Cerita EL 9: Hotel RM700 Semalam di Port Dickson!

Nama aku EL. Itu lah nama panggilan aku. Lelaki separa dewasa berumur 23 Tahun yang terlalu sukakan budak kecil berumur 1 tahun hingga 5 tahun. Melangkahkan ke alam pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian di Universiti Awam. Rakan aku kebanyakannya tidak terus berkerja, “Honeymoon” dulu katanya, tapi tidak bagi aku. Setelah tamat Intership atau Bahasa Malaysianya adalah Latihan Amali di SapuraKencana, aku terus menjadi pekerja tetap di sana. Azam aku mengumpulkan duit sehingga cukup RM15,000 untuk aku jadikan hantaran perkahwinan walaupun belum mempunyai calon Isteri. Mungkin bakal rusuk kiri aku masih di tadika ataupun sekolah rendah. Hanya tingga beberapa ratus ringgit sahaja lagi cita cita aku akan tercapai, tapi Ilham datang ke arah aku dan,

“EL! Dorang dah booking Hotel vacation next week dekat Port Dickson.”

“Oh yea! Hotel apa??” tanya aku yang agak teruja.

“Hotel empat bintang. Humm. Kalau tak silap, RM700.00 semalam, tak termasuk GST.”

“WHAT THE?!”

Setelah satu jam lebih perjalanan, aku berdiri di lobi hotel yang namanya seakan “biskut” yang langsung aku tak gemari dengan muka mencuka sejak seminggu lalu. Bilik Hotel berharga RM700.00 semalam tidak termasuk GST? Adakah aku bermimpi? Susah berkawan dengan anak anak orang kaya ni.

“Muka tu nak mintak pelempang ke cium? Ala, apa salahnya kita duduk dekat Hotel paling mahal dekat PD ni.” Sindir Ilham sambil berjalan ke arah aku.

“Bukan, kenapa nak membazir? Hotel RM500 pon okey apa? Duit lebih tu kita boleh buat makan dekat sini. Korang nak main banana boat ke, sewa jet ski ke, nak belanja awek dekat pantai pakai bikini ke lantak korang okey.” aku mula membebel.

“Hahaha. Terlambat sudah. Dah jum, dah siap daftar tu.”

Kami semua berjalan keluar, ternyata bilik hotel yang berharga RM700.00 semalam tak termasuk GST terletak di luar, seperti rumah teres kerana terdapat kolam renang betul betul di depan katil. Aku campakan beg dan terus ke pergi ke tandas, dan aku perasan ada sesuatu yang pelik. Ada rambut di bilik mandi, dan aku terus teringat kata kata kakak aku,

“Kalau kau pergi Hotel mana mana, check dekat bilik mandi ada rambut ke tak. Kalau ada maksudnya”

Apa apa jelah. Tak ada apa yang nak di takutkan. Kami keluar berjalan di sekitar Port Dikson dan balik lebih kurang pukul 5 petang. Mereka sibuk mengajak aku mandi di kolam renang besar hotel yang terletak di luar, padahal kolam renang di dalam bilik ini, tak ada siapa terjun merasmikanya lagi! Buat apa sewa bilik hotel yang ada kolam renang sampai RM700.00 semalam tak termasuk GST kalau tak berendam dalam kolam 24 Jam? Tidur sekali dalam kolam tu patutnya! Keadaan tak mengizinkan aku berjalan sekitar Port Dickson dengan mereka yang lain, badan aku tiba tiba terasa panas. Aku tidur seorang diri di dalam bilik hotel yang berharga RM700.00 semalam tidak termasuk GST. Memang tabiat aku tidur dengan berselubung selimut satu badan. Hanya bunyi suara TV menjadi peneman dan tiba tiba aku terdengar bunyi orang menggunakan bilik mandi,

“Hah”

Aku terus campak selimut dan duduk di atas tilam. Memang bunyi orang sedang mandi menggunakan pancuran. Dengan keadaan badan yang lemah, aku terus terjun dari atas katil dan berjalan kearah bilik mandi, bunyi tadi senyap serta merta! Aku mengintai dari tingkap pintu. Tak ada air yang menitik dari pancuran.

“Woi! Mengendap siapa mandi tu? Hahahaha.” Gray mengergah aku dari belakang.

Ilham, Hafiz, Firdaus dan Azmeer turut ketawa. 5 orang lelaki tidak berbaju masuk kedalam bilik hotel dengan keadaan basah kuyup! Aku terus berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Malam tu setelah selesai pertandingan makan Spicy Ramen Challenge yang di Juarai oleh aku (Bangga gila beb), sesi bertukar hadiah dan bermacam macam pertandingan lagi, mereka keluar pergi ke pantai, aku tinggal di bilik hotel di temani Gray. Dia orang Sabah beragama Christian. Malam tu badan aku semakin panas. Jadi aku hanya tidur berselubung di dalam selimut. Aku dikejutkan dari mimpi kerana bunyi bising yang datang nya dari luar. Jam pada telefon bimbit aku tertera,

12:15 A.M

Ada mesej dari Gray “Aku keluar pergi 7ELEVEN kejap tau”

Mesti aku kena kacau kejap lagi, tak habis lagi aku bermonolog, tiba tiba bunyi seperti ada benda jatuh di atas bumbung. BUM! Bunyi yang kuat seperti ada orang jatuh dari tempat yang tinggi. Aku mendiamkan diri di dalam selimut. BUM! Bunyi tu lagi. Dua kali berturt turut. Tak lama kemudian bunyi kerusi di tarik. Mata aku langsung tak bekelip. Kerusi dan meja terletak agak jauh dari katil, dan semakin lama bunyi kerusi di tarik semakin dekat dan kedengaran jelas gegendang telinga aku, dan berhenti di bahgian kaki aku. Aku terus pejamkan mata dan mengabaikan benda yang menggangu aku. Bunyi kerusi di tarik kedengaran semula. Aku cuba memerhati keadaan bilik melalui dalam selimut, tapi selimut hotel terlalu tebal untuk di tembusi.

