#ceritaNasa – 26 Disember, Acheh

#Thriller #CN #real. Bulan oktober, adik aku adakan lawatan ke Acheh atas urusan perubatan kerana dia pon seorang doktor. Di kesempatan itu dia bertemulah dengan beberapa penduduk yang selamat ketika kejadian tsunami dulu. Berbual secara berdepan untuk lebih memahami, banyak cerita yang diperoleh dari perlbagai sisi. Terpanggil untuk aku menulis hari ini, kerana ianya satu kejadian yang cukup hebat pada dunia. Tiga kisah, satu cerita, yang aku dah gabung, jadikan cerpen untuk korang membaca.

ACHEH, INDONESIA – OKTOBER 2017

Seorang wanita dari Malaysia, berpakaian muslimah, berjalan masuk ke ruang kampung, dikenali perkampungan Lampulo, antara salah satu kampung di sekitar Acheh. Nampak tenang dan damai. Seorang lelaki tua duduk memandang kanak-kanak di hadapannya bermain. Dari raut wajahnya, dia gembira melihat anak kecil itu.

“Cucu pakcik?.” Tanya Asiah. Lelaki itu menggeleng. Asiah sengaja berbual, kebetulan ada hal datang ke situ bersama rakannya, tapi entah ke mana rakan yang lain, kejap betul hilang, jadi dia menunggu, sekadar berbual.

“Bukan cucu pakcik.” Jawab lelaki itu. Kalau dari perkiraan fizikal, mungkin dalam usia 60. Hanya tekaan… Asiah tersenyum dan memandang wanita yang berdiri tidak jauh dari anak kecil itu bermain. Wanita itu bertudung litup, ayu wajahnya

“Owh tu mak dia?.” Jarinya menunjuk ke arah wanita itu, namun pakcik tadi masih menggeleng. Dia menoleh Asiah semula, dari loghatnya, dia tahu Asiah bukan dari Indonesia, namun dia juga tahu kalau Asiah ingin berbual. Melihat anak gadis berkulit sawo matang itu berdiri, dia mempelawa agar gadis itu duduk.

“Kami sekadar menjaganya.” Jawab pakcik tadi tersenyum. Usia sepertinya hanya tinggal sedikit untuk dihabiskan.

“Nama pakcik siapa?.” Tanya Asiah.

“Karim…. Karim bin Junawi.”

ACHEH, INDONESIA – 26 DECEMBER 2004

5.00pagi

TENANG, sunyi, damai. Karim berusia 50 tahun, bangun sebelum azan subuh. Macam biasa isteri dan anaknya masih tidur. Dia biasa akan ke pantai untuk siap menangkap ikan seawal itu. Baju dipakai dan dia bersiap untuk bekerja.

“Kenapa ibu bangun awal ni?.” Tanya Karim, melihat wanita itu sudah bersedia dengan wuduk.

“Kamu tak solat dulu sebelum ke laut?.” Tanya ibunya perlahan. Tidak pernah sekali pun dia melihat Karim solat lima waktu sepanjang dia hidup bersama mereka. Puas sudah dia menyuruh, bukan Karim tidak pandai mengaji, malah cukup ajaran agama serba serbi. Solatnya, agamanya, mengaji, tidak pernah sekalipun dia abai dalam mendidik anak-anak. Tapi bila dah dewasa, masing-masing tidak peduli. Karim hanya bersalam dan turun ke laman. Memakai kasut, tidak menjawab soalan ibunya.

Jala, dan segala barang dibawa, menyanyi kecil, berjalan laju ke arah pantai untuk mengambil barang lain. Kepalanya tertoleh keliling. Tapi tidak ada sesiapa. Bukan juga dia tidak biasa, sejak ada ibunya dirumah, maka lagi awallah dia keluar, malas dibebel tentang solat dan sebagainya. Ya, dia akui memang dia tidak pernah solat. Entah bila kali terakhir pun dia lupa. Maka keluarganya pun sama. Sebagai ketua dia gagal menjalankan perintah utama. Karim menuju ke arah kapal nelayannya, bukan sejenis kapal perang tau, kebanyakan mereka di situ, mempunyai kapal yang agak kukuh, besar dan boleh memuatkan ramai orang. Dari apa yang adik aku cerita, bukan sampan lamalah. Karim berjalan menuju ke pantai, dan kakinya mencecah air. Ya! Air yang cetek. Dia berjalan lagi setapak. Lagi setapak dan terus melangkah. Bila menoleh, darat sudah jauh di belakang. Karim bediri di tengah kawasan itu berseorangan.

