je masalah. 2thn lepas ada sorg laki ni bgtau..yg aku ni ada ‘isi’. Xtau maksud dia ape..pendamping ke..saka ke ape 0123218959

    Reply
  14. Saya kagum dengan kematangan En. EL. Single lagi ke? Kalau single jom berkenalan hahaha

    Btw nak mintak tlg scan jugak. 0145177741. Mekasehhh 🙂

    Reply
  15. Assalamualaikum El ? Hang bley tlong aku n keluarga aku dk ? Ny no aku 0162852693 . Tlong wasap aku nah . Aku nk mntk tlong hang . Tq sbb sudi baca n nk tlong .

    Reply
  16. Boleh ke scan kan? Mak ajak pergi darulsyifa tp rasa malas gila. Saya pun mcm takde rasa apa pun. Tp sbb sakit tiba2 (organ failure) n bila masa ward makcik2 kat ward kata sbb jin ddk dlm badan. Kalau nk ikut kan gangguan tu, biasa2 ada la. Cuma saya jenis yg ignorance. Tlg scan kan boleh, el?

    Reply
  17. Hehe.. rase seram2 sbb byk baca fs kowt.. dulu2 memng penah kene kacau byk kali n bertahun2 tp xserius sgt kowt.. kawan jer ckp pnh nmpk diri sy warning dia jgn kacau(ini takut kawan tipu je)lpastu ade ustaz ckp xdepape.. dia cuma nak kawan je.. tibe2 skng da jd penakut pulak.. aih.. ala.. camne nk contact el? Fb?

    Reply
  18. EL boleh scan kan saya tak . saya tak tahu laa saya nii penat bekerja or ad benda lain y tumpang . sebb sellu sngt rasa penat . n sellu sy rasa mcm nmpak kelibat . hope EL boleh bantuu .. btw sy minat sume story awakk .. mohon sambung cerita y ada ok .
    0106680897

    Reply
  19. lucu sgt nh!!! adoilaaa..baca ayat korg berulang kali smbil sengih2..nk gelak kuat2 kang ofismate trjnguk2 plak

    citer antu pling lucu hehehehhe…

    Reply
  20. Bestnye cite EL ni..penyampaian yg sempoi habis..
    Cepat2 la sambung ye..xsabar nak tunggu cerite EL…
    BTW nak mintak EL scan jgk pls… 0129158183

    Reply
  21. nice story..trase story ni bergenre kan drama, fantasy and romance jer..story yang lain cam horror, mystery…ape pon story ler lagi en el story ler lagi…

    Reply
  22. Best ke kawan dengan pontianak???hahahaha….saya tidak pernah tengok benda2 macam tu hahahahah tapi saya tak minta lah…….kalau saya boring dalam kelas mesti saya tanya dengan kawan siapa ada cerita seram……………ramai kwan saya cerita dekat saya hahahah.

    Reply
  23. advice kalau lampu kat rumah kau tutup bukak tutup bukak:

    bayangkan pontianak tu tengah main tutup tutup lampu kompem korang gelak!!!!gunakan strategi yang sama semasa hantu tu bukak pintu !!!aku dah banyak kali guna strategi ni!!gelak terbahak bahak aku!!
    dia pun dah tak kacau dah.sebab ingat aku ni fearless!!!hhahahahahahahaha.tapi aku takut ALLAH S.W.T

    Reply
    • A aa betul jugak tu..ibu sedara makcik pernah duk rumah kolonial lama.kuat kena ganggu..antaranya..masa dia tgh masak tutup periuk berpusing2..dia selamba ckp “haa..pusing lagi..pusing lagi”..
      Kat ruang tamu pulak bunyi kerusi berkeriut bergerak,dia tegur ckp eh baru lps mkn mlm ke..Allah, beraninya..dah la sorang2.teguh iman.cuma takut Allah saja.

      Reply
    • Macam my mom, kat rumah lama kami, diorang suka memekak memalam pindah barang la, paku dinding la, main bola la, main guli la, mak kami tak tahan bising, dia marah suruh senyap sebab dia nak tido susah, bising bunyi orang seret barang. Sampai kami pindah rumah baru diorang tak berani buat bising lagi. Kalau tak, hampir setiap malam nak pindah barang, paku dinding, main guli.

      Reply
  24. Saya nak tanya sikit kat El.
    benda ni dah lama jadi.
    kalau bermimpi ada 2 lembaga hitam datang nak ambil baby baru lahir.
    lembaga tu apa sebenarnya?
    sebelum benda terjadi tu ada dah org pernah bgtau hati2 bila anak sulung nanti memandangkan suami dan isteri merupakan anak sulung dari 7 org adik beradik.
    tq.

    Reply
  25. Assalamualaikum El. Saya baru mengikuti cerita2 awak. Menarik & tertarik. Anyway, mungkin ini anugerah yang Allah SWT berikan kpd awak untuk menolong insan2 yang lain. Semoga dengan kelebihan yang awak miliki dapat di manfaatkan sebaiknya. Cerita komunikasi antara awak & cik ponti tu membuat saya berimiginasi.. mcm kisah cinta Twilight gitu hihihi..sambil tu dengar lagu Cassandra Cinta Terbaik plak..saya plak yg terfefeling kohkohkoh.. anyway truskan penulisan & sharing awak. Looking forward to ur next story. ?

    Reply
    • Menarik tertarik kau memang debom!
      Haha. Terima Kasih yea. Twilight? Kalau cantik macam Alice saya okey je nak buat isteri. Hahaha

      Reply
  26. Salam EL;

    Pengalaman yang menarik.
    Nak mtk EL scan jugak boleh ke? kata orang2 yg bijak mengubat, mengatakan saya ni ada sesuatu, bukan saka, dan x pernah pun menganggu hidup saya? Saya cuma nak tahu siapakah dia dan dari mana datang nya? dan kenapa saya?

    Kalau boleh jawap kat wassap 0178479680

    Reply
  27. Borak gan cik pon mcm gf pulak 🤭🤭🤭.. malas lah nak suh scan.. bak kata ustaz klu kita bersabar dengan sakit kita dpt menghapuskan dosa.. hahahaha
    Moga EL dan family dapat kehidupan yang normal semula dan jauh dari gangguan syaitan nirrojim.. aminnm

    Reply
  28. Borak dengan cik pon mcm dgn gf 🤭🤭🤭.. malas lah nak suh scan.. pernah dgr ustaz cakap klu kita bersabar dgn sakit kita, dapat menghapuskan dosa.. hahaha
    Moga EL dapat kehidupan yg normal semula… jauh dari gangguan syaiton nirrojim

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.