“Alamak” hati aku terdetik.

Aku merasakan ada sesuatu yang sedang menarik selimut aku. Bukan mimpi! Memang seseorang sedang menarik selimut aku dari luar betul betul di bahagian muka. Dari dalam, terlihat selimut semakin menjauh dari aku. Tabiat tidur berselubung selimut menyelamatkan aku, kerana selalunya aku akan selitkan dan tindih hujung selimut dengan berat badan aku.

“HUMPHH!”

Terdengar suara yang sangat kasar mendengus dengan kuat di depan muka aku. Mungkin benda tu marah tak berjaya menarik selimut aku. Hahahaha. Padan muka kau! Berdekah dekah aku ketawa dalam hati. Benda tu masih ingin menggangu, aku merasakan ada orang yang sedang memijak mijak dan melompat lompat di atas katil sekeliling aku. Sabar separuh dari Iman aku hilang, aku menjerit dari dalam selimut,

“Hoi! Kau nak apa lahan*t! Kau ingat aku takut? Dah bosan la aku kena kacau Hantu ni! Berambos!”

bunyi pancuaran dari bilik mandi kedengaran jelas,

“Oh! Mandi pulak ke?! Berani keluar la”

Bunyi pintu terbuka dan tertutup, aku terus keluar dari dalam selimut yang melindungi aku dari hantu tu tadi dan aku terus menjerit,

“Kau nak apa?!”

Terkejut aku melihat sekujur tubuh beriri di depan aku,

“EL? Kau okey tak ni?” Gray berdiri di sisi katil sambil memegang bag plastik dengan muka yang hairan.

Pintu almari yang melakat pada dinding bilik hotel bergegar dan terbuka sendiri. Gray hanya membatu melihat kejadian misitik di depan matanya. Gray tiba tiba menjerit seperti orang gila,

“JESUS! ADA PATUNG MERANGKAK KELUAR!”

Gray terus mencampakan barang yang di belinya dan melompat ke atas katil. Menggigil gigil dia membuat tanda salib di dadanya berkali kali.

“EL! BENDA TU MERANGKAK KE KITA!”

Gray menyorok di belakang aku. Aku memberanikan diri dan menarik nafas dalam dalam,

“Hoi! Pergi sekarang! Ni Amaran, kalau tak aku Azan!”

“AHHHHHHHHHHHHHH”
Gray menjerit sekuat kuatnya! Lampu bilik dan semuanya tiba tiba terpadam. Aku terus capai telefon bimbit dan nyalakan lampu suluh dari telefon. Aku suluh sekeliling bilik. Gray memejamkan matanya serapat rapatnya. Kad yang menghidupkan penghawa dingin dan peralatan eletrik di dalam bilik terjatuh di hadapan pintu masuk. Aku memandang sekeliling bilik berkali kali sambil menelan air liur,

“KAU NAK PERGI MANA EL!”

“Kad hotel jatuh, aku nak sangkutkan balik”

“JANGAN TINGGALKAN AKU!”

“Yea! Dah ikut belakang aku cepat” Sebelah kaki aku menjejakan kaki ke atas lantai. Aku berdiri perlahan lahan. Tiba tiba terasa tersangatlah jauh jarak di antara katil dan pintu. Tangan Gray terketar ketar memegang belakang baju aku.

“TOLONGGGGG!”

Gengangaman tangan Gray terlepas, seperti ada yang menariknya ke belakang. Aku terus berlari secepat mungkin kearah pintu untuk mengambil kad yang jatuh di atas lantai, tapi

“Mana pulak kad ni?!”

Kad yang aku nampak tadi jatuh betul betul di hadapan pintu, tiba tiba hilang dari pandangan. Gray masih tak berhenti menjerit, seperti orang Histeria. Kelam kabut aku meraba raba sekeliling lantai dengan hanya bantuan cahaya lampu suluh dari telefon bimbit.

“ELLLLLLLLLLLLLLLL!”

Aku terus suluh kearah katil, Gray terjatuh dari katil dan meronta ronta di atas lantai. Saat aku menyuluh lampu sekeliling lantai, aku ternampak kad hotel berada di depan pintu bilik air. Dengan sepantas kilat aku terus mencapai kad, dah masukan ke tempat asalnya semula. Lampu bilik hidup dengan serta merta. Aku berlari kearah Gray yang sedang meracau dan terus melaungkan azan dalam bilik hotel yang berharga RM700.00 semalam tidak termasuk GST. Habis aku azan, Gray tiba tiba pengsan. Mungkin kerena terlampau takut. Tak lama kemudian yang lain balik ke bilik,

“Aik? Gray dah tidur ke?” tanya Ilham.

“Dah tidur. Dia tidur dengan aku tadi lepas korang semua keluar sampai sekarang.” balas aku selamba.

Lepas Gray pengsan, aku baringkan dia seolah olah orang yang sedang tidur. Tapi masa tu aku tak periksa pun nadi dia, pengsan ataupun dah mati (Haha. Maaf Gray). Masing masing tidur awal kerana kepenatan, sedang seronok di buai mimpi dalam bilik hotel yang berharga RM700.00 semalam tak termasuk GST, ada tangan yang menggoncang aku,

“EL! Bangun!”