“Air surut?.” Karim menoleh ke hadapan semula. Satu kawasan tanah yang lapang, luas terbentang di hadapan. Dan yang lapang itu sepatutnya laut. Karim hairan! Dia menggaru kepala.

“Allahuakbar, Allahuakbar…….” Seruan azan subuh kedengaran. Sayu berkumandang. Seruan itu sendiri mengajak kita sama-sama menunaikan perintah Allah. Sebagai hamba, sebagai manusia. Wajib! Karim mengalihkan pandangan ke arah laut semula, air tadi kembali normal, semakin lama semakin naik dan Karim berjalan laju meninggalkan kawasan pantai itu. Dia menoleh sekali lagi ke arah laut yang nampak seperti biasa.

Hairan! “Aku mimpi ke?.”

Karim membatalkan niat, tapi dia tidak pulang ke rumah. Duduk bersandar di pokok yang berkayu besar. Karim memerhatikan rumahnya yang tidak jauh mana. Kepalanya menoleh ke arah masjid dihadapan. Tapi tidak terpanggil pun untuk dia turut serta ke rumah suci itu. Tidak langsung!!

5.30pagi

ABDULLAH, 30tahun melangkah masuk ke dalam masjid. Mengambil wuduk dan berdiri di sudut yang paling belakang, menunggu jemaah lain tiba. Dia antara yang selalu juga menghadirkan diri di masjid besar kawasan mereka. Selepas habis azan, masjid itu masih kosong seperti sedia kala. Abdullah bangun melihat sekeliling, begitu juga lelaki yang mengazan tadi. Lelaki itu bukan lah sesiapa, bukan juga imam, pendek kata kadang-kadang azan dan kadang-kadang tidak pernah dengar langsung laungan kalimah suci itu dalam sehari di kawasan mereka. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri

“Mari kita solat.” Ajak lelaki itu, menoleh ke arah Abdullah. Hanya sebilangan sahaja, boleh dibilang dengan jari kehadiran makmum.

“Allahuakbar…” Lelaki itu siap mengangkat takbir. Solat dua rakaan itu dilakukan dengan tertib dan khusyuk. Sehinggalah habis dan selesai. Diselangi dengan tazkirah dan sedikit peringatan, itu perkara biasa selepas solat mereka. Walaupun jumlah yang hadir pada pagi itu hanya sekitar sebelas orang, bukanlah satu yang menghairankan. Solat tetap dijalankan dan tazkirah tetap dibacakan untuk mereka. Sunyi juga apabila orang kampung tiada yang bejemaah sama.

“Sibuk agaknya.” Balas Abdullah. Dia juga sudah kenal dengan lelaki itu, Abdullah pun bukanlah di kalangan orang yang kukuh solat lima waktunya. Ada juga tertinggal, ikutlah mood. Datang rajin, adalah mukanya di masjid, kalau tak rajin, sampai seminggu juga dia menghilang. Solat dirumah sahaja.

“Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh (berjemaah), dia berada dalam lindungan Allah. Perhatikanlah, wahai anak Adam, berusahalah, jangan sampai Allah mencabut perlindunganNya daripadamu akibat suatu kesalahan yang kau lakukan.” Terang lelaki itu kepada jemaah. Sekadar yang diketahui, tidak melebih tidak pula berkurang. Abdullah mengangguk. Matanya mula yang mengantuk.

Abdullah bersalam dengan semua jemaah yang ada. Beberapa kali mulutnya menganga menahan menguap. Lelaki itu menepuk belakang memberi semangat. Dan Abdullah berjalan pulang ke rumah. Sesekali menoleh  melihat masjid itu yang sudahpun gelap. Tersergam indah, namun sunyi. Dia berpaling dan berjalan pulang.

Abdullah menyiapkan barang, ibunya pula menyiapkan bekalan. Setiap pagi itulah yang dilakukan oleh Fatimah. Anak yang lain masih tidur. Abdullah menerjah bilik adik nya, mengejut mereka untuk bangun, menarik selimut, mencubit sambil tergelak. Memang dia rapat dengan tiga adiknya, namun semua masih lena.

“Sudah jangan dikacau adik tu, baik-baik kerja sana.” Pesan Fatimah kepada anaknya. Abdullah bersalam dan terus menuju ke tepi pantai. Dia menaiki kapalnya untuk ketengah laut. Perasan juga seorang lelaki masih lagi duduk di pokok yang berkayu besar. Bersandar sambil menyanyi kecil. Abdullah hanya tersenyum mengeleng. Dia meneruskan kerjanya.