“Humm. Kenapa Gray? Baru pukul 4.00 pagi ni.”

“Aku nak pergi tandas. Takut!”

Aku berdiri di sebelah Gray yang sedang membuang hajat sambil memegang lengan kiri aku kerana terlalu takut. Gray menoleh ke arah aku dengan mata yang terbeliak,

“Jangan tengok tau EL…”

“Bongok! Buta mata aku kalau tengok! Cepat lah.” Tidak semena mena dapat bongok dari si harimau selatan yang garang ni.

Selesai segala urusan di bilik air, Gray tiba tiba berdiri kaku,

“EL. Aku dengar benda menangis la!

“Haaaaaa? Mana?”

“Macam dari kolam luar tu”

Setelah diamati, memang terdengar bunyi orang menangis. Sayup dan sedih betul bunyinya.

“Huhuhuhuhu” Bulu tangan aku berdiri tegak dengan serta merta. Ilham yang sedang tidur nyenyak tiba tiba bersuara,

“Hehe. Takut ke?”

Apa lagi, Gray terus menerkam aku dari belakang! Sebelum Ilham sambung berkata kata yang akan membuatkan Gray mematahkan tulang rusuk aku, satu tumbukan tepat hinggap ke pipi Ilham dari buku lima aku menyebabkan Ilham terus terjaga,

“Ha?! Kenapa? Ada nyamuk?”

“Er. Ha’ah! Nyamuk banyak! Sambung tidur yea.”

Gray membisik di telinga aku “EL. Patung tu ada dekat kolam luar sana. Melekat dekat dinding!”

“Mana?”

“Hujung sana. Dia lambai dekat aku!”

Aku terus pergi menutup langsir yang memisahkan pandangan dari dalam bilik hotel ke kolam renang. Gray tidur di tengah tengah di antara aku dan Ilham. Sampai ke subuh aku tak dapat melelapkan mata. Keesokan paginya pukul 7.00 pagi, aku keluar untuk membeli sarapan, dan terdengar suara Gray memanggil aku,

“EL! Nak pergi mana?!”

“Beli breakfast, nak ikut tak? Cepat” Gray terus melompat dari katil meninggalkan yang lain yang masih nyenyak tidur.

Sampai di kedai mamak, aku leka bermain telefon bimbit sambil menunggu roti canai yang di pesan siap, aku perasan yang Gray asyik memandang kearah muka aku.

“Aku tau aku tak mandi lagi, tak payah tengok macam tu”

“Bukan. Nak tanya”

“Apa?” masih memandang skrin telefon bimbit.

“Macam mana nak jadi macam kau? Kau berani sangat malam tadi”

Aku tergelak dengan pertanyaan Gray

“Haha. Nak tau rahsia aku apa?”

Gray merapatkan kerusi kearah meja, riak wajah dia beria ia ingin tahu,

“Rahsia yang sebenarnya, aku langsung tak nampak Hantu tu. Hahaha”

“Haaaaah! Kau tak nampak?!”

“Yea. Hijab aku tebal, jadi aku tak nampak benda Hantu macam Patung tu.”

“MAKSUDNYA AKU NAMPAK SORANG MALAM TADI?!” Muka Gray yang putih melepak menjadi merah.

“Hahaha. Yea. Dulu aku boleh nampak benda tu, lagi lagi masa aku kena kacau dulu. Tapi sejak Ustaz dah urut kepala dan mata aku. Aku dah tak boleh mimpi atau nampak hantu hantu ni.”

“SEBAB TU KAU BERLAGAK MARAH BAGI WARNING HANTU TU?! TAK ADIL! KAKI AKU YANG KENA TARIK TAU TAK!”

“Haha. Yeke?”

“Yea la! Aku rasa ada tangan tarik aku sampai jatuh katil, lepastu aku rasa badan aku macam kena tindih.”

“Hahaha. Kau untung apa ada aku, petang semalam masa aku sorang sorang, dia tarik selimut aku tau tak! Tarik kerusi!”

“Errrrr. Berani kau yea?”

“Tipulah kalau aku cakap aku tak takut langsung, tapi mungkin aku dah bosan. Lagipun jangan tunjuk sangat yang kita ni takut, lagi dia suka kacau”

Dalam perjalan balik ke hotel, Gray bersetuju untuk merahsiakan peristiwa semalam dengan kawan kawan yang lain. Mungkin ini yang terbaik. Baru aku nak melangkah keluar dari kereta,

“EL, hantu memang boleh tunjukan diri yea dekat orang? Kacau orang? Bunuh orang?”

Aku memandang muka Gray yang penuh dengan 1001 soalan,

“Dalam Islam cuma Jin yang di sebut dalam Al-Quran. Tak ada Hantu, sebab bukan Jin je yang Hantu, orang pun ada yang Hantu. Kita memang tak boleh nampak Jin, tapi ada sesetengah Jin yang ada kebolehan tunjukkan diri depan manusia. Katanya tu Jin yang amalkan ilmu sihir. Jin hidup lagi dari lama dekat muka bumi ni dari manusia, sebelum Nabi Adam a.s. lagipun, sebenarnya bentuk Jin 90% hampir sama dengan kita, ada mata, hidung, tangan, muka & ada anu.”

“Anu? Ape tu?” Gray membuat mimik muka.

“Benda yang kau tak bagi aku tengok pagi tadi bongok!” sabar jela.

“Oh. Faham faham bro. Hahahaha.”