6.10pagi

KARIM melontarkan pandangan kearah seorang lelaki yang menaiki kapal nelayan menuju ke arah laut, ditangannya ada bekal. Semakin lama semakin menjauh, air laut elok membelah pantai. Sekelung nafas di hela. Dia berjalan balik ke rumah semula. Tidak jadi untuk meneruskan kerja. Maknanya tidak ada hasil untuk hari ini.

“Laaa kenapa awal balik?.” Tanya isterinya Monica.

“Abang terasa malas nak ke laut. Pagi tadi abang nampak air tu surut.” Karim menoleh kebelakang. Begitu juga Monica.

“Abang mengigau ke apa?.” Tanyanya gelak. Dia dan anak yang lain menjamu selera dan bersarapan. Monica meminta kebenaran untuk dia pergi ke rumah saudaranya di hujung kampung. Karim membenarkan. Tahu juga waktu cuti macam ni bosan di rumah. Dia turut makan sekali semeja dengan yang lain. Namun hatinya tidak sedap. Tidak tahu kenapa.

Selepas bersalam, Monica dan tiga anaknya keluar. Karim pula menuju ke bilik ibunya. Wanita itu masih mengaji. Itulah aktiviti ibunya yang selalu dilakukan. Wanita tua itu menoleh tersenyum. “Marilah mengaji sekali.”

Itulah perkara yang malas untuk dilakukan oleh Karim. Apatah lagi bersoal jawab tentang agama. Ibunya sentiasa bertanya hal yang sama. Dan jawapannya adalah – Nanti! Nanti tu bila? Hanya Allah yang tahu nanti tu bila. Ianya akan sampai dalam terma yang Allah tetapkan sendiri. Tiba-tiba kawasan rumahnya bergoyang. Karim terkejut. Dia menoleh sekeliling. Berlari dan melihat keadaan di luar. Tidak ada apa-apa. Ya! Dia merasa gegaran tersebut. Dan sekali lagi gegaran itu terasa. Karim masuk ke rumah kembali, mengambil pasu dan beberapa barang yang jatuh. Menjauhkan ibunya dari rak dan almari. Walaupun sekejap sahaja, tapi habis bersepah semuanya. Karim termanggu – Apa berlaku???

7.00 pagi 

ALISSA, berusia 8 tahun. Seorang budak yang boleh dikatakan comel. Bermain tanah di sekitar rumah. Tidak ada kawan, ibunya tidak kasi bercampur. Dia membaling-baling tanah itu. ibunya berlari mendapatkan anaknya

“Alissa kenapa dekat sini? Mari balik.” Wanita itu nampak sedikit risau. Mana tidaknya gegaran tadi benar-benar mengejutkan. Walaupun sekejap tapi terasa. Kesemua penghuni keluar dari rumah kerana ketakutan.

“Mama, tadi bergegar tanah ni.” Ujar Alissa. Dan ibunya hanya mengangguk., bukan sahaja Alissa, mereka semua rasa benda yang sama. Dan sebenarnya wanita itu risau dengan keadaan yang berlaku, maka dia mahu mencari penempatan yang elok sehingga gempa bumi itu tidak lagi berlaku.

“Mama nak pergi mana?.”

“Kata nak berjalan. Papa dah siap dah tu, kejap lagi kita pergi.” Ibunya mencubit pipi manja anak gadisnya. Mereka akan keluar dari kawasan itu, gegaran tadi memang mengganggu fikiran ibu Alissa.

“Alissa dah siap ni mama. Kita pergi bandar!.” Dia terjerit manja. Berlari dan menjerit macam orang yang tidak pernah ke bandar. Wanita itu tersenyum memerhatikan anak kecilnya. Alissa kemudian berlari mendapatkan ibunya, memeluk dan menoleh ke arah seorang lelaki yang sedang menolak kerusi roda. Lelaki itu berpakaian biasa, menolak wanita yang separuh umur ke arah pantai.

7.15pagi

“Waaa!!!! Inilah Acheh!!!.” Dua lelaki siap mendaftar masuk ke hotel. Tapi pagi ni mereka akan melakukan aktiviti snorkeling. Itulah yang di nanti. Semua barang siap dibawa dan mereka berdua menaiki bot ke tengah laut.

“Haidi!! Tak sabar rasa.”

“Yelah Wandi… Kita dah tunggu lama waktu ni.” Haidi mengemaskan pakaiannya. Dia memberitahu kepada penjaga bot agar mengambil mereka kemudian.

Dengan jeritan yang gembira, mereka melihat bandar Aceh yang terbentang luas di hadapan. Cantik!! Mereka berdua menyelam setelah segala kelengkapan semua cukup. Kedua Wandi dan Haidi sudah berada di dalam laut. Hanya bahasa isyarat sebagai pengantara, thumb up dan anggukan sahaja tajuk bicara. Mereka menikmati pemandangan di dasar laut itu. Senyuman tertutup dek topeng udara yang dipakai mereka. Tidak lama kemudian air sedikit bergoncang dari dalam laut. Kedua mereka berpandangan sesama sendiri. Tidak kuat tapi terasa – pelik! Mereka tertoleh-toleh juga, tapi tidak ada apa yang mencurigakan. Mereka meneruskan aktiviti, memang cantik ciptaan Allah.  Bila dilihat, banyak yang belum mereka teroka. Haidi mendahului Wandi, berenang jauh ke dasar.

Dari dalam laut, perubahan muka bumi sedang berlaku dengan jarak 0-30km ke dasar, gegaran yang berlaku awal tadi menyebabkan struktur muka bentuk dalam laut juga terangkat. Tanpa sedar, gempa bumi bawah laut turut terjadi. Dua geseran yang berlaku menyebabkan ketidak seimbangan pada air. Apabila kawasan dasar laut yang berubah kedudukan (terangkat atau turun) adalah luas, maka gelombang akan terhasil, dimulai dengan air yang akan surut dan kemudian…… datang ombak yang lebih besar –TSUNAMI!!

7.45 pagi

KARIM duduk di sebelah kerusi roda ibunya di tepi pantai. Mengambil masa berbual. Sekadar topik biasa sahaja. Masih lagi tidak lari tentang jaga solat dan agama. Karim mengangguk . Sebenarnya dia mahu membersihkan rumah. Tapi risau pula jika ibunya ada sekali, takut berlaku gegaran lagi dan barang berat menghempap wanita itu. Lantas atas permintaan, dia membawa wanita itu ke tepi pantai. Gegaran tadi menyebabkan kesemua barang jatuh. Semua mereka yang berada di kampung itu merasa tapi tidak tahu kenapa. Kesemua mereka kelihatan sibuk mengemas. Ada yang siap-siap awal mengeluarkan barang dan ada yang tinggalkan rumah terus.

“Mak duduk tepi pantai ambil angin, nanti Karim datang balik ya…” Lelaki itu meninggalkan wanita tua ini. Wanita itu hanya mengangguk, melemparkan pandangan ke tengah laut. Air kelihatan cetek sahaja. Karim menyiapkan tugasnya dahulu barulah dia akan mendapatkan ibunya semula. Dia berjalan masuk kerumah, menggeleng kepala melihat semua bersepah.

“MAMA! AIR laut tu tengok….” Alissa menunjukkan air laut yang semakin surut. Ibunya berdiri dan berjalan ke arah depan, begitu juga dengan beberapa orang yang berada di pantai. Alissa tidak pernah melihat keadaan itu, merupakan satu keterujaan baginya. Tangannya dipimpin ibu menghala ke arah laut. Dan beberapa orang yang berada berdekatan juga turut sama berjalan ke arah laut yang surut ke tengah – satu kejadian yang tidak pernah berlaku.

KARIM menyiapkan kemas rumah. Terlupa untuk menelefon isterinya, maklumlah perkara berlaku tiba-tiba. Bunyi burung berkicau di udara membingit, angin juga sepoi-sepoi bahasa. Karim terasa pagi itu agak berlainan. Suasana juga senyap tidak seperti selalu. Rambutnya berterbangan halus ditiup angin lembut, tidak terdengar lagi suara anak jiran bermain. Aneh! Dia berhenti melakukan kerja, cuba mengamati suasana

Karim mendongak melihat luar melalui cermin tingkap. Dia memegang meja rumahnya, menunduk dan merasa getaran kecil yang terjadi. Perlahan-lahan, Karim berjalan ke luar, melihat laut yang semakin surut. Orang ramai mula tercengang. Diam! Sunyi! Masing-masing menoleh ke arah pantai.

7.55 pagi

Dari tengah laut, kelihatan warna putih dan ombak semakin meninggi. Semakin mendekat Dan pada ketika itulah kesemua yang berada di pantai itu tergamam. Masing-masing menapak kebelakang, berundur. Tangan Alissa ditarik kasar dan anak kecil itu berlari mengikut rentak ibunya.

Dengan kelajuan 800km, ombak itu datang. Semakin ke arah tempat cetek, gelombang semakin berkurangan, namun air semakin laju, membentuk seperti dinding dengan ketinggian puluhan meter. Satu kelajuan yang mustahil untuk selamat dari rempuhan. Suara orang ramai mula menjerit, berlari lintang pukang. Kelihatan beberapa manusia jatuh dan hanya wanita di kerusi roda itu tidak bergerak. Karim terbuntang mata. Dia berlari mendapatkan ibunya.