“Erghhhh. Jin ada macam macam warna, ada yang warna merah, hijau, hitam dan ada yang cantik, ada yang handsome, tapi tak sehandsome dan secantik manusia. Kalau kau nampak Hantu macam Patung, Pontianak, Pocong, tu semua Jin yang ilmunya tinggi, kenapa dia berubah bentuk macam tu? Sebab bentuk macam tu yang Manusia dekat Malayisa ni paling takut dan nak buat Manusia percaya Hantu tu wujud! Lagi lagi orang macam kau ni, sebab tujuan dia nak menyesatkan cucu cicit Adam, jadi ….”

“Jadi? Jadi apa?!” Riak muka Gray mula berubah.

“Jadi….”

“Jadi apa?!” Gray separuh menjerit.

“Jangan Biarkan Hidup Anda diselubungi Misteri! HAHAHA!”

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

275 Comments on "Cerita EL 9: Hotel RM700 Semalam di Port Dickson!"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
ali

Seram giler harga bilik yg korg sewa…

CERITA EL

Yup! Harga dia paling Seram Haha

sunburn

bila baca yg kau dh prepare 15k utk hantaran kawen..nk jd offerkan diri.. tp sebab kau asyik ulang harga bilik 2… x jd la nk offerkan diri..Suami yg berkira lg seram dr hantu….

CERITA EL

bukan berkira, berkira tu meletakan sesuatu pada tempatnya. Ni tak nak bembazir. Budak tadika pun tau 2 yang berbeza ni 😌

sunburn

ok la 2..rm700 siap de private pool…lgpun kongsi kan… btw bdk tadika skrg xtau nilai duit.. cuba kau bg diaorg 10sen… dia mst akn ckp nak beli apa dgn 10 sen?

kecoh

ala gelabah t*T*K la ko ni. El pon tak desperate la nak terima kalau ko offer. dah dia rasa mahal, apa masalahnya? ko tu berduit sgttt.. yela murah.

CERITA EL

Bahasa. Haha. Saya pun tak nak Bakal Isteri yang kurang bijak 😘

pft

hahahahaha

CERITA EL

“dia mst akn ckp nak beli apa dgn 10 sen?”
see? maksudnya Budak tadika pun dah pandai, 10 sen tak ada nilai. Kau yang tulis sendiri. Hahahaha 😌

Yun2Jun

terlampau seram tgok hrga dia..blh histeria den seminggu

CERITA EL

Hahaha.

Lienz hashim

Hotel L***s tu kan?

boboi

Kan… itulh tempatnya base on suasana dia ckp ni.

CERITA EL

Hehe

CERITA EL

Tak suka sampai tak tau nak eja 😅

Ok ke

Naseb baek xjadi book hotel ni.. aritu sbelum g oliday da siap2 search hotel berhntu..tp ikutkn pd memng byk hntu

CERITA EL

semua berhantu Haha 👻

edd

grand lexis??

iera

kesian kawan tu… hidup tk de misteri tk seronok… tp tgokk jugakk lh misteri tu mcm mn.. hehe…

CERITA EL

Setuju sangat ayat tu 😉

Hakak yo

Berdasarkan harga bilik tu, hakak rasa, hantu tu maybe termasuk dalam pakej kot..

CERITA EL

Hahahahaha. Patut mahal sangat

AN

hahaha , statment hakak yo ni kelakar la .
Gelak guling guling saya baca.

CERITA EL

🤣

wanis

Sebabkan harga yg mahal sangat org yg ada-ada je boleh duduk… Sepanjang tak da orang duduk dia pun numpang la hahahaha hadoiii la

CERITA EL

Tapi ramai je every weekend🎈

DediKamenRider

Punya marah dgn rate hotel mahal mereput sampai ulang 5,6 kali.marah betul tu haha cilaka betul hotel mahal patut takde la natang tu.hang tak complaint kt pihak hotel ke EL

CERITA EL

Bukan marah. Tak suka membazir 😉 Actually tak tau itu Hantu hotel tu or Hantu kami sendiri Haha

Melisa

Tak faham kenapa asyim kena ada tak termasuk GST. Hahhahaha . Tapi kita bukan tak boleh nampak langsung.. ada caranya. Btw, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. Hahahhaa

Melisa

Asyik**

CERITA EL

Menunjukkan rasa tak puas Hati ? Hahaha. So far, memang tak nampak langsung 😉

SiCantikManis

kelakar seram!
dr awal sampai akhir rm700.00 semalam tu jgk yg diungkit
ekekekekek…
tp best cerita nya
rajin2 lah upkan cerita yek

CERITA EL

Hahaha. Thanks. So far ada 9 Cerita dah. Jgn lupa follow k 😉🎈

MrsAsh

Kan??? Hahahhaha. Part tu kelakar betul. Mmg terkesan sungguh kt jiwa dia harga hotel tu 😂

CERITA EL

Sampai sekarang Haha

nanajerr

nampk nau tahu sgt hotel mane..satu malam je dah boleh bayar sewa umah sebulan… 😂😂😂

kura2 hijau

hotel tu cantik..tapi mahal..ade yg atas air pon ade..

CERITA EL

Semua cantik Haha

CERITA EL

Tau tak pe! Sewa sebulan kt KL

dak dak melaka

best!lawak,seram,tapi cam nove lak.^.^

CERITA EL

Haha. Cita2 nak tulis Novel tak kesampaian 😅

CikMin

Assalam el, mohon bca komen akak kt cerita el 7. Tqsm. Harap dpt mmbantu.