“Ibuuuu!!!!!!!!!!!!.”

Air laut menghempas muka bumi itu sekaligus membawa kesemua yang berada di hadapannya. Karim berpusing di dalam lautan itu. Terasa seperti di dalam blender, Dirinya seperti dikisar berampur dengan segala serpihan dan barangan. Dia menjerit apabila sebatang besi menusuk pinggang. Tidak ada apa yang boleh dilakukan, dia tidak mampu berpegang pada apapun kerana dirinya berpusing-pusing. Kepalanya terhantuk, dirinya seperti dibaling-baling, terhempas sana, terhentak sini. Sebatang kayu datang dan menghentam kepalanya. Berdengung telinga….

“Mengucapp…” Suara ibunya kedengaran. Karim membuka mata. Masih lagi berpusing di dalam gumpalan lautan. Dia bersendirian, tapi suara itu jelas terdengar.

“Zikirlahhhh…..” Sekali lagi suara wanita itu berbisik. “Ingat nama tuhanmu….” Perlahan namun bermain di minda. Karim timbul sekejap, dia mencari nafas.

“Allahhhh!!!!!.” Hanya itu yang sempat dijerit sebelum tenggelam kembali. Sekali lagi bergumpal dengan segala besi dan kayu. Berpusing dan terhentam sana sini. Tidak ada satu tempat pun yang boleh dicapai.

Dalam keadaan lemah, Karim pasrah, mengucap tidak berhenti, berzikir dan bertahan apabila sekejap dia timbul dan tenggelam. Tidak sudah hatinya menyebut “Allah.” Berkali-kali. Karim pasrah jika itu adalah hari terakhirnya di muka bumi.

ABDULLAH berbaring di lantai kapal. Melihat ke arah langit. Dia menguap beberapa kali. Tadi dia tertidur tidak sedar langsung!! Malah rakannya yang lain turut tidur. Mengantuknya tidak sudah. Sekejap dia berpaling ke kiri dan sekejap dia berpaling kanan, tidak tahu berapa lama terlelap. Hari ini dia tidak mahu lama, dari tadi belum ada hasil lagi. Tidak lama kemudian, Abdullah terdengar bunyi riuh rendah. Di tengah laut terdengar suara ramai manusia.

Kapalnya sedikit terumbang ambing. Abdullah duduk, dia melihat di sekeliling. Keliling kapalnya penuh manusia yang ingin memanjat. Dia terkejut besar. Segera berdiri, dan menuju ke arah mereka. Yang jelas kesemua mereka meminta tolong. Abdullah bertanya beberapa kali apa berlaku apabila melihat mereka menangis dan dia mendongak memandang hadapan. Terkejut! Serius, otaknya tidak dapat mentafsir apa berlaku. Kesemua keadaan tunggang langgang. Dan kapalnya, sudah berada di atas bumbung rumah!

WANDI DAN HAIDI siap aktiviti, dia berenang naik ke permukaan, mencabut saluran pernafasan yang disambung ke tong di belakang badan. Namun tidak ada sesiapa yang mengambil, sepatutnya lelaki yang membawa bot itu tadi berada di situ tapi tidak ada sesiapa kelihatan. Kedua mereka menoleh ke arah pantai. Ya! sepatutnya itu adalah pantai.

“Errrr berapa jauh kita berenang?.” Tanya Haidi. Jelas dihadapannya tidak ada apa-apa lagi. Mereka berada di tengah lautan! Tidak ada darat yang kelihatan. Tidak ada bandar Acheh yang mereka lihat sebelum ini. Mereka juga tidak pasti apa berlaku, dan di mana sebenarnya mereka berenang. Kedua mereka saling berpandangan.

KEADAAN REDA

KARIM TERLANTAR di atas tanah. Dia tidak boleh bersuara, terlalu terkejut mungkin, trauma, fobia dan apa sahaja yang boleh dipanggil untuk mengaitkan dengan keadaan yang berlaku. Apa pun dia tidak mampu bergerak, dan bukan dia sahaja. Bergelimpangan mayat di setiap ceruk dan kawasan. Alissa trun dari pokok, tidak tahu mana keluarganya. Dia pergi ke arah Karim yang dilihat terkebil-kebil, diberi air walaupun dia tidak tahu apa untuk membantu. Beberapa orang yang datang, mengambil Alissa dan mendukungnya. Karim dimasukkan ke dalam plastik seperti mana mayat lain dan diletakkan di satu kawasan.

Alissa menoleh. Dia menuding jari. “Dia hidup lagi!!!.”