CERITA EL

wmslm. Yea kak.

Zekzura

Marah nau ko EL, lima nam kali ‘rm700 tak trmasuk gst’ hahanahah…
Citer best, tkde up citer lain ke?

CERITA EL

Tak marah. Mane ada marah. Hehe. Dah ada 9 Cerita EL. Baca la 🙂

Erina

Erin tahu grand lexis . Hahahaha mmg berhantu situ el .

CERITA EL

Org PD ? Haha

EynaSaarieyna

ko dik asyik mention bilik rm700 smlm tnpa gst je…hahahaha..ko apa nk kisah..kan ramai blh syer jd murah balik…kannn….dh ckup ke 15k…meh akk rekomen adik akk..hahahah..untg2 leh jd adk ipar..wakakakkakakakakkkkk

CERITA EL

sebab dh Kurang tula asyik mention! Hahaha. Wah Wah! Boleh 😅

EynaSaarieyna

Ko jgn el..kang akk seyes mtk jd adik ipar kang x memasal je mn ko nk lari..hhahaha..tp kalo ko seyes apa slhnye..suka nauu…kkikiki

CERITA EL

Dia belajar mana sekarang ? Tadika ? 😅

EynaSaarieyna

hahaha..kalo tadika jnuh bjanggut ko tggu..18thn sedang elok..wakakka

CERITA EL

Hahahahah.. sedang elok la tu. sape tahu kan, jodoh 😅

EynaSaarieyna

jwpn positif ni..haha..

CERITA EL

bagi la no adik sis. Hahahaha

EynaSaarieyna

Nk bg la..tp bkn el dh ada calon ke..nti nangis x berlagu lak calon el..hihii ig apa..meh sni..

CERITA EL

Haha. Ala. mmg tengah mencari pon kak

EynaSaarieyna

Nk bg kt sni ke..huhuhu..bak emel..nti kak emel bg

Dy

Bestt plus kelakar hahahaha 😂 Sambung lah lagi ke updated cerita lagi ke . Macam cerita annabele dah aku tgk 😂

CERITA EL

Insyallah. Ada masa baca cerita EL yang lepas2 🙂

Kotak Pandora

Bunga raya ni mahal, tapi ambiencenya entah kenapa tak menarik hati nak stay situ. Tak nyaman mcm Avillion..

CERITA EL

Bunga Raya ? Hahahahaha

Kotak Pandora

Ehhh.. bukan lexis hibiscus ke? Ceittt

CERITA EL

Hahaha. tetttt

Kakak Sulung

Ell ? Ceqita hang untk kali ny xseram sngt weyyy . Tpi ada 1 bnda yg aku rsa seram . Harga bilik hotel hat hmpa sewa 2 . Bapak mahai rm700 xt’msok GST . Kebabian apakah itu . Ahahaha . Mungkin hmpa xcheck dlm TRIVAGO . Bilik yg sma , tpi 2 hrga yg b’beza .

CERITA EL

Tak seram ? Nanti EL suruh hantu lain kacau lagi seram yea 😅 memang nak Hotel tu. Bkn sbb x pakai Trivago

Akakkiut

Untungla…pakej ngn antu tu.semalam rm700 xtermasuk gst. Tu yg dihglightnya byk kli.haha

CERITA EL

Hahahahah. Ampun

Ika

Hantu air ler tu.. hihiii… seram siott 😅

CERITA EL

Nasib tak nampak 😛

Nor

Asslmmkm Adik EL…
Wahh,kmain ko gan kengkwn ek g bcuti kat hotel ‘biskuti’ tu…
Kwn akak ckp, suasana kat sna sepi skit..
Seram…
Nnti sambung lagi k,
X sabau nak mmbca nie

CERITA EL

Well, orang Muda Hahahahaha. Ok kak. 🙂

Nor

Hihihihi…
Kwn Dik EL c Gray ada klebihan bole nmpk ek…
Bole tlepas ckp patung
Btol kata Adik,
Tido sambil brenang dlm kolam dlm blk 24jam pun xpe…
Anak2 akak x suka,
Kata diorg jauh,lagi 1 nmpk sepi…
Hohoho

CERITA EL

Humm.. Hijab dia nipis kot Hahahahaha. Budak2 lagi suka ape, celik mata je terus terjun

KangGary

cite ko mmg x mengecewakan la El..haha

CERITA EL

Haha. Thanks Juri

Nazim Othman

Best cerita hantu yang kelakar.

CERITA EL

Hahaha. Senegal Nizam

missmanaged

hihi..
cerita en.el macam biasa terbaik.. double thumbsup…
#hotelrm742semalamantermasukgst

CERITA EL

Haha. Thanks. Ape tu 42 ringgit.

missmanaged

GST… harga dah masuk gst dh.. hihi

CERITA EL

Hahaha. sampai kira

eucca

EL.. i need your help.. 0173489112..