Lelaki tadi terperanjat, cepat-cepat mendapatkan Karim balik, dia segera membantu, membawa Karim dan Alissa ke hospital. Mereka mendapatkan rawatan susulan.

Dan untuk hari itu sejarah mengubah segalanya yang pernah ada di Acheh. Lebih 200 ribu kematian dan yang tinggal adalah mereka yang tidak mengenali satu sama lain. Abdullah kehilangan keluarganya. Karim juga tidak punya sesiapa. Alissa hidup sebatang kara. Kebanyakan mereka tidak mengenali sesama sendiri. Wandi dan Haidi merupakan rakyat Malaysia yang bernasib baik. Sewaktu kejadian mereka tidak ada di daratan.

ACHEH, INDONESIA – OKTOBER 2017

Asiah dan Karim menoleh ke arah masjid yang tersergam indah tidak jauh darinya. Kini kampung itu sudah membangun, setelah tiga belas tahun berlalu, semuanya pulih seperti sedia kala. Kanak-kanak bermain dan kelihatan kesemua mereka yang berada di situ hidup gembira. Ya!! Mereka adalah generasi yang baru, generasi yang hidup dan berpeluang untuk meneruskan umur mereka. Kehidupan yang diberi dengan asbab yang tertentu, sebagai pengajaran dan pedoman untuk semua. Sebagai peringatan kepada kita yang masih hidup, buat tatapan manusia lain di dunia, sebagai tanda kebesaran agama dan apa juga istilah bagi mereka yang berfikir dengan iman.

Hampir ke waktu asar, Anak kecil itu berlari mendapatkan Karim. Dia bersalam dengan Asiah. Anak kecil itu diambil dan didudukkan di peha. Asiah bermain dengannya.

Karim bersiap-siap bangun, mengibas p******g.

“Nak ke mana pak cik?.” Tanya Asiah.

“Dah nak waktu asar. Pakcik nak ke masjid.” Jawab Karim sambil tersenyum. Asiah hanya mengangguk. Meneruskan perbualan dengan budak tadi. Dia memberi gula-gula. Matanya tertancap pada wanita yang dari tadi berdiri melihat. Tidak jauh darinya. Gadis ayu bertudung litup.

“Awak siapa ya?.” Tanya Asiah.

“Saya Alissa.” Gadis itu bersalam dengan Asiah. Mereka berbual kosong. Dan tidak lama itu kedengaran suara azan yang mendayu. Masing-masing menoleh ke arah masjid. beduyun orang ramai memasuki kawasan itu. SubhanAllah!! Macam sembahyang ketika di hari raya!! Berpusu-pusu! Itu pada pandangan Asiah yang tidak pernah melihat jumlah seramai itu untuk lima waktu di negaranya.

Memang tenang azan itu kedengaran, mengetuk pintu hati wanitanya. Suara Azan itu memang kedegaran sayu seperti mana hati rakyat negara Acheh yang terkesan dengan apa yang berlaku. Malah Asiah sendiri tertarik dengan keunikan suasana solat di masjid. Terlalu ramai!! Bukan sahaja subuh, malah setiap lima kalinya!

“Sedapnya azan tu Alissa…” Hampir sahaja menitis air mata Asiah.

Alissa mengangguk. “Itu Pak cik Karim…. dia imam kami di sini.”

Kedua mereka mendengar suara azan sambil menyahut panggilan itu di dalam hati. (Hanya Allah juga mengetahui)

“Ya Rasulullah, siapakah yang paling keras mendapatkan ujian? Baginda menjawab: Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan senatiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahannya. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)

Jangan lah menilai seseorang sebelum kau mengetahui pengakhiran hidupnya. Jika Allah berkehendakkan, maka hidayah itu boleh jadi milik sesiapa! Ujian Allah itu berat bagi kita yang melihat, tapi kemanisan itu adalah pada mereka yang melaluinya. Apa yang berlaku pada masa depan bukan lah dalam tangan kita, tapi yang Allah tetapkan, adalah yang terbaik untuk hambanya.

Assalamualaikum!

Nota penulis ::
*nama diubah sebab tak pasti nama sebenar
*cerita Haidi dan Wandi, aku dengar daripada orang ramai, nama pun bukan nama sebenar tapi aku masukkan sekali dalam cerpen ni sebab berkaitan.
*Masa yang aku letak adalah anggaran kejadian sahaja sebab mereka yang bercerita pun tak ingt sangat waktu yang tepat. Just agak-agak. Jadi, aku gabungkan waktu kejadian sebenar yang aku ambik di google dan aku andaikan dengan waktu mereka bercerita.
*fakta tsunami aku ambil dari google juga. Ayatnya berbelit, jadi untuk memahamkan korang, aku susun semula ayat tu agar jadi ayat melayu yang mudah dibaca. Kalau salah, aku minta maaf.
*Aku atur semula dan susun cerita ini agar korang faham. Aku berkongsi untuk kita baca bersama, dan jadikan ikhtibar di sebalik kejadian. Maaf jika ada kekurangan.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2.7]

305 thoughts on “#ceritaNasa – 26 Disember, Acheh”

  1. Thank you CN..Your story never disappoints me..

    *Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu*

    Reply
  2. kak..aku sedih baca cite ni..mcm aku di tempat kejadian plk..

    kebetulan aku baru balik dr aceh..aku sempat melawat muzium tsunami..kt muzium ni jiwa aku agak terkesan la sbb masuk je pintu suasana jdk gelap..dgn bunyi2 ombak..dinding kiri kanan ade air turun dr atas.ditambah plk suara org berzikir..dlm keadaan tu pun aku da seram apetah lg mangsa2 kejadian..ade 1 bilik khas kt dinding ade tulisan nama2 semua mangsa korban tsunami..dari bawah sampai atas..bile tgk semua nama2 tu dgn suara org zikir aku jdk insaf sekejap..huhuhu..

    nice story kak..story ni lain dari yg lain..tp 1st perenggan pun da ade typo..hahaha..xpe aku paham dgn jari bulat ko tu..9.5/10

    Reply
    • Time kasih eliani. Yaaa bg yg x sanggup baca mmg x dpt habiskan. Tpi demi utk membuka mata pembaca aku senarai kan cite ni smpai hbis. Pengajaran byk sangt. Rugi kalao x kongsi

      Reply
  3. 9.8/10

    Nice story kak nas! Maira terasa macam tengah tengok movie.. dengan aku-aku sekali rasanya tercampak dalam situasi diorang semua.

    Oh ya! ada beberapa ejaan yang kurang betul. Malas nak list.. cari sendirilah kak! hahahaha

    Reply
  4. Allahu! Terus aku teringat balik peristiwa tsunami dulu. Ombak tinggi sekaligus menghancurkan seluruh Acheh kecuali satu masjid yang tersergam di tengah tengah kawasan itu. Semua orang bertempiaran lari, ada yang berpaut dekat pokok kelapa tapi tumbang jua akhirnya. Ada yang segala besi, kayu menghemdap badan mereka sehingga tercabut nyawanya. huhu

    Sedih sangat. Terkesima aku baca kak. huhu. Nak bahuuuuu~ sobs sobs

    Reply
    • Samalah ratna waktu CN dpt info n dengr adik cerita satu persatu. Pakcik ni cite lengkap sangt. Sebab bila tau last2 dia imam! Daripada org yg x pernah solat kepada org yg benar2 ambik berat pasal lima waktunya… son sob

      Reply
    • Aku dh mcg adik aku awl2 cari cite biar details hahahah aku paksa siap dia bagi nota tulis semua. Haaaa senang aku nak olah balik… heheheh

      Reply
  5. best sangat. sedih menusuk ke hati. banyak pengajaran yang ade.. sy baca pun dah seram ape lar dieorang rase masa berlaku tsunami tu..

    Reply
  6. Suara Azan itu memang kedegaran sayu seperti mana hati rakyat negara Acheh yang terkesan dengan apa yang berlaku. Malah Asiah sendiri tertarik dengan keunikan suasana solat di masjid. Terlalu ramai!! Bukan sahaja subuh, malah setiap lima kalinya! word ni aku terkesan…mmg Malaysia cuma nampak solat jemaah ramai time solat jumaat/raya/terawih aje….waktu lain? tak hadooo…ciput je gi jemaah walau lelaki Islam mmg tempat mrk solat yg terbaik adalah dimasjid bukan dirumah….cita menarik…thumbs up!!!!

    Reply
    • mcm biasa belum sampai unsur seram tu hehehe nest story aku buat, cuba ko tengok ada tak unsur seram tu. aku dah cuba sehabis baik tu

      Reply
  7. Jangan lah menilai seseorang sebelum kau mengetahui pengakhiran hidupnya. Jika Allah berkehendakkan, maka hidayah itu boleh jadi milik sesiapa! Ujian Allah itu berat bagi kita yang melihat, tapi kemanisan itu adalah pada mereka yang melaluinya. Apa yang berlaku pada masa depan bukan lah dalam tangan kita, tapi yang Allah tetapkan, adalah yang terbaik untuk hambanya.
    Deep sangat ayat ne..