CERITA EL

Why ?

qalisa

beraninya el.. klau aku mmg dh pengsan dlu.. lagi2 wktu kes aku kena kacau dgn bunia sbb bunian tu syok kat aku thun lepas wktu brgelut nk hbiskn diploma.. mmg seksa sngt

CERITA EL

dah ada orang nak tu, kawin jela. Hehe

qalisa

Klau mnusia takpa lagi.. Klau bunian taknak aku walaupun hensem 😂

CERITA EL

Bunian mostly handsome apa. Hahaha. and Islam.

qalisa

Klau bleh dh lama dh weh aku terima.. Hensem kalah lee min ho.. Tp Allah larang.. Biar lah tak hensem asalkn mnusia… Kankan

Singkong & keju

qalisa..aku x ensem tp manusia ..hahaha

qalisa

So kau nk sruh aku ngurat kau lah ni?😂😂

Singkong & keju

ehh aku x suruh.. tp try2 la..kot2 formula menjadi haha 😅

CERITA EL

Good luck Qalisa & Keju 😍

qalisa

Hahaha tak pernah dlm sjrh aku ngurat laki.. Trbang tdung aku bapak aku kejor pakai pnyapu kang 😂taknak ahh

Singkong & keju

uihhh EL jadi pasukan sorak pulak haha..
alah qalisa.. biar aku je la ngorat kau pula..haha

qalisa

Nk ngurat? Hahaha aku tak halang.. Tp ssh sikit lah sbb aku ni jenis ssh nk suka org 😂

Wawa

Wahh best citer ko EL… Jgn lupa share lagi citer ok…any way bleh tak nk mnta tolong scan

CERITA EL

Okey 😍

Wawa

ni email sy ye el wawarazali@yahoo.com

m
kakak gn husband n anak2 pon selalu stay le**s tu. sebab nak jumpa mak kat pd. erm tapi banyak dah hotel pd akak teroka. semeye begitu kejadian. kat marina lagi le akak tengah main chess gn husband boleh pulak main door yg da bekunci tu tebukak.. husband akak biadap lari masuk bilik terus.. akak lak kaki keras takleh lari.. nasib adik lelaki akak ada dia kua bilik tolong akak.. pastu kat satu lagi hotel area lukut kohaja tengah tdo ada org flush jamban.. meloncat akak langkah husband.. yg lexis ni tengah tdo air kolam tu bekocak.. nasib anak2 akak wpon kecik2 tapi mulut diorang pandai cover.. mata diorang melilau muka mcm cuak.. bila akak tanya nape? nampak ape? diorang leh cakap takde papelah ibu. hehe sengih2 je pastu. penah gak yg sulung tu telepas cakap nape kakak tu masuk jamban masa kat lexis.. adoi akak yg peloh2.. mak akak stay pd tapi takda rumah.. dia gn ayah tiri cipta rumah sendiri dalam restoran diorang.. restoran diorang lagi seram.. nasik lemak depan kubur namanya.. dekat je gn lexis tu.. kau dtg sana lagi p la kedai… Read more »
CERITA EL

kedai depan Kubur? Mana tu? Hahaha. Makan Free saja 😅

cikbambam

Amboi kak m..siap promote..nice..hihi..
Nnt cikbambam lalu situ cikbambam singgah pekena nasi lemak depan kubur tu ye..

CERITA EL

Sila guna promo code yea: KAWAN KAK LONG

cikbambam

Dengan harapan dpt mkn free..hahaha😄

CERITA EL

Apa lagi! Serbu! Haha

Muchyz

Best la kisah2 en. El ni tak pernah mengecewakan hati fans2 ni

CERITA EL

Haha. Thanks

Aurora

👍👍👍

700 tak termasuk GST

Cerita dah baik. Tapi tak habis2. 700 tak termasuk gst. Bagitahu sekali dua sudah. Ataupun sekali opening. Skali time penutup.

CERITA EL

that is how I show “unsatisfied”

Singkong & keju

7 kali mention pasal “RM700.00 semalam tak termasuk GST”

aku nak suggest Borneo Beach Villas (Sea view pool villa) harga bole tahan menarik juga (Termasuk GST)
nak extreme sikit stay sana pling kurang dalam 3 ari.. kalau boleh jgn ramai sangat la bru tetamu nak datang..

CERITA EL

Gigih kira. Sape tetamu tu? Hahaha

Singkong & keju

aku kira2 ni mmg gred B skit haha.. tetamu yg x d undang la bro..aku x nmpk bentuk dia mcm mna tp cukup la dgn bunyi brenang ngan ketuk2 dia.. high recommended pnya tmpt ni aku bagi..

CERITA EL

dalam gambar pun dah nampak sunyi! Tak mau la! Hahaha

Singkong & keju

Rugi bro.. Selain tetamu x d undang tu.. Dat place pgg title best sunset tau.. Haha

CERITA EL

Kau belanja? Haha

Singkong & keju

1k semalam termasuk gst.. aku tgh bjimat mcm mna nak blnja hahaha..

cikbambam

Singkong..ade ko kt sini..da lama x jmp ko..kihkih

Singkong & keju

Ada je kot cikbambam oii Aku sekarang da memilih.. Selera x da nak belek2 setori lain.. Haha

Singkong & keju

Ada je kot cikbambam oii Aku sekarang da memilih.. Selera x da nak belek2 setori lain.. Haha

*aku tak tau la email sapa aku taip masuk td 😂😂tkjut nengok singkong kaler ijau

CERITA EL

Hahahaha. Pencuri Identiti

ica

selamat mase aku pergi hotel 700 x termasuk gst ni laki aku xikut skali…kalo x mst die pn xblh tdo gak..hahaha laki aku ni pn lebih kurang mcm ko… tp die still blh nmpk lg la cume da xtajam mcm dlu… kalo x meremang aku…kejap2 kang bg tau aku nmpk bnd alah tu bnd alah ni..smpi blh dibuat gado la….sakit hati aku, nmpk hantu tu diam2 la xyah la nk bg tau kt bini yg mmg sah2 penakut….hhahaha

CERITA EL

Hahahaha. Okey la tu, Suami akak jujur 🤣

Zati

lobi hotel yang namanya seakan “biskut” – biskut LEXUS tu sedap tau..hahaha

CERITA EL

Tak sedap. Hahaha

Zati

Disebabkan cite hang, cancel plan nk holiday situ…hahaha

CERITA EL

Hey! Jangan la! Tak cakap pun hotel tu 😛

FazAhmad

Weh El mati mati aku ingatkan kau perempuan weh. Jipakek betul. Weh hotel tu kat mana doh? Kot kot aku tahu ke sebab aku kira familiar gak dengan PD ni.

CERITA EL

Dari CERITA EL 7 dah kantoi la aku lelaki. Hahaha. Ala. Semua hotel ada hantu la 👻

Bob

Dari CERITA EL 7 dah kantoi lelaki, sblom tu ko mnyamar perempuan ke?

CERITA EL

sengal la BOB! Haha. Before ni tak mention Jantina. ingat aku sajat ke? eRR

ctyz

best!!!
sampai takut2 aku nak smbg baca…hahahaha

CERITA EL

Hahaha. Amboi sampai takut

Qis17

Best sangat. Sepanjang cerita kau aku gelakkk je. Cerita kau memang sempoi.sakit perot aku sbb gelak pasal si gray ni.

CERITA EL

Hahaha. Tak baik tau, gray marah nanti 😅

Qis17

Hahaha.tapi kesian la jugak kat kawan kau sorg tu.

CERITA EL

Tau x pe!

mama

“bilik hotel yang berharga RM700.00 semalam tak termasuk GST’ kahkah. Ulang-ulang ni nampal benor tak puas hatinye tu. Dik, akak baru baca story kau dari part 1. Nak tanya psl yg ke 3 (pasal saka segala). Nak komen kat sana kot kau tak terbaca. So tanya kat sini je la pasal ni new post kau. Kau ade cakap pasal platform kan? Kalau ada adik beradik yang dah meninggal macam mana? Tak complete la platform & prosesnya?

CERITA EL

Haha. Thanks kak. Hum. Benda tu akan guna keluarga yang masih hidup je. Kadang2 platformnya berpasang dengan mak & ayah jugak. Tengok la. Mungkin anak2 dh terkena ke apa. Kalau nak lagi baik, bawak semua keluarga berubat sekali.

mama

Ok dik faham. Teruskan karya kau ye. Best!

CERITA EL

GOOD!

Hara

budak sapura rupe nya

CERITA EL

Tak lagi 😜

cikbambam

Bilik Hotel berharga RM700.00 semalam tidak termasuk GST..
hahaha..siap ulang banyak kali..
EL..baru aku tau ko ni lelaki..selama ni aku igt ko pompuan..
hahaha

cikbambamfans

woiii cikbambam aku merinduimu sepenuh data ku..

cikbambam

hahaha..siap ade cikbambamfans..
aku pun rindu nk komen & rate cite org..
rindu dikecam..kahkahkah..

Singkong & keju

hahaha.. bz ke cikbambam? sukan sea da sudah awat sunyi lagi.

CERITA EL

Hahaha. Maaflah yea, mengecewakan Hati Cik Bambam 😝

cikbambam

rindu aku ke singkong..huhuhu..
aku ade je..aku perati je komen2 ko..hahaha..

EL..aku siap membayangkan ko ni mcm nelydia senrose ko tau x..Mcm EL dlm cite setia ujung nyawa tu..kahkah..sbb tu aku igt ko pompuan..aku x kecewa el..aku rasa bahagia..😜

CERITA EL

Hahaha. Kuat berangan ni

anonymous malay

ni lexis baru ke lama

CERITA EL

tetttttttttttt

Sweet Yani

haha citer ko ni seram tapi kelakar. Yg part kelakar sgt sbb bila setiap kali mention harga bilik mesti ada perkataan tak temasuk GST. Haha..

CERITA EL

awak fikir kelakar, ada yg fikir saya tulis tu sebab berkira 😝

Qis17

Yang fikir kau berkira tu sbb dia banyak duit laa. Aku rasa RM700 tu banyakk weeii.Bukan semua mampuu..

Kakrose

Hi el best cerita adik…baca yg lps2 boleh scan org yer..

CERITA EL

Thanks. Hehe. Mungkin

Asyifiona

boleh scan saya tak EL?

CERITA EL

Nape?

ummi

Hotel. nama. biskut haha.. Lexus la tu.. mmg mahaii.. pernah gi sana tu. pun sbb company support ada team building.. sib baik xdak apa2 time tu…

CERITA EL

Haha. Alhamdulilah

namy

beria gila mention Hotel RM700 semalam tanpa GST. Hahahaha tak leh blaaaa. asal jumpa je ayat tu dah senyum2 , gelak dalam iman. hahahahhahahahahahhaha

CERITA EL

Tak ada sapa suka GST Hahaha

Sha

EL ko mmg keje lg kt sapurakencana ker?dept mane?
Aku dulu keje kt stu jugak,admin dept…

CERITA EL

Sapura mana awak?

Izmal Hussein

Mahalnya bilik. Hotel apa yg RM700 semalam tak termasuk GST tu? Membazir la

CERITA EL

Hotel paling mahal dekat PD. kan. membazir

Mohd Adzfar

Best jg cite nie..siap ulang² tu pkataan GST..dlm hati siap kata “nak kecam najib ke nie”..😂

CERITA EL

Tak ada lah kecam2. Tak minat politik 😛

Mohd Adzfar

Ya..nampak d situ tunjuk rasa ktidakpuas hatian thdp hotel tu..😂

CERITA EL

Hahaha

Su

Adeh ko nk EL..first time ada org up citer seram psl hotel tu..akak dh 4-5 kali stay sana tp ko ni buat akk pk seploh kali lak klu nk pegi lg..btw citer kali ni pon terbaek!