    Reply
  8. Komen FF untuk CN adalah gurauan semata-mata..buat korang yg x tau apa2 tu baik x payah masuk cmpur join komen..

    KAMI PEMINAT SETORI CN.. X DE SEBAB UNTUK KAMI KONDEM SETORI DIA

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Reply
  9. bila melibatkan acheh dan tsunami, memang terkesan sangat rasa kat hati ni haa. thank you kak nasa untuk entry yang menginsofkan ni.

    Reply
  10. Sedih baca cerita ko CN.. Terasa macam berada dlm cerita tu plak..

    ps:Terhibur betul baca komen2 kat sini pasal pengkomen FS ni mmg ramai yg kelakar.. BH kalau nak komen mesti scroll blk semua komen2 orang mana tau kot tanya soalan berulang ke.. free kena kecam.. LOL

    Reply
  11. apa yang berlaku di Acheh, bukan sahaja pengajaran buat mereka. Tapi menginsafkan buat semua umat Islam di dunia. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

    Reply
  12. Masa sehari selepas tsunami ni berlaku aku kesana dgn semuar gp mercy aku sebelum aku mnceburi bdang kepolisani. Sampai je sana Ya allah x dpt fiungkapkan

    Reply
    • ko pun boleh buat penulisan weh insp narla… sambung cerita apa yang ko nampak… tak pun meh ko pm aku je, aku sambung cerita selepas tsunami.

      Reply
  13. Terima kasih.. cerita yang penuh pengajaran. Sangat terkesan apabila masjid yg dulu sunyi, kini penuh mcm solat hari raya. Itulah hikmah di sebalik ujian. Walaupun perit tapi ketentuan Allah sebaik-baiknya.

    Reply
  14. Aku baru habis baca cite ni kak… Hahaha lama nau nak cari masa baca cite yg ttinggal…
    Sedih cite ni… Aku penah kaji psl disaster management – tsunami.. Aku compare dr satelit image sblm ngan selepas tsunami kt indo mmg jauh bezanya.. Totally berubah.. Aku baca cite ni pun meremang… Perasaan bcampur baur..

    Thumbs up kak…

    Reply
  15. Dunia ini merupakan satu ujian,
    Walau berat mana ujian melanda,
    Tempuhlah ia dengan penuh sabar dan redha,
    Nescaya kegembiraan akan dikecapi di akhirat nanti,
    Kebahagiaan hakiki,
    Itulah Syurga Allah.
    Semoga kita semua berjumpa disana kelak,Teruskan beristiqomah dalam menuju ke jalan Allah.Fastabiqul Khairat!
    Terima kasih Kak Nasa sebab sudi berkongsi cerita ni,InShaaAllah,akak akan jadi seorang penulis yang berjaya suatu hari nanti!!?
    TERUSKAN BERKARYA!

    Reply
  16. Terbaik CeritaNasa,tak pernah mengecewakan. Pengolahan cerita yang hebat! ???. Paling meiyo terasa takutnya masa karim kena blend dengan air laut, bila tercucuk besi tu rasa macam meiyo yang kena. Ujian ni bila datang, tak kira orang soleh ke orang jahat ke, semua kena.. Sama sama la kita beringat..

    Cerita pasal solat, dulu masa sekolah, meiyo pun tak berapa cukup solat, culas sangat. Alhamdulillah dapat atasi masalah ni sebab duduk asrama,konsisten jemaah 5waktu, jarang balik rumah,jadi bila balik rumah, nak tinggal solat tu memang rasa tak sedap. Mungkin boleh diamalkan untuk siapa siapa yang masih culas solat.cuba istiqamah.environment tu penting,jadi rapatlah dengan yang soleh solehah..?.

    Teruskan menulis, ceritaNasa memang best!

    Reply
    • Tq meiyo. Yup! Bika selalu solat. Rasa x sedap bila tinggal. Klo Allah nk turunkn bala. Dia x turunkan pada satu org. Sekali gus satu tempat! ???

      Reply
  17. Sangat mengesankan,bergetar hati membacenye,tahniah pada penulis cerita,anda membawa saye hanyut dalam keinsafan…Barokallahufiq…
    ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

    Reply
  18. Subhanallah… terbaik Nasa… kebetulan aku baca cerita ni kat kedai mamak.. dan mamak tu pasal ayat Quran.. feel baca lagi power.. nak nangis juga rasa.. tapi cvr… sebab di kedai mamak.. btw.. kau orang sabah kah?

    Reply
    • Alhamdulillah Dhaifullah… kejadian alam ni mmg menyedihkan apatah lagi meragut ribuan nyawa. aku org semennjung. Dulu je duduk di sabah..😊

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.