CERITA EL

Hahaha. Pergi jela. Semua tempat ada hantu 😛

Qis17

Mak cik saya baru pergi hotel tu minggu lepas.Tapi alhamdulillah x de apa berlaku .semua ok je. Tapi mahalllllll

Kak Yulie

Hahahahaha…
Klu akk pn akn wajib keep mention harga hotel tu…
Dahlar kiranya tahap terpaksa kena follow stay situ, pastu kena hadap plak gangguan tu sume, mmg masak aarrr kena perli sape yg suggest soh stay situ…
Cara nk perli yg terbaik, mcm tulah, sebut harga hotel tu dgn deep, hahahahha…

Cth mcm bebaru ni terkena ngan satu homestay ni, trs akk keep mention HOEMESTAY PUAKA bebanyak kali…
Cerita psl benda lain klu blh kaitkan ngan isu homestay tu, mmg akk akn sebut HOMESTAY PUAKA tu siap idgham maal ghunnah dik…
Sakeeettt ati ku di sini tau…!

geng sajat

kak Yulieeeeeee!!!! budak tu dah prepare 15k utk hantaran??? My Goddd meremang bulu roma geng sajat!! Maksudnya tak lama lagi geng sajat bakal dipinang orang???? Woaaaa terharunya!!! Finallyyyy pecah dara laaaaa weolsss nanti!! Tazabarnyeeeww

CERITA EL

Saya nak yang bertudung 😛

Kak Yulie

Tudung saji boleh???
Tudung oren???
Hahahahahah…

CERITA EL

Tudung AJ FAREEDA boleh 😛

Kak Yulie

Die br siap kumpul utk hantaran…
Belanja utk lelain blom lg tuuu…
Skang ni kan kawen byk nooo belanjanye, lelagi yg reremeh temeh ni…
Ikot cara die ni mau 3tahun lg br kawen ni…
Tu blom lg kang kawen hanimun nk round da europe plak…
Bagi lagi masyuuuukkk duit tabungnye…
Heeheheheheh…

CERITA EL

Hahaha. Dah tua dah kak. kena la cepat2 kawin

Kak Yulie

Lek luuu…
Nnt dh kawen kompem bini ko dh x bg ko spend time karang citer daahhh…
Samada die takot kejadian serem berulang kembali, atau die takot somi die kena usha awek2 FS ni…
Heheheheheh…

geng sajat

kak yulieeee dia nak yang bertudunnnnggg. ADUH! Mana laaa ada dalam sejarah semenjak berapa masihi geng2 sajat pakai tudung. yang bertudung si sajat je ponnnn kak yulieee oiii. alamat anak dara tua laaaaa weolss ni

Kak Yulie

Hahahahahah…
Kena join group Cari Jodoh ni Geng Sajat…

Singkong & keju

geng sajat punya komen ni gelak aku baca .. aku bru ckup 12k..

Kak Yulie

Usaha lg dik…
X kaya xper asalkan rajen tu sebaiknye…
Org rajen rezeki x putus, berkat inshaaAllah…

CERITA EL

Ape lagi. Melamar leeee

Kak Yulie

Amboiiii…
Tukang sorak nampak…

CERITA EL

Wow best nya! Kak yulie ada adik perempuan? Hahaha

Kak Yulie

Adik pompuan mmg ade, tp udah kawen…
Anak2 buah plak sek men lagi…
Sorry…
X dapek nk nolong…
Heheheheheh…

Singkong & keju

giler melamar bawa 12k rombongan x sampai lagi drng da tutup pintu kot.. haha

kak yulie tolong la tambah2 sikit haha

CERITA EL

orang ada Master pun 10K je bro 😌 Hantaran tak menjamin kebahagian.

Singkong & keju

itu kalau mak bapa yg fikir mcm tu bro..pihak tunang aku minta 20k ikut date berday dia..untung dia x lahir 30aribulan..siap deposit 20% lg tu..

Kak Yulie

20k….????
Gilor maheeiiii…
Akkler pompuan yg menolak penetapan hantaran tggi2…
Klu fmly akk ikot bape yg pihak laki nk bg, mak abah akk redha jer…
Sbb kenduri belah kami x kesahlah anak laki ke pompuan, sumeee mak abah yg tanggung…
Tggjwb deme katenye…

Singkong & keju

adoii la kak yulie.. skrng ni x bnyk prmpuan mcm kak yulie.. kluarga bahagian tunang ni galak sangat..tu pasal kot dia x bole bg pendapat.

CERITA EL

Pinjam Bank je bro! Hahaha. sampai ke tua la tak kawin klu mcm tu.

Singkong & keju

Pinjam bank da buat untuk beli rumah haha.. skrang ni kalau nak cpt dapat trgt kena jual organ kot..buah pinggang aku masih suci ni..haha.. doa2 je la bro..ada rezeki nnt kawin la..
da jadi tmpt mengadu nasib da slot ni..

CERITA EL

Hahaha. Cepat2 la kawin yea

Kak Yulie

Nayooo kawen smpi buat loan…
Mampuih!

CERITA EL

kan? Itu cara kita tunjuk ke tidak puas hati! Hahaha 😛

Kak Yulie

Kaannn…
Ade 2 sebab sesuatu tu jd sebutan…
Smda sebab bagus atau sebab bala…
Yg sedang2 jer ni selalunye org x hirau sgt…

wpDiscuz